Saturday, January 16, 2021

TERNAK RUSA - BERI PULANGAN BAIK?

RUSA
(Cervus spp) merupakan sejenis haiwan dari keluarga Cervidae yang dilindungi di Malaysia dibawah undang-undang perlindungan haiwan terancam. Aktiviti penternakan rusa pula merupakan suatu perusahaan yang masih baru di negara kita Malaysia. Tanggapan bahawa rusa adalah hidupan liar dan jika menjadikan rusa antara perusahaan adalah masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para penternak lokal khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan untuk produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler/velvet) rusa sering mengalami masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga pasaran semasa rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka rusa). Saya beberapa kali melihat projek ternakan rusa sama ada secara besar-besaran oleh Sebuah Bank Perdagangan di Sekijang Segamat yang gagal serta beberapa penternak tempatan secara kecil-kecilan yang berjaya di Johor.  Bagaimana pun terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya yang hidup di seluroh dunia dan kawasan Asia Tenggara secara semulajadi semenjak dulu. Haiwan rusa merupakan sejenis haiwan eksotik yang diburu semenjak dahulu sehingga ianya akan pupus jika tidak dilindungi oleh kerajaan. Permintaan daging, tanduk, kulit dan sebagainya dipasaran antarabangsa adalah sangat baik kerana daging rusa mengandungi kolesterol rendah dan tujuan perubatan. Laporan menunjukkan antara beberapa jenis rusa adalah seperti Rusa Sika (Cervus nippon), Rusa Sambar (Cervus unicolor), Rusa Merah - red deer (Cervus elapus), Rusa Wapiti atau Elk, Rusa Fallow Deer (Cervus dama-dama), Rusa Chital (Cervus axIs-axis) dan Rusa Timor atau exotic (Cervus timorensis). Artikel petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan laporan media termasuk dari akhbar My Metro mengenai beberapa artikel mereka berkaitan dengan penternakan rusa yang mempunyai pelbagai kisahnya untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Artikel yang bertajuk '
Rusa mudah diternak' menyatakan dimana diantara kebaikan dan kelebihan daging rusa memang menarik minat orang ramai apatah lagi sifatnya yang rendah lemak dan kolesterol, tinggi protein dan zat besi. Kini harga daging rusa yang mencecah RM70 sekilogram tidak menghalang penggemarnya ‘memburu’ daging haiwan eksotik ini. Jika hendak dibandingkan dengan ternakan ayam, lembu dan biri-biri didakwa ternakan rusa adalah pilihan terbaik. Potensi industri ternakan rusa menarik minat seorang jurutera Nor Azhar Mohd Noor berumur 42 tahun dari Padang Terap, Kedah untuk menceburi bidang penternakan haiwan itu (Sila lihat foto disebelah). Ia bermula sebagai hobi menternak rusa secara sambilan sejak tujuh tahun lalu, kini ia berkembang maju. Dulu dia hanya memiliki lima rusa dan terkini jumlahnya bertambah berkali ganda. Oleh itu dia kemudian mengambil keputusan untuk lebih serius dalam bidang itu. Dia seterusnya membuka ladang ternakan di Kampung Semeliang dan nyatakan dimana menternak rusa adalah tidak sukar kerana haiwan ini mudah mudah diternak jika tahu pengurusannya. Apa yang penting adalah mengetahui habitat dan diet pemakanannya. Di a dakwa di Malaysia terdapat dua jenis rusa iaitu Timorensis dan Axis-axis. Rusa jenis Timorensis katanya lebih mudah diternak kerana sifatnya yang lasak dan tahan serangan penyakit. Terkini di Pusat Penternakan Rusa Kampung Semiliang ini mereka membiakan 200 rusa di ladang seluas 2.4 hektar itu. Pusat itu kini menjadi antara pembekal utama baka rusa kepada bakal penternak di seluruh negara. Ada kalanya dimana penternak tidak mampu membekalkan daging mentah kerana permintaan yang tinggi terutama pada musim perayaan. Ladang ini turut menghasilkan makanan rusa dari jenis rumput barli. Kini dengan menggunakan teknologi Fodder Solutian dari Australia maka Nor Azhar terlah dapat menghasilkan enam kilogram rumput. Ia hasil percambahan satu kilogram benih dan mampu dituai dalam masa enam hari selain secara organik. Mengenai perkembangan positif ini menarik minat pelbagai agensi kerajaan untuk menjalinkan kerjasama dengannya. Ladangnya kini menjadi pusat latihan yang diiktiraf Jabatan Veterinar Malaysia bagi melahirkan bakal usahawan tani dalam bidang penternakan rusa. Apa pun kini sudah ada banyak institut pengajian tinggi menghantar pelajar mereka berkursus dan menjalani latihan amali di pusat itu. Peserta diberi pendedahan bermula pada peringkat awal penternakan, memproses rumput barli, menyembelih dan melapah dagingnya serta aspek pemasaran. Nor Azhar turut dilantik sebagai mentor Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA). Dia juga turut membuka ladang untuk lawatan orang ramai dan merancakkan bidang agro-pelancongan di Kedah. Pelbagai kemudahan disediakan seperti enam unit chalet, dewan berhawa dingin dan tempat barbeku. Apa pun kejayaan Nor Azhar membolehkan beliau menerima Anugerah Penternak Jaya Kedah 2014 dan Anugerah Ilham Desa Malaysia.

