Thursday, April 1, 2021

KESAN EL-NINO

El Niño
dan La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Getaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. "El Nino" dalam bahasa Sepanyol bermakna "anak lelaki" manakala "La Nina" pula bermakna "anak perempuan". Dalam beberapa laporan saitifik dinyatakan dimana pada kebiasaannya, Lautan Pasifik sentiasa ditiup oleh angin timur iaitu hembusan angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur sekitar sebelah Peru dan Chile kemudian menuju ke barat lautan Pasifik iaitu ia mengarah pantai Australia dan kepulauan Filipina. Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun biasanya dalam tahun-tahun terjadinya El Nino maka angin timuran berkurangan.  Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik. Ini akan mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk yang menyebabkan timur Pasifik iaitu yang sepatutnya menjadi sejuk menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya maka ia menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat. Berbeza dengan El Nino biasanya La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur iaitu lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat iaitu di benua Amerika Selatan selalunya akan meningkat. Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Khatulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina apa yang berlaku adalah monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia - berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistem putaran keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat tahun. El Nino adalah kejadian semulajadi. Ia berlaku apabila angin biasa bertiup dari kawasan Lautan Pasifik di benua Amerika Selatan menuju ke kawasan Australia dan benua-benua lain. 
Fenomena El-Nino membabitkan perubahan tekanan atmosfera dan suhu lautan terutama di Lautan Pasifik. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mmengenai perkara kesan El-Nino yang sering diperkatakan di Malaysia dan seluruh dunia untuk bahan rujukkan anda semua.

Penduduk dunia pernah mendengar dari media bagaimana fenomena E
l Nino dan bukan lagi asing bagi masyarakat Malaysia dan banyak negara  namun apa yang kurang diketahui mungkin maksud di sebaliknya dan kesan kejadiannya kepada negara. El Nino berasal daripada perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud 'anak lelaki' dan istilah berkenaan digunakan buat pertama kali oleh nelayan di Peru sekitar tahun 1800.  Secara mudahnya dimana fenomena El Nino membabitkan perubahan tekanan atmosfera dan suhu lautan terutama di Lautan Pasifik. Ketika ia berlaku, suhu permukaan laut meningkat di bahagian timur Lautan Pasifik iaitu di perairan Columbia, Ecuador dan Peru disebabkan kemasukan arus panas dari bahagian tengah dan barat Lautan Pasifik. Negara kita Malaysia juga menerima kesan seperti mengalami musim kemarau yang sederhana sehingga serius. Menurut seorang  Pensyarah Kanan Geokimia Marin dan Kajian Paleoiklim Universiti Malaysia Terengganu dikenali Dr Hasrizal Shaari dimana dinyatakan keadaan itu akan menyebabkan tiada perbezaan suhu air laut ketara antara timur dan barat garisan Khatulistiwa di Lautan Pasifik. Fenomena ini jelas dilihat antara Disember hingga Februari iaitu ketika musim sejuk di Hemisfera Utara. El Nino akan membawa jumlah hujan yang sangat tinggi di kawasan tertentu di benua Amerika, Asia Timur dan Asia Selatan dengan lazimnya akan menyebabkan banjir. Kawasan seperti selatan benua Afrika, utara Australia, Indonesia dan Malaysia akan mengalami kemarau disebabkan cuaca panas dan kering yang melampau. Pakar Ramalan Cuaca Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional Amerika Syarikat (USA) iaitu Mike Halpert nyatakan El Nino bulan Ogos 2015 adalah diantara yang terburuk dalam sejarah jika dibandingkan pada tahun 1950-an.

Dalam laporan dinyatakan dimana El Nino telah mel
anda Malaysia 12 kali dimana ia berikutan penemuan tiga bulan suhu permukaan purata lautan di bahagian penting Khatulistiwa Pasifik. Ia berpotensi mencapai atau malah melebihi dua darjah Celcius melebihi paras normal yang direkodkan tiga kali sejak 65 tahun lalu. Suhu sedemikian sebelum ini dialami pada musim antara 1972-1973, 1982-1983 dan 1997-1998. Dalam pada itu mengikut rekod, El Nino pernah melanda Malaysia sebanyak 12 kali iaitu sejak 1951-1952 dan kejadian paling teruk ialah pada 1997-1998 dengan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Antara sektor ekonomi yang terkesan dalam El Nino pastinya sektor Pertanian, Kesihatan, Alam Sekitar, Bekalan Air Domestik, Jerebu dan banyak lagi. Bagi sektor Kesihatan El Nino menyebabkan keadaan cuaca yang lebih panas ketika El Nino menyebabkan vektor nyamuk dapat hidup dan matang dengan lebih cepat serta memendekkan tempoh pengeraman virus. Akibatnya masaalah selain denggi dan beberapa masaalah kesihatan lain seperti penyakit taun, untut dan malaria boleh merebak disebabkan peningkatan suhu. Keadaan jerebu yang terjadi menyebabkan pencemaran udara boleh mengundang penyakit berkaitan pernafasan seperti asma, radang paru-paru, sakit tekak, sakit mata, batuk dan sering meningkat kejadian selesema. Ketika jerebu teruk melanda di rantau ini pada 1997-1998, dilaporkan hampir 20 juta orang mengalami pernafasan teruk.

