Saturday, February 6, 2021

KENALI JENIS MINT (PUDINA)

TANAMAN DAUN PUDINA
(Mentha arvensis) merupakan sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan dalam banyak resepi masakan dan juga diproses untuk dijadikan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Tumbuhan renek berwarna hijau ini adalah daripada keluarga Labiatae yang mudah ditanam dikeliling rumah kepada sesiapa yang berminat. Pudina merupakan tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan masakkan barat. Ia digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana baunya yang harum lazimnya akan menyedapkan makanan serta menaikan selera. Tumbuhan ini sejenis herba yang berkhasiat dan ia amat senang ditemui hidup di tempat lembap. Pokok pudina membiak melalui keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Kepada sesiapa yang suka menanam boleh mengambil keratan batang pudina dan ditanam dalam media sesuai untuk mencubanya. Daun Pudina mempunyai bau yang kuat ketika di lumatkan atau pun dimasukkan dalam masakan. Bau atau aroma inilah yang menjadikan herba ini terus popular dikalangan tukang masak untuk mereka dapat menggunakannya. Didalam industri minuman juga terdapat jenis minuman dalam tin atau kotak yang mempunyai rasa daun pudina. Daun pudina boleh didapati daripada membelinya di sypermarket, kedai runcit atau boleh ditanam sendiri. Kepada mereka yang suka menanam pudina secara komersil maka perlu cari tanah sesuai. Lazimnya jenis tanah yang berbeza akan mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza. Terdapat petua yang boleh membantu anda atasi isu ini dengan gunakan tanah yang berbutir atau tanah yang ada saliran baik dan cepat menyerap air dan nutrient (tanah kompos). Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah. Bagi kawasan tanah liat adalah perlu tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati. Cara begini akan dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat adalah sangat lambat menyerap air dan oleh itu kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air. Bagi jenis tanah pasir hanya perlu ditambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air. Akhir sekali untuk kawasan tanah gambut kurang masaalah kerana ia jenis tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam termasik pudina. Tanah ini menyerap air dan simpan, ini membantu tumbuhan menyerapnya. Seterusnya artikel subuh Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis pokok daun pudina (ada 7 semuanya)  yang perlu pembaca kenal untuk bacaan dan rujukan anda.

Lazimnya daun pudina atau daun Mint ini 
merupakan tanaman yang banyak dimanfaatkan mulai dari aromaterapi hingga untuk ramuan masakan. Rasanya yang menyegarkan dan aromanya yang menenangkan membuat tanaman pudina atau mint ramai orang suka dan ia mudah ditanam sendiri dirumah. Daun Mint juga merupakan tanaman yang sangat mudah tumbuh di berbagai iklim. Pokok Mint adalah tanaman herba aromatik yang masuk dalam genus Mentha. Ada ratusan varieti pada tanaman mint yang telah dikenalpasti akan tetapi  hanya beberapa jenis atau variei sahaja yangg dikomersilkan didunia. Bagaimana pun memang setiap jenis dan varieti mint tersebut memiliki rasa atau aromanya sendiri. Sebagian besar pokok pudina atau jenis mint memiliki proses penjagaan dan ammalan agronomi yang serupa. Tumbuhan ini sesuai ditanam atau diletakkan dibawah sinaran matahari penuh hingga sesuai juga ditanam dikawasan dengan ada sedikit naungan atau teduh. Tanaman mint paling menyukai tanah yang lembap tetapi memiliki pastikan ia mempunyai sistem saliran baik. Ia mudah rosak pada media tanaman atau batas tanaman tergenang air. Pokok pudina atau mint ini sebaiknya boleh ditanam sebagai tanaman untuk makanan, tanaman penutup bumi, tanaman hiasan, tanaman menyegarkan ruangan rumah serta sebagai tanaman penghalau nyamok yang berkesan. Bagaimana pun memang telah ada pengusaha komersil yang menanam pokok mint ini untuk pelbagai tujuan termasuk menghasilkan ekstrak minyak min, produk makanan, produk kecantikan dan produk minyak wangi serta pelbagai kegunaan lain.

