Kelapa sawit kini menjadi tanaman ekonomi utama berjaya mencetuskan pengembangan kawasan perladangan di Malaysia. Bagaimanapun merujuk kepada laporan 'Prospek Masa Kini dan Masa Hadapan Biojisim Kelapa Sawit di Malaysia' oleh Onoja pada 2018 dimana ia menyatakan 10 % sahaja minyak sawit dihasilkan daripada satu pokok sawit dan hebatnya dimana lebihannya (90%) adalah sisa biojisim terhasil seperti pelepah sawit (OPF) dan tandan buah sawit kosong (EFB). Apa pun penulis blog setuju dimana jika semua sisa ini tidak diuruskan dengan baik maka ia bakal mendorong masalah pelupusan yang menjurus kepada pencemaran alam sekitar. Sisa biojisim ini berpotensi dan mampu menawarkan pulangan ekonomi menarik melalui penghasilan produk nilai tambah yang memberi manfaat sejagat yang secara tidak langsung mengatasi masalah membabitkan pencemaran alam sekitar. Apa pun keupayaannya dalam menghasilkan produk nilai tambah mula dilihat sebagai sumber utama yang mampu melestarikan ekonomi negara. Beberapa penyelidikan dijalankan menggunakan sisa biojisim sawit sebagai bahan mentah atau penggantian separa dalam pelbagai aplikasi seperti pengitaran semula nutrien, makanan haiwan, pulpa dan kertas, papan serat, komposit biodegradasi, gula fermentasi dan bioetanol. Sisa biojisim sawit ini terdiri daripada dinding sel tumbuhan berlignoselulosa terikat dalam bahan rangka lignin dan bahan lain tegar, seperti mikrofibril sel kristal tegar yang perlu diurai. Secara amnya, kandungan lignoselulosa terkandung dalam sisa biojisim ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu selulosa, hemiselulosa dan lignin. Strukturnya kompleks dan tegar memerlukan proses rawatan untuk mengurai dan memisahkan komponen utama itu agar memudahkan proses biopenukarannya kepada produk nilai tambah.
Bukan sahaja tertumpu kepada bagaimana penggunaan biojisim dirawat, malah cecair legam terhasil selepas proses prarawatan ke atas biojisim ini turut dikitar semula. Cecair legam terhasil selepas proses prarawatan biasanya dilupuskan dimana ini sekali gus membawa kepada pencemaran alam sekitar (Sila lihat foto disebelah). Bagi mencapai matlamat membawa industri sawit mencapai strategi sifar sisa, beberapa proses pemulihan dijalankan ke atas cecair legam terhasil kerana ia mengandungi bahan lignoselulosik tinggi, iaitu hemiselulosa dan lignin yang berupaya melalui proses biopenukaran kepada produk nilai tambah. Kajian analisis secara kimia dijalankan berjaya menghasilkan gula monomer seperti glukosa dan xilosa yang boleh diaplikasikan dalam produk makanan. Selain itu, kajian ini menghasilkan produk prebiotik seperti xilooligosakarida (XOS) yang khususnya banyak diaplikasikan dalam industri farmaseutikal. Penggabungan XOS ke dalam makanan menambahkan sifat fisiologi yang bermanfaat bagi tubuh, termasuk penyerapan kalsium dan metabolisma lipid, pencegahan karies gigi dan pengurangan risiko kanser kolon akibat pembentukan asid lemak rantaian pendek. XOS juga menghasilkan pelbagai manfaat tambahan lain kepada kesihatan manusia seperti pengawalan kolestrol, meningkatkan keupayaan pengambilan kalsium dan juga mampu bertindak sebagai antioksidan. Pengitaran semula lambakan sisa biojisim terhasil daripada industri sawit ini menjanjikan pulangan lumayan dalam melestarikan dimana pembangunan ekonomi di negara kita. Inisiatif dijalankan ini ialah hasil kerjasama baik yang dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi di Malaysia dan global.
Bagaimanapun selalunya sebelum proses prarawatan dijalankan, sisa biojisim perlu diproses secara fizikal dan mekanikal terlebih dahulu melalui proses pengeringan serta pengisaran kerana sisa biojisim sawit mengandungi lebih 40 peratus kelembapan yang cenderung kepada pertumbuhan kulat. Secara umumnya terdapat beberapa pendekatan digunakan dalam merawat biojisim ini dan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori, iaitu kaedah prarawatan secara kimia (cecair ionik, alkali dan asid cair); fizikal (penyinaran tenaga, pengisaran) dan biologi. Dilaporkan dimana sejak kebelakangan ini, proses prarawatan banyak tertumpu kepada penggunaan kaedah secara kimia, iaitu menggunakan cecair ionik dan larutan beralkali seperti ammonia serta natrium hidroksida. Prarawatan cecair ionik dan alkali mampu didalam menguraikan struktur biojisim berlignoselulosa tanpa menghasilkan produk perencat ketara. Pelarut Eutektik Dalam (DES) ialah sejenis pelarut hijau dan didefinisikan sebagai campuran dua atau tiga komponen penderma ikatan hidrogen dan penerima ikatan hidrogen yang membentuk campuran eutektik melalui interaksi hidrogen dan mempunyai titik takat lebur lebih rendah daripada setiap komponen individunya. Bagi prarawatan alkali pula dimana ia mampu memecahkan struktur dalaman biojisim berlignoselulosa yang mengakibatkan pembengkakan gentian selulosa dan pengubahsuaian penghabluran selulosa. Ia juga prarawatan ideal disebabkan beberapa kriteria seperti kos pengendaliannya murah, mudah disintesis dan mesra alam. Kini kolaborasi antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yayasan Sime Darby (YSD) dan Kementerian Pendidikan melalui beberapa geran penyelidikan mengambil beberapa inisiatif menangani masalah lambakan sisa biojisim sawit ini bagi mencapai matlamat industri sawit sifar sisa. Sisa biojisim ini menarik minat pelbagai kumpulan penyelidik dan kajian semakin meningkat terhadap lebihan biojisim sawit sebagai sumber biotenaga boleh diperbaharui atau 'bahan pengantara' seperti gula monomer (terutama glukosa dan xilosa) untuk menghasilkan pelbagai produk nilai tambah disebabkan sifat fizikokimia biojisim sawit yang baik dan kaya dengan kandungan nutrien.