Dilaporkan dimana kerajaan melalui JPV menggalakkan koperasi dan usahawan termasuk petani menceburi aktiviti penternakan rusa secara berkumpulan kerana kebolehpasaran jualan daging haiwan itu susulan permintaan begitu tinggi. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, industri ternakan haiwan itu dilihat berpotensi berkembang pesat sekiranya penyertaan membabitkan penternakan secara berkumpulan berbanding ternakan kecil-kecilan secara sendiri. Beliau berkata, industri itu mampu berada setaraf dengan tanaman getah dan kelapa sawit di negara ini yang masing-masing pernah dan sedang menjuarai kedudukan sebagai pengeluar utama. Berikutan daging rusa dianggap sebagai makanan eksotik yang harga dagingnya mencecah RM60 sekilogram, sudah tentu pasarannya juga cukup baik. Seperti dahulunya, pokok getah ditanam secara besar-besaran di Malaysia walaupun tumbuhan itu berasal dari Hutan Amazon, Brazil. Begitu juga tanaman kelapa sawit yang berasal dari India yang mana kini Malaysia antara pengeluar utama hasil itu. Jadi tidak mustahil kita juga mampu kembangkan industri ternakan rusa biarpun baka asal rusa pada asalnya dari negara luar. Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan rasminya ke Kg Luak iaitu salah satu Projek Ternakan Rusa Negeri Perak.  Perak dilaporkan adalah pengeluar tertinggi ternakan rusa di negara ini dengan membabitkan kira-kira 5,000 ekor daripada anggaran keseluruhan lebih 15,000 ekor rusa ternak di negara ini. Unutk rekod Perak juga mempunyai ternakan tertinggi bagi Babi dan Itek. Kejayaan ternkan rusa memang disumbangkan melalui model ternakan secara berkelompok dengan memanfaatkan rizab padang ragut milik JPV Perak, selain skim khas bagi penternakan rusa yang hanya terdapat di Perak. Daripada sebanyak 5,000 rusa di Perak dimana sebahagian besar iaitu hampir 35 peratus adalah rusa yang diternak di padang ragut milik JPV membabitkan rusa jenis Cervus timorensis. Justeru itu kerajaan mengalukan mana-mana koperasi, usahawan khususnya penduduk kampung untuk menceburi penternakan secara berkelompok ini yang turut menjanjikan pulangan agak baik.

