Sebelum pergi jauh untuk membaca bagaimana kes 'tipu-tipu buah durian' ini lebih baik mengetahui beberapa tips dan cara-cara untuk memilih buah durian berkualiti. Apabila tiba musim buah durian di Malaysia lazimnya ramai peminatnya akan mencari lokasi paling hebat untuk mendapatkannya. Ada yang sanggup ke Raub, Batu Kurau, Balik di Pulau Pulau Pinang, Tangkak dan banyak lagi hotspot buah durian premium selain ke gerai jualan buah durian di Lembah Kelang. Bagaimana pun bagi mendapatkan tahap kepuasan maksimum nikmat kesedapan isi durian ramai juga yang kurang tahu atau kurang pasti cara memilih durian masak atau matang dengan betul. Di Malaysia dilaporkan ada macam-macam musim ada seperti musim raya, musim hujan, musim banjir, musim panas, musim buah dan juga musim pilihanraya. Kalau di negara luar dimana ada musim sejuk, musim luruh, musim panas dan musim bunga akan tetapi tidak sehebat di Malaysia dengan musim duriannya. Sering juga semasa memandu di lebuhraya PLUS, LPT dan sebagainya tiba-tiba ada lori membawa durian di potong dan bau durian memasukki kereta dimana ini memang mencabar keinginan memakannya. Ini kerana apabila tiba puncak musim durian dimana-mana sahaja akan mendapat bau buah durian yang dijual dari kampung terpencil, bandar besar dan juga di merata tempat. Sebaiknya sebagai peminat buah durian dirasakan ramai yang berpengalaman cara dan tips untuk memilih dan mendapatkan durian matang atau masak dengan betul agar dapat menikmati buah durian terbaik dan tidak sakit hati dapat beli buah busuk atau mengkal (isi ulas keras). Tips cara pilih durian masak dengan betul ada di lamanweb dan poster dipaparkan semasa musim durian.Ia disediakan pihak tertentu agar pengguna dapat membeli dan menikmati durian matang secara maksima dan mengelakkan ditipu sebelum terbeli durian muda dan mengkal. Petua yang pertama adalah pembeli perlu mengoncang buah. Tips ini adalah dimana teknik digoncang durian terlebih dahulu sebelum membeli kerana lazimnya buah durian yang masak akan terasa goncangan di dalamnya berlaku dan bukan senyap. Tips ke 2 dengan menyentuh pada duri durian di kulitnya yang tajam. Ini adalah kelebihan buah durian yang berduri di luar tetapi rasa manis di dalam. Jadi untuk hendak tahu durian tersebut sudah matang perlu disentuh pada duri tersebut. Biasanya buah durian yang masak memilik duri yang agak lembut berbanding buah muda yang durinya masih keras. Tips ke 3 adalah dengan mengetuk buah durian. Cara ini dibuat bagi tujuan untuk mengetahui isi di dalamnya. Buah yang masak akan memberikan bunyinya seakan 'kosong' di dalamnya jika diketuk dan buah mentah bunyinya padat. Tips yang ke 4 adalah pembeli perlu menghidu bau buah durian dengan cara menciumnya. Bau durian bagi peminat adalah 'nikmat durian' akan tetapi sebalinya mereka yang tidak suka bau buah durian merupakan perkara yang 'menyiksakan'. Bagi buah durian yang telah masak lazimnya buah tersebut akan keluarkan aromanya yang kuat. Awas semasa mencium buah durian jangan sampai hidung terluka tercucuk duri durian!.
Peminat durian perlu berhati-hati ketika memilih atau membeli buah durian terutama apabila buah dilambakkan ditakuti merea kena tipu dengan buah kurang berkualiti dan membayar dengan harga premium. Sebaiknya elakkan dari membeli buah durian dengan menyerahkan pilihan kepada penjual di gerai jualan. Sebaiknya jangan terima saja buah diberikan dan boleh di periksa hasil timbangan berat durian yang dibeli dan alat penimbang yang digunakan. Perkara asas ini yang perlu dilakukan penggemar durian bagi mengelakkan ditipu penjual durian yang mahu mendapatkan untung dengan berlebihan. Langkah kawalan beberapa pihak berkuasa seperti dilaporkan media dimana beberapa anggota terdiri penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menimbang sebiji durian menggunakan dua penimbang berbeza di Taman Tun Dr Ismail telah viral. Dilaporkan dimana berat asal sebiji durian hanya dua kilogram (2kg) namun apabila ditimbang penjual ia menjadi lebih tiga kilogram (3kg) angkara kelicikan peniaga durian dan pembeli terpaksa membayar lebih 1 kg 'for nothing'. Tindakan dilakukan oleh pihak DBKL seterusnya dilaporkan telan menyita gerai jualan durian tersebut (Sila lihat foto disebelah). Mengikut maklumat daripada Pengarah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur dimana pihaknya mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penipuan seperti itu agar melaporkan segera kepada KPDNKK. Dinasihatkan agar orang ramai boleh membuat aduan di eAduan atau terus menghubungi talian 1800-88-6800 atau terus ke pejabat KPDNKK. Jadilah pengguna bijak dimana susulan video tular mengenai tipu jualan durian itu sebanyak 52 gerai durian di sekitar Kuala Lumpur diperiksa pihaknya dimana operasi dijalankan selama dua hari bermula Sabtu hingga Ahad. Lokasi pemeriksaan termasuk di Cheras, Setapak dan Kampung Baru. Operasi 'Ops Durian' itu dijalankan susulan video tular di laman sosial mengenai peniaga durian yang menggunakan penimbang tipu. Hasil pemeriksaan mendapati dua gerai gagal mempamerkan tanda harga bagi durian yang dijual manakala dua lagi gerai yang mana penjualnya berusia lingkungan 40 hingga 50-an menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan (tiada pelekat tanda penentusahan). Alat yang digunakan adalah 'Standard Weight' bagi menentukan ketepatan alat timbang perniaga dan mendapati semua alat timbang yang diuji periksa adalah tepat timbangan. Peniaga yang berslah meniou timbangan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.
Bernama juga melaporkan dimana seramai '12 peniaga durian tipu alat timbang' menarik untuk dikongsikan faktanya (Sila lihat foto disebelah). Kini dilaporkan di media diman aseramai 12 peniaga durian di sekitar Perak telah pun dikompaun RM100 setiap seorang kerana menipu dengan menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak sah. Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, semua peniaga itu dikesan melakukan kesalahan berkenaan semasa pemeriksaan khas terhadap peniaga gerai durian di sekitar Perak pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat pandemik covid19. Tindakan kompaun telah dikeluarkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan. Pihak kementerian tidak mengawal harga bagi komoditi durian, namun peniaga wajib mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan daripada segi penandaan harga. Selain itu juga para peniaga juga wajib didalam memastikan penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan dan masih dalam tempoh sah. Saifullizan turut menasihati pengguna agar menggunakan hak mereka dengan bijak semasa berbelanja pada tempoh PKPP untuk mengelak daripada dimanipulasi oleh para peniaga. Sebarang aduan boleh disalurkan antaranya menerusi bilik gerakan rakan KPDNHEP Perak di talian 05-2414611 atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2794317. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KETAHUI BERKUALITI... KETAHUI PETUA...
PERIKSA VARIETI... TIMBANGAN BERATNYA...
JANGAN TERTIPU... MENYESAL AKHIRNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.