Tanaman vanili memerlukan pokok atau kayu sokongan yang tumbuh menegak sebagai tempat menjalar. Tiang Kayu atau Pokok Gliricidia atau pokok lain perlu tumbuh menegak yang diatur dalam barisan tanaman (Sila lihat foto kebun disebelah). Ada kalangan petani yang menggunakan kayu buluh sebagai tiang sokongan yang diikatkan pada pokok teduhan. Penanaman vanila memerlukan sokongan untuk membolehkan batangnya melilit atau merambat untuk naik keatas permukaan tanah. Sistem peenjagaan peringkat awal untuk batang vanila mellit atau merambat tiang sokongan perlu dilakukan secara manual. Kebanyakan jenis tanaman vanili merupakan 'parasit' kepada pokok yang ditumpangninya kerana akanya akan memasuki kulit batang dan menyerap makanan yang ada pada pokok tumpang tersebut. Kandungan nutrian pada vanila memang tergulong tinggi kandungannya termasuk serat, mineral, vitamin A, B, E dan beberapa lagi. Kehebatan vanilla selain aromanya yang dapat digunakan sebagai bahan meningkatkan keenakan dan selera makanan juga kehebatan ciri aroma pada vanilla juga dijadikan sebagai ubat penenang jika ia dicampurkan ke dalam essential oil (minyak aroma terapi). Selain itu juga dilaporkan dimana kepada pengguna yang secara rutin mengambil vanilla didakwa dapat mengatasi dan menghindari seperti masaalah depresi berat. Buah vanila kering yang diproses didakwa memang mengandungi bahan antioksidan tinggi dimana jika diambil dengn betul mampu mengelakkan daripada serangan Kanser. Dilaporkan juga kandungan viamin E yang tinggi membolehkan bahagian kulit anda menjadi lebih tegang dan awet muda. Banyak sekali dilaporkan akan manfaat dari tanaman vanilla ini dan tentunya membuat ramai orang ingin menanam dan menggunakannya bukan hanya sebagai tanaman yang memberikan pendapatan baik akan tetapi juga didakwa bleh diproses untuk kegunaan sendiri.
Tanaman vanilla merupakan sejenis tumbuhan tropika dimana sesuai ditanam di nusantara. Kawasan yang sesuai untuk ditanam seperti didalam para pertama perlu dikenalpasti dan kemudian disediakan kerja pembersihan kawasan dan menyediakan tanaman sokongan atau tiang. Pastikan juga dimana ada kadar pancaran cahaya mencukupi dan pokok teduhan sesuai namun tidak terlalu panas. Kepada sesiapa yang minat menanam vanilla di sekeliling mdmpunyai kelembaban serta cahaya yang sesuai dan tanah yang baik agak lembab dengan tekstur yang gembur. Jika menanm dikawasan kebun digalakkanagar melakukan penggemburan serta membaja orgnik dan perlu menyiramnya dengan sedikit air agar tekstur serta kadar basahbya sesuai. Vanila sesuai ditanam dibawah teduhan yang disediakan lebih awal seperti pokok kelapa, gliricidia dan sebagainya. Anakbenih vanilla agak mudah disediakan sama ada membelinya keratan anakbenih daripada penanam sedia ada berupa keratan yang dirawat. Anda pun boleh menyemai daripada biji polong vanila yang telah cukup matang serta dijemur dahulua dan tumbuh sihat didalam tapak semaian. Bagaimana pun amalan menggunakan bijibenih daripada polong agak kurang disyorkan kerana ia mengambil masa agak lama untuk sesuai ditanam selain daripada prestasi anak benih yang tidak seragam. Keratan batang paling mudah digunakan dengan melihat beberapa ciri benih seperti benih yang tidak cacat atao ada serangan perosak atau penyakit. Keratan tersebut juga masih segar dengan ukuran 30 - 40 cm panjang dimana mempunyai kualiti serta varieti terjamin. Jika mengambil dari kebun sendiri atau kebu rakan berhampiran pastikan mengambil batang yang telah cukup tua dengan ketinggian pokok melebihi 2-3 meter dari paras tanah. Pastikan benih mencukupi dan diperiksa rapi sebelum menanam. Sediakan bekas dengan berisi air penih keratan benih diendam selama 10 - 15 minit dan keluarkan sebelum dilap dengan tisu sehingga kering. Kemudian di rendam pangkal keratan didalam air selama 5 - 7 hari dan periksa pucuknya. Boleh bubuh sedikit baja foliar didalam bekas air rendaman keratan dimana akan dilihat daun dan tunas-tunas baru akan keluar menunjukkan anakbenih bersedia di tanam.
