Tanaman kekacang pintoi ini memang sangat disyorkan untuk tanaman penutup bumi dan tanaman landskap di Malaysia dan negara yang mempunyai iklim panas lembab dan cukup sinaran matahari sepanjang tahun. Kekacang pintoi juga merupakan diantara makanan ruminan yang unggul terutama bagi pastura yang berada di sekitar SubpTropika dan Sub-Lembab untuk dijadikan kawasan ragutan dan juga dikawasan yang ada teduhan (Sila lihat foto disebelah). Dari segi prestasi kekacang pintoi ini sesuai untuk sistem ragutan bebas kerana mampu memberikan prootin yang tinggi kepada ternakan selain dari mengikat N dalam tanah. Kajian dijalankan di beberapa negara termasik di Colombia jika dibandingkan dengan jenis rumput Brachiaria dictyoneura dari segi bahan kering (dry matter) yang mampu hasilkan 5 mt/ha, Di Indonesia (3 mt/ha) dan di Malaysia dan Costa Rica sebanyak 20 kg sehektar telah direkodkan. Kekacang pintoi yang mempunyai stolon mampu bertahan untuk diragut ternakan ruminan kerana akarny kuat dan agak dalam berada dalam tanah. Paling hebat apabila kekacang pintoi dibanyak negara dijadikan tanaman penutup bumi (cover crop) dikawasan kebun kopi, pisang, pokok citrus, durian, dan juga diladang sawit yang masih muda. Lazimnya kekerapan ragutan bergantung kepada pengurusan dan juga taburan huja serta kesuburan tanah. Ini kerana kadar tumbesaran adalah cepat dimusim hujan dimana ia masih bertahan hidup walau pun kemarau selama lebih dari 4 bulan berlaku. Di negara 4 musim kekacang pintoi akan tumbuh semula selepas musim salji walau pun stolon dan daunnya mati akan tetapi rizom dalam tanah akan tumbuh juga. Hebatnya kekacang pintoi juga kerana ia masih bertahan jika ditenggelami air akibat banjir.
Dikawasan dusun buah-buahan terutama dusun durin di Malaysia kini penanaman kekacang pintoi sudah menjadi trend. Tinjauan penulis blog di dusun Durian di Bukit Jana, Taiping, Perak mendapat beberapa petani sudah menanam kekacang pintoi ini dikebun durian mereka untuk menghalang hakisan dan menyuburkan tanah (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun penanaman ini dibuat secara berperingkat dan 'spotted' sahaja bagi mengelakan hakisan serius kerana kawasan kebun durian di kaki bukit Taiping ini memang ada yang curam cerunnya. Penulis blog membuat pemerhatian dimana ada sesetengah lokasi dimana pertumbuhan kekacang pintoi ini dilihat lebih subur dibawah teduhan (bawah pokok durian) berbanding dengan yang ditanam dikawasan terbuka dan mendapat banyak sinaran matahari. Dinilai juga dimana kekacang pintoi sangat subur pada tanah jenis lom berpasir sederhana apa lagi jika banyak kandungan banyak baja organik disekitarnya. Apa pun ia kurang subur di atas tanah liat, saliran yang kuran baik dan juga tanah asid sulfat (high salinity). Dalam beberapa kajian dilaporkan dimana inokulasi dengan Rhizobium yang dilakukan dikawasan kekacang pintoi ini memberikan reaksi sangat positif khususnya dengan strain jenis Bradyrhizobium (strains QA1091, CIAT3101) diberikan sebaik sahaja aktiviti menanam. Kekacang pintoi ini memang cepat merebak dan melalui stolon yang meraya di tanah.
Penanaman kekacang pintoi di kebun secara komersil yang luas perlu dirancang perlaksanaannya. Kawasan sangat perlu dibersihkan bagi mengelakkan rumpai lain tumbuh dilokasi. Penyediaan benih untuk tanaman boleh menggunakan biji benih atau pun menggunakan anakbenih dari keratan. Bijibenih segar mempunyai tahap dormancy tinggi dan perku didedahkan dengan panaskan pada suhu 35 - 40 Celcius selama 10 hari dijemur. Keperluan biji benih dianggarkan sebanyak 10 - 15 kg dalam pod sehektar. Biji ini perlu disemai didalam tapak semaian dengan kedalaman 2 - 6 cm jika dijaga baik ia mampu tumbuh mengeluarkan akar dan stolon. Bagaimana pun ramai kalangan petani di Malaysia menggunakan anakbenih keratan dari polibeg yang mana ia disediakan dan dijual oleh pihak pengusaha tapak semaian. Kaedah ini adalah yang terbaik untuk cuaca lembab dan panas seperti di negara kita. Dilaporkan dimana kekacang pintoi boleh mengeluarkan bunga setelah 3 - 4 bulan ditanam dengan penjagaan baik. Bunga berwarna kuning ini mempnyai gynophore bersaiz sepanjang 27 cm selapas pendebungaan dan kemudian masuk kedalam tanah. Kajjian saintis mendapati dimana kemampuan pengeluaran biji benih adalah sekitar purata 200 kg sehektar. Dari segi keperluan pembajaan kekacang pintoi ini tumbuh baik ditanah yang rendah unsur Posforan (P) dan pengapuran adalah sigalakkan. Ia juga mempunyai kesesuaian (compatibility) dengan jenis rumput lain seperti Rumput Brachiaria decumbens, B. dictyoneura, Paspalum notatum, Axonopus affinis, Digitaria eriantha dan Cynodon dactylon. bKajian juga menunjukan dimana ia agak sesuai juga ditanam bersama rumpu jenis Panicum maximum dimana kkekacang pintoi ini akan tumbuh dicelah-celah ruang rumput tersebut berkoloni. Ia dilaoorkan tidak ada kesan toksik kepada ternakan ruminan yang meragut kekacang pintoi dan toleran kepada ragutan berat (heavy grazing). mengenai kultivar dilaporkan ada beberapa acessions dikenalpasti akan tetapi untuk ianya dikomersilkan adalah baka yang di hasilkan di Australia (Amarillo), Costa Rica (Mani Mejorador, Porvenir), Brazil, CC Colombia (Maní Forrajero Perenne) dan daripada negara Honduras (Pico Bonito). Dilaporkan juga tiada penyakit dan perosak menganggu kekacang pintoi cuma ada sesekali tikus yang mengorek tanahnya untuk mencari pod kacangnya. Dilaporkan jenis Cv ‘Amarillo’ adalah tahan dari kebanyakan penyakit kacang tanah. Penyakit tersebut adalah seperti Karat (Puccinia arachidis) dan Bintik Daun (Mycosphaerella spp.). Sementara itu beberapa jenis kulat seperti Phomopsis sp., Cylindrocladium sp. dan Colletotrichum gloeosporioides ada sesekali meneyerang daun. Jenis ‘Amarillo’ juga sederhana dengan serangan cacing nematod (Meloidogyne spp.) akan tetapi mudah siderang Nematod penyebab Lession Akar (Pratylenchus brachyurus). Bagaimana pun kawalan mudah dilakukan dengan beberapa kaedah. Semuga tulisan yang ambil masa beberapa hari ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
DARI BRAZIL... ASAS USULNYA...
PENUTUP BUMI... LANDSKAP JUGA...
BACA ARTIKEL... BANYAK FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Ramadan 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.