Thursday, July 22, 2021

DURIAN BELANDA - USAHAWAN PESARA

DURIAN BELANDA
(Anonna muricata) atau juga dipanggil Soursop (English) dan Sirsak (Indonnedia) merupakan sejenis tanaman yang kini semakin popular dikalangan ramai petani di Malaysia kerana permintaan yang tinggi dan harga jualan runcit yang baik. Ini kerana khasiat daripada tanaman buah durian belanda yang mengandungi banyak bahan Antocyanin ini didakwa mampu mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti Kanser, Gout, Diabetis dan sebagainya. Bukan sahaja buahnya yang ada khasiat perubatan yang baik tetapi kini bahagian daunnya pula telah dijadikan teh untuk diminum kerana kehebatan khasiatnya. Daripada sumber laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia dilaporkan seluas 650 hektar tanaman durian belanda secara Crop Hectarage Equivalent (CHE) telah direkodkan pada tahun 2015 dan kini bertambah luas lagi. Ini disebabkan penanaman durian belanda secara tradisional adalah didalam dusun campuran dimana hanya sekitar kurang 5 tahun ini sahaja durian belanda ditanam secara monokrop oleh beberapa usahawan komersil. Diantara beberapa ladang durian belanda yang besar pernah penulis lawat untuk buat tinjauan teknologi terletak di Batu Pahat, Negeri Sembilan, Sg Jerik, Maran , Pahang, Kalumpang, Melaka dan beberapa lagi yang telah mengeluarkan hasil. Satu lawatan di tepi Jalan utama Maran-Temerloh penulis sempat lawat tapak bekas kebun sawit seluas hampir 40 hektar telah ditanam pokok durian belanda dan mula berbuah. Harga ladang dari tinjauan penulis di Pahang adalah sekitar RM8.00 sekilogram untuk Gred A dan RM5.00 -RM7.00 sekilogram baagi Gred B. Harga runcit durian belanda Gred A dipasaran diantara RM15.00 - RM20.00 sekilogram. Kini minuman jus durian belanda amat digemari pelanggan di Premis Kompleks Membeli Belah, Pasar Malam, Gerai Tepi Jalan dan sebagainya. Artikel pada petang Selasa ini sempena Perintah Larangan Pergerakan (PKP) disebebkan Covid-19 saya menulis lagi rencara didalam blog pertanian iaitu "Anim Agro Technology" mengenai berita seorang usahawan pesara yang mengusahakan durian belanda yang dilaporkan dalam akhbar tempatan BH sekadar dijadikan bahan bacaan dan juga rujukan pembaca blog yang ingin tahu semuanya.

Paling menarik membaca berita akhbar BH bagaimana disebabkan oleh 'd
urian belanda' maka ia menjadi punca seorang guru bersara awal amat menarik dikongsi infonya. Berita daripada Morib, Selangor telah dilaporkan dimana seorang guru yang terkejut dengan harga durian belanda RM60 sebiji yang dibelinya telah pun mendorong seorang pesara guru kini mengusahakan sendiri tanaman terbabit. Beliau juga telah menceburi usaha menghasilkan puri buah belanda untuk dipasarkan dan mendapat sambutan amat baik dikalangan pelanggannya. Bagi pesara guru bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Kampung Endah iaitu Cikgu Abdul Karim (58 tahun) telah nekad bersara awal dengan alasan semata-mata mengusahakan durian belanda sepenuh masa. Beliau menunjukkan buah durian belanda dan produk puri durian belanda dirumahnya (Sila lihat foto disebelah). Beliau dengan berbekalkan keyakinan buah terbabit mempunyai khasiat untuk kesihatan membuat pelan perancangan tersebut dengan penuh minat dan teruja.  Meskipun kurang dikenali dalam kerjaya pertanian yang baharu itu, beliau yang mesra dengan panggilan Wak Karim memang tidak takut mencuba kerana yakin pelaburan dan keyakinan khasiat buah terbabit boleh memberi pulangan lumayan. Kemudian mendakwa sejak menceburi usaha terbabit maka rutin hariannya padat kerana hampir saban hari jadualnya dipenuhi kerja-kerja memproses durian belanda termasuk mendapatkan bekalan daripada rakan hingga ke Kulai dan Kota Tinggi, Johor. Pada peringkat awal dia menghasilkan jus durian belanda bermula dengan kerja membersihkan buahnya daripada kulit dan dipotong sebelum direndam dalam air untuk dimasak selama empat jam hingga mengeluarkan aromanya. Dinyatakan dimana proses memasak itu kini menggunakan kaedah tradisional tanpa menggunakan bahan pengawet, pewarna atau gula dengan setiap kuali mampu memuatkan kira-kira 15 kilogram durian belanda. Kuali yang digunakan untuk memasak itu ditempah khas dan sepanjang proses memasak, ia perlu sentiasa dikacau supaya tidak hangus dan sebati dengan campuran air yang digunakan bersama isi durian belanda.

