Thursday, June 24, 2021

JENIS-IKAN PARI POPULAR

IKAN PARI
(Stingray Fish) merupakan sejenis ikan kumpulan  Dasyatidae yang terdapat di dalam air tawar dan air laut dimana bentuknya adalah leper dan lebar. Ramai kaki pancing yang 'menggila' mendapatkan ikan pari kerana apabila pari sudah kena matakail maka perjuangan untuk meaikannya amat mencabar sehingga berjam-jam lamanya. Terdapat banyak jenis ikan pari yang hidup didalam air dan dibezakan mengikut pencirian saiz, warna, bentuk, habitat, corak dan sebagainya. Direkodkan ikan pari terbesar (monster size) adalah sebesar 6.5 kaki dengan beratnya menghampiri 790 paun (358.5 kg). Ikan pari adalaah sejenis ikan yang berkait rapat dengan ikan jerung cumanya jenis tulang pada ikan pari kebanyakannya dari jenis tulang rawan (lembut). Biasanya ikan pari mempunyai ekor yang panjang dimana mempunyai sengat dipangkal ekornya yang sangat beracun dan banyak kes ia membunuh manusia. Pernah dilaporkan lama dahulu Menteri Kesihatan Malaysia yang telah terbunuh di laut Australia ketika menyelam dan disengat dengan ikan pari. Bagaimana pun dilaporkan hanya dua jenis ikan pari yang tidak beracun sengatnya iaitu Pari Kelawar atau dipanggil juga sebagai Pari Bendera. Ikan pari makan kerang-kerangan dan udang kerana mulutnya pun berada dibahagian bawah. Warna ikan pari adalah biasanya gelap dibahagian atas dan cerah dibahagian bawah. Sebagai petua pemancing dimana umpan yang sesuai digunakan dari jenis ikan bolos, hirisan ikan atau udang. Deria ikan pari bukannya mata untuk mengesan mangsa akan tetapi ia menggunakan deria khas dikenali sebagai 'ampullae of lorezini' atau sejenis electro-sensor. Lazimnya ikan pari hidup secara bersendirian atao dipanggil sebagai 'solitary' walau pun ada beberapa spesis yang hidup berkumpulan. Cara pembiakan ikan pari adalah dengan cara 'melahirkan' setahun sekali dengan sebanyak anatara 1 - 6 ekor. Pada habitat sesuai ikan pari sebenarnya mampu hidup selama 15 - 25 tahun lamanya.  Artikel subuh Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya paparkan kisah mengenai beberapa jenis ikan pari yang popular di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca kali ini.

Ikan Pari Tanjung merupakan antara jenis pari yang hampir sama dengan ikan pari Beting cuma ia adalah lebih nipis bentuk badannya. Kalangan ramai mungkin juga agak keliru diantara pari tanjung dengan pari benting kerana bentuk dan saiz agak sama serta keduanya sering berada dikawasan beting perpasir atau dasar berlumpur. 
Pari Tanjung mempunyai tanduk yang lebih panjang daripada pari beting. Kepada kaki pancing sebaiknya menggunakan umpan udang hidup atau udang segar. Jika ada yang menangkap ikan pari ini dan dijual dipasar memang ramai yang suka membeli dan memasaknya. Ikan pari ini harganya pun berpatutan dengan pelnagai jenis masakan boleh disesuaikan. Penulis blog pernah dapat ikan pari ini di sekitar Mersing Johor semasa bertugas disana dan ada kala membelinya dipasar. 

Kedua adalah spesis Ikan P
ari Rimau adalah paling mudah untuk dikenali kerana ia mempunyai bintik-bintik atau corak seperti harimau (Sila lihat foto disebelah). Setakat ini hanya dua kali penulis blog dapat membeli dan ujirasa ikan pari rimau yang dibeli dipasar. Memang agak jarang dapat peluang membeli ikan pari rimau yang mana habitatnya berada dikawasan pantai yang berbatu sedikit. Kepada para pemancing sebarang jenis umpan boleh diguna dan dimakan oleh kan pari rimau ini. Apabila mengena pemancing perlu 'bertarung' kerana ikan pari jenis ini memang kuat dan perlu kekuatan dan kesabaran untuk menaikannya. 

Jenis Ikan Pari Beting didakwa sebagai jenis ikan pari paling popular dan agak mudah dibeli dipasar. Penulis blog rasa jenis ikan pari ini yang antara jenis yang selalu dibeli dan dimasak sama ada untuk kuliner Pecel Ikan Pari Bakar dengan cekur atau pun Ikan Pari Bakar Bersambal. Pari ini diberikan nama iaitu 'Beting' kerana habitat yang sering spesis ini berada adalah pada beting pasir. Ikan ini memangsa ikadan krustacea lain dibeting pasir dan membenamkan dirinya dalam pasir. Bagi nelayan yang memburu ikan pari beting akan menangkapnya dikawasan beting dilaut seluruh Malaysia daripada Perlis sehingga ke Sabah. Kalangan pemancing pula boleh menggunakan umpan sepsti ikan bebolos, sotong dan sebagainya kerana ikan pari yang lapar ini akan dapat unyuk membahamnya. Maka berjuanglah pemancing untuk menaikan ikan pari ini keatas.