Bukan sahaja tertumpu kepada bagaimana penggunaan biojisim dirawat, malah cecair legam terhasil selepas proses prarawatan ke atas biojisim ini turut dikitar semula. Cecair legam terhasil selepas proses prarawatan biasanya dilupuskan dimana ini sekali gus membawa kepada pencemaran alam sekitar (Sila lihat foto disebelah). Bagi mencapai matlamat membawa industri sawit mencapai strategi sifar sisa, beberapa proses pemulihan dijalankan ke atas cecair legam terhasil kerana ia mengandungi bahan lignoselulosik tinggi, iaitu hemiselulosa dan lignin yang berupaya melalui proses biopenukaran kepada produk nilai tambah. Kajian analisis secara kimia dijalankan berjaya menghasilkan gula monomer seperti glukosa dan xilosa yang boleh diaplikasikan dalam produk makanan. Selain itu, kajian ini menghasilkan produk prebiotik seperti xilooligosakarida (XOS) yang khususnya banyak diaplikasikan dalam industri farmaseutikal. Penggabungan XOS ke dalam makanan menambahkan sifat fisiologi yang bermanfaat bagi tubuh, termasuk penyerapan kalsium dan metabolisma lipid, pencegahan karies gigi dan pengurangan risiko kanser kolon akibat pembentukan asid lemak rantaian pendek. XOS juga menghasilkan pelbagai manfaat tambahan lain kepada kesihatan manusia seperti pengawalan kolestrol, meningkatkan keupayaan pengambilan kalsium dan juga mampu bertindak sebagai antioksidan. Pengitaran semula lambakan sisa biojisim terhasil daripada industri sawit ini menjanjikan pulangan lumayan dalam melestarikan dimana pembangunan ekonomi di negara kita. Inisiatif dijalankan ini ialah hasil kerjasama baik yang dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi di Malaysia dan global.
Penulis blog tertarik dengan laporan BH bertajuk 'Batang kelapa sawit kaya serat pemakanan' untuk dikongsikan. Berita dipetik dari Kuala Lumpur dimana batang kelapa sawit yang selama ini dibuang atau dibiarkan reput begitu sahaja sebenarnya kaya serat pemakanan atau lignin yang memberikan bermanfaat untuk kesihatan. Serat lignin di dalam batang sawit yang dikisar halus seperti serbuk teh, didakwa baik untuk mengikat kolesterol, garam hempedu, lemak, karbohidrat dan toksin. Pengambilan serat yang kaya dengan lignin juga membantu mengurangkan risiko kepada agen jangkitan dan penyakit yang paling kerap berlaku ke atas penduduk dunia iaitu barah. Bagaimanapun, hanya batang sawit yang mencapai usia matang mengandungi banyak lignin, iaitu serat yang sangat bernilai dan diproses untuk dijadikan teh (Sila lihat foto disebelah). Khasiat itu ditemui oleh Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioproses dan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Prof Dr Ida Idayu. Inovasi ini membolehkan beliau memenangi Piala Emas kategori Bioteknologi pada tahun 2007. Serat batang pokok sawit yang kaya serat dan membantu kesihatan kini diinovasikan. Serat boleh larut yang terdapat di dalam batang kelapa sawit akan mengikat kolesterol dan memudahkan penyingkiran melalui proses nyahtoksid daripada tubuh dalam bentuk pembuangan air besar. Kesannya dimana paras kolesterol dan tekanan darah menurun dalam jangkamasa panjang, masalah penyakit berkaitan darah tinggi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang dapat dikurangkan. Dengan cara mengamalkan minum teh daripada batang kelapa sawit mengurangkan masalah kegemukan atau obesiti, kandungan serat larut yang tinggi membuatkan mereka yang meminum teh batang kelapa sawit berasa kenyang dalam tempoh lebih lama. Pengambilan serat memperkuatkan bahagian usus secara lebih berkesan yang boleh merangsang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit dengan melicinkan usus serta menyingkirkan bahan buangan. Dr Ida Idayu mencadangkan jumlah pengambilan serat ditingkatkan setiap hari bersama kuantiti air yang diminum bagi melancarkan proses penyingkiran dari dalam usus. TEH batang sawit juga mengenyangkan peminumnya kerana kaya dengan serat. Sebagai info tambahan dimana pokok sawit yang berumur 20 tahun usia batang sawit mengandungi banyak lignin dimana sebanyak 26 peratus kandungan serat tinggi dalam batang kelapa sawit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca bllog anim agro tehnology kali ini. Wasallam!...
JANGAN DIBUANG... ADA POTENSI...
DIJADIKAN KOMPOS... BAJA ALAMI...
MENJADI TEH ... UJIRASA MENJADI..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Muharram 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.