Laporan lain bertajuk 'Rusa mudah diternak pulangan lumayan' menarik untuk dikongsi. Ini dibuktikan apabila seorang penternak lembu beralih kepada penternakan rusa tepat apabila ternakan yang diusahakan sejak 2013 itu kini telah memberi pulangan lumayan kepadanya. Ini kerana kos dan kaedah penjagaan rusa jauh lebih jimat malah tidak cerewet berbanding lembu selain rusa cepat membiak serta boleh dijual seawal usia dua bulan. Ramli Yusof berumur 41 tahun dakwa dimana penjagaan rusa sangat mudah dan tidak membabitkan kos makanan yang tinggi pada setiap bulan seperti lembu atau ternakan lain. Dia menternak dua jenis rusa iaitu rusa baka timor rensis kerana sifatnya yang lasak dan tahan serangan penyakit selain baka axis-axis. Kini saya memiliki 73 ekor rusa namun jumlah itu sentiasa berubah-ubah mengikut permintaan pelanggan. Rusa tidak cerewet, ia tidak memerlukan kos ubat-ubatan atau vitamin seperti lembu atau ternakan lain.Dia hanya perlu menyediakan kawasan yang selesa dan selamat selain memagar kawasan itu dengan pagar setinggi 2.4 meter. Makanan yang menjadi kegemaran rusa pula hanya rumput minyak dan napier sementara palet tidak perlu diberikan secara rutin seperti lembu. Rusa lebih gemar makan makanan berasaskan sumber semula jadi seperti batang sagu, hampas soya, buah dan daun pokok kelapa sawit. Ladang rusanya terletak di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu. Pada peringkat permulaan dia hanya membela empat ekor rusa timor rensis dan membiak hingga 20 ekor seterusnya memperluaskan kandang di ladang kelapa sawit dengan kos RM14,000. Dia memang tidak sangka permintaan terhadap daging dan rusa hidup amat tinggi hingga hasil pembiakan rusa yang dijalankan di kandang tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan dari seluruh negeri. Dia menambah jumlah induk yang berkualiti di kandang dengan membeli induk terbaik dengan harga RM4,000 seekor dan menjalankan kegiatan penternakan rusa secara serius. Dalam tempoh hanya tujuh hingga lapan bulan rusa yang diternak membiak dan jumlahnya bertambah dari semasa ke semasa. Dia juga lebih gemar menjual rusa hidup berbanding daging kerana pulangan menjual daging tidak seberapa. Tetapi bagi tujuan memenuhi permintaan pelanggan dia terpaksa juga menyembelih dan menjual daging berkenaan. Rusa dijual berdasarkan harga pasaran iaitu RM1,500 seekor untuk anak rusa jantan dan RM2,000 untuk anak rusa betina sementara rusa jantan dewasa RM2,500 seekor dan bagi rusa betina dewasa RM3,000 seekor. Induk betina dijual dengan RM4,000 seekor sementara induk jantan bernilai RM4,500 hingga RM5,000 seekor bergantung kepada saiz dan jenis rusa. Rusa baka campuran sambar paling mahal iaitu RM5,000 ke atas.

Laporan lain bertajuk 'Betul ke daging rusa?'' menlaporkan dimana orang ramai diminta berwaspada dengan tawaran daging rusa yang dijual pada harga RM35 sekilogram yang berleluasa sekarang ini terutama menjelang sambutan Aidilfitri. Menurut dakwaan Pengerusi Persatuan Penternak Rusa Zon Utara, Nor Azhar Mohd Nor adalah agak mustahil daging rusa tempatan mahupun diimport boleh dijual pada harga sedemikian dimana didapati semakin banyak diiklankan melalui media sosial. Bayangkan seekor rusa yang diternak bernilai lebih RM2,000 seekor dan berat daging dan tulang yang boleh dijual sekitar 30 kilogram dan harga pasaran sekarang adalah sekitar RM70 sekilogram untuk daging bertulang. Jika dijual pada harga RM35 didarab 30, nilainya cuma sekitar RM1,050 saja untuk seekor dan di mana untungnya?. Peniaga terbabit mendakwa mendapat bekalan yang banyak dari sebuah ladang, sedangkan belum ada pengusaha di Malaysia yang menternak dengan skala besar. Beliau nyatakan dianggarkan ada 15,000 ekor sahaja rusa di Malaysia termasuk yang diternak oleh Jabatan Veterinar di seluruh negara. Negara luar seperti Australia dan New Zealand mempunyai prosedur yang ketat untuk mengeksport daging ke sini dan harga kos pun mencecah sekitar RM50 sekilogram dan Indonesia tidak lagi mengeksport daging ini. Beliau mengesyaki daging berkenaan adalah daging kerbau dan berharap pengguna tidak terpedaya. Kita juga percaya peniaga ini turut terpedaya dengan pembekal yang menipu mereka. Nor Azhar yang juga pengusaha Semeliang Agro Farm dakwa dimana harga daging lembu kira-kira RM34 sekilogram dan kambing import pula RM30 sekilogram. Jadi mustahil daging rusa dapat dijual dengan RM35 sekilogram. Semug  artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
MENTERNAK RUMINAN... IA RUSA...
MEMILIH BAKA... IA MUDAH DI JAGA...
DAGING MAHAL... ITU PUN JIKA ADA...
SIAPA BERMINAT... BOLEH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 JamadilAwal 1442H).







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.