Thursday, May 20, 2021

DODOL - SATU CATATAN

DODOL 
merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia  yang menggunakan tepung beras pulut sebagai bahan utama bersama santan kelapa, gula dan sesekali dicampur durian. Proses membuat dodol secara tradisional mempunyai keunikanya tersendiri dimana teknik yang betul mampu menghasilkan dodol berkualiti dengan tekstur dan jangkamasa penyimpanan yang lebih baik dibandingkan dodol biasa. Penulis blog zaman remaja dahulu boleh dikatakn setiap tahun membuat odol sekali setahun iaitu di bulan Ramadan untuk hidangnpada Hari Raya Aidilfitri. Walau pun memasak dodol merupakan kerja yang 'menyiksakan' dibulan puasa akan tetpi memang ia satu kenangan yang menyeronokkan,  Menyediakan dodol memerlukan masa memasak yang sangat lama berjam-jam (6 - 10 jam) serta tenagakerja banyak untuk mengacau dalam kuali besi bagi menghasilkan kualiti dodol tradisional yang baik. Bagaimana pun terkini telah ada mesin khas Pembuat Dodol Komersil dan membolehkan dodol kini diusahakan secara komersil dan boleh dibeli sepanjang tahun. Bahan memasak dodl juga agak tinggi kos kerana semua perlu dibeli bahan asasnya terutama kelapa, kayu bakar, gula dan bahan pembungkusan untuk penyimpanan. Dodol yang dimasak baik dan disimpan sempurna mampu bertahan berbulan-buan lamanya malahan ada yan sampai lebih setahun. Terdapat jenis dodol tradisional yang menggunakan bahan asas biasa dan juga dodo; berperisa lain terutama Dodol Durian. Makanan dodol dilaporkan sejenis makanan berkhasiat dengan zat sederhana rendah tetapi kandungan gula yang sangat tinggi kerana manis. Ada juga kalangan pakar permakanan yang tidak mengesyorkan dodol diambil oleh pengidap diabetes mellitus (kencing manis). Di Malaysia terdapat ramai usahawan dodol yang menghasikan pelbagai jenis dodol termasuk produk 'dodol cair' yang popular di Melaka dimana anda boleh membaca tulisan saya dengan pautan yang berikut (Sila klik disini). Bagi pembaca dan di
kalangan orang ramai masih belum membeli atau ujirasa dodol cair sila baca tulisan saya hingga habis. Ramai yang kenal dodol komersil biasa dan berperisa lain sebagai dodol yang pekat dan likat. Apa pun kepada mereka yang datang khusus berkunjung ke Melaka boleh ke Bandar Hilir atau Simpang Ampat di Alor Gajah untuk mendapatkan dodol cair yag masih panas-panas. Artikel petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai satu catatan makanan dodol untuk dijadikan bahan rujukkan oleh pembaca blog semua.

Penulis blog merujuk satu laporan media tempatan bertajuk '
Dodol cappucino Tok Nah' untk dijadikan rujukan dan catatan. Agak unik bunyinya dan macam agak 'international' pula bila mendengar 'cappucino' pada dodol yang satu ini. Apa pun dilaporkan dimana keunikan Dodol Tok Nah yang dihasilkan dengan mereka menggunakan kaedah tradisional menjadikan juadah popular ketika musim perayaan itu terus diminati sehingga kini. Apa yang dikatakan pengusahanya En Zamri  dimana dia mewarisi teknik membuat dodol itu daripada arwah bapanya sejak 23 tahun lalu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Walaupun proses menghasilkan dodol tersebut agak memenatkan dan rumit kerana menggunakan dapur kayu hampir 100 peratus namun kepuasan pelanggan menjadi keutamaannya. Terpulang kepada cara masing-masing (untuk menghasilkan dodol) tetapi saya memilih mengekalkan cara lama kerana inilah yang menjadikan dodol ini unik. Arwah bapa pernah berpesan supaya dodol ini dihasilkan seperti kita sendiri yang hendak makan dan kata-kata itu saya pegang hingga sekarang. Muism terkini beliau menerima tempahan sehingga 300 kawah berbanding hanya 200 kawah tahun lepas dengan setiap kawah dianggarkan mampu menghasilkan sehingga 30 kilogram dodol. Permintaan yang tinggi terhadap Dodol Tok Nah kali ini juga menyebabkan dia tidak ‘menang tangan’ dan terpaksa mendapatkan bantuan ahli keluarganya yang lain untuk mengacau dodol tersebut. Kini dia turut menggajikan sehingga 40 penduduk kampung untuk kerja-kerja mengacau dodol berkenaan yang mengambil mengambil masa sehingga tiga jam untuk siap. Kini selain dodol berperisa asli mereka turut menghasilkan dodol perisa durian buat dan sedang merancang mempelbagaikan dodol itu kepada beberapa perisa lain termasuk dodol cappucino, dodol tongkat Ali dan dodol kurma pada masa depan. Dodol Tok Nah biasa boleh didapati pada harga serendah RM17 untuk pek bersaiz 500 gram dan memang enak dimakan sepanjang masa.

