Isu ini telah banyak dibincangkan dalam banyak forum media dan penjelasan oleh KKM bagaimana cara mudah hendak membezakan produk steiva yang asli dengan produk tiruan. Sebaiknya anda juga perlu tahu beberapa tips dan cara untuk kenal dan membezakan antara stevia palsu dan stevia tulin. Ilmu dan tips serta panduan yang seharusnya semua ikuti sebelum membeli gula atau bahan pemanis stevia di pasaran mudah didapati terutama dalam sistem on-line. Ramai orang akan tertarik dengan harga yang murah dan pembotolan atau bekas dengan label menarik akan tapi hakikatnya mendapat stevia yang tidak berkualti (campuran) yang akhirnya membahayakan pengguna. Apa pun pelanggan yang mempunyai duit atau sedikit duit akhirnya kecewa apabila produk tersebut tidak dapat membantu untuk dapat mengatasi masalah kesihatan yang sedang ditanggung (kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan berbagai lagi). Lebih malang lagi apabila ia boleh memudaratkan lagi tahap kesihatan. Dalam beberapa panduan yang penulis blog pernah kadir majlis penerangan penting untuk semua sebelum membuat keputusan membeli mana mana stevia di pasaran mendapatkan maklumat asas dulu. Sebaiknya agar bakal pembeli dan pengguna perlu memerhatikan beberapa perkara penting sebelum mebeli atau membuat tempahan on-line. Pertama adalah faktur Harga dimana harga murah tidak semestinya baik atau kurang baik tetapi juga harga Mahal pun sama. Ada pepatah menyatakan 'Cheap thing No Good, Good thing No Cheap' perlua anda prihatin. Seterusnya anda perlu membaca pada label mengenai jumlah kandungannya berapa banyak (10 ml, 20 ml, 30 ml) kerana ia berkait dengan harga dan kualitinya. Selalu pembeli akan teruja dengan botol atau bekas cantik yang unik tetapi isinya mungkin tidak pernah mencapai piawaian kerana amat jarang pembeli mengukur kuantiti isipadunya selepas membelinya.
Pembeli juga perlu mempastikan berapa kali kadar kemanisan stevia itu dengan cuba membandinkan kepada kemanisan gula pasir (100 x, 150 x, 200 x, 300 x ganda) seperti di tulis pada label. Apa pun mungkin pembeli tidak mempunyai peralatan khusus untu memeriksanya. Pada label juga akan dinyatakan akan berapa titisan untuk sebotol (200 titis, 300 titis, 600 titis) bagi setiap unit yang dibeli. Paling kririkal adlah apakah kandungan bahannya sama ada ia menggunakan benar benar stevia asli atau stevia palsu yang dicampur bahan pemanis lain seperti pbahan Sucralose atau Sucrose. Penting juga disemak akan ststus HALAL produk dengan melihat logi serta menyemak syarikat tersebut dengan JAKIM. Terakhir pmbeli perlu menyemak dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan status keluusannya dengan melihat akan nombor rujukkan. T+Ramai kalangan pembeli mungkin mendapati ada stevia liquid dijual murah iaitu cuma RM30.00 @ RM35.00 sebotol misalnya. Tetapi kandungan isinya mungkin 10 ml atau 15 ml sahaja. Kadar kemanisannya boleh saja 150 kali @ 200 kali kadar kemanisan gula tebu dan boleh menghasilkan 200 ke 300 titisan bagi setiap botol. Soalnya apa kah satu titis stevia yang anda beli itu mampu memaniskan segelas minuman jika ingin dibanding stevia liquid lain yang anda fikir lebih mahal dan tidak menjimatkan. Malah kadang kadang "claimer" syarikat pengedar atau penjual tidak menepati kualiti sebenar dan lazimnya ini kerap terjadi kepada produk produk syarikat Multi Level Marketing yang mendapatkan produk mereka iaitu berasaskan kontrak OEM dari pihak ketiga iaitu pengeluar sebenar produk.