(1) Peppermint
Peppermint merupakan jenis tanaman mint yang paling popular dikalangan semua dan paling sering ditanam. Didakwa juga dimana jenis Peppermint banyak digunakan sebagai ubat rumah dan yang paling selalu didengar dalam iklan di TV adalah peppermint dijadikan makanan untuk untuk bau mulut (Gula-gula pepperint). Peppermint ini juga daunnya selalu diguna untuk menyembuhkan masaalah flu, masalah pencernaan dan sehingga masaalah diabetes. Peppermint juga paling banyak digunakan dengan meluas dalam beragam produk seperti pasta gigi, gula-gula getah, makanan dan minuman dan ia juga banyak digunakan sbegai ramuan untuk ubat batuk. Apa pun penulis blog mendapati sejarah peppermint pertama kali dikomersilkan penanamannya pada tahun 1750 di sekitar London, England iaitu sebagai penyelidikan biakbaka mint diantara jenis watermint dan spearmint. Dilaporkan terdapat dua (2) varieti utama peppermint iaitu Peppermint Hitam dan Peppermint Putih. Peppermint hitam memiliki daun dan juga batangnya selalu berwarna ungu-hijau tua serta kandungan minyak yang lebih tinggi. Peppermint putih pula dilaporkan memiliki rasa yang lebih lembut

(2) Spearmint
Spearmint atau Mentha spicata merupakan jenis tanaman mint yang banyak ditanam pengusaha. Tanaman mint jenis ini yang beraroma tinggi ini dihargai kerana sering dijadikan bahan masakan atau bahankuliner, perubatan dan digunakan dalam industri kosmetik. Apa pun varieti Spearmint menyerupai peppermint walaupun tanaman spearmint memiliki warna daun hijau cerah yang runcing. Tanaman ini memliki bunga mirip lavender yang tumbuh hingga 4 inci. Semasa ditanam dalam keadaan persekitaran yang ideal selalunya pokok spearmint ini akan mencapai tinggi dewasa dan lebar 12 - 24 inci (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun seperti tanaman mint lainnya dilaporkan dimana pokok spearmint boleh tumbuh dengan cepat dan penghasilan baik. Spearmint tumbuh paling baik dikawasan ada sedikit teduhan sederhana (partially) diatas tanah yang subur, lembap dengan pH 6,5 hingga 7. Kin semakin ramai kalangan pengusaha menanam varieti ini.


(3) Apple mint
Apple mint atau Mentha suaveolens adalah jenis tanaman mint aromatik yang indah. Tanaman ini memiliki banyak khasiat kuliner, ubatan, dan dekoratif. Apple mint banyak dimanfaatkan sebagai campuran minuman dingin atau teh yang kini semakin popular semasa covid19 berlaku diseluruh dunnia sebagai minuman panas. Apple mint telah dibawa oleh orang Eropah ke Amerika dan terus menyebar ke seluruh bahagian didunia. Tanaman apple mint dewasa memiliki batang yang berbulu, daun bergerigi berbau harum dan paku terminal yang menghasilkan bunga putih atau merah muda muda (Sila lihat foto disebelah). Apple mint yang juga dikenali oleh beberapa orang sebagai "mint fuzzy" atau "mint wol" selalunya dapat ditanam dari biji atau keratan batang.  


(4) Pineapple Mint
Pineapple Mint atau Mentha suaveolens ‘Variegata’ merupakan tanaman mint denganbanyak kegunaan dan juga ragam manfaat. Pineapple Mint (mungkin dalam bahasa kita sebagai Mint Nanas) boleh juga dimasukkan ke dalam air minuman atau digunakan sebagai bahan penyedap masakan atau juga ditanam bagi tujuan untu penghiasan makanan. Pineapple Mint juga merupakan penutup tanah yang menarik dan harum baunya (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog belum pasti bagaimana kaitan mint jenis ini dengan ciri-ciri yang ada pada pokok nenas atau buah nanas. Berkemungkinan geriji daun yang seakan duri nanas boleh dikaitkan. Jenis tanaman mint ini juga tumbuh dengan baik di dalam bekas atau pasu dan kemudian bekas ini juga boleh digantung. Tanaman ini diketahui boleh keluar melalui lubang drainage di dasar pot dan bahkan melompat dari pot ke pot dalam kelompok bekas atau pasu. Pineapple mint adalah varieti dari apple mint (Mentha suaveolens). Jenis mint ini memiliki bentuk daun yang menarik dan beraneka ragam dimana ia biasanya dengan garis luar putih. Daunnya dilihat bergelombang dan berbulu dan dipinggirannya yang berwarna putih membuat mereka terlihat seperti berkerut. Bunga putih atau merah muda muda mekar dengan paku kecil di bahagian atas tanaman di musim panas. Bunganya menarik berbagai macam serangga pendebunga dan ia termasuk lebah dan kupu-kupu.


