Friday, January 1, 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2020!


SELAMAT TAHUN BARU 2021
saya ucapkan kepada semua pembaca blog "Anim Agro Technology''. Apabila tiba tahun 2021 bermakna saya sudah menulis  dalam blog teknologi pertanian dan makanan selama 12 tahun lamanya dimana berjaya membuat posting sebanyak 4,057 artikel. Blog ini juga telah menerima lebih daripada 26.2 juta viewers atau purata 2.38 juta orang setahun. Tahun 2020 menjadi sejarah yang tersendiri dunia apabila berlaku wabak pandemik Covid-19 dimana telah menjangkiti jutaan manusia diseluruh dunia dan menghalang pergerakan manusia diantara negara, negeri malahan terpaksa kita menjalani 'Lockdown' untuk mengawal perebakan virus yang merbahaya ini. Banyak sektor yang terjejas teruk semenjak awal tahun 2020 apabila Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengistiharkan pandemik covid-19 dan terkini dilaporkan trlah menyerang lebih 79 juta orang manusia dan menyebabkan kematian seramai 1.751 juta sehingga hujung Disember 2020 diseluruh dunia. Di Malaysia pula sehingga 28 Disember 2020 seramai 106,096 orang dijangkiti virus Covid-19 dengan mengakibatkan seramai 452 kematian. Negeri Sabah menjadi negeri paling banyak kes positif covid-19 dengan seramai 36,200 kes diikuti dengan Negeri Selangor sebanyak 29,300 kes dan ketiga adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan seramai 12,500 kes. Dalam pada itu Wilayah Persekutuan Labuan yang merupakan sebuah pulau yang kecil mempunyai sebanyak 1,636 kes mengalahkah beberapa negeri besar seperti Negeri Pahang (1,003 kes), Terengganu (301 kes) dan Kelantan (606 kes). Perlis setakat ini hanya mempunyai sebanyak 46 kes sahaja. Apa pun memang pandemik covid-19 ini kesannnya banyak dan mengubah polar kehidupan dalam banyak sektor pekerjaan. Paling teruk terjejas adalah sektor penerbangan, perhotelan, perkhidmatan lain yang melibatkan pergerakan manusia. Dilaporkan dimana lebih daripada 16,000 buah kapalterbang daripada 24,000 kapalterbang yag ada diseluruh dunia telah 'grounded' diseluruh dunia kerana sudah tiada permintaan untuk perjalanan rentas negara dan negeri. Kini kita hidup dalam 'norma baru' dimana semua orang didunia ini perlu mematuhi SOP baru bagi mencegah perebakan wabak ini. Hanya pada tahun 2021 bekalan vaksin covid19 yang akan beredar diseluruh dunia untuk disuntik dengan kos berbilion-bilion ringgit untuk mengawal pandemik ini bagi penduduk dunia. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis sebagai artikel terakhir 2020 dan artikel pertama tahun 2021 untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Sehingga hujung Disember 2020 blog ini menerima seramai 26.2 juta pengunjung dimana jumlah pengunjung pada akhir November 2020 adalah seramai 451,984 orang (kiraan pada purata 15,066 orang pembaca sehari) dimana ia meningkat disepanjang musim covid-19 berlaku. Seramai 2,256 orang menjadi follower blog ini dimana kebanyakannya adalah orang dari Malaysia. Apabila berlaku larangan pergerakan seperti PKP, PKPD, PKPB, PKPP dimana ramai yang berada dirumah maka masa itu juga ramai yang buka internet untuk membaca terutama pautan di youtube, vlog, blog, FB, Instagram dan pelbagai aplikasi lain. Daripada rajah diatas penulis blog telah mendapati artikel bertajuk 'Daging Import - Itu daging kerbau' yang diposting pada 9/7/2016 menerima seramai 253,000 pembaca diikuti dengan artikel 'Petua Untuk Halau Monyet' diposting pada 19/4/2017 dengan 203,000 pembaca. Ketiga adalah artikel bertajuk 'Khasiat Sacha Inci - Apa Dia?' yang diposting pada 3/7/2020 dengan sebanyak 204,000 pembaca (artikel paling cepat menarik pembaca view dalam masa 4 bulan sahaja). Lain-lain artikel yang menarik minat pembaca adalah seperti 'Racun Rumpai - cara tindakan', 'Bunga Ati-ati', 'Proses Pendebungaan', 'Durian - cantuman mata tunas' dan beberapa lagi. Beberapa artikel dari blog ini saya ada buat pautan didalam facebook saya untuk di baca, like malahan ramai yang 'share' untuk dibaca.

Sektor pertanian semakin dianggap lebih penting semasa dan selepas pandemik covid-19 berlaku kerana dilaporkan berjaya membekalkan makanan yang mencukupi, berkualiti dan lebih terjamin. Sepanjang tahun 2020 dilaporkan tiada negara yang kekurangan makanan dan ini bermakna sektor pertanian masih merupakan sektor yang stabil dan sangat penting didalam apa jua malapetaka dunia yang berlaku. Ramai kalangan rakan-rakan kita yang 'duduk rumah' berjinak-jinak dengan sektor pertanian apabila hilang pekerjaan dan mengisi masa lapang yang terluang. Penulis blog menerima sangat banyak 'inquiry' daripada pembaca blog melalui aplikasi 'messeger' dan facebook bertanyakan pelbagai perkara yang berkaitan pertanian, teknologi dan sebagainya. Semuga tahun 2021 akan menjadi lebih baik daripada tahun 2020 apabila pandemik covid19 dan masaalah kesihatan lain dapat dikawal atau diatasi. Bagaimana pun semua orang diseluruh dunia masih perlu menjalani SOP dalam 'norma baru kehidupan' untuk meneruskan perjalanan hidup. Ingatlah cogankata seperti 'Kita Jaga Kita' dan 'Bersama Kita  Hentikan Wabak Covid-19' dan beberapa lagi untuk diamalkan. Semuga anda semua akan beroleh kebahagaiaan pada tahun 2021!...
Wasallam... SELAMAT TAHUN BARU 2021...

TAHUN 2021... IA SUDAH MENJELMA...
TINGGALKAN 2020... RAMAI DERITA...
HARAPAN CERIA... DIDOA BERSAMA...
SIHAT SEJAHTERA....ARTIKEL PUN ADA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1923, Hotel Double Tree,
Jalan Ngee Heng, Johor Bahru,
Johor,
Malaaysia.
(31 Disember 2020).
SELAMAT TAHUN BARI 2021!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.