Monday, March 15, 2021

BAJA CECAIR DAN INFO TERKINI

Sektor pertanian kini telah banyak menggunakan Baja Cecair didalam menyuburkan tanaman. BAJA CECAIR atau BAJA FOLIAR merupakan sejenis baja yang semakin popular dikalangan petani di negara kita. Adakah pembaca blog ini aham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan baja foliar dan apakah pula kelebihannya?... Penulis blog merujuk kepada beberapa pakar baja tentang takrif baja foliar. Ia adalah baja khusus iaitu sebagai baja larut air atau jenis semburan yang disembur dalam bentuk cecair khususnya kebahagian hijau tumbuhan. Dari segi teorinya didakwa dimana baja foliar yang disembur pada daun yang mampu dan ianya akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan hijau melalui sel epidermis dan stomata dimana ia kemudian akan meningkatkan aktiviti fotosintesis dan juga proses respirasi pada sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah atau baja sebatian kimia biasa kaedah  melalui akar dalam tanah. Dilaporkan proses pengambilannya baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan cara sepenuhnya. Dari segi maksud Baja Foliar adalah jenis baja jenis cecair yang diformulasi khas untuk meningkatkan produktiviti. Penulis blog sering terlibat dalam mempromosikan penggunaan baja cecair untuk difahami oleh kebanyakan petani terutama mereka yang aktif dalam menghasilkan tanaman makanan. Bagaimana pun petani perlu faham dan tahu akan kelebihan dan kekurangan yang ada pada baja cecair ini. Mereka juga perlu diberikan tunjuk ajar memilih jenis baja cecair yang betul, membeli dengan harga mampu beli dan paling penting faham akan kaedah penggunaan yang betul. Paling asas persoalan mengenai perkara ini adalah apakah yang membezakan antara Baja Foliar dan Baja Butir Sebatian NPK?. Daripada info yang penulis faham adalah proses serapan nutrien antara keduanya dimana cara penyerapan Baja Foliar adalah terus melalui bahagian DAUN tumbuhan. Berlainan pula dengan proses Penyerapan Baja NPK yang ditabur pada tanah dan proses penyerapan nutrien melalui bahagian AKAR tumbuhan dahuli dimana kemudian nutrien ini dibawa kebahagian daun melalui pembuluh untuk proses seterusnya iaitu Fotosintesis. Bagaimana pun kedua jenis baja ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk tanaman dan sebaiknya disyorkan agar semua jenis tanaman atau pun tumbuhan memerlukan kedua-dua sekali untuk produktiviti yang maksima. Baja NPK mengandungi makanan asas yang tinggi iaitu Nitrojen (N), Posforan (P) dan Kalium (K) tetapi kekurangan unsur mikro seperti Boron, Kalsium, Magnesium dan sebagainya masih menjadi kekangan. Oleh itu ada sesetengah baja yang dimasukan Unsur Pekit (Trace Element ditulis ringkasnya TE) sebagai bahan tambahan. Sebagai contoh adalah baja untuk reproduktif atau Baj Buah yang ditulis dengan formulasi 12:12:17:2+TE untuk dapatkan kesan terbaik proses penghasilan tanaman. Bagi jenis Baja Foliar pula selalunya dikaitkan dengan baja yang lebih bertindak sebagai vitamin dengan memberikan beberapa unsur2 mikro yang lain dengan cekap seperti Boron (B), Kalsium dan sebagainya yang bertujuan untuk tujuan bagi meningkatkan hasil yang tinggi dan berkualiti. Penggunaan baja cecair ini dengan betul untuk membolehkan tahap ketahanan penyakit juga meningkat. 
Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan media mengenai info terkini baja cecair untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.

