Sunday, July 4, 2021

KEROPOK KULIT LEMBU

KEROPOK KULIT LEMBU
(atau Kulit Kerbau atau Sapi) merupakan sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Makanan snek ini agak kurang popular di Malaysia tetapi ia merupakan satu produk yang popular di negara jiran Indonesia sebagai makanan yang didakwa sebagai berkhasiat. Penulis blog hanya 2-3 kali dapat ujicuba snek keropok kulit lembu ini iaitu sekali semasa berada di Sabah dan kali kedua berkunjung ke Surabaya, Indonesia. Biasanya jenis-jenis keropk kulit agak popular dibeberapa lokaliti sahaja dimana ada yang menyebutnya sebagai 'Rambak' atau 'Jangek' dan beberapa gelaran lain bagi makanan snek ini. Apa pun dilaporkan dimana keenakan keropok kulit sapi ini sering dikaitkan dengan bagaimana cara menyediakannya dan apakah bahan ramuan rempah yang digunakan serta keropok yang masih belum luput tarikhnya. Proses membuat keropok kulit ini memerlukan bahan asas yang berkualiti selain dari proses penyediaan yang mengikut kaedah betul. Kulit lembu atau kerbau perlu direbus dahulu dan kemudian perlu dijemur dibawah panas terik matahari sekitar 2-3 hari sebelum diproses dengan memberi rempah dan perisa yang sesuai. Apa pun dilaporkan dimana makanan tradisional ini memang dibuat dari kulit lembu yang diproses dengan memotong dadu, merebus, mengeringkannya sehingga keras dan kehilangan air didalamnya. 
Kulit tersbut akan dipotong dadu dan kering kemudian digoreng dengan minyak masak yang cukup panas sehingga berkembang dan mengelembung. Keropok ini biasanya menghasilkan tekstur yang rangup dan enak dimakan. Kulit lembu goreng ini kemudian disisimpan dengan cara memasukannya kedalam bekas atau beg plastik vakum untuk memastikan dan boleh memanjangkan kerangupannya. Apa pun keropok kulit ini  sering dijadikan makanan ringan untuk dijadikan pelengkap kepada makanan utama nasi dan lauppauk yang lain. Penulis blog perasan dimana di rangkaian Restoren Nasi Padang  mereka sering menawarkan keropok ini sebagai lauk untuk menu Nasi Padang dan Sate Padang. Ia juga sering disajikan dengan kuah gulai dimana biasanya di Jawa keropok kulit ini merupakan bahan penting untuk makanan yang dinamakan sebagai Krechek iaitu sejenis  hidangan keropok kulit dalam rebusan santan pedas. Artikel petang khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan rencana mengenai keropok kulit lembu untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Penulis blog akan berkongsi bagaimana proses membuat keropok kulit lembu seperti yang pernah membuat tinjauan di negara jiran Indonesia semasa bertugas dahulu iaitu di Jawa Tengah (Kursus di SPAT, Malang). Mulanya untuk membuat keropok kulit lembu adalah perlu memp
roses dengan cara membuang atau mengikis bulu yang ada pada kulit lembu. Sebaiknya pilih kulit yang berkualiti dan segar dimana ia selalu baru sahaja disembelih dan dilapah kulitnya (Sila lihat foto disebelah). Perkara penting adalah mesti mengkikis bulu kulit sehingga bersih dan kemudian kulit tersbut mesti direbus sampai masak. Langkah seterusnya adalah untuk menjemur dan memotong kulit tersebut kepada saiz atau kebahagian yang lebih kecil. Pastikan dilakukan proses membuang lemak kerana proses ini paling penting kerana jika semua masih ada lemak yang melekat di kulit mesti dibuang supaya kulit tersebut tidak berbau hanyir dan menjadikan keropok kulit yang dikeluarkan berkualiti tinggi. Memang seua orang yang pernah melakukan ibadah kurban sebagai perewang sesekali akan dapat kulit lembu, kaki atau kepalanya. Kulit lembu mengikut pengalaman penulis blog merupakan makanan paling enak dimasak tumis dengan kucai dimana makanan ini selalunya dihidangkan juga semasa majlis kenduri. Bagi membuat keropok kulit juga sama dimana dilakukan proses membakar kulit lembu. Sebaiknya kulit yang telah di buang lemak akan di bakar di atas api supaya bulu-bulu halus atau bulu roma di permukaan kulit hilang dan ia menjadikan permukaan kulit bertambah bersih lagi. Kulit yang bersih ini boeh diproses terus menjadi keropokk atau boeh juga disimpan untuk diproses kemudiannya.

