Friday, September 10, 2021

MADU LEBAH - FAKTA KEHEBATANNYA

MADU
 (Honey) merupakan sejenis makanan daripada spesis beberapa lebah yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Malahan madu juga telah digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989) dimana madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, 
dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang.  Di Malaysia pula penghasilan madu merupakan industri yang kecil dengan penternakan Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) serta Kelulut  (Tripona spp). Pencarian Madu Tualang oleh Lebah Tualang iaitu sejenis lebah liar dihutan (Apis dorsata) dilakukan dari pokok tualang yang tinggi dihutan.  Apa pun pada penulis blog mendapati dimana secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu MADU MONOFLORA dan MADU POLIFLORA. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja. Dalam pada itu madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli yang mana lebih digemari pengguna.  Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun didakwa hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral.  Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai madu dalam blog ini untuk dibaca sama.  Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu memang madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia. Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" yang ke 6,601 saya paparkan bebrapa fakta mengenai kehebatan madu lebah untuk dijadikan bahan rujukan pembca semua.

Penulis blog sering mendengar testimoni bagaimana dalam perubatan tradisional madu lebah digunakan sebagai bahan penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan. Vitamin yang terkandung dalam madu termasuk vitamin B, vitamin A, dan vitamin C, manakala mineral yang biasa terkandung dalam madu ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat. Secara saintifik terbukti dimana didalam madu ada pelbagai enzim yang tidak terdapat dalam gula putih. Antara enzim dalam madu ialah enzim oksidase, invertase, amilase dan katalase. Bagaimanapun, enzim utama dalam madu ialah invertase, diastase, dan glukosa oksidase. Ketiga-tiga enzim ini memainkan peranan penting dalam pembentukan madu secara semula jadi. Enzim glukosa oksidase penting dalam penguraian glukosa kepada hidrogen peroksida dan asid glukonik. Hidrogen peroksida mempunyai sifat melawan mikroorganisma patogen, manakala asid glukonik boleh membantu penyerapan kalsium dalam tulang manusia. Apa pun dilaporkan secara saintifik yang membuktikan madu mengandungi pelbagai komponen kimia yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C. Bahan antipengoksida sangat penting dalam membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan serta agen antipemerangan dalam pemprosesan buah dan sayur. Hakikatnya, madu ialah produk semula jadi digunakan sejak dulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta antipengoksida semula jadi. Namun, dalam era moden dan teknologi canggih kini, ada segelintir pengusaha madu mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang mudah membuat madu tiruan dengan mencampurkan gula dan bahan kimia yang terlarang untuk menghasilkan madu seakan-akan sama warna dan rasa seperti madu asli.

Bagaimana pun ada kalangan pembaca dan pengguna yang '
Prejudis khasiat madu' dimana sering dibincangkan. Memang makanan madu dikaitkan dengan makanan untuk kesihatan. Sejak zaman purba madu diakui sebagai makanan berkhasiat dan dijadikan sebagai sumber tenaga yang penting. Kini selain berfungsi sebagai makanan tambahan, madu turut digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Ia mula digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan dan kesihatan manusia. Sering dilabel sebagai makanan tambahan dalam kategori makanan sunnah, madu mempunyai banyak khasiat. Antaranya boleh digunakan dalam membantu menurunkan berat badan dan membantu untuk mengawal pemakanan jika diamalkan dengan cara yang betul. Namun terdapat juga beberapa pandangan yang skeptikal mengenai madu sehingga mengaitkan madu sebagai punca utama diabetes. Ditambah pula dengan peningkatan pesakit diabetes yang dirujuk di hospital dan ramai mengakui menjadi pengguna produk makanan tambahan berasaskan makanan sunnah. Kini madu boleh dibeli di mana-mana sahaja. Sama ada ia benar-benar tulen atau tidak sukar untuk dipastikan. Lambakan madu tiruan yang banyak mengandungi gula, sekali gus memudaratkan kesihatan. Ini menyebabkan pengguna sendiri ragu-ragu untuk memilikinya. Merujuk perkara tersebut terdapat temuan kajian oelh pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail yang menjadikan madu sebagai bahan kajiannya perlu dipuji. Apa pun menurut Dr Wan Iryani, dia terpanggil menjalankan kajian secara saintifik selepas menyedari wujudnya pelbagai idea tanggapan tidak enak mengenai madu. Paling kerap adalah dimana ada mengatakan madu tinggi kandungan gula dan boleh menyebabkan kencing manis. Beliau agak terkejut dengan pendapat ini sedangkan madu ada disebut dalam al-Quran sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Dia dakwa mana mungkin ia mendatangkan kemudaratan jika dimakan dengan cara yang betul. Beliau ada menegaskan, apa sahaja makanan yang baik perlu diambil secara bersederhana. Baru kita akan dapat manfaatnya. Selepas itu baru saya tahu, lambakan produk tiruan menyebabkan kebaikan madu asli ditutupi oleh keburukannya. Bagi membuktikan madu mampu menurunkan berat badan maka dia bersama pasukannya mengambil inisiatif menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) ke atas madu. Pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT itu berkata dimana penyelidikan yang telah pun dilakukannya sejak 10 tahun lali mendapati dengan hanya mengambil madu asli secara konsisten setiap pagi maka selera makan seseorang boleh dikawal. Apabila kawalan kepada selera makan berlaku, seterusnya ia akan dapat mengurangkan pengambilan makanan dan kesannya masalah obesiti dapat ditangani. Masyarakat dahulu mengamalkan madu untuk menguatkan badan dan mengelak penyakit. Namun ia perlu diambil secara konsisten. Madu juga antara sumber makanan yang mudah, murah dan tidak mempunyai kesan sampingan. Madu mengandungi khasiat lengkap untuk memberi tenaga kepada tubuh. Namun ada yang mempertikaikannya dengan menyatakan madu itu manis dan mereka dapat penyakit diabetes dan berat badan meningkat selepas mengambil madu.

