Tuesday, April 20, 2021

PLASTIK, JENISNYA DAN GUNANYA (Part 2)

PLASTIK
(Plastic) merupakan sejenis produk yang ada disekeliling kita dalam pelbagai bentuk dan digunakan secara meluas diseluruh dunia. Plastik juga merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik yang terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau nilai ekonominya. Ada beberapa polimer semulajadi yang mana ia dilaporkan termasuk sebagai plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik untuk pelbagai kegunaan dan fungsi. Nama plastik ini berasal daripada fakta dimana banyak daripada produk plastik adalah dapat dilentur, iaitu satu ciri penting bagi plastik. Produk plastik telah direka dengan pelbagai dan sangat banyak ciri-ciri termasuk aspek kemampuannya menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Menggabungkan dengan kemampuan adaptasinya paling penting adalah dimana komposisi penting adalah plastik adalah ringan. Ia digunakan hampir di seluruh bidang industri didaratan, dilautan dan di udara termasuk diangkasalepas. Plastik dicipta dengan sebagai tulang-belakang polimernya (vinilklorida), polietilena, akrilik, silikon, uretana dan sebagainya. Bagaimana pun plastik mengambil masa yang sangat lama untuk reput (decay) menyebabkan penggunaan plastik telah dijadkan kempen khusus diseluruh dunia kerana perlu berpuloh tahun untuk reput. Dalam sektor pertanian penggunaan plastik merupakan satu produk penting daripada pelbagai peralatan pertanian serta mesin, sistem pengairan, pembungkusan produk kimia (baja, racun , produk cecair) dan banyak lagi. Artikel subuh hari ke 7 Puasa Ramadan 2021 ini saya menulis mengenai plastik dan jenisnya dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.

Plastik dihasilkan dibanyak negara didunia dan ia merupakan antara komponen penting didalam sebuah kenderaan daripada basikal, motorsikal, kereta, bot, train sehingga kepada kapalterbang dan kapalangkasa. Produk p
lastik memang dilaporkan boleh untuk dikelaskan kepada 6 kategori iaitu ia bergantung kepada bahan asas digunakan, cara membuatnya dan juga kegunaannya. Kini dilaporkan dimana sehingga tahun 2018 menunjukkan bahawa sudah ada 19% daripada plastik yang dihasilkan sedang dikitar semula. Plastik yang boleh dikitar semula perlu dikumpulkan didalam tong khas dikawasan perumahan dan industri dan boleh dihantar kekilang kitar semula bahan plastik terpakai. Isu longgokan sampah plastik menjadi penting diseluruh dunia apabila ia mencemarkan kebersihan dan menimbulkan masaalah serius. Penggunaan produk plastik sebenarnya hanya sekitar 30 tahun dahulu sahaja dimana pengggunaan plastik digunakan oleh manusia dengan jumlah yang besar sebagai simbol kemodenan dan kemajuan. Kini dilaporkan diantara produk plastik yang paling banyak dikitar semula ialah botol minuman seperti minuman ringan atau jus. Walau bagaimanapun, jenis lain plastik seperti yang terdapat dalam botol detergen atau kabel adalah lebih sukar untuk dikitar semula memandangkan komposisinya yang kompleks. Tahap bahaya plastik ini berbeza dimana orang ramai perlu mengetahuinya kerana ia juga ada yang menyebabkan toksik kepada kehidupan makhluk didunia. Jangan terkejut apabila dilaporkan kematian haiwan penyu (turtle) dilautan paling banyak disebabkan oleh penyu makan plastik yang mana mereka sangka ianya sebagai 'obor-obor' makanan penting bagi penyu.

