Tuesday, July 13, 2021

MAKAN DURIAN - APA YANG PANTANG (Part 1)

BUAH DURIAN
(Durio zibethinus) merupakan buah bermusim yang digelar 'raja segala buah' kerana keenakannya dan juga aromanya. Buah ini ramai peminatnya di Malaysia dan luar negara termasuk permintaan yang terus meningkat daripada negara besar seperti negara China. Bagaimana enak sekali pun buah durian semestinya ada beberapa pantang larang untuk makan buah durian ini terutama semasa mereka yang ada masaalah kesihatan. Beberapa varieti durian premium terus mendapat permintaan tinggi dikalangan pelanggan seperti dan semestinya Durian Musang King (D197) serta beberapa durian popular lain seperti Durian Black Thorn, Durian D24, Durian Tekka, Durian Merah dan beberapa lagi termasuk Durian Kampung Baik (DKB). Harga durian premium seperti Musang King memang agak tinggi kerana kualiti isinya yang premium dengan warna keemasan, rasa lemak manis, aroma yang kuat dan boleh mengenyangkan. Kini harga durian ini dalam lingkungan RM35 - RM80 sekilogram bergantung kepada kualiti, musim pengeluaran dan lokaliti. Apabila durian ini sudah mendapat pasaran lebih besar di China maka harga durian ini terus melonjak naik sepanjang tahun. 
Sekarang ini penulis blog boleh katakan banyak makanan dan minuman lazat yang boleh menggoda lidah penduduk dan masyarakat kerana mudah dibeli dan mampu mendapatkannya. Di musim PKP semasa covid19 pun mudah mendapatkan pelbagai jenis makanan melaui perkhidmatan penghantar makanan. Salah satunya adalah buah durian yang memang kini boleh dibeli dimusimnya. Durian adalah buah yang sangat popular di kawasan Asia Tenggara dimana di Malaysia musim buah durian adalah diantara Julai - September setiap tahun. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis ;agi mengenai beberapa pantang larang memakan buah durian untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Semua peminat durian akan berkata keenakan b
uah durian memiliki cita rasa tinggi yang manis, enak dan lazat semasa dimakan di mulut. Memang agak sukar untuk makan durian premium kerana kos membelinya juga sudah mahal dan apabila mahu makan kena kopek kulitnya yang berduri yang sangat tajam pula. Setelah susah payah membuka kulit tajamnya isi durian yang baik kualitinya tetap memikat para pecintanya. Sebelum dibuka kulitnya memang kita dudah hidu aroma durian sudah menyengat. Aroma tersebut bagi orang yang suka durian dianggap satu nikmat yang hebat. Selain rasanya yang nikmat dilaporkan buah durian juga dikenal sebagai buah yang kaya akan nutrisi untuk tubuh. Durian memiliki kandungan nutrisi di antaranya vitamin B1, vitamin B2, dan vitamin C, serta Kalium (K), Kalsium (Ca) dan juga bahan Posforus (P). Bagaimana pun jangan terkejut dimana selain dari rasa nikmat dan nutrisi yang dimiliki durian sebaliknya durian juga memiliki zat yang tidak baik bagi tubuh manusia jika diambil dengan tidak betul. Kepada peminat buah durian dinasihatkan juga jangan terlalu banyak makan durian. Segala sesuatu yang berlebihan tidak baik bagi tubuh. Biasanya buah durian disajikan beriringan dengan makanan atau minuman lain dimana-mana. Namun siapa sangka dimana kombinasi atau perpaduan antara durian dengan makanan atau minuman yang kurang tepat boleh memberikan kesa buruk kesihatan pula kepada tubuh.

