Wednesday, June 2, 2021

KENALI BUAH 'COCO DE MER'

BUAH 'COCO DE MER' dengan nama botaninya sebagai Lodoicea maldivica merupakan sejenis buah 'pelik' yang amat jarang orang Malaysia mengenalinya. Buah Coco de Mer adalah daripada keluarga Arecaceae (sama dengan kelapa) dan sawit memang mempunyai bunga yang unik berbentuk alat kelamin lelaki sementara buahnya yang seakan-akan alat kelamin wanita (Sila lihat foto diatas). Ia juga dipanggil juga sebagai 'double coconut', 'sea coconut', 'love nut' , 'coco fesse' dan juga 'Seychelles Nut'. Penulis blog sering google mengenai  buah-buahan unik diseluruh dunia sekadar menambah ilmu pengetahuan dan kemudian ditulis dalam blog yang mencecah angka lebih 6,350 artikel kesemuanya. Kebesaran Allah SWT menjadikan buah ini menjadi unik sehingga ia digunakan untuk menghormati Raja Louis XV dari Perancis masa dahulu. 'Louis' dalam bahasa latin adalah Lodoicea yang kemudian diberikan nama kepada buah pelik ini. Meskipun kemudian terbukti bahawa Coco de Mer adalah tumbuuhan yang endemik kepulauan Seychelles akan tetapi nama Loidocea maldivica (nama berkaitan Pulau Maldives) tetap melekat pada nama latin pada Coco de Mer. Sama juga dengan Pulau Maldives dimana Pulau Seychelles sendiri adalah sebuah negara kepulauan. Dilaporkan dimana ada terdapat sekitar 46 buah pulau dan 67 pulau karang di negara ini dimana yang paling besar adalah pulau Seychelles dan diikuti kedua terbesar sebagai Pulau Praslin yang terletak di timur laut Seychelles. Jika melihat bentuk dan ciri buahnya dimana pokok Coco de Mer berkemungkinan teorinya sifat semulajadinya sebagaimana manusia normal yang ingin menikmati 'gelombang cinta gelora' memerlukan pasangan untuk berbuah iaitu pokok jantan dan betina. (Kebanyakan pokokk famili arecaceae memang beitu lumrahnya ada bunga jantan dan betin berasingan). Tanpa pasangan pokok ini akan merajuk dan menunjuk rasa dengan enggan berbuah. Tetapi yang jelas dimana proses pendebungaan dan juga proses persenyawaan menjadi tidak lengkap. Menjadi tarikan buah pokok ini ialah bentuk tempurung buahnya yang mirip dengan bentuk pinggul wanita. Namun sebenarnya dilaporkan tidak semua buah Coco de Mer akan berbentuk demikian. Hanya buah yang berisi dua biji yang akan berbentuk seperti pinggul perempuan. Terdapat juga yang berbiji satu, berbiji dua, berbiji tiga, dan berbiji empat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu rencana unik mengenai buan Coco de mer yang ada di Pulau Seychelles untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Bentuk buah yang unik ini ramai yang suka melihat buahnya yang ada berbiji dua bukan kerana bentuk yang terhasil ialah pinggul perempuan (Sila lihat foto disebelah). Ini jelas dilihat kerana buah yang nilainya tertinggi sebagai koleksi kepada mereka yang meminatinya atau sebagai hiasan sahaja dimana dilaporkan buah jenis yang berbiji dua mempunyai permintaan yang tinggi. Peminat akan membuat pilihan untuk membeli yang berbiji dua akan tetapi sekiranya dapat yang cuma berbiji satu atau yang terlebih biji kepada tiga atau empat maka kemungkinan akan masih boleh tersenyum pahit dengan menanamnya dan menunggu selama 20 - 40 tahun dengan harapan ia berbuah dengan dua biji. Jika dilihat dari bahagian belakang, buah coco de mer ada agak persamaan dengan punggung wanita yang lengkap. Dipandang dari depan pula ia adalah satu replika bersaiz besar seakan alat pembiakan wanita termasuk puncak paha, perut yang memang terdedah dan bentuk jalur 'V' sebagai pelengkap. Ia sepatutnya boleh dinamakan sebagai 'kacang ponggung' kerana bentuk-bentuk yang dapat dilihat. Ahli-ahli sains juga ada menggunakan taksonomi binomial terhadap Pokok Kelapa Laut maldivica itu.  Biasanya buah Coco de Mer adalah berdiameter 40 - 50 cm iaitu dengan berat antara 15 - 30 kg sebiji. Dari bunga mula berputik hinggalah ke biji yang tua selalunya memerlukan waktu selama tujuh tahun. Proses lengkap buah boleh dijadikan benih memerlukan waktu dua tahun. Setelah biji ditanam sebaiknya diperlukan waktu sekitar 20 - 40 tahun lamanya untuk berbuah. Ada juga saintis tumbuhan mengatakan antara 40- 60 tahun untuk berbuah. Tinggi tanaman boleh mencapai 25 - 35 meter. Daun Coco de Mer melebar dengan panjang 7 - 10 meter dengan lebar 4 - 5 meter dan boleh dijadikan atap rumah jika mahu.