Media My Metro dengan artikel bertajuk 'Sawit Segar dan Sihat' telah laporkan bagaimana b
aja dapat meningkatkan kesuburan dan produktiviti pada tanaman dengan penghasilan kuantiti buah yang banyak, berkualiti serta tidak dapat untuk mencederakan fizikal pokok. Sehubungan itu pihak MQH Resources Sdn Bhd (MQH) berjaya menghasilkan dua produk baja cecair Fastgrow Fertilizer iaitu baja hijau dan merah sesuai untuk semua jenis tanaman khususnya kelapa sawit. Pengarah Pemasaran MQH, Hamzah Hamid dakwa baja ini diformulasikan dengan baja yang seimbang dan cekap bagi memberi kelebihan serta penekanan kepada pemulihan atau rawatan kepada pokok. Baja ini didakwa dapat meningkatkan penghasilan buah yang berkualiti dan berat pada buah yang memberi kepuasan kepada pengguna. Ia juga dapat meningkatkan hasil ekonomi negara dalam sektor pertanian ke tahap yang lebih baik. Diantara kesan tindak balas baja cecair ini pada kelapa sawit adalah meningkatkan penghasilan dan kualiti pada buah serta berat tandan. Baja cecair ini sesuai untuk digunakan pada semua jenis tumbuhan namun kami memberi fokus kepada peningkatan hasil buah sawit. Baja ini didakwa dapat  membantu industri kelapa sawit supaya terus berkembang dengan lebih baik dan sekali gus membantu pekebun kecil dan peladang meningkatkan hasil ekonomi mereka dalam sektor pertanian. Kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan sejak 2006 bagi memastikan baja ini dapat meningkatkan kesuburan dan produktiviti tanaman. Petani boleh lihat perbezaan sebelum dan selepas petani menggunakan produk ini kerana penghasilan kuantiti buah yang banyak diperoleh selepas beberapa kali mereka telah menggunakannya. Dalam menghasilkan kuantiti tanaman yang lebih baik dan berkualiti dimana baja cecair ini tidak mencederakan fizikal pokok pada jangka masa panjang. Formula khas baja ini dihasilkan untuk meningkatkan mutu dan kualiti hasil tanaman untuk jangka masa panjang. Petani  hanya perlu menyembur baja cecair ini pada batang, buah dan daun bagi membantu pokok kembali segar serta sihat. Baja ini bersifat nutrisi tambahan yang bertindak membaik pulih keadaan pokok bermasalah dan berpenyakit.  Bagi testimoni dilaporkan petani bernama Abdul Zamri Abdul Aziz dari Felda Gunung Bersawit 5, Sungkai dakwa sebelum ini pokok kelapa sawitnya diserang ulat bungkus menyebabkan pelepah menjadi kekuning-kuningan (Sila lihat foto disebelah). Hasil buah tandan semakin berkurangan menyebabkan jumlah pengeluaran buah terjejas. Bagaimana pun selepas tiga bulan menggunakan baja cecair Fastgrow Fertilizer ini dakwanya pelepah dan buah sawit bertambah baik serta hasilnya meningkat. Dia bersyukur kerana tanaman padinya semakin pulih selepas menggunakan baja itu.


Di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menghasilkan produk baja cecair bio dikenali sebagai Bacto-10 yang mana didakwa berfungsi sebagai penggalak pembentukan akar pokok dan sesuai untuk semua jenis tanaman. Produk dikenali Bacto-10 adalah produk baja cecair bio yang didakwa mengandungi Bakteria Penggalak Pertumbuhan Tanaman hasil penyelidikan pensyarah dan pakar Mikrobiologi Tanah, Fakulti Pertanian UPM Prof Dr Zulkifli Shamsudin (Sila lihat foto disebelah). Ia didakwa memang sesuai untuk semua jenis tanaman termasuk sayuran berdaun, bunga, buah-buahan, herba selain digunakan kepada tanaman komoditi seperti sawit, padi dan getah. Projek pengkomersialan itu melalui program UPM-MTDC Symbiosis yang kini dikendalikan dengan syarikat Phytogold Sdn Bhd (Phytogold). Ketua Pegawai Eksekutif Phytogold Muhamad Nazri Lokman berkata, syarikatnya yang berasaskan pertanian menjurus ke arah penggunaan Bioteknologi bagi membantu meningkatkan hasil tanaman. Baja ini dikaji dalam menyediakan produk dan perkhidmatan teknologi hijau yang berinovatif untuk pengguna pertanian bagi meningkatkan sosioekonomi ke tahap yang lebih baik. Mikro organisma (bakteria) pengikat Nitrogen (N) adalah bakteria yang mampu untuk mengikat unsur nitrogen yang banyak di atmosfera 78 peratus untuk keperluan nutrisi pokok secukupnya. Produk Bio-baja Bacto-10 menggunakan mikrob pengikat nitrogen jenis Bacillus subtilis iaitu bakteria jenis mutualistic yang biasa ada di bintil akar tanaman kekacang berakar serabut jenis Rhizobium. Ia juga mampu mengikat lebih banyak unsur nitrogen yang ada di akar tanah malah juga mampu untuk mengambil nitrogen di udara (atmosfera). Dakwany lagi fungsi utama bakteria pengikat nitrogen adalah untuk mengikat lebih banyak nitrogen di tanah dan di udara selain menguatkan struktur akar pokok. Bakteria ini mengikat nitrogen sebagai sebahagian daripada kitaran metabolisme mereka dan berupaya hidup lebih lama dalam akar. Enzim yang digunakan bakteria untuk mengikat nitrogen adalah nitrogenase. Tanpa adanya nitrogenase, bakteria tidak akan mampu melakukan proses pengikatan nitrogen. Produk akhir dari proses pengikatan nitrogen adalah Amonia (NH3) dan air. Enzim nitrogenase tidak aktif dalam keadaan beroksigen. Oleh itu, proses pengikatan nitrogen hanya berlaku pada keadaan anaerob (tanpa oksigen) atau oksigen yang diserap bahan kimia lain seperti Leghaemoglobin. Kini dilaporkan produk baja-bio Bacto-10 dapat mengurangkan penggunaan baja kimia berdasarkan fungsinya yang mengikat nitrogen dari udara dan mengurai nutrient (fosforus, kalium) dari tanah. Dengan pengambilan Bacto-10 secara sistematik, ia mampu untuk membaik pulih tanah dan menyuburkan semula tanah. Akar yang bertambah daripada penghasilan fitohormon membantu dalam lebih penyerapan nutrien dan air (tahan musim kemarau) dengan itu hasil tanaman (daun, buah, bijirin) boleh meningkat sehingga 30 peratus.

