Thursday, July 15, 2021

KAMBIUM - APA DIA?

KAMBIUM
(Cambium) merupakan salah satu lapisan jaringan meristematik pada tumbuhan yang sel-selnya aktif membelah dan bertanggung jawab atas pertumbuhan sekunder kepada tumbuhan. Sains marfologi tumbuhan adaah penting untuk seseorang itu memahami mengenai tumbuhan. Kambium tumbuhan selalunya terdapat pada bahagian Batang (stem)  dan bahagian Akar (Roots). Berdasarkan jaringan tetap yang terbentuk kewujudannya maka ia dikenal dua golongan kambium iaitu sebagai Kambium Gabus (felogen, phellogen) dan Kambium Pembuluh (vascular cambium) dimana ia mempunyai struktur dan fungsi yang agak berlainan sedikit (Sila lihat rajah diatas sekali). Biasanya struktur kambium hanya berada pada jenis Tumbuhan Dikotil dan Tumbuhan Gymnospermae sahaja. Dalam pada itu sebenarnya penulis blog semasa kuliah di universiti dahulu diberitahu dimana Kambium Gabus adalah merupakan anggota dari korteks. Aktivitinya menghasilkan jaringan gabus (felem, phellem atau cork) ke arah luar. Jaringan gabus ini akan berfungsi untuk mengendalikan proses untuk masuk dan keluarnya cairan, mencegah serangan patogen (hama) dan sebagian berfungsi dalam aspek mekanikal lainnya. Jika diteliti dengan betul sebenarnya kambium gabus pada sebahagian spesis tumbuhan mampu  menghasilkan lapisan kulit bergabus yang disebut sebagai lapisan feloderm (phylloderm). Dalam pada itu dilaporkan dimana Kambium Pembuluh atau Kambium Vaskular adalah anggota yang biasa disebut orang kambium saja. Kambium ini biasanya membatasi anggota kulit kayu dari kolom kayu pada batang pokok. Biasanya kambium jenis ini akan membentuk pembuluh kayu (xylem) dan ke luar kambium membentuk pembuluh tapis (floem, phloem) dan sebagainya. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan memgenai ilmu marfologi tumbuhan iaitu apakah dia kambium untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Kambium merupakan lapisan jaringan meristematik pada tumbuhan yang sel-selnya aktif membelah dan bertanggung jawab atas pertumbuhan sekunder tumbuhan. Dalam kebanyakan tumbuhan, kambium berada pada batang dan akar dimana berdasarkan jaringan tetap yang dibentuknya dikenal dua jenis kambium iaitu sebagai Kambium Gabus (felogen, phellogen) dan Kambium Pembuluh (vascular cambium). Kambium hanya ditemukan pada tumbuhan dikotil dan gymnospermae. Saintis menyatakan dimana bagi jenis tumbuhan monokotil tidak mempunyai kambium sehingga akhirnya mengakibatkan batang dari tumbuhan monokotil tidak dapat tumbuh menjadi besar atau tidak mengalami penebalan sekunder. Kambium mempunyai bentuk seakan menyerupai suatu lendir yang terdapat pada kulit dan juga kayu batang. Bagi jenis batang berkayu (woody stem) lazimnya kambium sangat berfungsi untuk dijadikan sebagai medium atau sebagi sebuah jalur lintasan (seperti saluran penghantaran) dari nutrien yang mana ia akan melakukan pergerakan dari bahagian tanah menuju ke bahagian daun. Secara umumnya fungsi kambium kepada tumbuhan adalah berkait dengan mana kambium juga merupakan bentuk tumbuhan yang mempunyai sifat sangat keras yang memiliki peranan terhadap batang dan juga daun tumbuhan. Adapun fungsi kambium pada tumbuhan adalah untuk ia mampu menyusun xylem dan floem dimana berguna untuk membawa hasil yang diperolehi dari proses fotosintesis dari daun dan kemudian dikirim atau dihantar keseluruh bahagian tumbuhan. Fungsi kambium juga berguna dlam membawa air dan juga nutrien daripada bahagian akar yang diserap dari tanah untuk menuju ke bahagian daun agar seterusnya dapat melakukan proses fotosintesis.

