Saturday, September 25, 2021

IKAN ARAPAIMA - KISAH VIRAL

IKAN ARAPAIMA
(Arapaima gigas) merupakan sejenis ikan gergasi air tawar dari Sungai Amazon yang kini telah ada dipelihara dibeberapa lokasi seperti kolam dan akuarium milik individu dan kompleks belibelah di Malaysia. Ikan ini juga dikenal dengan nama 'Pirarucu' di Brazil dan 'Paiche' di Peru merupakan salah satu jenis ikan air tawar terbesar di dunia yang masih hidup dan menjadi ancaman kepada beberapa negara lain. Ikan raksasa ini merupakan haiwan warisan dari zaman purba yang tidak mengalami evolusi dan belum punah. Penulis blog membuat beberapa rujukan termasuk portal Jaatan Perikanan Malaysia dimana mendapati ada 3 spesis ikan ini yang dikenal sebagai Arapaima agaszazii, Arapaima arapaima dan Arapaima mapae. Kesemuanya adalah natif disekitar Amerika Selatan didalam sungai air tawar. Ikan ini diburu menggunakan harpoon atau jaring untuk diambil dagingnya yang dikatakan amat lazat. Seekor arapaima dewasa mampu menghasilkan daging ikan sebanyak 70 - 75 kg. Ikan ini akan timbul dipermukaan air untuk mengambil udara dimana dimasa itulah nelayan sungai akan menembak dengan harpoon. Spesis ini didapati semakin pupus didalam keadaan liar semulajadi kerana pemburuan ikan ini untuk dijadikan makanan. Kalau kita hendak melihat ikan ini di Malaysia amat mudah dimana ia merupakan ikan peliharaan di beberapa pusat belibelah antaranya di Hypermarket Giant (Johor Bahru), Taman Bunga Swasta, Nursery dan banyak pusat rekreasi serta pusat perlancongan. 
Ikan Arapaima adalah ikan yang bersaiz besar dengan panjang mencecah 2 - 25 meter dengan seberat mencecah 100 kg seekor. Terdapat juga laporan ikan ini yang sangat besar sehingga mencapai berat badan sehingga 200 kg. Pada masa ini ikan arapaima yang besar ini jarang dijumpai kerana aktiviti memburu untuk dimakan atau di jaring untuk diekspot sebagai ikan eksotik dipamerkan. Ikan ini mempunyai insang besar yang perlukan udara yang diambil dari permukaan air setiap 5 - 10 minit. Ikan ini secara semulajadi makan ikan kecil yang lain, krustacea malahan haiwan kecil lain yang terdapat disepanjang sungai seperti burung. Ikan ini adalah pemangsa (predators) paling bahaya jika paras air sungai berkurangan dan ia akan makan banyak jenis ikan lain. Apa yang saya lihat mengenai anatomi ikan ini sepintas apabila dilihat dari sisi, ikan ini memiliki bentuk tubuh yang mirip ikan arwana. Ikan Arapaima memang satu keluarga dengan ikan arwana yaitu famili Osteoglossidae. Namun bentuk tubuh ikan arapaima lebih bulat sedangkan ikan arwana berbentuk tubuhnya pipih. Kepala arapaima lebih tirus jika dilihat dari samping dan lebih ceper. Bentuknya yang unik (mirip ikan arwana) dan ukurannya yang amat besar maka kini ikan ini sekarang menjadi ikan hiasan yang banyak diminati. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kisah ikan arapaima yang viral serta dilaporkan dalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Penulis blog merujuk kepada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) untuk mengetahui beberapa jenis ikan yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia (Sila lihat rajah diatas)
Jabatan Perikanan mewartakan Peraturan Perikanan yang melarang mana-mana individu mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan genus ikan hidup kerana terlalu berbahaya kepada ekosistem sungai dan tasik apabila dikesan mampu memusnahkan keseluruhan hidupan asal jika terlepas masuk di kawasan berkenaan. Dari portal DOF dan menyatakan  pihaknya mengingatkan semua pengusaha atau individu ikan hiasan yang membuang ikan peliharaan mereka ke dalam sungai atau longkang besar mengundang gangguan kepada keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesies ikan asli di perairan umum. Ikan berkenaan boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan negara. Ia juga boleh menyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum.  Difahamkan dimana pengusaha atau individu terbabit dikatakan tidak mampu memelihara habitat berkenaan disebabkan beberapa faktor antaranya kos makanan yang tinggi selain tidak mahu membelanya lagi. Dalam pada itu Jabatan Perikanan sudah mewartakan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan beberapa jenis ikan hiasan yang dilarang import. Ini kerana terdapat kajian yang membuktikan sifat agresif ikan larangan import ini di perairan negara hingga menjejaskan kawasan berkenaan. Beberapa media tempatan melaporkan isu viral dan panas mengenai permintaan yang menggalakkan selain harga tinggi telah mendorong ramai penternak di Pekan, Pahang cuba menternak Ikan baung ekor merah atau nama saintifiknya Hemibagrus wyckioides secara komersial dalam sangkar di Sungai Pahang. Spesies dikategorikan sebagai ikan pemangsa dikatakan berasal dari Sungai Mekong, Vietnam dimana ia kini mula menjadi pilihan penggemar ikan air tawar itu. DOF juga menyatakan dimana pihaknya tidak pernah mengeluarkan permit untuk membawa masuk ikan baung ekor merah kerana ia termasuk dalam kategori ikan asing spesies alien.