Dinyatakan dimana dia tidak memasarkan produk terbabit di kedai atau pasar raya dan dia sebaliknya menghantar kepada  pelanggan datang dari merata tempat dan uniknya ada yang datang sendiri ke rumah membelinya di samping turut menerima tempahan pelanggan dari Australia. Ada juga pelanggan membeli secara borong kerana ingin mengadakan kenduri, majlis keraian atau pun ada yangakan menjualnya semula di pasar malam serta restoran. Dia dibantu beberapa pekerjanya kini mampu untuk memproses sehingga lebih daripada 2,000 kilogram durian belanda sebulan berikutan permintaan pelanggan. Dia kini menggalakkan pelanggan membuat tempahan awal sebelum datang ke rumah membeli puri durian belanda. Jus durian belanda ini mendapat tempat di hati pelanggan kerana produk purinya memang amat cukup teliti dijaga mutu di samping mempunyai teknik tersendiri untuk menghasilkan puri yang enak. Puri durian belanda yang diproses dijual pada harga RM25 bagi balang seberat 900 gram dan RM40 sebalang untuk berat 1.7 kilogram. Beliau sentiasa menyimpan stok untuk dijual didalam peti ais khas (Sila lihat foto disebelah). Dibantu empat pekerja dimana bapa kepada lima anak ini turut mengusahakan tanaman dikebun dan menyediakan anak benih pokok durian belanda untuk jualan kepada pelanggan. Kini anak pokok durian belanda yang berusia tiga bulan boleh terus ditanam dan mampu mengeluarkan hasil selepas kira-kira 18 bulan ditanam dan dijaga baik. Pembeli dan penanam pokok durian belanda didakwa mempunyai buah yang mencukupi untuk keperluan sendiri selain boleh diproses dimana ia akan memberi dapat pulangan lumayan jika dijual. Ketika ini permintaan kepada produk durian belanda amat menggalakkan kerana kalangan masyarakat semakin peka mengenai khasiat buah terbabit yang sebelum ini hanya ditanam sepokok dua di sekitar rumah. Dia juga ada menggalakkan penduduk kampung untuk menanam pokok berkenaan kerana permintaan yang tinggi termasuk syarikat di Korea untuk dijadikan bahan makanan kesihatan.

Berkait dengan perkara diatas dilaporkan akhbar lain dimana dinyatakan iaitu buah durian belanda didakwa mempunyai ciri khas iaitu ia 2
00 kali lebih efektif daripada kemoterapi. Penuli blog pun meminati makan buah durian belanda sama ada dimakan segar atau dibuat jus. Cakap-cakap umum mendakwa dimana buah durian belanda amat sinonim untuk merawat kanser dimana didakwa khasiatnya dikhabarkan 200 kali ganda lebih efektif daripada membuat rawatan secara kemoterapi. Barangkali dakwaan itu juga membuatkan buah eksotik yang pada asalnya tumbuh liar kini dikomersialkan berdasarkan permintaan yang banyak seperti oleh Cikgu Abdul Karim di Morib. Kandungan glukos dan fruktosanya yang tinggi menyumbang sebanyak 81.9 hingga 93.6 peratus rasa manis dan berkrim selain mempunyai kebaikan vitamin C. Didakwa dimana khasiat buah durian belanda boleh diperolehi dengan dimakan segar ataupun dibuat jus. Sebaiknya buah tersebut tidak dimasak terlalu lama supaya kandungan nutrisi dapat dikekalkan pada tahap optimum. Penulis blog merujuk kepada rakan di UPM yang mana beliau mengulas lanjut tentang kebaikan buah durian belanda iaitu Ketua Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian UPM Prof Madya Dr Siti Zaharah Sakimin berkongsi hasil penyelidikannya tentang tumbuhan itu.  Beliau nyatakan dimana buah durian belanda memenuhi keperluan harian manusia yang memerlukan sejumlah 60 miligram (mg) vitamin C untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Penulis blog yang suka minum jus durian belanda adalah memang sedap dan baik untuk kesihatan mengalakkan anda minum sama. Dr Siti nyatakan dimana kehebata durian belanda dilaporkan mampu merawat kanser kerana khasiatnya dipercayai 200 kali ganda lebih efektif daripada kemoterapi dan dilaporkan boleh membunuh sel kanser payudara. Durian belanda juga dilaporkan mempunyai kesan penghalang terhadap angiogenesis iaitu satu proses pembentukan saluran darah baharu yang mana ia merupakan titik pertumbuhan kanser tumor. Buah itu juga dipercayai mempunyai kesan menyekat pembiakan virus, antikeradangan untuk mengurangkan kesan lebam, antiparasit dan antimikrob. Kehebatan kedua dimana buah ini mampu merawat masaalah osteoporosis. Elemen kandungan sodium yang tinggi 14 mg/100 gram (g), phosphorus, potasium sebanyak 278 mg/100 g yang terdapat dalam buah durian belanda sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat dan merawat penyakit osteoporosis. Untuk mendapatkan keberkesanan maksimum dari aspek kesihatan, ia bergantung pada kuantiti yang diambil oleh pengguna. Durian belanda bagus untuk mengatasi kencing tidak lawas. Ini kerana kandungan ferum atau iron yang ada pada buah durian belanda didakwa dapat membersihkan buah pinggang dan membaiki dalam sistem penghadaman. Ia juga mengurangkan risiko batu karang yang terbentuk daripada mendapan garam galian pada badan kita. Keempat adalah dimana buah ini akan mengurangkan migrain yang sering berlaku disebabkan terdapatnya kandungan bahan kimia seperti serotonin yang berupaya untuk ianya mengecilkan saluran darah. Kini dengan pengambilan buah durian belanda, ia mempunyai kesan angiogenesis. Buah ini juga mampu mengatasi anemia kerana buah durian belanda menjadi salah satu pembekal sumber zat besi. Kekurangan zat besi boleh menghalang pembentukan sel darah merah (hemoglobin) yang berperanan dalam melancarkan perjalanan oksigen dalam darah. Semuga artikel ini memebri info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
GURU BERSARA... INGIN BERUSAHA...
DURIAN BELANDA... PRODUK UTAMA...
POKOK DITANAM... TAMBAH BUAHNYA...
SIAPA MINAT... BOLEH CONTOHINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Dzulhijjah 1442H).
Published from:
Taman Cendana, Air Keroh,
Melaka, Malaysia... 22/7/2021

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.