Friday, March 12, 2021

GUNA BAJA AJINOMOTO - SUDAH VIRAL!

GUNA BAHAN  AJINOMOTO  untuk tanaman sebagai baja telah viral dalam alam internet dimana memang banyak tajuk ini dilaporkan. Apa pun penulis blog akan cuba untuk  membincangkan perkara ini dalam artikel kali ini untuk dijadikan bahan rujukan. Apakah kaitan diantara bahan ajinomoto dan produktiviti kepada tanaman terutamanya bagi tanaman makanan?. Dalam merujuk kepada Wikipedia dinyatakan dimana Ajinomoto Co., Inc.  atau Aijinomoto Kabushiki-gaisha) (TYO: 2802 ) ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan farmaseutikal. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah lama dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat. Ajinomoto kini berjaya mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia iaitu dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion (RM40.43 billion) dimana syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia serra menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004. Perasa MonoSodium Glutamate (MSG) ini adalah produk keluaran pengenalan syarikat Ajinomoto dimana ia asalnya dipasarkan di Jepun pada tahun 1909 selepas ditemui dan dipaten oleh Kikunae Ikeda. Syarikat itu dengan pantas berkembang ke negara-negara yang lain iaitu dengan Ajinomoto USA, Inc. yang telah ditubuhkan pada tahun 1956. Sejak dari itu dilaporkan Ajinomoto telah menjadi sebuah konglomerat yang meluas ke kawasan-kawasan yang lain iaitu khusus dalam industri makanan. Ajinomoto kini merupakan sepatah nama generik untuk MSG di sebilangan negara Asia. Ajinomoto Co., Inc. adalah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan banyak produk termasuk perasa makanan, minyak masak, makanan, dan farmaseutikal. Agak unik apabila ada kalangan orang memberikan ajinomoto atau menggunakan ajinomooto sebagai 'baja' untuk tanaman yang viral. Artikel pada petang khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai isu ini sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Salah satu artikel yang saya rujuk dari blog
SirapLimau.com membuat laporan mengenai perkara ini. Dilaporkan dimana sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung pada 18 Mac 2020 dan kini kita berada dalam fasa PKP 2.0 dimana ada ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang sudah menemui hobi baharu. Ada yang rajin memasak, ada juga yang rajin menghias bilik dan ada juga yang sudah mula bercucuk tanam. Namun beliau dakwa bukan semua projek tanaman akan menjadi dan membuahkan hasil kalau tidak kena dengan tipsnya. Jadi artikel ini mereka kongsikan tips yang viral di laman media sosial dimana pembaca boleh menggunakan serbuk penambah perisa iaitu ajinamoto sebagai baja pokok! Dilaporkan dimana hasil baja ajinomoto telah menjadikan tanamannya sudah 2 kali  berbuah. Sebelum ini dakwanya pokok mangga masih segan-segan malu-malu buahnya tetapi apabila diberikan baja ajinomoto memang lebat sungguh bunga mangga (mungkin belum pasti jadi buah agaknya). Diberikan kadar sukatan pemberian baja ini iaitu sebanyak 5 sudu makan dicampur dengan sebanyak 1 liter air bagi pokok setahun ke atas. Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok daun kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun formulasi sebanyak 1 sudu makan dicampur dengan 5 liter air digunakan. Sebaiknya menggunakan air bersih tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama. Amalan untuk waktu siraman adalah pada waktu redup petang jam 6 petang ke atas. Kekerapan pembajaan dengan baja ajinomoto adalah pada 2 minggu sekali dengan cara menyiram di pangkal pokok atau di sembur pada dedaunan pokok.  

