Tuesday, May 18, 2021

ULAT BUNGKUS - ANCAMAN SAWIT

ANCAMAN ULAT BUNGKUS
terhadap beberapa jenis tanaman di Malaysia khususnya kelapa sawit (Elaeis guineensis) perlu diketahui oleh pemain industri sawit. Ulat bungkus merupakan sejenis ulat perosak terutama tanaman sawit di Malaysia dan telah menjadi ancaman kepada industri sawit sejak pengenaan industri tanaman kelapa sawit dari tahun 1960-an lagi. Ciri-ciri ulat bungkus mudah merebak dari pokok ke pokok melalui pertindihan pelepah, jentera ladang, angin dan sebagainya merupakan antara faktor perebakan yang perlu dikawal. Cuaca kering dan panas serta berangin juga mampu mempercepatkan perebakan ulat bungkus di kawasan pokok sawit. Peringkat larva ulat bungkus akan memakan daun sawit dan menyebabkan lubang kecil akan terbentuk (Sila lihat foto diatas sekali) dimana bahagian daun yang dimakan akan menjadi kering dan reput. Penulis blog yang pernah terlibat sama dengan kajian mengenai seragan dan kawalan ulat bungkus di beberapa ladang swasta di Johor dan Melaka memang mengenali akan perosak serangga ini. Dalam beberapa kes serangan dilaporkan dimana kadar kerosakan daun sawit antara 10% hingga 50% dan kesannya akan mengurangkan hasil tandan sawit sehingga 43%. Peringkat di mana ulat bungkus ini aktif memakan daun sawit adalah peringkat larva dimana peringkat larva ulat bungkus ini akan membesar di dalam sarung atau ianya seakan dalam 'bungkusan' yang juga diperbuat daripada cebisan daun sawit. Selalunya sebelum peringkat dewasa atau matang maka larva ulat bungkus ini akan bertukar pula menjadi pupa atau kepompong. Semasa status kitaran pada peringkat kepompong, ulat bungkus ini berehat dan tidak lagi memakan daun sawit. Kepompong betina akan matang dan ia berada di dalam bungkusnya manakala kepompong jantan akan matang menjadi rama-rama kecil yang bebas terbang meninggalkan bungkusannya. Terdapat beberapa spesies ulat bungkus yang biasa dijumpai di ladang sawit di Malaysia yang dikenalpasti iaitu Metisa plana, Pteroma pendula dan spesis Mahasena corbetti. Di Semenanjung Malaysia telah dilaporkan dimana serangan oleh spesis Metisa plana dan juga spesis Pteroma pendula merupakan ulat bungkus yang paling banyak berlaku dan mencapai tahap serius serangannya. Dalam pada itu juga serangan oleh spesis ulat bungkus Mahasena corbetti banyak dilaporkan di negeri Sabah dan Sarawak. Bagi tujuan untuk mengenali akan ciri ulat bungkus ini maka ia mudah dikenal pasti berdasarkan ciri berikut (Sila rujuk Jadual 1). Artikel yang ke 6,398 pada tengahari Isnin Mei 2021 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai ancaman ulat bunkus terhdap tanaman kelapa sawit uuntuk dijadikan bahan rujukkan.

Penulis blog dapati dimana s
erangan ulat bungkus boleh dikawal dengan berkesan menggunakan agen kawalan biologi seperti semburan produk berasaskan bakteria seperti jenis Bacillus thuringiensis dan penanaman pokok bermanfaat. Pokok bermanfaat yang disyorkan adalah seperti Cassia cobanesis kerana tumbuhan ini mempunyai nektar atau madu yang berfungsi sebagai sumber makanan untuk menarik musuh semulajadi ulat bungkus yang terdiri daripada spesis serangga pemangsa dan juga parasitoid. Parasitoid yang telah dikenalpasti termasuk jenis spesis Brachymeria lugubris, Dolichogenidea metesae, Eurytoma sp., Goryphus bunoh, Elasmus sp., Pediobius varius, P. narius dan P. imbreus merupakan serangga kecil yang boleh menyuntik telur ke dalam ulat bungkus. Dalam pada itu antara jenis pemangsa yang dikenalpasti adalah seperti Sycanus dichotomus dan Cosmolestes picticeps dimana tindakan serangga ini yang menghisap cairan badan ulat bungkus akan membubuhnya secara biologi. Penggunaan bakteria seperti B. thuringiensis pula akan menyebabkan ulat bungkus mati dalam masa tiga hingga tujuh hari disebabkan kerosakan berlaku pada sistem penghadamannya. Bagaimana pun produk B. thuringiensis ini tidak merbahaya kepada manusia, haiwan dan semua musuh semulajadi ulat bungkus. Selain itu terdapat juga jenis gahan yang merupakan produk yang mesra alam. MPOB kini juga mempunyai teknologi perangkap feromon untuk mengawal serangan ulat bungkus. Penggunaan racun kimia secara berterusan untuk mengawal ulat bungkus akan menyebabkan serangan yang lebih serius pada masa akan datang kerana ulat ini menjadi semakin kebal. Tambahan lagi cara semburan kimia ini akan memberi kesan yang negatif kepada manusia, serangga berfaedah dan juga alam sekitar. Kawalan dengan menggunakan agen biologi adalah lebih selamat dan mampu mengawal serangan ulat bungkus untuk jangka masa panjang.