Dijelaskan dimana sekitar Pulau Seychelles terdapat tumbuhan ini dibeberapa buah pulaunya. Antaranya adalah di Pulau Curieuse iaitu sebuah pulau kecil yang terletak di sebelah utara Pulau Praslin. Telah dilaporkan dimana apa yang menghairankan iaitu pokok Coco de Mer hanya tumbuh di dua pulau kecil ini walau pun pulau-pulau lain yang ada berdekatan dengan kedua-dua Pulau Praslin dan Pulau Curieuse. Pokok Coco de meri  ini boleh membesar dalam keadaan liar dengan bandingan orang berdiri yang kecil (Sila lihat foto disebelah). Perlu difahami dimana kawasan berpulau telah dikatakan oleh saintis biakbaka sebagai lokasi paling baik untuk menjalankan biakbaka dan untuk penyimpanan janaplasma terbaik bagi jenis pokok Arecaceae terpasuk kelapa dan tumbuhan seperti ini. Berbeza dengan buah kelapa biasa yang bahagian dalamnya berongga dan berisi air akan tetapi bagi biji Coco de Mer dimana isinya adalah padat. Biji ini terlindung dalam tempurung yang tebal dan juga keras. Meskipun bahagian luar buah berlapis sabut tebal dan dilihat sama seperti kelapa biasa tetapi buah Coco de Mer masih terlalu berat sehingga tidak mampu mengapung di air laut. Pokok Coco de Mer kini sejak ditemui telah diletakkan dan merupakan spesis tumbuhn yang dilindungi. Sebarang usaha membawa bijinya keluar dari Seychelles perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa sebagai kawalan yang ketat. Walaupun benih pokok ini boleh dibeli oleh individu tertentu akan tetapi harganya yang mahal dan pengurusan yang ketat menyukarkan orang membelinya. Harga bijinya dilaporkan memang boleh mencecah sehingga USD500 sebiji (RM2,023 sebiji). Masalah tambahan yang mengancam perkembangan pokok ini ialah apabila berlaku bencana kebakaran terutama ketika pokok ini baru mula mengeluarkan buah. Pokok inii perlukan masa yang lama untuk membesar dan boleh membiak semula.

Merujuk kepada beberapa buah artikel antarabangsa dimana pokok Coco de mer ini adalah spesis jarang dijumpai (rare) natif di Kepulauan Seychelles serta Lautan Hindi sahaja. Bagaimana pun asal usul kelapa ini masih menjadi misteri dimana walau pun saintis telah cuba membiakbaka dan menanm dikawasan lain akan tetapi tidak berjaya.. Subhanallah. Ia mempunyai pokok jantan dan pokok betina berasingan tidak seperti pokok kelapa yang bunga jantan dan betina pada mayang yang sama. Buahnya coco de mer tidak akan terapung dilaut seperti buah kelapa kerna ia berat dan isinya padat. Kajian saintis mendapati setelah ia tenggelam didasar air kemudian sabutnya mereput dan ada gas yang akan mengapungkannya dipermukaan air tetapi sudah tidak boleh bercambah menjadi persoalan bagaimana ia boleh didapati di Maldives. Pada masa dulu di Maldives pokok coco de mer ini tumbuh di sana dan buahnya hanya digunakan atau diberikan kepada raja-raja dimana jika ada yang dilaporkan menjualnya akan dihukum mati. Bagaimana pun sejarah mendapati Raja Rudolf II, Empayer Roman berjaya membawa sebanyak 4,000 anak benihnnya bersama Laksamana Wolfert Hermanssen untuk ditanam pada tahun 1602. Bagaimana pun cubaan ini gagal apabila Sultan Bantam Maldives masa itu mengarahkan bahagian tunas dipotong sebagai 'healing powers'. Ramai percaya dimana kelapa atau coco de mer ini adalan penawar kepada segala jenis racun terbaik didunia. Kemudian pokok coco de mer ini berjaya ditanam di Pulau Seychelles pada tahun 1881 secara dilindungi (forbidden fruit) di zaman Era Victorian dan dinamakan sebagai 'Pokok untuk Kebaikan dan Kejahatan'.

Bagaimana pun kemudian misteri buah terbesar dan hebat didunia ini terbongkar dari Pulau Seychelles. Kini anda boleh google sahaja nama 'coco de mer' dan boleh melihat video pokok, buah dan habitat dispersekitarannya dengan mudah. Banyak rencana dan laporan menyatakan akan buah coco de mer ini boleh kita membacanya. Mash ujud barangkari akan misteri buah ini yang mampu merawat bisa racun dan sebagai 'healing powers' lagi diakhir zaman ini. Masih ada kepercayaan dimana untuk menghasilkan buah ini hanya boleh berlaku pendebungaan semasa berlaku hujan mln bersama ribut dan petir dikalangan penduduk tempatan. Apa pun setelah beratus-ratus tahun hanya dua buah pulau sahaja yang mana pokok boleh hidup dan tumbuh. Keadaan tanah yang tidak subur di pulau ini membolehkan biji seberat 25 kilogram dengan saiz 0.5 diameter ini tumbuh di pulau ini menjadi satu persoalan. Saintis Germany dari Universiti Darmstadt telah membuat kajian dimana pokoknya akan menggugurkan daun dengan banyak sebelum berbuah dan kandungan unsur N dan P sangat signifikan untuk ia berbuah. Bila banyak pokok coco de mer tidak berbuah banyak kajian dilakukan saintis. Ada kemungkinan faktur pokok jantan dan betina berasingan menyukarkan pendebungaan walau lun ada temuan mungkin haiwan lizard bersaiz 1.5 meter panjang atau phallic-looking catkins ada membantunya. Buah ini selalu dijadikan makanan sebagai ubat tradisional Ayurverda dan tradisional China dengan dibuat sup untuk diminum. Bagaimana pun oleh keran amat sukar untuk mendapatkan buahnya maka tentunya ia mahal dan sikar diperolehi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH COCO DE MER... APA DIA...
DI SEYCHELLES SAHAJA... ADA...
BENTUK UNIK... BILA LIHATNYA...
MEMANG UNIK...SUKAR JUMPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.