Di Malaysia kadar obesiti sangat membimbangkan. Walaupun pelbagai cara dilakukan menerusi kempen kesedaran namun ia tidak mengubah peratusannya. Menerusi kajian terhadap madu saya dapati ia jenis makanan paling sesuai untuk berdiet. Ini kerana madu asli mengandungi gula ringkas yang akan bertukar menjadi tenaga apabila digunakan. Menurut Dr Wan Iryani dimana dia memulakan kajiannya mengenai madu pada 2011 sehingga 2018 dengan memberinya kepada tikus putih (Sila lihat foto disebelah). Hasil daripada eksperimen yang dijalankan menunjukkan tikus yang diberi madu asli semakin kurus dan sihat, manakala tikus yang diberi madu tiruan semakin gemuk dan mempunyai banyak penyakit,” katanya yang menggunakan mesin menguji ketulenan bagi membezakan antara madu asli dan tiruan. Apa yang boleh dirumuskan, amalan pengambilan madu tiruan menyebabkan berat badan kekal sama. Pada masa sama melalui penyelidikan itu juga, Dr Wan Iryani dapat mengenal pasti beberapa kaedah untuk membezakan antara madu asli dan tiruan. Selain ujian makmal dan mesin, melalui rasa, bau dan penglihatan juga boleh dipraktikkan oleh masyarakat.  Madu asli mempunyai rasa dan bau khas seakan-akan tumbuhan dan bunga, manakala madu tiruan berbau air gula dan tengik serta rasanya terlampau manis. Madu tiruan juga warnanya lebih lut sinar dan jelas tidak seperti madu asli yang lebih keruh kerana mengandungi bahan aktif. Kajian mengenai madu yang dibuat Dr Wan Iryani ini melayakkannya menerima anugerah L’Oreal – Unesco Fellowship For Women In Science (FWIS) baru-baru ini, yang mengiktiraf usahanya menghasilkan kajian berinovatif dan bermanfaat kepada masyarakat. Dia bersama dua lagi saintis wanita tempatan yang menerima anugerah berkenaan diberi wang geran berjumlah RM30,000 untuk meneruskan projek mereka.  Menurut Dr Wan Iryani, wang geran ini akan digunakan untuk meneruskan kajian dan menguji suplemen madu asli itu ke atas manusia. Pada masa sama dia akan mengenal pasti jumlah dos yang diperlukan untuk mengawal obesiti. Kajian seterusnya adalah sangat penting kerana saya mahu mengenal pasti dos yang diperlukan. Untuk itu madu ini akan diberikan kepada manusia yang mempunyai berat badan berlebihan. Beliau akan memantau dan melihat bagaimana madu memberi tindak balas di dalam badan seterusnya mengkaji bagaimana madu dapat merangsang sel-sel lemak. Ini yang perlu diketahui bagi menyiapkan madu sebagai makanan tambahan sebenar menurunkan berat badan. Kajian ke atas manusia juga amat penting bagi menentukan dos pengambilan sama ada perlu diambil setiap hari atau sebaliknya. Sebaik menerima geran, kajian ini akan diteruskan pada tahun ini dan seterusnya. Walaupun belum siap semua sepenuh kajiannya namun menurut Dr Wan Iryani dimana makanan tambahan berasaskan madu asli ini dijangka menemui pasaran selepas keputusan diperoleh. Kini sudah ada beberapa syarikat menawarkan diri untuk memasarkan produk ini. Dia juga akan gembira sekiranya madu ini dapat memberi kebaikan kepada masyarakat terutama mereka yang ingin menurunkan berat badan. Semuga artikel teknikal kali ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMA MADU... LEBAH HASILKANNYA...
RASA MANIS... MAKANAN ISTIMEWA...
KAJIAN DI BUAT.. HEBAT TEMUANNYA...
MADU ASLI... MADU TIRUAN BAHAYA..

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Muharam 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.