Didakwa dimana penggunaan baja ajinomoto mempunyai beberapa kelebihan jika digunakan dengan cara yang betul dalam artikel tersebut. Pertama didakwa dimana baja ini akan menyuburkan tanah. Dijelaskan dimana antara manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman iaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur Natrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini didakwa akan dapat mempengaruhi tahap kesuburan tanah dan seterusnya kesuburan tanaman tersebut. Dengan cara menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur didakwa ia mampu meningkatkan kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi seperti dilihat bahagian daun menjaidibih hijau dan pokok kelihatan sihat. Kedua didakwa dimana baja ini akan mempercepatkan pertumbuhan tanaman kerana selain dari kandungan natrium yang memang terkandung pada ajinomoto MSG ini fungsinya adalah untuk mempercepat proses pertumbuhan tanaman. Manfaat dari ajinomoto untuk tanaman itu membuatkan proses dalam pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau dimana batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang. Ketiga didakwa dimana baja ini akan mempercepatkan proses pengeluaran bunga. Kandungan bahan MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses pengeluaran bunga pada tanaman tersebut. Proses ini dipercayai kerana apabila berbunga maka akan berlaku proses pendebungaan dan seterusnya menghasilkan buah. Ia amat baik untuk digunakan kepada tanaman hiasan seperti pokok bunga-bungaan didalam pasu keliling rumah. Peliknya pada penulis blog diamana ada dakwaan baja MSG Ajinomoto mampu memenuhi keperluan nutrisi pada tanaman. Seterusnya dinyatakan dimana bukan sahaja manusia yang perlukan nutrisi akan tetapi tumbuhan juga memerlukan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari baja yang sering digunakan. Namun demikian ada kalanya harga pemberian baja yang sedikit akan kurang memberikan kesan sehingga membuat proses pemeberian makanan atau pembajaan menjadi sedikit terganggu. Disyorkan didalam mengatasi masaalah ini makan bagi mengatasi isu ini maka anda boleh menggantikannya dengan baja kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar mereka boleh hidup subur dan pengambilan nutrisinya berlaku. Didakwa kehebatan ke lima apabila pokok akan tidak mudah mati jika baja ajinomoto ini dicampur dengan jenama Minuman RedBull dan disiram pada pokok. Penulis blog yang merasa anih dengan beberapa artikel lain mengenai penggunaan baja MSG ajinomoto sentum sendiri membacanya. Penggunaan bahan pengatur tumbuhan (growth regulator) memang akan memberi kesan kepada tumbuhan. Bahan seperti Auxin, Gibberarin, Kultar, Hormon nanas dan beberapa lagi apabila diberikan kepada tumbuhan akan ada tindakbalas tetapi bukan MSG ajinomooto. Bagaimana pun penulis blog syorkan kajian saintifik dilakukan oleh penyelidik bagi melihat akan berita viral ini. 

Ajinomoto (Jenama MSG terkenal di Malaysia) juga telah viral atau tular kerana didakwa ia mampu dijadikan sebagai baja tumbuhan. Dikatakan dimana setelah baja ajinomoto diberikan kepada pokok maka tanaman hidup subur dan mampu memberikan hasil yang baik seperti daun menjadi lebih hijau dan subur dan pokok akan mula berbunga dan berbuah. Dari beberapa laporan dan testimoni dimana penggunaan MSG adalah benar menyuburkan pokok masih banyak yang ingin tahu. Ada direkodkan dalam kebun penanaman jagung dimana penggunaan baja MSG sekerap 3 kali seminggu selama enam minggu mampu mempercepatkan tumbesaran pokok jagung dan menjadikan pokok lebih tinggi, berdiameter besar dan meningkatkan panjang dan bilangan daun yang terhasil. Selain itu beberapa kajian juga telah dilakukan terhadap tanaman salad dan kacang, Betul ke MSG dalam ajinomoto ini mampu menyuburkan tanaman dan bertindak sebagai baja?. Adapau laporan menyatakan dimana kandungan Ajinomoto adalah Monosodium glutamate atau singkatannya sebagai 'MSG' adalah garam