Kesan paling dirasai adalah apabila El Nino ini telah menyebabkan berlakunya P
encemaran Udara. Di Malaysia ketika El Nino melanda pada 1997-1998 maka cuaca panas dan kering yang melampau menyebabkan hampir 10 juta hektar hutan yang terjadi di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia telah pun terbakar. Kesannya dimana puluhan ribu rakyat negara itu terpaksa menerima rawatan dan beratus kematian dilaporkan dimana dipercayai berpunca daripada kemerosotan kualiti udara. Akibat jerebu yang berlaku pada 1997-1998 di negara ini turut dianggap terburuk dalam sejarah negara hingga perkara ini menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi asap dan mencapai tahap darurat dibeberapa lokasi. Penulis blog kali pertama mengalami darurat kesihatan semasa bertugas di Kuching, Sarawak pada tahun 1997 akibat kebakaran hutan di Kalimantan sehingga mencapai IPU amat tinggi hampir 1,000 mata. Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di sesetengah kawasan turut mencapai paras sangat berbahaya sehingga Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun terpaksa mengisytiharkan darurat. Dalam tempoh Ogos hingga Oktober 1997 dilaporkan kes jerebu menyebabkan jumlah kerugian bernilai RM802 juta kepada Malaysia.

Kesan El Nino memang telah menimbulkan k
risis bekalan air untuk domestik dan juga sektor industri dan pertanian. Musim kering yang berpanjangan dan suhu tinggi ini telah menyebabkan berlaku penyusutan air ketara di kawasan tadahan air seperti pada empangan, tasik dan kolam disebabkan kadar sejatan yang tinggi dan tiada hujan. Pengalaman ketika El Nino melanda pada 1997-1998 cukup memeritkan, terutama bagi penduduk di Lembah Klang apabila kira-kira 1.8 juta orang terpaksa berdepan dengan catuan air selama enam bulan. Sebelum itu berlaku kes dimana Empangan Durian Tunggal di Melaka telah kering menjadikan gangguan bekalan air di sebahagian besar bandar Melaka terjejas teruk. Kes kekurangan air di Melaka dan beberapa negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Selangor telah dilaporkan sering berlaku. Perlis pernah mencatitkan masaalah kekurangan air domestik agak lama sebelum Empangan Timah Tasoh dibina. Dilaporkan iaitu pada 1998 dimana sebanyak 4.2 juta pengguna di Lembah Klang terpaksa berkongsi 2,553 juta liter sehari tetapi kali ini dimana lebih 7.1 juta pengguna berkongsi 4,367 juta liter sehari. Apa pun memang isu El Nino ini menyebabkan aktiviti Luar dan ekonomi negara terjejas.  Apabila El Nino melanda maka kegiatan harian manusia akan terjejas teruk dan secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi. Ketika El Nino pada 1997-1998 beberapa negara di Asia Tenggara telah dilaporkan mengalami kerugian melebihi RM34 bilion. Memang dari segi pertanian kjadian kemarau menjejaskan pengeluaran padi, buah-buahan serta sayur-sayuran yang mana banyak bergantung kepada air. Penulis blog pun pernah terlibat membuat penilaian mengenai pengeluaran dalam industri kelapa sawit di rantau ini yang juga pengeluar terbesar di dunia boleh terjejas sehingga 15 peratus semasa berlaku El Nino berpanjangan. El Nino juga boleh menjejaskan ekosistem marin dengan memusnahkan plankton selaku makanan utama kepada hidupan laut, sekali gus menjejaskan industri perikanan dan sumber protein utama negara. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
EL NINO... SEPANYOL NAMA ASALNYA...
KESAN CUACA... KERING PANASNYA...
RAMAI SAKIT... PERTANIAN PUN KENA...
DAPATKAN INFO... UNTUK BERSEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka,
Malaysia.
(17 Syaaban 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.