KELADI TIKUS (Typhonium flagelliforme) merupakan sejenis keladi sebagai herba daripada keluarga Araceae yang ada tumbuh di Malaysia beriklim tropika. Keladi tikus ini diberikan nama berkemungkinan ada tikus yang suka bersembunyi di habitat tanaman tersebut. Keladi tikus yang lazimnya tumbuh liar kini telah ditanam untuk tujuan tertentu terutamanya untuk tujuan perubatan dengan ketinggian pokok diantara 20-30 cm. Apa pun didakwa dimana diantara khasiat herba keladi tikus ini adalah banyak berkaitan dengan rawatan untuk penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang. Kegunaan keladi tikus dikatakan dapat membunuh sel-sel barah dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemotrapi. Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria dimana dilaporkan iaitu pati tumbuhan keladi tikus yang diminum akan dapat digunakan bagi tujuan membersihkan racun dalam tubuh, melancarkan perkemihan dan secara umum membersihkan sistem pencernaan. Hampas keladi tikus yang ditumbuk boleh terus disapukan ke bahagian tubuh yang luka agar nanah keluar dan bengkak berkurangan. Keladi tikus adalah sejenis tumbuhan yang telah mengalami kelupusan kerana tidak ramai yang mengenalinya menyebabkan pokok ini semakin hari semakin dilupakan kewujudannya. Herba keladi tikus mempunyai kegunaan membasmi tahap antikanser yang tinggi, terutama pada pokok yang berusia dua hingga ke enam bulan, kadar antikanser yang paling tinggi dikesan pada pokok matang yang berusia lebih dari 6 bulan. Rujukan daripada laman web tempatan menunjukkan terdapat kajian klinikal (control studies) berskala besar yang telah dibuat oleh beberapa universiti di Malaysia, termasuk Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia serta Universiti Malaya berkaitan dengan kandungan Ribonsome Inactivating Protein yang terkandung pada herba keladi tikus ini yang berpotensi menyerang sel-sel kanser daripada terus berkembang. Walau pun ada beberapa kajian mengenai kebaikan dan kegunaan keladi ini namun beum ada laporan oleh Jabatan Pertanian mana-mana usahawan yang mengkomersilkan keladi tikus secara komseril di Malaysia sehingga kini. Ramai yang masih menanam keladi tikus sebgai tanaman hiasan atau tanaman keliling rumah untuk kegunaan sendiri sahaja. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta menarik tentang keladi tikus untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Kawasan beriklim tropika seperti di Asia Tenggara secara umumnya kaya dengan flora dan fauna untuk dinikmati. Kawasan ini memempunyai kepelbagaian tumbuhan berguna yang cukup bermanfaat terhadap kesihatan manusia jika diusahakan dengan teliti. Dalam pada itu sudah terbukti dimana sebelum kewujudan bidang perubatan modern yang lengkap hari ini dimana cara perubatan tradisional sudah lama dipraktikkan. Masyarakat dahulu memahami fungsi-fungsi tumbuhan untuk merawat penyakit tertentu. Namun kaedah tersebut yang menggunakan herba semulajadi disekeliling perkampungan kini semakin terpinggir kerana semua orang berpaling kepada cara-cara perubatan modern yang sememangnya cukup dipercayai dan diyakini. Dalam banyak jenis herba yang digunakan dimana keladi tikus adalah diantara jenis herba yang dimanafaatkan. Nama lain bagi keladi tikus adalah seperti Talas kunting, Bira kecil, Ileusgotu sepa, Trenggiling mentik dan Rodent tuber (bhasa Inggeris). Bagaimana pun dari segi sejarah dimana pokok keladi tikus adalah natif atau berasal dan tumbuh membiak di negara China (Guangdong, Guangxi, dan wilayah Yunan), kawasan Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Kamboja, Filipina, Myanmar, Thailand, Singapura dan Brunei), Sri Langka, Bangladesh, New Guinea dan Wilayah Australia Selatan. Tumbuhan ini sesuai hidup di kawasan tanah lembab dan kaya organan. Dalam pada itu di Malaysia, keladi tikus ini tumbuh meliar di kawasan tepi lombong terbiar, kawasan lembah yang sejuk dan tepi denai. Beberapa ciri pokok keladi tikus ialah dimana tumbuhan ini mempunyai daun berbentuk hati dan berwarna hijau (Sila lihat foto disebelah). Biasanya ia akan tumbuh melalui rizomnya yang tertanam di dalam tanah. Keladi tikus juga mampu membiak melalui rizom dengan mana ia akan menghasilkan sulur atau anak pokok yang tumbuh membesar seolah-olah tumbuh serumpun.