Didakwa didalam beberapa laporan dimana wujud kesan berkemungkian berlaku ketika memakan buah durian adalah meningkatkan kadar kolesterol dan gula dalam badan. Selain itu juga tubuh boleh mengalami darah tinggi hingga boleh juga menyebabkan berlaku serangan jantung. Oleh itu sebaiknya bagi tujuan mencegah perkara-perkara yang tidak diinginkan terjadi sebaiknya perlu peminat durian menyemak dahulu apakan jenis deretan makanan dan minuman yang diambil bersama. Memang dilaporkan terdapat beberapa jenis makanan atau minuman yang tidak boleh disantap bersama dengan buah durian. KOPI (Coffea spp) adalah sejenis minuman popular yang enak mengandungi bahan kafien (caffien) didalamnya serta gula, susu dan sebagainya. Minuman Kopi adalah sejenis minuman yang tidak boleh atau tidak digalakkan untuk diambil secara bersama dengan makan buah durian. Kopi memiliki kandungan bahan kafein (Caffien) yang tinggi sehingga dilaporkan ia mampu didalam meningkatkan gerak atau degupab detak jantung. Minuman Kopi juga didakwa boleh mengakibatkan suhu tubuh menjadi panas apa memunumnya. Kesan yang sama juga dimiliki oleh kopi dan durian sehingga sesiapa sahaja yang makan durian dan diikuti dengan meminum kopi sebagai kombinasi untuk makanan dan minuman secara bersama adalah tidak baik bagi kesihatan tubuh seseorang. Perkara ini akan terkesan apabila sesiapa mengambilnya dengan kuantiti banyak (sebab suka akan keduanya) terutama mereka sebagai pengidap penyakit jantung harus dihindarkan. Ia memang berbeza dengan mereka yang tugasnya menjaga dusun durian dari kes-kes kecurian yang meminum kopi untuk terus berjaga dalam pondok sama ada ada siang atau malam hari. Golongan ini biasanya kurang makan durian sebaliknya mengutip duria unuk dijual sahaja.

Perkara kedua didalam pantang larang semasa makan buah durian adalah elakkan MINUM SUSU (susu lembu). Makan buah durian dengan susu boleh membuatkan berkalu tekanan darah menjadi lebih meningkat. Kandungan sulfur yang ada pada durian juga dimiliki oleh minuman susu. Semasa makan buah durian bersama dengan susu dilaporkan ia akan membuat tubuhbadan tidak bekerja secara maksima ketika proses mengeluarkan dan menghancurkan toksin. Makanan seterusnya untuk dielakkan semasa menikmati buah durian adalah TERUNG (Solanum melongena). Ini adalah kerana terong adalah jenis sayuran walau pun dapat menyihatkan tubuh akan tetapi terung juga memang didakwa mampu menaikkan suhu tubuhbadan iaitu sama fungsinya dengan durian. Sebaiknya elakkan daripada makan durian bersama sayur terung ini secara bersama. Jika mengambilnya juga secara bersama dilaporkan ia dapat meningkatkan suhu tubuh secara drastik dimana ianya akan menyebabkan anda boleh jadi jatuh sakit. Jenis makanan ke 4 yang patut semua dielakkan peminat durian di musim durian adalah KETAM (Crab). Ketam atau Kepiting adalah makanan laut uang enak dimakan sebagai 'best seafood' oleh penulus blog pernah rasakan. Sementara buah durian dipercayai dan mampu memberikan kehangatan dalam tubuh sebaliknya ketam pula dipercayai membuatkan badan menjadi sejuk atau dingin. Perbezaan yang ketara ini dilaporkan bertentangan karakter dimana didakwa akan membuat keduanya tidak sesuai atau tidak baik untuk dimakan secara bersama. Ketam dan durian juga memiliki kandungan kolesterol yang tinggi dan ianya merbahaya jika diambil dengan kuantiti yang berlebihan. Walau pun pembaca blog merupakan seorang peminat durian diharap rencana ini memberitahu kemungkinan yang berkaitan dengan buah durian yang dimakan. Artikel ini mempunyi dua segmen yang semestinya dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology pada musim durian kali ini. Wasallam!!!...
MAKAN DURIAN... ADA PANTANGNYA...
ELAKKAN KOPI... SUSU PUN SAMA...
ELAKKAN TERUNG... PANAS JUGA...
ELAKKAN KETAM... HATI-HATI ANDA...

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Rejab 1332H).
Posted from:
Taman Cendana, Air Keroh,
melaka, Malaysia... 13.7.2021

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.