Pada penulis blog memang penting untuk mengenali akan jenis-jenis Kamabium pada tumbuhan. Antaranya adalah jenis  Kambium Primer iaitu jenis kambium yang terletak diantara floem dan juga xylem pada tumbuhan dikotil ataupun tumbuhan Gymnospermae. Seterusnya adalaj jenis Kambium Sekunder atau Kambium Gabus iaitu jenis kambium yang berada pada bahagian permukaan batang tumbuhan dan juga bahagian akar yang berpecah dimana ia  disebabkan oleh adanya proses pertumbuhan sekunder.  Adapun fungsi dari kambium gabus sendiri adalah untuk ianya membantu dalam menyusun sel gabus yang keluar dijadikan sebagai pengganti dari lapisan epidermis. Namun sementara itu kedalam guna menyusun sel feloderm yang hidup. Jenis seterusnya dikenali sebagai  Kambium Vaskular yang mana ia merupakan salah satu jenis kambium yang memang terdapat di dalam berkas /pembuluh pengangkutan. Kambium fasikuler ini yang mempunyai struktur sel-selnya kearah dalam dan sebenarnya ia akan membentuk Xilem (xylem) sedangkan apabila ke arah luar maka akan membentuk floem (Phyloem). Sementara itu apabila ia bergerak ke samping akan menyusun jaringan meristematik yang sangat berfungsi untuk tujuan memperluas lapisan kambium. Jenis kambium yang ke empat dikenali sebagai Kambium Intervaskular (intervascular cambium) dimana ia merupakan salah satu jenis kambium yang terletak berada di antara 2 berkas yang terdapat di luar berkas pengangkutan. Kambium intervaskuar ini berfungsi untuk tujuan menyusun sejumlah jari-jari empulur didalam batang tumbuhan.

Berbalik kepada f
ungsi dan peranan Kambium kepada tumbuhan khususnya ia adalah sebagai medium atau jalur laluan nutria dan air bergerak dari tanah menuju ke daun dan sebagai penyalur makanan yang dihasilkan oleh daun keseluruh bahagian tumbuhan hasil dari proses fotosistesis. Perlu diketahui pembentukan Xylem dan Floem (X/F) oleh kambium itu ditentukan oleh faktor seperti keadaan disersekitaran tumbuhan seperti kadar kedapatan unsur air dan mineral (nutien. Perkara ini akan menjadikan kambium berbeza keadaannya pada musim penghujan dan pada musim kemarau. Selalunya pada musim kemarau X/F hanya terbentuk garisan sahaja sebab sukarnya untuk ia mendapatkan air sehingga pembelahannya terganggu sedang pada musim hujan keperluan air mudah dapat dan  proses pembentukan X/F menjadi lebih cepat pembelahan selnya akibatnya kambiuam akan menjadi lebih tebal. Pertumbuhan kambium kearah dalam lebih aktif dibandingkan pertumbuhan kambium kearah luar sehinggakan ia akan menyebabkan kulit batang menjadi lebih tipis dibandingkan kayu. Biasanya apa yag berlaku adalah mulanya lapisan kambium hanya terdapat pada ikatan pembuluh iaitu disebut kambium vasis atau kambium intravasikuler dimana fungsinya adalah membentuk xilem dan floem primer. Kemudian parenkim akar/batang yang terletak di antara ikatan pembuluh akan menjadi kambium yang disebut kambium intervasis. Kambium yang berada di sebelah dalam jaringan kulit yang berfungsi sebagai lapisan pelindung. Pertumbuhan sekunder menyebabkan pelebaran bahagian batang, pembentukan lingkaran tahun dan jari-jari empulur. Biasanya jari-jari empulur adalah jaringan parenkim yang menghubungkan kulit kayu dengan empulur di antara xilem dan floem terdapat kambium yang sel-selnya aktif membelah. Kambium sebagai meristem sekunder berada di bahagian tengah dari organ untuk melakukan pembentukan jaringan yang berbeza dari yang sebelum disebabkan letaknya dibahagian tengah organ jika terjadi pertumbuhan maka proses pertumbuhannya menjadi melebar kearah lateral sehingga membesar dan ia menimbulkan pertambahan besar batang tumbuhan. Kambium merupan lapisan-lapisan sel-sel tumbuhan yang sebenarnya merupakan jaringan dewasa seperti (epidermis , parenkim , kolenkim , sklerenkim ) namun sel-selnya mempunyai kemampuan totipotensi.  Kambium sel-selnya bisa mersifat meristem lagi sehingga terjadi proses pembentukan meristem yang ke dua yang kemudian disebut jaringan meristem sekunder. Pertumbuhan jaringan meristem sekunder disebut pertumbuhan sekunder. Aktiviti kambium yang merupakan jaringan meristem sekunder ini membelah terus menerus membesar dan berdefrensiasi membentuk xilem dan floem sebagai jaringan pengangkutan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....
NAMA KAMBIUM... DALAM TUMBUHAN...
XILEM DAN FLOEM.... ANGKUT MAKANAN...
SUKAR DILIHAT... SUSAH DIFAHAMKAN...
MEMBACA DAN BELAJAR... USAHAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana, 
AIr Keroh, Melaka,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1432H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.