Sunday, August 22, 2021

POTENSI TANAMAN AREN (Part 1)

POKOK AREN
(Arengga pinnata) atau Pokok Kabung atau Pokok Enau merupakan sejenis pokok dalam keluarga Palma atau Arecaceae yang lazimnya tumbuh meliar dihutan. Apa pun ramai yang kurang tahu dimana pokok e
nau atau aren adalah tumbuhan yang terpenting setelah Kelapa Sawit dan Kelapa kerana ia merupakan tanaman serba guna. Tumbuhan ini dikenal dengan berbagai nama lain seperti Nau, Hanau, Peluluk, Biluluk, Kabung, Juk atau Ijuk, Kawung, Taren, Akol, Akel, Akere, Inru, Indu; Moka, Moke, Tuwa, Tuwak dan banyak lagi mengikut loghat tempatan di nusantara. Diperingkat dunia pula tumbuhan yang natif di nusantara ini di panggil sebagai Sugar Palm atau Gomuti (Inggeris), Arenpalm (Belanda), Zukerpalme (Jerman) dimana ada setengah negara mereka melindungi tumbuhan ini dibawah undang-undang agar tidak pupus. Apa pun pada penulis blog tumbuhan aren ini memang tidak asing lagi kerana beberapa kali ada membuat tinjauan teknologi kepada pengusaha gula aren atau gula kabung di Pahang, Melaka, Perak, Sarawak, Kelantan dan Kedah semasa bertugas dahulu. Memang penulis blog dapati dimana kalangan masyarakat kampong pada umumnya mereka sudah lama mengenal pokok aren sebagai pokok yang dapat menghasilkan bahan-bahan untuk industri IKS. Hampir semua bahagian atau produk tanaman dari pokok aren ini dapat dimanfaatkan dan mempunyai nilai ekonomi. Akan tetapi dilaporkan dimana tanaman ini kurang mendapat perhatian untuk dikembangkan atau diusahakan dengan secara komersil di Malaysia akan tetapi dijadikan satu industri di negara Indonesia. Beberapa kawasan seperti di Bangka Belitung, Maluku Utara, Sumatra, Sulawesi dilaporkan telah ada petani dan usahawan berjaya mengkomersilkan tanaman dan industri aren sehingga mampu mengeksport produk-produk berasaskan pokok aren. Penghasilan gula aren, gula semut, perabut dari kayu aren, nira, gula aren cair, tali ijuk, methanol dilaporkan mula dipasarkan dari aktiviti penanaman aren yang lebih sistematik. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus berkongsi maklumat mengenai potensi penanaman aren sebagai satu lagi komoditi yang boleh dimajukan di Malaysia agar menjadi bahan rujukkan pembaca semua.

Pokok Aren ini merupakan pokok palma yang besar dan tinggi dimana ia tumbuh mencapai ketinggian sehingga mencapai 25 meter dan garispusat batangya sehingga 65 cm. Biasanya batang pokoknya kukuh dan pada bahagian atas diselimuti oleh serabut berwarna hitam yang dikenal sebagai 'ijuk' yang mana struktur seakan berjaring ini sebenarnya adalah sebahagian daripada pelepah daun yang menyelubungi batang pokok. Selaput Ijuk ini boleh dikutip untuk dijadikan tali, alas kusyen kereta mewah, alas tilam dan sebagainya. Dari beberapa amalan agronomi sebaiknya ijuk ini jangan diambil sebelum pokok aren mengeluarkan mayang untuk diambil niranya kerana jika diambil awal maka pokok aren akan kurang mengeluarkan mayang jantan sahaja dan merugikan petani. Ijuk ini boleh dikutip apabila pokok aren telah menghasilkan beberapa mayang. Daun pokok aren menyamai dengan daun pokok kelapa dan sawit dimana pelepahnya sepanjang 4-5 meter dan ada daun tirus yang panjangnya 1.5 meter. Biasanya ada anak daun seperti pita bergelombang yang  berwarna hijau gelap di atas dan keputih-putihan oleh karena lapisan lilin di sisi bawahnya. Dilihat lanjut dimana bunga jantan dengan bunga betina akan terpisah dan tangkai atau mayang yang berlainan yang keluar di ketiak daun dimana lazimnya panjang tangkai ini sehingga 2.5 meter. Buahnya berbentuk berangkai seperti bentuk bulat peluru yang berukuran garispusat sekitar 4 cm dimana dalam buah ada 3 ruangan dan mempunyai 3 biji yang tersusun dalam juntaian seperti rantai. Setiap tandan buah mempunyai 10 tangkai atau lebih dimana setiap tangkai memiliki lebih kurang 50 butir buah berwarna hijau sehingga warna kecoklatan dan juga sekali sekali kekuningan. Buah ini tidak boleh dimakan terus disebebkan getahnya sangat gatal bila kena mulut. Buah aren atau kabung ini perlu menjalani proses dibelah, direbud dan dojadikan bahan makanan menarik dinamakan Kolang Kaling.

