Ramai bertanya kepada penulis blog sama ada bolehkah kita makan serbuk kopi kerana suka dengannya. Serbuk kopi ada berbagai jenis dan jenama bergantung kepada cara prosesnya dan jenis produk. Bagaimana pun selalunya cara penyediaan minuman kopi sekarang sudah banyak yang berbeza. Seingat penulis blog dahulu dimana orang kampong akan membancuh air kopi daripada serbuk kopi yang kemudiannya ditapis serbuknya sebelum diminum. Sedikit serbuk kopi pun lazimnya akan masih lolos dan diminum sekali bersama airnya. Tetapi selamat ke kalau termakan serbuk kopi jika masuk dalam perut?. Pada zaman dahulu biji kopi memang ada dimakan sebelum minuman kopi dicipta. Dilaporkan dimana kalangan kaum tertentu seperti di Afrika mencampurkan biji kopi dengan bahan berlemak dijadikan bebola makanan. Tujuannya untuk memberi tenaga. Seperti minuman yang berasaskan kopi memang akan memberikan kesan kafeinnya tetapi kekuatannya berganda kerana tidak semua kandungan aktif dalam kopi larut air dan keluar menjadi air kopi. Apa pun kandungan aktif dalam biji kopi juga mudah diserap melalui lapisan mukosa dalam mulut. Hasil kajian daripada Journal of Agricultural and Food Chemistry menunjukkan serbuk tapisan air kopi yang biasanya dibuang sebenarnya ada mengandungi jumlah anti-oksidan yang sangat tinggi. Ini tidak pelik kerana sebagaimana diketahui kopi mengandungi anti-oksidan iaitu kompaun yang berupaya melawan radikal bebas berbahaya yang didakwa merosakkan sel-sel badan. Namun tahap kandungan anti-oksidan yang tinggal agak berbeza dengan cara dan bagaimana bancuhan kopi. Contohnya anti-oksidan paling tinggi pada sisa serbuk kopi menggunakan mesin Espresso manakala mesin Mocha akan meninggalkan anti-oksidan paling sedikit. Oleh itu biasanya serbuk kopi yang telah ditapis sebenarnya boleh dimakan. Selain itu ia boleh dijadikan scrub badan dan muka untuk menjadikan kulit lebih cantik dan halus. Amalan meminum kopi memang ada banyak kebaikan terutamanya bila dicampur dengan ramuan istimewa seperti herba dan sebagainya. Namun jika kopi diambil secara berlebihan ia juga boleh memudaratkan kesihatan terutamanya minuman 'kopi 3 in 1' yang banyak gula. Apapun kalau diambil secara sederhana pastinya selamat dan baik untuk kesihatan.
Pada penulis blog juga mendapati minuman kopi memainkan peranan penting dalam cara membentuk dan mampu mengubah pelbagai budaya meminum minuman panas di serata pelusuk dunia. Lebih dikenali sebagai ‘air kopi’ di Malaysia dimana minuman ini pertama kali diperkenalkan sewaktu pembukaan kedai-kedai ‘kopitiam’ (‘kopi’ diambil dari Bahasa Melayu dan ‘tiam’ bermaksud kedai dalam dialek Hokkien) bermula di zaman penjajahan British. Tidak seperti negara lain yang menggunakan kaedah bru (brewing), kopi di negara kita biasanya akan dipanggang dengan mentega dan gula sebelum ditambah dengan air mendidih melalui penapis kain. Memang tidak kiralah samada di kedai kopi biasa, kedai-kedai kopitiam sehinggalah 'latte tanpa lemak' dengan lelehan bahan caramel sebagai hiasan di Starbucks, rakyat Malaysia dan seluruh dunia sememangnya gemarkan kopi. Secara purata penulis blog dapati dimana rakyat Malaysia meminum 2.5 cawan kopi setiap hari. Namun ada persoalannya sama ada adakah kopi memberikan kesan baik atau buruk untuk anda. Kopi juga merupakan sumber utama untuk kafein, namun jumlah kafein sebenarnya berbeza dalam kopi yang di minum yang mana ia bermula dari hampir kosong sehingga lebih dari 500mg. Secara purata juga dilaporkan dimana