Tuesday, February 16, 2021

BIOCHAR - APA KPENTINGANNYA

BIOCHAR adalah arang hitam yang terhasil daripada proses pembakaran sisa organik pertanian, penternakan dan juga perhutanan yang berupaya menambah baik kualiti tanah melalui aplikasi bahan itu ke atas tanah. Biochar adalah dalam bentuk pepejal (solid) yang sangat kaya dengan karbon dan mampu berada lama sehingga beribu-ribu tahun. Keberadaan biochar kini telah semakin diperkatakan diseluruh dunia didalam mengatasi masaalah perubahan cuaca (cimate change) dan pemanasan suhu dunia (global warming). Dalam sektor pertanian pula biochar dikatakan boleh meningkatkan kesuburan tanah berasid (pH tanah rendah), meningkatkan penghasilan tanaman, mampu melindungi sebahagian unsur foliar dan juga mengatasi masaalah penyakit daripada tanah (soilborne diseases). Dari segi definasi dimana Wikipedia juga telah menyatakan 'biochar is defined by the International Biochar Initiative as the solid material obtained from the thermochemical conversion of biomass in an oxygen-limited environment'. Pada masa ini penghasilan biochar menerusi teknologi tertentu yang efektif dilihat mampu mengurangkan pembakaran sisa pertanian secara terbuka. Bahan biojisim di tanah gambut telah dikenal pasti sebagai satu sumber tenaga alternatif dimana pembangunan bidang ini perlu dipergiatkan lagi bagi membantu para petani untuk menmanafaatkannya. Biojisim dihasilkan daripada sisa berpunca daripada proses pertanian seperti pembersihan ladang, penanaman, penuaian tanah dan penanaman semula ada yang menghasilkan biochar dilapangan. Selain itu pembangunan teknologi biochar juga dilihat dapat mengurangkan pembakaran terbuka untuk pertanian. memang tidak banyak maklumat mengenai biochar apabila anda google didalam bahasa melayu dan saya cuba menulisnya untuk dijadikan bahan rujukkan. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menyediakan rencana mengenai biochar berdasarkan ilmu pengetahuan, pembacaan dan membuat temubual dengan beberapa pakar yang berkaitan dengan biochar untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Dalam akhbar Sinar Harian ada satu artikel bertajuk 'Biochar penyubur tanah' yang sesuai saya dirujuk. Akhbar ini menyatakan dengan hanya menaburkan arang sisa buangan kelapa sawit atau dikenali biomas sawit ke permukaan tanah kesannya tanah mampu menjadi subur dalam masa beberapa hari dimana ia bergantung pada proses pereputan dan penguraian kepada tanah untuk mendukung kehidupan tumbuhan di muka bumi. Meskipun biomas sawit hanyalah dianggap ‘sampah’ selepas tandanya diproses menjadi minyak, namun siapa sangka ia sebenarnya boleh menjadi penyelamat kepada hidupan hijau, di mana tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen, kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa sisa buangan sawit mampu menghasilkan baja yang berkualiti. Biomas sawit juga boleh dianggap sebagai sumber boleh diperbaharui yang sangat sesuai untuk tujuan ini. Menyedari potensi itu maka ada sekumpulan penyelidik Bioteknologi Alam Sekitar dari Universiti Putra Malaysia (EB Group UPM) yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Ali Hassan melakukan penyelidikan untuk membangunkan teknologi biokompos daripada sisa tandan sawit kosong (EFB), pada 2009. Hasil penyelidikan itu dimana teknologi bio-arang (biochar) dibangunkan mulai tahun 2011. Penyelidikan itu hasil kerjasama diantara UPM, KyuTech, Mardi dan Felda. Biokompos dan biochar diperbuat daripada EFB yang diambil daripada kilang minyak sawit.  Teknik untuk menghasilkan biochar yang berkualiti tinggi dimana EFB akan dibakar dalam keadaan oksigen terhad (carbonization) selama beberapa hari sebelum akhirnya dibungkus. Manakala bagi biokompos pula dihasilkan melalui teknik fermentasi selama 40 hari. Selain menjadi bahan bakar sebenarnya biochar EFB juga boleh digunakan untuk proses pemuliharaan tanah di mana ia membantu menyediakan habitat untuk  mikroorganisma pengikat nitrogen yang menyuburkan tanah. Biokompos EFB pula akan memberikan nutrien tambahan kepada tanah tersebut untuk meningkatkan proses didalam penyuburan tanah dan pertumbuhan pokok. Biochar juga boleh kekal stabil untuk jangka masa panjang di dalam tanah bagi membantu memperbetulkan nilai keasidan tanah dimana ia juga mampu mengekalkan kelembapan nutrien dalam tanah. 

