Dipasaran memang terdapat banyak jenis baja dijual sama ada ianya dalam bentuk baja sebatian atau baja kimia, baja tambahan, baja organik, baja foliar atau semburan dengan pelbagai jenama dan formulasi. Pekebun sawit perlu memahami dan jelas tujuan pembajaan dilakukan sebeum membeli baja. Pemilihan jenis baja mestilah dapat memenuhi kriteria yang dikehendakki iaiitu baja terbaik dari segi kesan dalam penghasilan, terbaik dari segi keberkesanan kos dan terbaik dari segi kecekapannya. Sudah lazim semua setuju dimana produk termasuk baja dimana yang baik selalunya berharga lebih mahal. Ada kemungkinan harga yang tinggi ini berpunca daripada kualitinya yang sangat tinggi dimana ada diantara bahan-bahan buatannya pula mungkin import dari luar negara. HArga juga berkaitan dengan aktiviti kajian untuk menghasilkan baja ini juga lama dimana syarikat baja ini perlu mengeluarkan kos yang banyak bagi penyelidikan didalam menghasilkan formulasi baja yang terbaik. Sebenarnya dalam industri membaja adalah ianya bersifat pelaburan dimana walau pun harganya mahal akan tetapi penulis blog percaya jika pulangan hasil adalah berganda-ganda memang ianya lebih baik. Kecekapan baja banyak kategorinya seperti kaitannya iaitu ia cekap kadar serapannya mahupun cekap dari sebab kehilangan semulajadi. Baja yang cekap adalah baja slow release dimana ia dapat kurangkan larut lesap ke dalam air, meruap ke udara dan boleh mengurangkan kesan daun terbakar. Ciri-ciri baja slow release yang bagus adalah ia larut secara perlahan-lahan dimana ciri ini selari dengan pertumbuhan pokok sawit. Pembelian baja berkai dengan kos yang perlu dikeluarkan semasa membelinya. Harga baja amat berkait dengan kemampuan pekebun dimana perlu keluarkan duit banyak untuk membeli baja terbaik. Sebaiknya cuba elakkan membeli 'baja murah' kerana bukan sahaja diragukan kualiti baja sahaja akan tetapi mungkin menyebabkan kerosakan lepada tanaman sawit dan perlu keluarkan kos lain untuk pemulihan pokok. Walau pun asalnya untuk berjimat cermat akan trtapi lain jadinya.
Kebanyakan pekebun sawit inginkan baja terbaik untuk pokok sawitnya. Mereka sanggup untuk melabur membeli baja sawit terbaik agar hasil sawitnya juga terbaik dimana akhirnya akan dapat menikmati duit jualan buah sawit yang lumayan. Kalau harga sawit murah menjadikan pning kepala kepada pekebun sawit kerana kos membeli baja tidak dapat menampung penghasilan diterima dan ramai kalangan pemilik kebun sawit yang membiarkan ladang mereka tanpa dibaja. Harga sawit yang merudum di Malaysia ada saya tulis dalam beberapa artikel dalam blog ini yang boleh dibaca dengan pautan-pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Mencari info berkaitan dengan baja sawit boleh didapatkan melalui pertanyaan dengan rakan sama yang menanam sawit dikawasan ladang berhampiran, mambaca maklumat daripada risalah dan buku atau akhbar atau paling mudah google sahaja diinternet. Sebenarnya ada beberapa tips yang penulis blog hendak nyatakan dalam artikel kali ini sebelum membeli baja. Adalah dinasihatkan apabila hendak membeli baja butir NPK hendaklah berhati-hati kerana amat banyak perkara perlu difahami. Sebaiknya periksa dimana membeli baja daripadapihak pengedar yang sah. Elakkan dengan sesiapa juga yang menawarkan baja dengan mengatakan bahawa ada baja lagi murah jimat 40% - 70% berbanding pembekal lain. Kononnya baja sama sahaja sebab kaedah guna sama dimana penjual ini berikan testimoni mengelirukan yang mungkin juga palsu. Lebih merbahaya jika kemungkinan baja tersebut adalah merupakan jenis 'baja telah luput tarikh' atau 'baja curi' yang ada kes jenayah. Lebih malang juga sebenarnya jika adalah baja ditawarkan adalah jenis sayuran dan bukan baja sawit.