Langkah selanjutnya adalah proses bagi m
emotong kulit berbentuk dadu.Kulit yang telah siap dibakar akan dipotong kepada saiz yang dikehendaki iaitu saiz dadu (mengikut kesesuaian pasaran). Biasanya bagi tujuan untuk membuat proses pemotongan ini seharusnya perlu menggunakan pisau khas yang telah direka sendiri khusus untuk memotong. Selanjutnya adalah dilakukan proses menjemur kulit yang siap dipotong dadu dimana disyorkan agar hendaklah di jemur di tempat jemuran khas yang direka sendiri. Proses menjemur mesti dilakukan di bawah cahaya matahari selama 2 hari sampai cukup kering. Seterusnya adalah proses pembersihan kulit dipotong dadu yang telah dijemir atau membasuh. Bahan keropok yang telah kering akan dibasuh dengan air garam sehingga bersih  dimana sebaiknya proses ini dilakukan berulang kali sehingga air basuhan menjadi jernih. Kemudian adalah proses untuk menjemur kali kedua dimana kulit yang sudah bersih harus dijemur sekali lagi. Poses menjemur kali kedua adalah selama 1 hari sahaja dan tidak perlu terlampau kering sangat. Seterusnya adalah p oses melatur atau dipanggil juga sebagai 'merendang' dimana kulit yang siap dijemur akan dimasukkan ke dalam kawah yang mengandungi minyak yang sederhana panas dan api yang pelahan. Sebaiknya ia hendaklah dikacau berkala dan kerap agar kulit lembu ini akan mengembang dan mengecut di dalam kawah. Proses ini memgambil masa selama 5-6 jam dan ia merupakan proses yang terakhir untuk menjadi keropok kulit lembu (jangek). Biasanya keropok yang telah matang akan di angkat dan di sejat atau ditoskan dulu sebelum ia di goreng dan dimakan atau sedia untuk dibungkus kepada pelanggan. Sebaiknya bagi menghasilkan keropok kulit lembu yang berkualiti dan sedap harus dibuat dengan sabar dan mengikut langkah yang betul. 

Kalau pembaca sudah tahu membuatnya atau telah membeli keropok kulit lembu memang tinggal dimakan sahaja. Penulis blog ingin berkongsi info mengenai beberapa fakta m
anfaat dari Kerupuk  seperti menyembuhkan ulser perut (maag) dan dapat menyembuhkan gejala mual dan pedih pada perut akibat gangguan ini. Pesakit jenis ini sebaiknya mengambil atau makan keropok kulit bila gejala tersebut muncul. telah banyak testimoni dimana terbukti dengan makan keropok kulit maka rasa sakit dan juga pedih pada usus dan perut hilang dan tidak perlu lagi makan ubat moden. Keropok kulit ini juga sesuai dijadikan makanan smek dimana rasa lazat, enak dan rangup ini menjadikan ia dapat meningkatkan selera makan dan juga dapat membuat segala jenis makanan menjadi lebih nikmat untuk disantap. Ada beberapa produk keropok kulit yang berjaya menambahkan ramuan rempah dan menjadi kesukaan ramai. Dilaporkan apabila anda sedang makan makanan yang pedas dan kepedasan sudah tidak kuat menahannya sebaiknya daripada meminum air hingga merasa kembung ada baiknya dicuba untuk makan keropok kulit ini. Kerupuk kulit memiliki kandungan minyak yang sangat tinggi sebab memalui proses menggoreng dengan minyak dimana keropok kulit juga memiliki pori-pori yang besar yang mampu menyimpan minyak dalam jumlah banyak. Minyak merupakan salah satu zat yang dapat meneutralkan rasa pedas yang dihasilkan oleh capcaisin pada cili. Keropokk kulit juga sebagai bahan campuran makanan yang menambah keenakan makan tersebut. Ini merupakan salah satu daripada kegunaan dari keropok kulit. Keropok kulit merupakan salah satu produk dari haiwan yang ada kandungan penting terutama bahan protin yang tinggi. Kebaikan dari protein kepada tubu manuais adakan ia baik untuk meningkatkan ketahanan tubuh, baik untuk meningkatkan kekuatan otot, baik untuk pertumbuhan dan juga regenerasi sel-sel tubuh serta juga baik untuk meningkatkan pembentukan tenaga serta memang baik untuk kesehatan dan juga pertumbuhan tulang. Ternyata keropok kulit juga dapat membantu menjaga kesihatan tulang dan juga membantu proses pertumbuhan tulang kerana kandungan kalsium dan juga fosforan yang cukup tinggi. Manfaat kerupuk kulit selanjutnya untuk kesihatan yang baik untuk pencernaan. Kerupuk kulit yang benar-benar dibuat dengan kulit haiwan mengandungi serat yang cukup tinggi. Serat ini berperanan penting dalam melancarkan pencernaan. Bagaimana pun ada paloran mengenai kesan negatif atau efek sampingan jika mekan keropok kulit dengan berlebihan.  Makanan yang dikonsumsi secara berlebihan memang tidak baik untuk kesihatan. Oleh sebab itu sebaiknya perlu membatasi makan kerupuk kulit agar tidak menimbulkan efek sampingan kepada tahao kesihatan pembaca blog. Kerupuk kulit megandungi banyak minyak apa lagi ketika sudah digoreng terlalu lama dan dibuat proses penggorengan berulang. Perkara ini penulis blog pun perasan dimana ia berikan kesan negatif kepada kesihatan seperti menyebabkan kadar kolesterol naik. Oleh sebab itu hadkan amakan kerupuk kulit agar mendapatkan manfaat kerupuk kulit bagi kesihatan. Selain itu dilaporkan ada sesetangan produk keropok kulit mengandungi bahan pengawet atau Bahan Pewarna atau MSG.  Sebaiknya periksa dulu dengan membaca label pada makanan tersebut sebelum dimakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaa blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
KEROPOK KULIT...LEMBU ASALNYA...
SANGAT POPULAR.. DI INDONESIA...
HENDAK BELI... DI SHOPEE PUN ADA...
BERKHASIAT... ENAK JUGA RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
malaysia.
(13 Zulkaedah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.