Cabaran memasarkan produk baharu biochar dan biokompos ini memang besar diperingkat awal kerana ia merupakan produk baharu. Melihat potensi besar inovasi biomas kelapa sawit ada usaha oleh World Garage Resources mengambil peluang memasarkan produk inovasi baja yang diproses daripada EFB itu.  Produk ini mampu menambah kesuburan tanah kepada tanaman kelapa sawit yang mana ia merupakan antara industri terbesar di Malaysia yang menghasilkan biomas paling banyak dalam sisa buangan pertanian. Dilaporkan dimana sebanyak 115 juta tan sisa biomas pepejal dan 80 juta tan sisa biomas cecair dihasilkan setiap tahun di Malaysia. Daripada jumlah dijangka sebanyak 18 juta tan adalah sisa tandan sawit kosong EFB sahaja. Peringkat awal dilaporkan memang agak sukar untuk memasarkan produk inovasi yang baru sahaja diperkenalkan di negara ini memandangkan persepsi masyarakat yang sukar menerima perkara baharu kerana rasa kurang yakin. Namun setelah dipromosikan sempena MAHA 2014 kini permintaan produk ini semakin meningkat dan diterima ramai. Mereka awalnya hanya memperkenalkan 100 beg produk ini pada promosi pengenalan yang dijual pada harga RM5 sekilogram dalam pameran Maha 2014 di Serdang dahulu. Sambutannya agak menggalakkan dan baja Bunch Biochar habis dijual pada pameran itu dan terus diterima selepas itu. Pengeluaran baja Bunch Biochar awalnya hanya bergantung kepada permintaan daripada pelanggan yang disediakan dan diproses di Pusat Teknologi Biomass UPM. Produk telah diproses dikilang lain untuk memprosesnya dalam kuantiti yang lebih besar untuk memenuhi kehendak pelanggan. Promosi kini dilakukan dengan kerjasama pihak MPOB dan agen-agen yang dilantik.

Dalam laporan Utusan Malaysia juga dilaporkan artikel bertajuk 'Biochar bantu lestarikan pertanian' juga sesuai dirujuk. Dilaporkan dimana sektor pertanian merupakan satu sektor penghasilan produk utama makanan di negara ini. Iklim dan cuaca yang panas dan cuaca lembap sepanjang tahun menjadikan negara ini sesuai dalam menghasilan produk pertanian secara berterusan. Di samping penghasilan produk kini sektor pertanian turut menghasilkan sisa yang perlu diuruskan secara baik. Ada banyak langkah telah diambil untuk mengitar semula sisa pertanian antaranya termasuklah penghasilan perabot daripada batang kelapa sawit dan juga kompos. Namun banyak langkah ini hanya dilaksanakan oleh industri yang menjalankan pertanian berskala besar. Lain pula bagi petani dan peladang secara kecil-kecilan dimana ada sisa pertanian ini sering kali akan dibuang atau dikumpulkan di satu tempat dan akan dibiarkan ataupun dibakar. Secara tidak sedar dimana proses penguraian dan pembakaran sisa pertanian ini akan menghasilkan Gas Rumah Hijau (GHG) yang merupakan sumber utama pemanasan global. Mungkin penulis blog dan pembaca pun tahu bagi mengatasi masalah ini perlu ada tindakan munasabah. Bagi penyelidik dari Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Dr. Rosazlin dengan bersama sekumpulan pensyarah dan pelajar telah memperkenalkan satu teknologi biochar kepada masyarakat melalui program Jalinan Masyarakat UMCares. Projek Biochar dilakukan untuk Kelestarian Pertanian dan Alam Sekitar dengan kerjasama dari JKK Kg. Seri Cheeding Banting, Selangor. Biochar merupakan arang hitam khusus yang terhasil daripada pembakaran sisa organik pertanian, penternakan dan perhutanan.