Berlainan pula di Tangkak, Johor dimana dilaporkan '
Tidak menang tangan layan tempahan Dodol Malaya' yang semakin popular. Apabila menjelang minggu akhir Ramadan dan menyambut kedatangan Syawal ada seorang pengusaha makanan tradisional Dodol Malaya di Kampung Serom tidak menang tangan me­nyiapkan tempahan pelanggan. Bagi Muhammad Muammar lazimnya menjelang saat akhir Ramadan dia akan menyiapkan tiga kawah untuk menghasilkan 300 kilogram (kg) manisan pencuci mulut itu. Dodol Malaya dimasak secara tradisional menggunakan arang kayu sebagai sumber api. Dia akan menggunakan arang sebab mahu mengekalkan rasa dan aroma tradisional dodol, kalau guna dapur gas rasa dodol tidak 'kick'. Dakwanya tepung beras pulut merupakan bahan utama untuk menghasilkan dodol yang akan dicampurkan dengan santan segar, gula melaka, sedikit garam dan dimasak di atas api yang sederhana selama 10 jam. Dia gunakan pati santan segar yang diperah secara manual, kami tak guna santan kotak sebab rasa lemak lain. Resipi masakan manisan tradisional itu dipelajari daripada bapa saudaranya sebelum memulakan bisnes sejak lima tahun lalu. Kemudian selepas tiga tahun menghasilkan dodol tanpa jenama maka rakannya iaitu Mohd. Fakhruzzaman mengeluarkan idea supaya kueh manisan dihasilkannya itu diberi nama Dodol Malaya. 

Teknik menyimpan d
odol dalam 'tampin' kekal aroma dan menambah keenakannya seperti produk yang popular di Kg Sg Timun, Rembau , Negeri Sembilan ini. Dodol yang dihasilkan oleh seorang bekas jururawat tentera di Kampung Sungai Timun didakwa mempunyai keunikan tersendiri kerana disimpan dalam bekas anyaman yang dibuat daripada daun mengkuang atau dikenali sebagai tampin. bagi usahawan bernama Rusna Abd Rahman sebagai antara pembuat dodol yang terus mempertahankan tradisi makanan itu sejak ratusan tahun lalu merasa bangga dengan kualiti produknya. Sejak zaman dahulu kebanyakan para penjual  meletakkan dodol dalam tampin bagi mengekalkan aroma makanan tradisional itu. Bagaimanapun kini bilangan yang masih setia berbuat demikian semakin berkurangan dan sebaliknya membungkus dalam plastik kerana lebih mudah. Apa pun ibu kepada tiga anak itu mula menjual dodol kira-kira 10 tahun lalu awalnya sering menerima tempahan daripada orang ramai secara kecil-kecilan. Mengenai resipi membuat dodol antara bahan yang digunakan tetap sama iaitu santan, tepung pulut serta gula dan dimasak menggunakan dapur kayu. Dia masih mempertahankan cara tradisional bagi mengekalkan rasa dodol. Memang panas dan penat kerana perlu mengacau dodol secara bergilir tanpa henti selama beberapa jam, tetapi hasilnya amat berbaloi. Dia juga ada menggunakan gula hangus berbanding gula enau seperti yang digunakan kebanyakan peniaga lain, kerana gula ini memberikan aroma yang lebih enak. Selepas siap masak maka dodol perlu dipindahkan ke periuk lain dengan segera sebelum mula membungkus, bagi mengelakkan hangus. Ada teknik yang digunakan untuk mengalihkan dodol ini. Selalunya dia akan menggunakan pelepah pisang yang diletakkan di atas periuk kerana dodol tidak akan melekat pada pelepah sekali gus memudahkan tugas. Cara pembungkusan dodol dilakukan dengan menggunakan tampin bagi mengekalkan aroma dodol selain lebih tahan lama iaitu sehingga sebulan walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk. Memang tidak mudah untuknya mendapatkan tampin kerana perlu juga usaha mencari daun mengkuang di sekitar kampung dan dianyam sendiri daun itu menjadi bekas. Setelah ke belukar mencari daun mengkuang ia kemudian perlu melayur pada api dan proses seterusnya adalah merendam dalam air selama tiga hari sebelum menjemur semula sehingga kering selama sekurang-kurangnya dua hari. Sebaiknya untuk membuat tampin dia akan melurut daun mengkuang yang telah kering sehingga lembut menggunakan buluh. Kemudian barulah boleh mula menganyam dimana dia mula belajar menganyam daun mengkuang sejak kecil dan kini sudah memiliki tahap kemahiran itu dengan belajar sendiri. Biasanya dia mampu menyiapkan enam tampin dalam tempoh hanya sejam. Apa un apabila menjelang Aidilfitri dia mampu menjual lebih 100 kilogram dodol sebulan berbanding bulan biasa kira-kira 30 kilogram sahaja. Kalangan pelanggan tetapnya memang suka dengan dodol dalam tampin kerana mereka sukakan akan aromanya. Kini terdapat 3 saiz bungkusan dodol dalam tampin iaitu Dodol Cenderahati (RM4), Dodol 500 gram (RM11) dan juga Dodol sekilogram (RM22).  Produk khusus dodol cair atau juga dikenali sebagai penganan dijual pada harga RM5 satu bekas.Masa memasak dodol 3 sehingga 4 kali seminggu bagi memenuhi permintaan dimana sekali masak beliau mampu memperoleh sehingga 9 kilogram dodol. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology dan mendapat manafaat darinya. Wasallam!!.
MAKANAN DODOL... ENAK RASANYA...
DI TANGKAN KELUAR...DODOL MALAYA...
PENANG PULA... DODOL PAKNGAH ADA...
DALAM TAMPIN... KEKALKAN AROMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Wyawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.