Dilaporkan dimana kadar permintaan untuk produk yang berasaskan pokok aren kini semakin meningkat saban tahun untuk pasaran domestik dan eksport.  Bagaimana pun disebebkan oleh bekalan gula aren dari pokok aren liar masih belum mencukupi di negara kita dan negara jiran Indonesia dilaporkan harga produk dari pokok aren tidak pernah jatuh. Di Malaysia belum ada pengusaha atau petani yang menanam pokok aren secara komersil seperti menanam kelapa sawit dan kelapa. Masih ramai pengusaha gula aren di Malaysia yang mengendalikan tanaman aren yang tumbuh liar (tidak ditanam orang) sama ada didalam hutan atau sekitar kampong. Hanya ada beberapa negeri seperti di Pahang yang pernah Jabatan Pertanian pernah memberikan bantuan input penanaman aren atau pokok kabung disekitar Daerah Kuala Lipis dan Jerantut dimana kini pokok tersebut telah pun tua dan perlu diganti dengan pokok baru. Penulis blog yang pernah membuat tinjauan kelokasi tersebut mendapati penanaman pokok kabung perlu diganti setelah berumur 12-15 tahun untuk mendapatkan produktiviti optima dan pokok yang sesuai tidak terlalu tinggi untuk kerja penuaian nira. Apa pun sebenarnya penanaman pokok aren atau pokok kabung ini secara komersil didakwa dan telah dilaporkan oleh pengusaha aren ini iaitu berkali ganda lebih menguntungkan daripada penanaman kelapa sawit, getah mahu pun buah-buahan bermusim lain. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan beberapa agensi lain perlu melihat akan potensi ini terutama dibeberapa lokasi sesuai seperti tanah terbiar, kawasan tanah sawah yang tidak diusahakan, belukar di rizeb sungai dan sebagainya untuk ditanam dengan pokok aren secara sistematik dan produktif. Ini menyamai dengan mana Jabatan Pertanian Sarawak ada program membantu petani didalam penanaman pokok sagu di kawasan penghasilan produk sagu dari pokok rembia seperti di Mukah, Dalat, Daro dan beberapa lokasi lain. 

Berbalik kepada info pokok aren dimana dilaporkan pada masa ini dikenalpasti ada empat jenis pokok sepertinya yang termasuk kelompok aren iaitu jenis Arenga pinata (Wurmb) Merr, Arenga undulatitolia Bree, Arenga westerhoutii Grift dan Arenga ambcang Becc. Diantaranya keempat jenis tersebut yang sudah dikenalpasti ada potensi untuk dikomersilkan adalah jenis Arenga pinata yang dikenal sehari-hari dengan nama aren atau enau. Indonesia antara negara yang aktif membangunkan tanaman ini dimana kalangan petani tradisional dan petani komersil dilaporkan telah mempunyai teknologi terkini dan varieti yang terbaik untuk dikomersilkan. Terdapat lebih daripada 40 suku kaum di Indonesia yang telah mengunakan pokok aren ini sejak turun temurun diseluruh pelosok negara tersebut dimana seoarang pakar tumbuhan ini berasal dari Netherland dan menjadi rakyat negara tersebut iaitu Willy Smit menyatakan potensi tanaman aren sangat besar. Beliau mengumpulkan teknologi dan spesis pokok aren dari mereka dan menjadikannya sebagai panduan didalam industri penanaman aren. Dari segi teburan tumbuhan ini dilaporkan pokok aren sesuai tumbuh diantara garis lintang 20º LU - 11ºLS iaitu meliputi dari negara India, Sri Langka, Bangladesh, Burma, Thailand, Laos, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Hawai, Filipina, Guam dan berbagai pulau disekitar pasifik. Di Indonesia sendiri dimana tanaman aren banyak terdapat dan tersebar hampir diseluruh wilayahnya khususnya di kawasan yang berbukit dan lembah. Di Malaysia belum ada kajian terperinci akan kedudukan pokok aren yang padat dan lokasi pengusaha aren yang aktif untuk didaftarkan. Dari segi kesesuaiannya dilaporkan pokok aren ini sesuai hidup dalam banyak keadaan jenis tanah kecuali tanah masam atau asidik atau banyak garam. Pokok  aren sesuai tumbuh pada tanah liat, berlumpur dan berpasir. Aren juga sesuai tumbuh pada ketinggian 9 - 1,400 meter di atas permukaan laut. Namun yang paling baik pada ketinggian 500 - 800 meter di atas permukaan laut dengan curahan hujan lebih dari 1,200 mm setahun atau pada iklim yang sederhana basah. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!..
POKOK AREN.. POKOK ENAU SAMA...
MAYANG DIPOTONG... HASILKAN NIRA...
NIRA DIPROSES.. GULA AREN JADINYA...
ADA POTENSI... DIKOMERSILKAN DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Muharram 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.