Sekiranya ikan ini hendak dibawa masuk ke dalam negara ini, ia perlu menjalankan kajian risiko impak (IRA) dan kemudian dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Jabatan Perikanan (JPJP). Ikan baung ekor merah sangat popular di Vietnam sebagai ikan unang dikomersilkan (Sila lihat foto disebelah). Negeri Pahang memang secara tradisinya mempunyai spesis ikan baung yang asli di Sungai Pahang dan menjadi ikon masakan Ikan Baung Masak Tempoyak yang kini merupakan kuliner khas negeri tersebut. Ada pula segelintir masyarakat seperti kalangan pekedai akuarium dan pengguna masih tidak peka dan tidak mengambil berat mengenai larangan tersebut walaupun Jabatan Perikanan sudah membuat hebahan meluas melalui pelbagai medium termasuk program dialog, pameran dan siaran akhbar. Perkara ini berlaku kerana sikap tidak peka dan tidak prihatin kepada kepentingan, keselamatan serta ancaman kepada sumber perikanan semasa. DOF nyatakan dimana ikan yang disimpan dalam keadaan terkawal seperti di rumah tidak begitu membimbangkan namun apa yang dikhuatiri apabila ikan ini tidak lagi mampu dijaga atas faktor usia atau memerlukan belanja tinggi. Jalan yang mudah diambil adalah dengan melepaskan ke perairan umum. Ikan asing ada yang bersifat agresif seperti ikan peacock bass (cichla ocellaris). Ia cepat membiak dan pemangsa kepada ikan tempatan dan dikenal pasti sebagai penyebab berlaku ketidakseimbangan ekologi di habitat baru didiaminya. Kes Ikan Flower Horn bersifat lasak termasuk kemampuannya untuk ‘mengadaptasi’ di kawasan dilanda banjir dilaporkna ina boleh membiak dengan mudah dan mempunyai tabiat makan yang aktif. Spesies ikan ini boleh mengganggu ekosistem sedi ada di Malaysia. Ikan yang bersifat memberi tuah akan dijaga dengan baik sementara yang tidak digemari penternak berkemungkinan dibuang ke perairan. Dalam pada itu spesis Ikan Arapaima yang boleh membesar hingga tiga meter dan berkemungkinan jika ikan ini dilepaskan ke perairan umum apabila penternak tidak mampu menampung kos makanan akan mengancam habitat. Memang sudah ada peraturan ini melarang mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan genus ikan kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan. Selain itu DOF juga terus mengawal kemasukan spesies ikan dari luar negara ialah Akta Pemeriksaan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta MAQIS). Seksyen 11 Akta MAQIS ini menetapkan import dan eksport ikan tidak boleh dibuat tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta berkenaan.  Kawalan utama bagi spesies ikan yang dibawa masuk adalah di peringkat pintu masuk. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) adalah agensi yang bertanggungjawab dalam menjalankan penguat kuasa di pintu masuk. Orang ramai yang tidak mahu memelihara ikan ini boleh menghubungi mana-mana Pejabat Perikanan daerah atau negeri untuk tindakan sewajarnya. Perkara ini mungkin berguna untuk kajian tertentu, pendidikan atau dibuat pelupusan sewajarnya. Pelanggaran kepada larangan dalam peraturan perikanan mengikut Akta Perikanan 1985 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya. Sementara dilaporkan jika ada pelanggaran kepada Akta MAQIS 2009 maka pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau pun dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya. 