bagi secawan kopi mempunyai antara 95 - 180mg kafein. Memproses buah kopi untuk dijual atau dipasarkan juga merupakan satu aktiviti yang penting dipelajari dan sering diamalkan oleh penanam kopi. Tujuan memproses kopi ini adalah untuk menanggalkan biji-biji kopi daripada kulit buahnya. Buah kopi segar ini dipanggil sebagai "Kopi Jambu" atau biji kopi berkulit dan apabila diproses dengan buang kulit dinamakan "Kopi Beras". Memproses kopi dengan cara mengasingkan buah-buah yang baik dengan buah yang rosak dan sampah adalah penting. Aktiviti ini juga termasuk mengasingkan biji-biji kopi mengikut mutu atau kualiti atau gred untuk mendapatkan harga pasaran yang lebih tinggi. Jika semua gred kopi dicampurkan sekali lazimnya pembeli hanya akan gunakan satu gred iaitu sederhana atau rendah sahaja. Dalam tinjauan penulis blog dibeberapa kawasan kebun kopi di Batu Pahat dan Pontian, kini terdapat dua teknik memproses kopi iaitu TEKNIK KERING dan TEKNIK BASAH. Penggunaan kedua-dua teknik ini bergantung kepada kemampuan penanam, jenis kopi, jumlah kopi yang dihasilkan dan kemahiran.
Serbuk kopi yang dijual dipasaran terdapat banyak jenis dengan julat harga berlainan. Ada jenama kopi yang murah, sederhana dan banyak juga jenis kopi yang mahal. Ada serbuk kopi yang tradisional dengan berbiji yang perlu ditapis dan ada juga 'serbuk kopi instant' yang larut semuanya. Apakah dia fakta kebaikan dan keburukan minum kopi?. Minuman Kopi dilaporkan mampu membantu seseorang agar Kekal Berjaga. Didakwa secawan kopi biasa bukan sahaja mampu membantu anda kekal berjaga tetapi juga boleh membuatkan minda anda kekal fokus. Komponen kafein adalah perangsang psikoaktif yang meningkatkan kesedaran, perhatian, keupayaan untuk memberi tumpuan, dan mampu meningkatkan tahap tenaga secara keseluruhan. Kedua kebaikan minum kopi dimana ia mampu untuk Meningkatkan Produktiviti. Dalam satu kajian yang diterbitkan pada 2013 menyimpulkan bahawa pengambilan kafein dalam jumlah sederhana boleh meningkatkan prestasi motor dan kognitif. Satu kajian terbaru yang diterbitkan pada April 2018 mendapati bahawa jika menghidangkan kopi sewaktu mesyuarat boleh meningkatkan prestasi mereka yang terlibat dalam perbincangan tersebut. Kafein dikenali sebagai penghalang reseptor untuk adenosin iaitu satu kompaun di dalam otak yang menjadi punca keletihan dan mengantuk, oleh itu ianya boleh meningkatkan prestasi fizikal dan mental. Fakta ketiga dimana minuman kopi akan Menjadikan Emosi Menjadi Lebih Baik. Hasil kajian yang dilakukan oleh A. Nehlig menunjukkan bahawa dengan pengambilan kafein secara berulang dalam kadar 75mg (bersamaan dengan 1 cawan kopi) boleh memberi kesan dalam perubahan emosi yang lebih baik. Kajian juga telah menunjukkan kafein boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan. Penulis blog bagaimana pun ingin beritahu agar peminat kopi agar jangan minum kopi dengan berlebihan. Pengambilan kafein secara berlebihan adalah fenomena yang boleh berlaku dan ianya juga akan timbulkan gejala tertentu. Minum kopi secara berlebihan juga boleh menyebabkan rasa gelisah dan gementar, rasa jantung berdebar-debar, loya, merasa bimbang secara tiba-tiba, insomnia dan juga rasa pening. Sebaiknya jika kes menjadi serius maka dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami simptom terlebih dos kafein. Lazimnya minuman kopi akan dapat memberikan tindakbalas yang cepat. Bermula dengan sisipan kopi pertama pada waktu pagi, kafein memasuki aliran darah