Dalam pada itu pokok herba keladi tikus ini juga sangat popular dikalangan Tabib Cina dari zaman dahulu sebagai ramuan mengubati ramai pesakit.Ada dilaporkan dimana keladi tikus yang mana ia digelar 'Lioshu Yu' dalam bahasa Mandarin sudah dikenali untuk perawatan. Namun pada tahun 1990 dilaporkan dimana ia semakin popular apabila telah banyak kajian dan penyelidikan telah dibuat oleh pakar akademik dan saintis barat untuk kehebatannya. Dillaporkan dimana seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Dr. Chris K.H. Teo telah membuat kajian terhadap pokok keladi tikus sejak tahun 1995 dimana telah ramai penderita kanser dapat disembuhkan. Cara menanam pokok keladi tikus memang sangat mudah. Ia boleh dibiakkan melalui anak pokok yang tumbuh di celah-celah induknya kemudian dikorek tanah untuk dapatkan anak pokok keladi tikus. Sebaiknya dipastikan anak pokok keladi tikus dicabut bersama akarnya. Pembaca blog juga boleh menanamnya menerusi tanah atau di dalam pasu (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya disediakan jenis media semaian yang berkualiti sama ada tanah campuran atau cocopeat dan masukkan ke dalam pasu. Semasa menanam anak pokok keladi tikus dipadatkan pangkalnya dan kemudian perlu disiram menggunakan air yang banyak. Disyorkan untuk menusun atau meletakkan pasu anda di tempat yang kurang cahaya selama seminggu sebekum perlu dialihkan ke tempat terkena cahaya matahari terik. Bagi tujuan menanamnya pada batas sebaiknya dibuat batas dengan ukuran sesuai dan ditambahkan baja kompos dan pasir sungai dan kemudian digaul sebati. Tanam anakbenih pokok keladi tikus tersebut dengan membuat lubang kira-kira 2 inci dengan jarak antara lubang pula ialah kira-kira 10 hingga 15 inci. Penyiraman perlu dibuat semala seminggu dan digalakkan untuk menutup dengan jaring hitam selama 1 minggu juga. Pokok keladi tikus cepat membesar dan membiak.

Kepada mereka yang ingin membiakan pokok keladi tikus untuk kegunaan sendiri atau dijual boleh melakukannya dalam masa singkat sahaja. Apabila ditanam dan dijaga baik dlam beberapa minggu pokok tersebut boleh dibiakkan kerana biasanya ia akan cepat mengeluarkan anak pokok baharu. Anakbenih ini memang mudah didapati dengan cara mengorek atau menggali dan mecabut sebelum ia sesuai ditanam semula di tempat lain (Sila lihat foto disebelah). Kumpulkan benih ini sebelum dimasukan kepadalam plibeg atau pasu baru dimana boleh diletakkan bekas menanam keladi tikus ditempat terkena matahari atau separa cahaya matahari kerana keladi tikus mampu hidup di tempat dua keadaan yang berbeza ini. Jika diteiti dimana bagi setiap bahagian pokok keladi tikus seperti perdu, batang, daun dan rizomnya boleh diproses sebagai bahan asas menyediakan ubat. Bagi bahagian daun yang diambil dimana pokok keladi tikus mempunyai kandungan seperti Asid hexa dekanoat, Asid okta dekanoat, Asid laurik, Asid kapriat dan Koniferin. Kandungan kimia dalam batang daunnya pula dikenali pula sebagai bahan Serebrosida, Daukasterol dan Inactivating Ribosome Protein (RIP) yang berguna sementara pada bahagian rizomnya pula dilaporkan mengandungi Alkaloid, Triterpenoid, Polyphenol, Arginine, Tritofan dan Fitol. Khasiat pokok keladi tikus ini dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan sel barah yang baharu. Kandungan kimia yang terdapat di dalam keladi tikus ini sangat mustajab dalam tujuan di atas. Contohnya seperti bahan Inactivating ribosome protein mampu membunuh atau merenjatkan sel-sel barah tanpa menjejaskan jaringan sekitarnya manakala arginine pula adalah sejenis asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan haiwan. Ia juga dapat mengekalkan metabolisma ke tahap normal dan sel proliferasi sel di dalam tubuh badan. Kepada pembaca blog yang berminat menjadi usahawan keladi tikus boleh memulakan penanaman keladi tikus dengan cara mendapatkan anakbenih yang dikenalpasti tulen dan ditanam dengan cara betul. Sebaiknya elakkan dari menggunakan baja kimia atau sebarang racun kimia semasa lakukan penjagaan tumbuhan herba ini. Semuga artikel ini memberikan info yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DIDALAM PASU... MUDAH MENJAGA...
CEPAT MEMBIAK... BENIH TERSEDIA...
KHASIAT UBAT.... PELBAGAI CARANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomiat,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Safar 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.