(5) Chocolate Mint
Chocolate Mint atau (Mentha x piperita ‘Chocolate’) merupakan jenis tanaman mint yang harum dan mudah tumbuh dengan kebanyakannya dari batang sehingga daunnya berwna kecoklatan (brown). Daun Chocolate Mint didakwa mampu menambah keserbagunaan pada minuman, makanan penutup dan hiasan untuk berbagai hidangan makanan. Sebenarnya Chocolate mint sangat mudah ditanam di wadah atau pot. Tanaman ini memiliki batang berwarna merah kecoklatan dan daun yang hijau bergerigi (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog ia adalah paling mudah dibezakan dengan jenis mint yang lain. Setelah ditanam perlu selalu menyiran mint ini dan diberikan baja organik mengikut jadual untuk mempastikan proses pertumbuuhan yang baik. Bagaimana pun keperluan asas Chocolate Mint ini adalah ia memerlukan sinaran penuh cahaya matahari dan elakkan daripada naungan atau teduhan untuk mendapatkan proses pertumbuuhan yang optima. Warna daunnya yang kecoklatan ini menjadikan ia selalu menjadi pilihan didalam penanaman landskap dan tanaman hiasan yang menarik. 


(6) Pennyroyal
Tanaman pennyroyal adalah jenis tanaman mint yang sudah digunakan sejak zaman dahulu. Pennyroyal biasa digunakan sebagai ubatan herbal, kuliner dan sebagai sentuhan dekoratif. Ada dua jenis tanaman Pennyroyal yang telah dikenalpasti dan ditanam iaitu jenis Pennyroyal Eropa (Mentha pulegium) iaitu jenis yang merupakan anggota keluarga mint dan kedua adlah Pennyroyal Amerika yang merupakan jenis Hedeoma pulegoides. Bagaimana pun sesuai dengan sifat keluarganya selalunya jenis Pennyroyal Eropa yang memiliki kebiasaan mudah meembiak dan menyebar lebih popular ditanam. Selalu jenis ini mempunyai batang tanaman setinggi 1 kaki (30 cm) dan berakar di mana pun mereka menyentuh tanah dan memulai tanaman baru. Pennyroyal dapat diperbanyak dari biji dan stek. Pennyroyal bermanfaat untuk meredakan rasa sakit, ketidaknyamanan masaalah gastrik, menenangkan jika masuk angin dan membantu masalah menstruasi pada wanita.


(7) Watermint
Tanaman watermint adalah tumbuhan akuatik paling berbeza denga yang lain kerana ia biasa hidup di pinggir sungai. Tumbuhan ini secara semujajadi dihabitatnya tumbuh di Eropah Utara iaitu di sepanjang saluran air, di selokan dan berdekatan dengan alur sungai. Dari segi penggunaakn dilaporkan jenis Watermint memiliki kegunaan topikal dimana ia dapat dibuat menjadi teh, membantu dalam pengendalian perosak tanaman smulajadi  dan mencegah berlakunya hakisan atau erosi tanah. Ia juga selalu digunakan sebagai tanaman pantai sebagai jenis tanaman watermint yang dilaporkan signifikan atau penting untuk pengendalian masaalah hakisan pantai. Jenis ini juga dilaporkan selalu dijadikan sebagai sumber makanan, habitat haiean ternakan dan memberikan suasana keindahan garis air yang sederhana. Watermint memiliki daun hijau tua yang tebal keunguan, berurat dalam dan sedikit berbulu (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun jenis ini dlaporkan paling krang popular ditanam secara komersil untuk menghasilkan pekbagai produk tanaman. Semuga atikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!...
TANAMAN MINT... ADA 7 SEMUANYA...
PEPPERMINT... TERKENAL JENISNYA...
MENGENAL JENIS... MUDAH CERITA...
DAPAT ILMU.. TERIMAKASIH PENULISNYA... 

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 JamadilAkhir 1442H).
Bersamaan 5Febuari 2021).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.