Penulis blog tertarik dengan laporan oleh Harian Metro bertajuk 'MPOB cipta alat pengesan ulat bungkus pertama didunia' amat mengujakan. Dilaporkan dimana pihak 
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya untuk mencipta sistem pengesan automatik pertama di dunia bagi mengesan spesies ulat bungkus spesis 'Metisa plana' iaitu salah satu spesies utama serangga pemakan daun pokok sawit (Sila lihat fotoo disebelah). Dalam satu kenyataan oleh MPOB dilaporkan dimana serangan ulat bungkus sederhana boleh mengakibatkan kehilangan hasil sawit sehingga 43 peratus. Hasil siasatan berdasarkan data MPOB pada 2016 sahaja dilaporkan berlaku kerugian kepada ekonomi negara terhadap penanam sawit akibat serangan ulat bungkus adalah sekitar RM24 juta. Dinyatakan ada undang-undang khas mengenai isu ini dimana adalah menjadi satu kesalahan sekiranya ulat bungkus tidak dikawal dan pemilik ladang boleh diambil tindakan di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 yang di kendalikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia untuk tindakan akta ini bersama agensi terlibat. Apa yang membanggakan dimana teknologi ciptaan penyelidik MPOB itu diketuai oleh Mohd Najib Ahmad atau dikenali sebagai Alat Pengesan Automatik Ulat Bungkus atau Oto-BaC. Alat ini menggunakan kamera dan kaedah algoritma pembelajaran mendalam yang dibangunkan oleh kumpulan penyelidik terbabit. Siatem alatan ini yang terdiri daripada pengesan pergerakan dan analisis warna palsu untuk tujuan mengesan dan membezakan larva serta pupa ulat bungkus yang hidup dan mati. Oto-BaC juga dapat menghitung jumlah larva dan populasi pupa sepelepah, serta mengklasifikaskan mereka kepada tahap larva dan pupa. MPOB dakwa dimana pembangunan inovasi ulung dalam industri sawit dapat menyediakan pengumpulan data masa nyata yang tepat dan sistem mesra pengguna untuk mengesan serta mengira ulat bungkus pada daun sawit. Penggunaan alat ini dapat meminimumkan kesilapan manusia dalam pembancian dan meningkatkan amalan pertanian yang baik. Dengan kaedah mengintegrasikan teknik penglihatan mesin dan algoritma pemprosesan gambar didakwa alat ini dapat digunakan secara berkesan oleh penanam sawit untuk memantau populasi ulat bungkus di ladang. Teknologi ini dilapor dapat mengurangkan kehilangan hasil buah tandan segar. Alat Oto-BaC dilancarkan semasa Seminar Pemindahan Teknologi MPOB 2020 baru-baru ini dan memenangi Pingat Perak di Ekspo Teknologi Malaysia 2020.

Media tempatan melaporkan telah berlaku serangan u
lat bungkus serius di Felda Besout, Perak memberikan kesan kepada peneroka apabila mereka tidak dapat menuai buah sawit pada November tahun 2018. Mengikut Ketua Peneroka Besout 1, Alias Salion kehadiran ulat bungkus sejak tahun 2017 itu cukup membimbangkan dengan ada di antara peneroka yang tidak mempunyai hasil pendapatan sejak tiga bulan lalu. Terdapat peneroka yang dah tidak ambil buah dalam tiga bulan ini disebabkan tiada buah langsung. Bayangkan bagaimana untuk menampung hidup tanpa pendapatan dan cara memberi makan kepada keluarga mereka. Berdasarkan pengalaman beliau memaklumkan dimana dia yang sudah hamipr 50 tahun menjadi peneroka dakwa serangan ulat bungkus kali ini paling teruk buat mereka warga peneroka yang memang bergantung harap kepada hasil sawit. Kini pendapatan diterima rata-rata peneroka dimana kebanyakannya kurang daripada RM200 sebulanDalam pada itu terdapat juga peneroka yang terbeban dengan hutang sehingga mencecah ratusan ribu ringgit selepas tidak mampu membayar kembali wang yang dipinjam daripada Felda. Apa yang agak terbeban terutama peneroka yang menerima wang kos sara hidup RM1000 sebulan. Jika 36 bulan mereka tidak dapat menuai hasil atau sedang menunggu hasil, maknanya mereka telah berhutang RM36,000 dengan tidak termasuk kos lain. Ada peneroka yang hutang mereka mencecah ratusan ribu ringgit. Adalah diharapkan kerajaan membantu memberikan dana serta mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah ulat bungkus. Dalam laporan media lain dinyatakan kemudian dimana pihak kerajaan meluluskan dana RM12.4 juta kepada pekebun kecil persendirian di seluruh Malaysia melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi tujuan kawalan bersepadu ulat bungkus. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam kenyataan memaklumkan kesan daripada serangan ulat bungkus boleh menyebabkan kerugian hasil sawit pada kadar 33 - 47 peratus yang mampu menjejaskan pendapatan negara secara amnya. Serangan ulat bungkus juga memberi impak kepada peneroka dan pekebun kecil yang bergantung harap sepenuhnya kepada hasil sawit untuk menyara kehidupan seharian dan keluarga. Serangan ulat bungkus yang serius biasanya mengambil masa sehingga dua tahun untuk dipulihkan sepenuhnya melalui kawalan secara bersepadu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
ULAT BUNGKUS... KECIL SAIZNYA...
ADA 3 SPESIS.. UJUD DI MALAYSIA...
MEMAKAN DAUN... STAGE LARVA...
PERLU DIKAWAL... DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.