Berita mengenai '
Ikan gergasi mati di tasik' yang ditemui terapung di tasik Taman Rekreasi Tun Fuad Stephen menjadi viral dan menggemparkan di Sabah. Kelibat ikan lebih dua meter yang ditemui terapung yang dipercayai dari jenis Arapaima seberat 108 kilogram itu dipercayai sudah mati sejak beberapa hari berikutan keadaannya mula mereput (Sila lihat foto disebelah). Ikan tersebut difahamkan berasal dari negara Amerika Selatan seperti Brazil. Bagaimana pun sebaik dimaklumkan mengenai penemuan ikan itu maka pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) segera untuk terus menghubungi Jabatan Perikanan Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk tindakan lanjut. Ikan berkenaan diambil oleh Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) UMS bagi mengenalpasti punca kematian selain penyelidikan. Adalah dipercayai ikan ini mungkin dilepaskan beberapa tahun lalu sehingga membesar menjangkau berat sedemikian. Penyelidik juga mendapati dimana pihaknya sudah berjaya menjalankan bedah siasat bagi mengenalpasti punca dan sebab kematian namun berdepan kesukaran kerana keadaan organ dalaman sudah rosak. Masih belum dapat dipastikan usia ikan ini tetapi kita percaya berdasarkan saiz ia mungkin belasan tahun. Selain daripada kajian dimana tulang ikan ini akan dikumpulkan untuk tujuan pameran dan pembelajaran. Pihak DOF Sabah dakwa ikan jenis Arapaima itu tersenarai sebagai spesis ikan yang dilarang masuk ke negara ini. DOF nyatakan jika ikan itu dibuang ke sungai ia mengancam kerana ia dibimbangi mengakibatkan kerosakan eko-sistem sungai berkenaan. Ikan ini adalah jenis pemangsa dan boleh merosakkan ekosistem sungai kita menyebabkan ia dilarang dibawa masuk ke negara ini.

Dinegara jiran Indonesia 'Menteri Pertanian 
ingatkan bahaya ikan arapaima' juga menjadi rujukan penulis blog kali ini. Portal berita Antara News dan Reuters menyatakan dimana Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti menginginkan berbagai pihak dapat menyosialisasikan ke tengah-tengah masyarakat terkait dengan bahayanya memasukkan ikan ini dan menternaknya di kawasan perairan nasional. Peristiwa (ikan arapaima) ini harus disosialisasikan atau dikampanyekan kepada masyarakat dimana masih banyak yang tidak tahu apa itu ikan arapaima dan mengapa tidak boleh dilepasliarkan. Ikan Arapaima atau Ikan Pirarucu atau Ikan Paiche (Arapaima gigas) adalah jenis ikan air tawar terbesar di dunia yang berasal dari perairan kawasan tropika Amerika Selatan. Ikan ini dilaporkan boleh hidup dengan saz maksima sepanjang 3 meter dan berat sehingga 200 kilogram. Dilaorkan dimana ikan arapaima yang berukuran lebih dari 2 meter pernah dilaporkan ditangkap dan ikan ini sering di makan oleh penduduk tempatan atau ada yang mengeksportnya ke negara lain. Kementerian kini agak cemas adanya berbagai pihak yang memelihara ikan arapaima secara hobi yang tidak terkawal akan tetapi kemudian sebab berbagai alasan seperti kemampuannya memberikan makanan yang mahal atau tidak mampu membunuhnya yang akhirnya dilepaskan begitu saja ke sungai-sungai di wilayah Indonesia. Menteri Kelautan dan Perikanan mengingatkan bahwa panjang ikan arapaiman boleh membesar sehingga 1-2 meter dan bila ikan tersebut lapar maka boleh makan banyak ikan lokal. Untuk itu, pihak Badan Karantina Ikan, Pengendalian Mutu dan Keamanan Hasil Perikanan (BKIPM) KKP bersama pihak lainnya seperti Badan Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) diharapkan dapat menjerat pelaku pelepasan dan pemelihara ikan arapaima. Disebabkan perkara tersebut kalau tidak sumber daya ikan hayati kita bisa habis karena arapaima ini. Apabila perlu dan cukup bukti maka ikan ini dimusnahkan agar ke depannya tidak pindah tangan atau diperjualbelikan. Ada dilaporkan dimana sudah ditemukan bahawa ada satu orang di Surabaya yang memiliki sehingga 18 ekor ikan arapaima yang di antaranya sebanyak 4 ekor telah diberikan kepada masyarakat dan 8 ekor telah dilepaskan di sungai Brantas. Apa pun dari empat ekor yang diserahkan sudah ditemukan 2 ekor di penampungan dan 2 ekor lainnya sudah mati. Baki lagi 8 ekor yang dilepaskan telah ditemukan sebanyak 7 ekor. Selain itu juga ada informasi pula bahwa di Sidoarjo juga ditemukan sekitar 30 ekor di penampungan sehingga akan dikenalpasti kedudukannya. Berdasarkan regulasi yang sedia ada pihak pelaku yang memelihara atau melepas sumber daya ikan yang berbahaya bagi kawasan perairan di Indonesia dapat dipidanakan. Sementara itu, Dirjen (Ketua Pengarah) Penguatan Daya Saing Kelautan dan Perikanan KKP Nilanto Perbowo mengimbau kepada pemilik arapaima agar dapat menyerahkan secara sukarela kepada pemerintah kerana ikan arapaima merupakan jenis predator yang berbahaya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IKAN GERGASI...ITU IKAN ARAPAIMA...
DILARANG DIIMPORT... KEMALAYSIA...
JIKA TERTUDUH... BOLEH DI DENDA...
JIKA TERJUMPA.... LAPORKAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.