Jika menanam vanilla didalam pasu atau pot disekeliling rumah maka sebaiknya disediakan media tanaman dahulu. Apa pun pastikan tanah dalam pot atau dikebun disiram air dahulu jika terlalu kering sebelum menanam. Tanah juga sesuai ditambah baja organik dahulu sebelu aktiviti menanam anaknenih. Masukkan keratan anakbenih didalam lubang penanaman dengan tegak berdiri dan kukuh. Sebaiknya keratan ini diikat dengan tali rafia dengan kukuh pada tiang kayu sokongan atau batang pokok berhampiran (Sila lihat foto disebelah). Seterusnya batang vanila perlu dilatih untuk tumbuh secara horinzontal keatas dengan baik. Penanaman dalam pasu lebih mudah dengan saiz pasu besar membolehkan tiang sokongan daripada bahan kayu atau besi berdiri kuat untuk penjalaran. Aktiviti menyiram selepas menanam dan peringkat awal pertumbuhan sangat penting dijalankan. Sebelum menyiram sebaiknya diperiksa keadaan kelembapan tanah dikebun atau pun didalam pasu. Penyiraman dilakukan secara rutin agar tanah tidak terlalu kering atau tidak terlalu basah untuk proses pertumbuhan yang optima. Pada musim hujan sesuai disiram sekali sehari sama ada pagi atau petang sementara jika cuaca panas kering boleh disiram dua kali sehari. Amalan agronomi tanaman vanila seperti mengawal rumpai, memberikan sungkupan, menimbus pangkal pokok, membuat pangkasan serta membaja. membuang rumpai dilakukan sebulan sekali dan diperdu pokok mesti dilakukan dengan tangan kerana cangkul boleh merosakan batang pokok vanilla. Jika huja dan ada air tergenang perlu dibuat siatem saliran parit kecil membuang airnya. Pembuatan 'mounting' tanah dioerdu pokok sesuai dilakukan sepanjang pertumbuhan vanilla dengan mengikis tanah disekeliling batas dan ditimbunkan diperdu pokok. Lakukan cantasan pembentukkan iaitu potong sekitar 15 cm bahagian hujung tanaman vanilla yang dilengkungkan dan tinggalkan tiga cabang yang baik untuk dipelihara. Cantasan untuk penghasilan dilakukan apabila pokok mula berbunga sekitar 24 - 36 bulan selepas ditanam. Cabtasan ini juga merangsang bunga keluar dengan memotong 2-3 ruas menjelang musim berbunga. Perlu juga dilakukan pemotongan pucuk setelah berbunga untuk tujuan menyempurnakan pembuahan. Cantasan meremajakan vanilla juga dilakukan apabila seselai semnuai hasilnya. Ia dilakukan dengan memotong cabang-cabang yang telah selesai berbuah untuk merangsang keluarnya tunas baru. Dengan demikian tanaman menjadi remaja dan berpotensi membesar dan matang kembali. Tanaman vanilla sebaiknya ditanam secara organik dengan memberikan baja organik seperti tahi ayam, kambing, lembu diproses dengan kadar sebanyak 5 -10 kg sepokok. Ia diberikan pada awal dan akhir musim hujan. Jika tidak ditanam secara organik boleh menggunakan baja foliar yang sesuai dengan kadar 8 -10 gram seliter air tergantung keadaan tanaman. Pembajaan melalui tanah diberikan pada awal dan akhir musim hujan. Pemberian baja ini dilakukan dengan ditaburr secara merata di zon akar vanili kemudian ditutup dengan tanah. Dos bagi baja ini bagi pokok berumur kurang dari dua tahun adalah 20 - 40 g urea, 35 - 70 g TSP dan 40 - 80 g KCl setahun. Bagi umur tanaman berumur lebih dari dua tahun kadar diberikan adalah 40 - 80 gram urea, 70-140 gram TSP dan 80-160 gram KCl setahun. Tanaman vanilla dituai setelah tanaman berumur 2 hingga 3 tahun selepas tanam. Penuaian dilakukan setahun sekali dengan jangkamasa menuai selama 2 - 3 bulan lamanya. Buah atau pod matang yang berwarna hijau dengan pucuk yang berwarna kuning sesuai dituai dan digredkan dan dikeringkan sebelum dipasarkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUKAN MUDAH... MENJAGANYA...
BENIH KERATAN.. DITANAM SAMA...
LEPAS 2-3 TAHUN... MENUAINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Ramadan 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.