Jenis plastik boleh dikategorikan 7 jenis mengikut ciri-cirinya seperti Jenis PET (polietilena terephthalate), Jenis HDPE (Polietilena berketumpatan tinggi), Jenis PVC (polyvinyl chloride),  LDPE (Polietilena ketumpatan rendah),  PP (Polipropilena), PS (Polistirena) dan Plastik lain. Setiap produk plastik yang kita selalu gunakan mempunyai simbol yang membolehkan kita boleh mengetahui jenis plastik itu. Simbol ini dipanggil bulatan Möbius dan dicipta oleh Persatuan Industri Plastik pada tahun 1988. Memang ada perbezaan pada 
variasi kecil simbol dimana kita boleh menentukan jenis plastik yang digunakan terutama bagi pproduk makanan yang kita makan setiap hari terdiri. Jenis ke 3 adalah PVC (polyvinyl chloride) yang  dianggap sangat sukar untuk dikitar semula. Beberapa pakar plastik dalam  bidang ini nyatakan yang PVC adalah yang paling berbahaya daripada plastik yang wujud didunia dimana ia bahaya tidak mudah mereput (decay) apabila dibuang tetapi bahaya juga semasa seluruh proses pembuatannya. Sebenanyr  bahan Poliklorida Vinil  adalah antara plastik pertama yang ditemui oleh manusia dan juga merupakan salah satu yang paling banyak digunakan. Sebab keutamaan pembuatan plastik ini adalah cirinya rintang cahaya dan pada masa yang sama sangat tahan lasak serta sangat tahan lama. PVC ini juga mempunyai kadar rintangan yang tinggi terhadap kebakaran, kebolehtelapan yang rendah dan sebagai bahan penebat yang tinggi. Kegunaan plastik PVC didapati dalam batang paip yang direka untuk menghantar air atau sisa organik yang boleh dimakan. Ia juga boleh didapati dalam pelapis kabel fiber dan sebagainya untuk telekomunikasi.  Dalam bidang pembinaan bahan PVC ini sering digunakan secara meluas dalam kerja pembuatan kolam, Sistem kumbahan rumah, membuat bingkai tingkap, di kertas yang diletakkan di siling serta salutan digunakan untuk dinding sebanyak lantai. Produk perubatan juga sering menggunakan plastik jenis ini terutama sarung tangan pembedahan, beg darah dan tiub yang digunakan dalam transfusi. PVC digunakan juga dalam pembungkusan produk farmaseutikal, memandangkan rintangan dan tahap kelembapannya menjamin penyimpanan yang baik dari unsur-unsur kontaminasi. Bagi aktiviti sukan lasak atau aktiviti perkhemahan selalunya untuk sesetengah kasut, khemah dan produk kalis air seperti kolam kembung juga memang akan dibuat menggunakan plastik PVC. Proses kitar semula plastik ini hanya boleh dijalankan dengan cara perindustrian khusus. Kesannya sangat mencemar dan begitu banyak syarikat yang menggunakannya serta mempromosikan penggunaan pilihan lain. Dilaporkan didalam industri pembungkusan adalah salah satu yang mempromosikan penghapusan PVC daripada ianya dikeluarkan dan digunakan.

Jenis Plastik yang ke 4 adalah L
DPE (Polietilena berketumpatan rendah) yang mana ciri utama polietilena kepadatan rendah ialah keanjalan dan kekerasannya. Jenis plastik ini mampu bertahan hingga 80 ° Celcius secara berterusan dimana ia boleh mencapai 95 ° Celcius semasa kitaran yang sangat singkat. Ia merupakan produk plastik yang telus dengan bahan asas utama yang dihasilkannya adalah gas asli. Pemprosesannya boleh melalui disuntik, dibentuk dengan pemutar atau pukulan dan diantara cara lain adalah kehebatan plastik ini mengenai fleksibiliti. Keseluruhan proses pembuatan plastik LDPE ini ekonomik dimana produk bahan mentahnya mengandung LDPE digunakan secara meluas dalam bidang yang berbeza. Kegunaan seperti untuk produk beg pasar raya dan juga faktur ketegangan ini juga terdapat dalam penebat sistem kabel, dalam botol yang fleksibel (yang diperbuat daripada plastik lembut, seperti sabun atau krim yang mengandungi) filem dan kertas. Ia digunakan juga untuk pembungkusan beg makanan beku dan selalu jiga digunakan sebagai plastik untuk membuang sampah dalam bidang perindustrian. Setelah dikitar semula selalunya LDPE ini boleh dibuat beg plastik baru.

Jenis ke 5 adalah dikenali sebagai 
PP (Polipropilena) dimana jenis plastik ini mempunyai ketumpatan terendah (antara 0.89 dan 0.92 gram per sentimeter padu). Nilai seperti ini menjadikan ia sangat tahan terhadap pergerakan haba dan bila berulangkali digunakan tetapi ia tidak fleksibel. Ia juga boleh berubah secara industri melalui mekanisme seperti meniup, menyuntik dan membentuk dengan menggunakan haba. Tahap ketegarannya sangat tinggi dan ia juga boleh dilaksanakan untuk proses kitar semula. Dari segi kegunaan selalunya untuk membuat penutup botol minuman ringan serta jenis lampin pakai buang dan beberapa lagi. Produk lain adalah seperti bahan penutup lain untuk bekas makanan seperti 'spread' yang juga dibuat berdasarkan plastik PP. Jika dilihat lanjut dimana termasuk dalam kategori ini adalah pembungkus beberapa gula-gula, peralatan tertentu yang digunakan di dapur dan bekas makanan yang dimaksudkan untuk dimasukkan kedalam ketuhar gelombang mikro. Plastik PP boleh dikitar semula dimana selepas proses ini biasanya dijadikan produk seperti bekas, dulang, mainan kanak-kanak (toys), berus, penyapu dan bekas untuk bateri kereta. Artikel ini dibahagikan kepada 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.


PRODUK PLASTIK... BANYAK DIGUNA...
BEKAS MAKANAN... MINUMAN JUGA...
7 JENIS... ARTIKEL INI JELASKANNYA...
ANDA MEMBACA... SEMUGA DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.