Jenis Ikan Pari Karang memang sesuai diberikan namanya kerana jenis ikan pari ini memang suka tinggal dikawaan ada karang. Antara ciri ikan ini dimana akan terdapat bintik berwarna biru dibahagian atas kulitnya. Walau pun dilaporkan ikan pari karang isinya agak tebal akan tetapi saiznya tidak mampu membesar sehingga belasan kilogram kerana pemancing selalunya akan mendapat ikan ini seberat 1 kilogram sahaja. Ikan jenis ini didakwa agak sukar didapati oleh pemancing kerana sukar memakan umpan dimata pancing. Kepada pemancing yang mendapat ikan pari karang dikira bertuah kerana ia juga memang jarang dijual dipasar-pasar berbanding dengan pari lain.

Jenis Ikan Pari Bendera merupakan spesis yang biasanya bersaiz besar (giant) badannya berbentuk bujur dengan ekor pendek iaitu berbanding dengan ikan pari jenis lain. Sebagai contoh pemancing handalan seperti 
Mohd Wardi Sahari berjaya menjinakan seekor ikan Pari Bendera bersaiz monster dengan berat tangkapan lebih kurang 50kg (Sila lihat foto disebelah). Beliau berdepan dengan perlawanan yang hebat selama 15 minit sebelum ikan ini berjaya di daratkan.Dilaporkan media dimana apa yang lebih menyedihkan apabila rod yang digunakan patah dalam perlawanan. Encik Mohd Wardi Sahari semasa dapat ikan pari ini telah menggunakan Rod ZAGAN PE4 digabungkan dgn kekili ATC 4000, "main line" 30 lbs jenis Power Pro dgn "leader line" bersaiz 40 lbs. Dengan kaedah "bottom fishing" dimana dia juga menggunakan 3 mata kail berumpankan sotong segar. Lokasi pertarungan adalah di buoy 13 Bintulu Port iaitu pelampung yang di jadikan petanda untuk laluan kapal masok ke perlabuhan Bintulu.

Seterusnya ikan pali popular ke 6 adalah Ikan Pari Daun yang biasanya bersaiz besar serta mempunyai ekor yang panjang. Ikan pari jennis ini sering juga diperolehi pemancing kerana ia mudah makan umpan yang pelbagai digunakan. bagaimana pun dilaporkan dimana ikan ini dikategorikan sebagai merbahaya kepada pemancing kerana ia agressif ketika bertarung. Kemahiran, kesabaran dan sikap berhati-hati pemancing perlu ada ketika mereka mengendalikan ikan ini. Jika diteliti dimana pada bahagian ekornya terdapat layar kecil berwarna kehitaman. Penulis blog hanya sekali melihat dan mendekati ikan pari daun semasa hadir membuat tinjauan pesta memancing di Pontian Johor beberapa tahun lalu. 

Jenis Ikan Pari Minyak agak unik juga kerana dibahagian badannya yang berwarna kehitaman ada kelihatan akan tompok-tompok putih dibahagian atasnya. Apa pun habitat ikan pari minyak ini berada disara laut dalam dan sering menjadi buruan pemancing dilaut sebagai 'sport fishing' yang digemari ramai. Ia mampu menjadi saiz besar dan sememangnya memberikan pertarungan hebat ketika cuba menaikannya. Dilaporkan dimana isi daging pari mmintak agak kentak dan disukai oleh sesetangah individu bagi memasak ikan pari minyak ini denga berjenis hidangan. Bagaimana pun ikan pari ini yang bersaiz besar agak kurang digemari keran rasanya kurang enak.

Akhir sekali jenis ikan pari ke 8 adalah Ikan Pari Lang yang berlainan dengan spesis lainnya. Kelainan ikan jenis ini kerana dilaporkan kemampuanya 'terbang' diatas permukaan air semacam helang terbang. Ikan ini diperingkat antarabangsa dipanggil sebagai 'Flying Manta' yang disukai oleh pemburu ikan laut atau spert fishing. Ikan jenis ini semakin pupus di perairan Malaysia dan semakin jarang kelihatan. Kelainan ikan ini kerana ia kelihatan seperti burung dengan ada bintik berwarna putih dibadannya. Penulis blog belum pernah membeli atau ujirasa pari inii kerana belum pernah terjupa ada djual. Diharap artikel ini yang menjelaskan dengan ringkas 8 jenis ikan pari popular di Malaysia memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
IKAN PARI... BERJENIS ADA...
PARI BETING... BIASA JUMPA...
PARI LANG...PUPUSKAH DIA...
PARI LAIN.. DIBACA SAHAJA..

By,
M Anem,
Senior Ahgronomist,
Preciint 12, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Zilkaedah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.