Dalam pada itu beberapa kaedah dan tips perlu diketahui untuk mengetahui sama ada produk stevia itu asli atau tiruan. Berikut saya senaraikan perbezaan Stevia Palsu dan Stevia Tulin untuk dijadikan rujukan. Biasanya produk stevia asli tidak akan dihurung semut sedangkan gula stevia tiruan atau yang tidak asli akan menjadi tumpuan semut. Dalam pada itu gula stevia asli jika dibakar maka ia tidak tinggalkan kesan karamel akan tetapi gula tapi stevia palsu akan tinggalkan kesan kekuningan karamel selepas dibakar. Perbezaan ke 3 dimana gula stevia asli jika diletak di bawah lidah akan ada sedikit rasa pahit walau pun pada keseluruhan bahagian lidah lain memberi kesan rasa manis seperti gula biasa, sedangkan gula stevia palsu atau campuran sucrose tidak berciri begini. Stevia adalah satu tumbuhan yang bagus, di mana ia boleh dimakan, sihat, mengandungi pemanis yang tidak ada kalori iaitu Stevioside dan Rebaudioside. Produk Stevia telah diekstrak dengan menggunakan teknologi unik yang terbukti, yang berpunca daripada kepelbagaian penggunaan tumbuhan ini. Kelebihan tumbuhan Stevia tidah berhenti di sini; ekstraknya telah dibuktikan 200 hingga 300 lebih manis daripada gula biasa. Ia merupakan satu alternatif menggantikan gula yang bagus dan boleh menjimatkan kos pengeluaran. Terdapat banyak produk stevia di pasaran yang mendakwa mereka menjual stevia asli, tetapi sebaliknya menggunakan sukralosa campuran (gula klorin) dan bahan kimia lain yang tidak baik untuk kesihatan. Penggunaan bahan kimia sucralosa ini gemar digunakan oleh peniaga lain kerana bahan kimia sucralose mempunyai rasa 600 kali lebih manis berbanding gula dan rasanya juga sama seperti gula. Stevia asli yang semula jadi mempunyai rasa 300 kali lebih manis daripada gula dan rasa yang sedikit berbeza berbanding gula. Ada pengusha yang cuba menggunakan jalan mudah untuk memperolehi keuntungan. Sebaiknya pengeluar harus jujur dalam menyenaraikan ramuan penuh dan menghormati hak pelanggan untuk mengetahui semua ramuan. Tips dimana anda boleh menjalankan uji kaji sendiri untuk mengetahui keaslian stevia dengan mengambil 5-6 titisan cecair stevia dan panaskan (di atas api) perlahan-lahan. Jika cecair yang tersejat meninggalkan kesan hitam maka ianya merupakan derivatif atau bahan kimia gula. Jika bertukar menjadi warna putih hingga kuning muda ia adalah stevia asli (Sila lihat foto disebelah). Stevia tidak akan berubah menjadi warna hitam jika terkena suhu yang tinggi. Semoga info ini dapat membantu anda memilih produk stevia yang asli.
Akhbar Berita Harian dengan artikel bertajuk 'KKM arah tarik balik produk stevia palsu' dimana mereka akan terus menjalankan pemantauan terhadap produk stevia. Berita dari Kuala Lumpur itu nyatakan dimana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sampel produk cecair pemanis semula jadi berjenama Pure Stevia diaman ia tidak mengandungi kandungan stevia seperti didakwa pengeluarnya VJS Cosmo Enterprise. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata susulan penemuan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) itu, syarikat terbabit diarah memanggil balik produk berkenaan dari pasaran. Beliau berkata, tindakan mahkamah juga akan diambil atas kesalahan yang dilakukan syarikat berkenaan mengikut Akta Makanan 1983. KKM akan terus menjalankan pemantauan terhadap produk stevia dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil serta pengguna akan dimaklumkan. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna," katanya dalam satu kenyataan, petang tadi. Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari sesawang www.moh.spab.gov.my atau facebook BKKM. Pemongkaran BH mendedahkan, ada jenama produk cecair stevia palsu dijual dalam pasaran tempatan dipercayai dihasilkan dalam negara dan dijual secara jualan langsung, pemasaran pelbagai peringkat (MLM) atau secara dalam talian. BH melaporkan, sekumpulan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengesahkan terdapat kombinasi bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan. Ujian makmal terhadap 10 sampel cecair stevia itu menemui Pyridazinone yang boleh menyebabkan keradangan kulit, mata dan alahan pernafasan, Piperazine jika diambil berlebihan boleh menyebabkan muntah, cirit-birit serta kemurungan dan cyclo- propare -carboxamide yang boleh mengakibatkan keradangan. Lebih memeranjatkan, kandungan lima daripada sampel berkenaan juga didapati sama, walaupun dijual dengan jenama berbeza. Susulan pendedahan BH, KKM melancarkan siasatan dan pemantauan selepas mengambil keterangan daripada penyelidikan UTHM. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BELI YANG ASLI... TIRUAN PUN ADA...
TIPS PENIPUAN... TAHUN BAGAIMANA...
BELI YANG ASLI... KESIHATAN TERJAGA..
By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 JamadilAkhir 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.