Friday, June 4, 2021

BUAH KUINI - SATU FAKTA

BUAH KUINI (Mangifera odorata) juga adalah sejenis buah-buahan tempatan dari Keluarga Anacardiaceae yang di percayai berasal dari Semenanjung Malaysia. Generasi baru kini mungkin ramai yang tidak kenal akan buah kuini yang saya sangat suka makan iaitu rasanya yang manis dan lemak serta mempunyai bau atau aroma wangi seperti juga 'Buah Bacang'. Pokok ini terdapat di Malaysia, Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina ,Guam dan juga Vietnam. Buah kuini juga di panggil sebagai Fragrant Mango ; Kweini ; Kuwini , Saipan Manggo (English), Huani ; Uani ; Juani (Filipina) , Kuweini ; manguier odorant (Perancis), Bembem ; Kwuini, kweni (Indonesia) dan Kinnning ; Mamuang chingreet ; Mamuang paa (Thailand). Kajian penulis blog daripada buku laporan statistik keluasan buah-buahan di Malaysia oleh Jabatan Pertanian menganggarkan terdapat seluas 250 - 300 hektar CHE tanaman kuini di Malaysia pada tahun 2010 (Sumber: Buku Perangkaan: Jabatan Pertanian Malaysia). Kebanyakan pokok kuini ditanam d kawasan dusun bercampur atau dusun tradisional dan kawasan keliling rumah di kampong tradisional. Belum ada rekod yang menunjukkan ada kebun yang ditanam dengan pokok kuini monokrop yang luas di laporkan di Malaysia kerana ia muah semusim yang kurang ekonomik jika dibandingkan dengan tanaman lain. Artikel subuh ini pada bulan Syawal 1442H dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa cebisan cerita dan fakta mengenai buah kuini untuk dijadikan sebagai bahan bacaan semua pembaca blog.

Pokok kuini selalunya akan tumbuh dengan menegak yang berkemungkinan merupakan kacukan antara pokok jenis Mangifera indica dengan pokok Mangifera foetida (Pokok Bacang). Ketinggian pokok kuini dari tinjauan penulis blog anim agri technology mendapati di antara 10-15 meter tetapi di sesetengah tempat mampu mencapai tahap ketinggian sehingga lebih 20 meter. Batangnya adalah kayu keras dengan ukuililit batang 60-150 cm atau lebih bergantung kepada umur dan berwarna coklat perang. Daunnya berwarna hijau gelap dan selalu berkilat serta tebal dengan susunan bertentang berukuran lingkungan 12-35 cm panjang dan 4-10 cm lebar. Pucuk muda daun kuini lembut dan berwarna cokklat merah ungu sebelum bertukar menjadi hijau. Bunga Kuini berbentuk banyak tangkai berrangkai bunga yang mana setiap tangkai mempunyai banyak bunga yang mana pendebungaan dilakukan oleh semut atau lebah (Sila lihat foto disebelah). Pokok yang berbumga sekali setahun ini azimnya akan keluar dengan banyak serentak pada bulan April dan dibantu proses pendebungaanya oleh angin dnan haiwan lain seperti kelawar, burung dan kupu-kupu. Saiz bunga 5-6 mm x 1.2 - 2.0 mm iaitu berwarna kuning coklat di pangkal serta pink di hujung. Akar pokok kuini jenis akar tunjang yang kukuh dalam tanah bagi menyokong pokok agat ridak mudah tumbang. Pokok yang berdahan banyak ini selalunya akan mengeluarkan dahan yang seimbang. Penulis blog dapati dimana b
uah kuini merupakan pokok buah bermusim yang paling awal sekali matang dan boleh dituai berbanding buah-buahan lain dalam sesuatu musim buah-buahan. Selepas sahaja musim buah kuini habis maka barulah buah-buahan lain matang seperti buah durian, rambutan, pulasan, cempedak dan lain-lain. Buah rambai pula sebenarnya adalah merupakan penutup musim buah-buahan.