anda dengan pantas. Satu cawan kopi mempunyai penyerapan kafein yang cepat ke dalam aliran darah anda di mana ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Setiap orang ada tindakbalas yang berbeza dimana kadar daya penerimaan kafein biasanya bergantung kepada gaya hidup, metabolisme dan genetik seseorang. Jika metabolisme tubuh lebih tinggi maka kafein yang terkandung dalam kopi lebih cenderung untuk membuat anda berasa gelisah dan gementar. Mereka yang menderita penyakit darah tinggi, diabetes, masalah jantung, osteoporosis dan wanita hamil disarankan untuk mengelakkan atau mengurangkan jumlah pengambilan kafein. Daya penerimaan kafein biasanya bergantung kepada gaya hidup, metabolisme dan genetik seseorang. Kajian mendapati dimana 1 tin minuman tenaga mengandungi sekurang-kurangnya 80mg kafein, manakala satu cawan kopi mengandungi 110 -150 mg kafein. Minuman tenaga biasanya tidak bergantung kepada kafein, sebaliknya ia mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi atau bahan-bahan lain yang memberi tenaga. Apa pun didakwa dimana warna biji kopi berkait dengan kualiti kafien. Biji kopi yang lebih gelap biasanya dianggap mempunyai tahap kafein yang lebih tinggi. Rasa pahit yang ada pada biji kopi sebenarnya bergantung kepada tahap ianya dibakar, bukan pada kafein. Biji kopi yang gelap sebenarnya mempunyai jumlah kafein yang lebih kurang sama dengan biji kopi yang dipanggang dengan warna lebih cerah. Disebabkan kopi adalah minuman yang digemari ramai maka kebarangkalian untuk seseorang berhenti daripada meminumnya adalah rendah. Penulis blog akan kongsikan 3 petua buat penggemar kopi untuk minum secara berpada-pada. Pengambilan kafein secara sederhana bersamaan dengan 400mg, atau 3 hingga 4 cawan kopi sehari. Pertama adalah perlu sentiasa Kawal Pengambilan Kopi. Ini kerana pengambilan kopi secara sederhana adalah selamat dan ianya boleh termasuk dalam sebahagian dari diet sihat oleh kebanyakan orang dewasa. Pengambilan kafein secara sederhana bersamaan dengan 400mg, atau 3 hingga 4 cawan kopi sehari. Kedua adalah ingat agar hanya tambah sedikit susu pekat manis atau gula dalam kopi. Walaupun kopi hitam boleh memberi rangsangan tenaga dengan pantas apa pun menambah sedikit susu ke dalam kopi juga sebenarnya mempunyai beberapa manfaat kesihatan, seperti membantu pola tidur, keasidan dan juga pengambilan kalsium. Penulis blog juga sarankan agar sering bertukar minum teh sekali sekala. Terdapat beberapa manfaat kesihatan apabila anda bertukar daripada kopi ke teh sekali-sekala. Tidak seperti kopi yang boleh memberi kesan sampingan jika anda tidak meminumnya sehari, teh boleh membantu anda berasa lebih relaks sepanjang hari. Ianya juga didakwa mampu untuk mengurangkan berat badan dan didakwa mengurangkan kadar kolesterol. Artikel ini telah menceritakan persoalan adakah kopi baik atau buruk untuk anda? Jawapannya ambillah secara sederhana. Satu atau dua cawan kopi sehari boleh memberi anda manfaat kesihatan akan tetapi jika pengambilan empat cawan atau lebih dalam sehari boleh memberi kesan negatif. Lebih baik mengambil kopi secara sederhana sambil dapat memantau kesan kafein dan mengetahui had pengambilan yang tubuh anda boleh terima. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!...
KANDUNGAN KAFIEN.. DIDALAMYA...
AMALKAN MINUM.. CARA SEDERHANA...
BADAN SIHAT... TERUS BERTENAGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Zulhijjah 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.