Teknologi mengenai biochar berjaya untuk diketengahkan sebagai salah satu dari penyelesaian masalah pengurusan sisa pertanian kepada sesetengah komuniti. Selain menggalakkan aktiviti kitar semula sebenarnya biochar juga berfungsi sebagai penambah baik kualiti tanah. Antara tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan sisa dan dapat menggalakkan aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian masyarakat kampung. Projek ini juga bertujuan untuk mereka menambah baik kualiti tanah melalui aplikasi biochar ke atas tanah dan pelaksanaan pertanian organik secara lestari dengan pengaplikasian biochar dalam skala kecil. Menerusi penghasilan dan pengaplikasian biochar akhirnya akan dapat meningkatkan pendapatan komuniti. Projek ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan dengan aplikasi amalan organik dalam memupuk gaya hidup lestari.  Projek tersebut merupakan satu usaha yang amat bermanfaat dari pelbagai aspek, antaranya dari sudut sains, ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Teknologi yang diperkenal adalah mudah untuk dihasilkan terutama sekali alat yang digunakan adalah mudah alih dan dihasilkan dari bahan kitar semula yang boleh dihasilkan sendiri. Pengenalan mengenai teknologi pertanian yang maju dengan mengekalkan konsep mesra alam adalah sangat bagus. Hal ini kerana teknik biochar yang diperkenal telah berjaya diuji keberkesannya terhadap pertanian dan alam sekitar. Penghasilan dan pengaplikasian biochar juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kepada komuniti Kg. Seri Cheeding. Kini pproduk biochar ini banyak digunakan di dalam aspek alam sekitar iaitu secara meluas untuk penambahbaikkan kesuburan tanah dan kualiti air. Biochar dihasilkan dari sekam padi (RH) melalui proses pirolisis pada 500 °C menggunakan reaktor tiub lapisan tetap. Kemudian biochar akan dicampurkan dengan abu terbang (CFA) batu arang menggunakan nisbah sekam padi biochar (RHB) kepada CFA (0.2:0.8, 0.5:0.5 dan 0.8:0.2) seterusnya dianalisis ciri-ciri mereka. Dari analisis proksimat dimana dilaporkan kandungan abu bertambah manakala kandungan lembapan, jirim meruap dan karbon tetap berkurang dengan pengurangan nisbah RHB kepada CFA. Kajian dapati untuk nilai karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan sulfur dimana ada keputusan dari analisis muktamad menunjukkan kadar hidrogen, karbon dan nitrogen dan sulfur meningkat dengan peningkatan nisbah RHB kepada CFA. Berdasarkan hasil dari keputusan BET dimana luas permukaan meningkat secara berkadaran kepada nisbah (0.2:0.8, 0.5:0.5, 0.8:0.2) RHB kepada CFA. Berdasarkan penyelidikan ini maka RHB mempunyai potensi besar untuk digunakan sebagai satu bahan penjerap. Walaubagaimanapun didakwa dengan mencampurkan RH dengan CFA tidak memberi keputusan positif untuk diguna pakai sebagai bahan penjerap. Semuga artikel ini memberikan kefahaman kepada pembaca blog anim agro technologi akan kepentiongan biochar. Wasallam...!
NAMA BIOCHAR... HITAM WARNA...
MUDAH DIBUAT... ANDA SEMUA...
BANYAK FAEDAH... KENA BACA...
SUDAH FAHAM... LAKUKANNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rejab 1422Hijrah).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.