Kajian penulis blog mendapati terdapat hanya 3 klon kuini yang telah di daftarkan di Malaysia oleh Jabatan Pertanian dengan kod MAK (Mangga Kuini). Klon MAK 11 telah didaftarkan pada 17.7.1939 oleh pemiliknya En Shaharudin bin Hj Abas dari Kg Tambun Malay Reserve, Ipoh, Perak. Klon ini bercirikan buah yang sederhana besar, kulit berwarna hijau dengan bau yang kuat dengan ini warna keemasan. ira isinya halus dan kurang berserabut. Klon MAK 51 telah didaftarkan oleh Encik Che Mat Akas bin Kolob Ibrahim dari Kg Bota Kiri, Parit Perak pada 16 Disember 1953. Klon MAK 51 mempunyai buah berzaiz besar, berair, berkulit hijau dengan bau yang sangat kuat. Bijinya adalah kecil dan mengandungi serabut yang agak rendah. Klon MAK 52 didaftarkan oleh Mrs Lim Seng Chiew dari Ulu Kinta, Perak pada 27 Mei 1957. Buah klon MAK 52 bersaiz sederhana, bentuk bujur, berbau kuat dengan warna kulit hijau kekuningan.
Ada beberapa pokok kuini di dusun WP yang ditanam menggunakan biji benih dan sudah banyak kali berbuah. Sekarang telah ada benih kuini klon cantuman yang susuai ditanam kerana lebih berkualiti dan cepat berbuah. Apa pun penelitian penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana pada musim tahun 2019 tidak banyak pokok kuini kuini yang berbuah disebabkan oleh faktor cuaca panas dan kering yang agak lama oleh sebab El-Nino yang melanda dunia. Walau pun pada peringkat awal pembungan banyak menunjukkan bunga dipokok akan tetapi putih buah banyak yang gugur (ada sehingga 100%) setelah tiada hujan dan panas yang keterlaluan berlaku. Pokok kuini selalunya mengeluarkan bunga berwarna kemerahan dan berbau harum yang menarik agen-agen pendebungaan datang membantu. Buah yang tua dan masak boleh dipetik secara mannual atau apabila ia masak ranum dipokok maka ia akan gugur ketanah. Disebabkan kulit buah kuini yang tebal dan isi pulpanya yang banyak fiber selalunya buah yang jatuh tidak mudah rosak jika segera ddikutip. Buah kuini berkualiti baik boleh dijual dengan harga ladang RM6.00 sekilogram dan boleh meningkat lagi jika tiada persaingan dengan buah lain. Buah kuini dikatakan sangat bermanfaat kepada kesihatan kerana mengandungi vitamin C dan A, zat besi, kalsium, fosfur dan kadar serat yang tinggi. Ia juga mengandungi antioksidan yang tinggi dan kadar gula yang rendah dan sesuai dimakan oleh pengidap diabetis.

Pada penulis blog b
uah kuini atau 'buah kweni' merupakan sejenis buah berdaging manis serta berwarna oren dan paling say asuka apabila dibuat sambal buah kuini (Sila lihat foto disebelah). Sambal buah kuini yang ada rasa masam, manis, masin, pedas, lemak ini amat mameng sangat enak dimakan bersama nasi putih dan ikan kembung goreng. Buah kuini yag masih satu keluarga dengan buah mangga dari segi bentuk, warna, aroma, tekstur memang kini semakin sukar untuk mendapatkannya di Malaysia. Penulis blog memang sangat suka membeli dan makan buah kuini apabila tiba musimnya dan sanggup membayar pada harga agak tinggi berbanding dengan mangga biasa. Sebenarnya pokok kuini menyalaipokok mangga lain tetapi isi buahn kuini berbeza dengan buah mangga lain kerana ia mempunyai kandungan serat (fiber) agak halus dan banyak berbanding dengan buhahh bacang dan mangga jenis lain. Buah kuini kurang bergetah selepas dipetik berbanding dengan buah bacang yang banyak getahnya. Getah buah bacang agak berbisa apabila terkena bahagian sensitif seperti mulut dan bibir. Buah bacang ada banyak tumpukan hitam pada kulitnya dan kurang atau tiada pada buah kuini. Lazimnya buah bacang lebih besar daripada buah kuini. Bau buah kuini lebih kuat daripada buah bacang dan kurang serat-seratnya pada keliling bijinya. Buah bacang juga menyebabkan serat ini akan terselit pada gigi setelah memakannya. Persamaan antara kuini dan bacang dimana keduanya enak dibuat serawa dan sambal. Keduanya mempunyai nilai nutrisi yang hebat untuk kesihatan dan kandungan serat membolehkan ia mampu mengikat lemak dalam badan, mencegah sembelit dan meningkatkan kadar pencernaan.

Daripada beberap penulisan penulis blog dapati khasiat buah kuini telah banyak dinyatakan. Antaranya adalah sebagai buah A
nti-Kanser iaitu sama seperti mangga kerana buah kuini memiliki manfaat antioksidan yang cukup tinggi. Ini membantu tubuh melawan radikal bebas dan racun yang masuk ke dalam tubuh. Dan yang paling penting adalah bisa mencegah kanser. Buah ini juga Mencegah Sembelit sebab ada banyak serat yang baik untuk sistem penghadaman. Ia juga didakwa mampu menjaga Kesihatan MataBuah kuini kaya akan vitamin A akan dapat menjaga kesihatan mata dan mencegah masalah mata sebab Vitamin A adalah baik untuk mata dari berbagai penyakit mata seperti rabun mata dan katarak. Buah ini  juga memiliki gula darah rendah atau indeks gula darah dan tidak berbahaya bagi penderita diabetes. Ia akan menguatkan Imuniti seseorang dan meningkatkan sistem kekebalan. Agak pelik bila didakwa makan buah kuini mampu untuk tujuan  mencerahkan kulitKuini kaya akan vitamin C yang dapat membuat kulit bersinar dan bercahaya. Ia juga dilaorkan akan mengatasi masaalah Jerawat dengan cara membersihkan pori-pori kulit yang tersumbat. Khasiat seterusnya adalah untuk memperkuatkan Tulang dan Gigi dari kandungan mineral Kalsium didalamnya. Akhirnya buah kuini berguna dalam proses mempercepatkan Penyembuhan LukaZat besi (Fe) yang terdapat dalam buah kuini sangat baik untuk mempercepat penyembuhan luka dan memperkuatkan organ tulang.  Kandungan kalsium ini akan dapat membantu memenuhi keperluan unsur kalsium harian semua. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH KUINI... SUKAR DAPATNYA..
POKOK TINGGI... BERMUSIM PULA...
BUAH MASAK... KUAT AROMANYA...
BELI SEDIKIT... PEKENA ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.