Media laporkan dimana dua anak muda ini sanggup meninggalkan kerjaya kolar putih semata-mata mahu berbakti kepada tanah. Walaupun tidak mempunyai asas pertanian, minat mendalam mendorong mereka menggali ilmu dalam bidang itu. Ia b
ermula dengan hobi menanam pokok dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan di rumah dan mereka kini menjadi kerjaya tetap mereka. Dua sahabat baik ini iaitu Aiman Mohd Nizam dan Ahmad Zaki Zolkapli yang masing-masing berusia 25 tahun mrmsng mempunyai impian besar terhadap bidang pertanian (Sila lihat foto disebelah). Aiman memiliki Ijazah Perakaunan dari kolej swasta manakala Ahmad Zaki berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik dari Politeknik Port Dickson (PPD). Mereka menubuhkan Akademi Flora di bawah syarikat milik sahabat itu, Bella Ricco Enterprise pada November 2014 sebagai hab pertanian yang berkongsi informasi dan produk industri pertanian. Aiman yang juga pengarah pemasaran berkata, mereka mengumpul maklumat pertanian dan menjadikannya sebagai platform untuk kegunaan individu lain yang baru atau sudah lama bercucuk tanam. Mereka bermula dengan jualan secara online mempromosikan baja organik keluaran kami di laman web dan Facebook. Alhamdulilah, sambutan diterima sungguh menggalakkan. Kini dengan modal RM500 maka mereka membangunkan laman web Akademi Flora. Mereka kini sudah mempunyai produk baja foliar iaitu Max Flora membabitkan dua jenis iaitu ‘Red’ untuk kegunaan buah-buahan dan ‘Green’ bagi pokok dan sayur-sayuran. Mereka juga sering berusaha mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripada Institut MARDI, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Dipejabatnya di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dimana Aiman dakwa produk baja foliar mudah, jimat dan berkesan kerana dihasilkan melalui formula sendiri dan sudah bekerjasama dengan sebuah kilang tempatan untuk diproses. Proses pembotolan semula dilakukan selepas kami memproses sendiri bagi memastikan ia berkesan dan sesuai untuk semua jenis pokok, buah-buahan dan sayur-sayuran. Baja Max Flora mempunyai tiga nutrien yang dikenal pasti sebagai bahan yang perlu untuk tumbuh-tumbuhan iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK).  Baja NPK juga dikenali sebagai makronutrien dan punca bagi tiga elemen yang biasa terdapat pada label baja. Syarikatnya turut menyediakan kursus pertanian bagi mereka yang berminat bercucuk tanam. Mereka kini mempunyai 11 stokis dan 24 ejen di seluruh negara menjual baja Max Flora. Akademi Flora turut menjual produk Green Kit untuk pelbagai jenis sayur-sayuran. Green Kit sesuai bagi mereka yang tiada tanah yang luas. Boleh ditanam di dalam rumah kerana ia mudah alih dan senang diselenggara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA CECAIR.... MUDAH DIGUNA...
PELBAGAI PRODUK... DAN JENAMA...
PETANI MEMBELI... ADA BEZANYA...
HASIL TAMBAH.. SEPERTI DIDAKWA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.