Memang penting memahami bagaimana untuk mengelakkan kena tipu membeli baja sawit. Perasaan curiga perlu ada semasa ditawarkan penjual baja dikedai pertanian erutama dengan produk baru yang belum pernah dibeli. Pekebun sawit juga perlu pastikan bahawa baja yang dibeli bukan terdiri daripada BAJA TIRUAN atau BAJA CURI atau BAJA LUPUT TARIKH. Kedai pengedar baja yang sah biasanya mempunyai premis atau bangunan kedai atau stor yang sudah lama beroperasi. Bagaimana pun masih ada pekebun yang cuba membeli baja sawit dengan kos murah dan mendapat banyak baja. Dalam kes baja tiruan ini banyak perkara yang boleh dibincangkan dalam artikel ini. Ada pengedar baja tiruan ini cuba menggunakan atau menciplak jenama baja lain yang berkualiti. Dalam kes ini apa yang bahaya adalah dimana peniaga begini mengatakan mereka ada kandungan baja yang sama seperti baja berjenama berkualiti tinggi. Namun sebenarnya bahan baja mereka mungkin hanya menggunanan bahan pewarna sahaja. Kalau terbeli juga baja jenis ini kemungkinan baja tersebut mungkin akan merosakkan pokok sawit sedia ada. Penjual ini juga sering menawarkan harga dengan lebih murah kerana ini biasanya akan menarik pekebun sawit menghubungi mereka dengan menggunakan testimoni dari baja berjenama berkualiti tinggi. Apabila anda hubungi penjual ini akan memburukkan produk baja berjenama sedia ada dan kemudian memberitahu bahawa dia ada jenis produk sama kualiti tapi harganya adalah lagi murah. Dalam kes ini biasanya kualiti baja itu adalah sangat berbeza kerana baja palsu begini adakalanya beracun dan boleh menyebabkan pokok sawit tidak berbuah. Perkara ini menyebabkan sudahlah rugi duit beli baja palsu murah dan duit habis lebih malang apabila ia merosakkan pokok sedia ada. Ada penjual baja tiruan yang Meniru Cara Packaging Baja Berkualiti yang terkenal. Penulis blog pun tidak boleh membezakan packaging baja tiruan ini semasa membuat serbuan di Tangkak dan Bukit Gambir dahulu sekitar tahun 2009) iaitu semasa bertugas di Jabatan Pertanian dan mengikuti pemeriksaan mengejut oleh bahagian terlibat dari ibupejabat Kuala Lumpur. Pembungkusan ini adalah cara bagi tujuan mengelirukan pengguna dan perkara ini perlukan kerjasama pihak pengilang, pihak pengguna dan pengedar baja untuk dibenteras. Pekebun sawit yang terbeli baja ini dua kali malang kerana membeli dengan harga mahal dan dapat baja tiruan yang tidak berguna.
Merujuk kepada beberapa buah akhbar tempatan yang melaporkan artikel bertajuk 'Rugi RM14,000 diperdaya jual baja tiruan' menarik dikupas bersama. Sepasang suami isteri yang juga peniaga kedai runcit di Kampung Temin, Sungai Siput,Perak dilaporkan telah kerugian RM14,000 selepas diperdaya tiga lelaki yang mana ada menjalankan kegiatan penjualan baja tanaman tiruan. Kisah bermula deimana pasangan itu didatangi dua lelaki yang mendakwa wakil penjual sejenis baja tanaman kelapa sawit dan menawarkan menjual produk itu di kedai mereka. Bagi Zaliah Ghazali berumur 51 tahun dan suaminya Zulkafli Mohamed Sabri (59 tahun) telah bersetuju dengan tawaran kedua-dua lelaki itu dan mempamerkan beberapa unit produk baja itu di premisnya (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun dua hari selepas mempamerkan produk itu mereka telah mendakwa didatangi seorang lelaki yang kononnya mahu membeli 120 unit baja berkenaan dengan membayar RM300 sebagai wang cagaran. Dia dan suami kemudiannya membuat tempahan 120 unit baja kepada wakil penjual terbabit namun lelaki yang ingin membeli produk berkenaan tidak dapat dihubungi selepas produk ditempah sampai. Mereka terpaksa membayar RM9,000 untuk semua unit baja ditempah dan dimaklumkan wakil penjual yang mereka akan cuba mencari pembeli lain menggantikan pembeli yang menghilangkan diri itu. Beberapa hari selepas itu ada wakil penjual menghubungi kami mengatakan ada pembeli baharu dari syarikat koperasi yang ingin membeli produk itu 240 botol namun mereka perlu membayar lagi RM9,000 kerana produk perlu diambil dari pembekal lain. Kemudian mereka pun memindahkan wang RM5,000 kepada lelaki itu melalui akaun bank manakala baki RM4,000 hanya perlu dibayar selepas unit baja itu dijual. Kes ini apabila sebaik wang dipindahkan melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) di sebuah bank di Kuala Kangsar kemudian dilaporkan wakil penjual berkenaan sudah tidak dapat dihubungi menyebabkan dia dan suami merasakan mereka ditipu. Setelah dibuat semakan dengan bank kemudiannya mendapati wang RM5,000 yang dimasukkan itu sudah pun dikeluarkan di sebuah bank di Kedah sebelum dia bersama suami membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput Utara untuk siasatan. Walau pun berita ini hanya kes penipuan jenayah akan tetapi ia boleh dijadikan ingatan kepada smeua pembaca blog. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MEMBELI BAJA... BANYAK CABARAN...
ELAKKAN MEMBELI... BAJA TIRUAN...
BACA ARTIKEL... DAPAT PERINGATAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Syawal 1442H).
Posted from:
Bed 323C, Pantai Hospital Melaka Ward,
Melaka, Malaysia on 6 July 2021.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.