natrium biasa daripada asid glutamik, asid amino berhablur yang berwarna putih, mudah terurai dan larut dalam air dan alkohol. Asid glutamik digunakan dalam bentuk garam natrium sebagai penambah perisa. Ia mempunyai formula C5H9NO4 yang penting dalam metabolism nitrogen. Mungkin inilah kenapa baja ajinomoto dapat membantu menyuburkan tanaman; kerana ia mampu meningkatkan kepekatan nitrogen di dalam tanah. Untuk pengetahuan, nitrogen adalah unsur makro- nutrien penting yang diperlukan untuk tumbuhan selain fosforus dan kalium. Apabila baja ajinomoto diberikan kepada pokok, MSG akan larut ke dalam tanah dan membentuk ammonia yang mampu diserap oleh akar pokok dalam bentuk ion. Namun, MSG juga terdiri daripada komponen glutamat yang terikat secara ionik dengan komponen natrium. Malah, komponen glutamat ini membawa peratusan yang lebih besar, iaitu ~78%, berbanding natrium, ~12%. Glutamat adalah salah satu daripada asid amino yang diperlukan oleh tumbuhan. Apa pun memeng penulis blog tidak hairan dengan teknologi memberikan baja ajinomoto sedikit sebanyak mampu menjadikan daun pokok lebih subur dan menghijau kerana bahan glisina dan asid glutamik adalah metabolit asas dalam sintesis protein hampir kesemua benda hidup sebagai contoh dalam pembentukan tisu sayur-sayuran dan sintesis klorofil bagi tumbuhan. Asid glutamik ini baik untuk tumbuhan dan membantu meningkatkan konsentrasi klorofil sekaligus membantu meningkatkan kadar fotosintesis. Hasilnya, pokok kelihatan lebih hijau dan subur. Persoalannya adalah adakah garam natrium di dalam MSG juga membantu pokok hidup subur?. Natrium adalah unsur yang diperlukan oleh pokok pada kadar yang sedikit dan tanah memberikan unsur ini cukup untuk pertumbuhan pokok. Namun ia tidak termasuk dalam 17 unsur perlu bagi tumbuhan. Natrium juga dikatakan mampu untuk menggantikan unsur makronutrien kalium yang membantu pembukaan dan penutupan liang stomata semasa proses fotosintesis. Selain itu didakwa MSG juga dikatakan mengandungi bahan yang membantu menggalakkan dalam proses pembiakan bakteria baik dalam tanah dan sekaligus membantu pokok untuk hidup subur. Sumber MSG memang ianya boleh didapati secara semulajadi di dalam banyak makanan seperti tomato dan keju. Biasanya dilaporkan memang ada rasa sedaap memakan tomato dan keju. Garam natrium ini juga boleh didapati dalam protein sayuran dan yis yang terhidrolisis, ekstrak yis, ekstrak soya dan pencilan protein. Manusia sudah mula memakan makanan yang kaya dengan asid glutamic ini sejak sekian lama seperti contoh dalam sup rumpai laut yang kaya dengan asid glutamik. Dan inilah sejarah penghasilan asid glutamik yang telah dipatenkan oleh Profesor Ikeda dari Jepun untuk mengekstrak asid glutamik dan dipasarkan secara meluas. Namun pada hari ini, penghasilan asid glutamik adalah daripada proses penapaian daripada sumber tumbuhan juga yang mudah didapati seperti ubi kayu (kanji), bit gula (sugar beet), tebu ataupun molases (hasil sampingan pembuatan gula sama ada daripada tebu atau bit gula). Proses panapaian untuk menghasilkan MSG adalah sama seperti proses untuk menghasilkan yogurt, cuka dan wain. MSG adalah perisa makanan yang selamat walaupun banyak laporan yang mengatakan kesan sampingan yang dialamai apabila memakan makanan yang mengandungi MSG. Namun, kesan sampingan yang ditularkan adalah tidak disandarkan dengan penemuan saintifik. Selain menggunakan baja ajinomoto, mungkin kita juga boleh menggunakan sumber dapur yang lain untuk menghasilkan tanaman yang subur seperti kicap? Ini kerana kicap juga merupakan bahan yang kaya dengan asid amino asid glutamik. Atau mungkin budu dan belacan?. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MSG AJINOMOTO... DIJADIKAN BAJA...
DICAMPUR AIR... DISEMBURKAN DIA...
DIDAKWA BERKESAN... SAYA CURIGA...
KAJIAN SAINTIFIK... LAKUKAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11 Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.