Monday, January 4, 2021

INTERGRASI TANAMAN GETAH

PROJEK INTERGRASI TANAMAN GETAH
dengan tanaman lain merupakan satu pendekatan yang telah dilaksanakan oleh pihak RISDA di Malaysia. Program Tanam Semula merupakan program pembangunan utama RISDA yang menjadi teras kepada aktiviti RISDA. Program Tanam Semula adalah satu daripada beberapa fungsi RISDA yang mana ia termaktub di dalam Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85) Tahun 1972. Di bawah fungsi ini RISDA bertanggungjawab melaksanakan program bagi menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon getah berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan atau tanaman lain yang diluluskan. Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengekalkan keluasan getah negara pada kadar 1.2 juta hektar. Malaysia kini mendudukki tempat ke 5 sebagai pengeluar getah asli dunia dibelkang China. Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang tunai bagi kegunaan kerja-kerja untuk penyelenggaraan kebun, bekalan input pertanian seperti benih dan baja serta khidmat nasihat. 
Pekebun kecil getah seluruh negara digalak untuk menggunakan kaedah integrasi tanaman bagi tujuan untuk memaksimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan produktiviti ladang, sekali gus meningkatkan pendapatan. Ada anyak tanaman seperti nanas sesuai ditanam secara integrasi dengan getah namun ia bergantung kepada sistem pokok getah ditanam. Kini selain nanas jenis tanaman lain yang sesuai ditanam adalah cili, serai, kacang tanah, pisang, labu, keladi, ubi kayu, tembikai, jagung dan keledek. Apa pun tanaman integrasi adalah pendekatan alternatif untuk tujuan meningkatkan produktiviti ladang dan juga pendapatan penoreh bagi memperbaiki taraf hidup mereka. Sistem tanaman integrasi dilihat dapat mengatasi masalah produktiviti hasil getah dan pendapatan penoreh disebabkan saiz ladang yang tidak ekonomik dan harga getah tidak stabil. Projek mempelbagaikan tanaman dari sesebuah ladang boleh meningkatkan pendapatan. Walaupun tanah tidak luas tetapi mampu memberi hasil pengeluaran yang tinggi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu tajuk intergrasi tanaman getah dengan pelbagai pertanian lain yang memberikan pendapatan kepada pekebun kecil getah.

Penulis blog telah merujuk kepada pihak RISDA bagi mendapatkan maklumat penting didalam industri tanaman getah. Diberitahu dimana istilah bagi "
Pekebun Kecil” bermaksud pemilik atau penduduk sah mana-mana tanah yang jumlah luasnya kurang daripada 40 hektar atau wakil sah pemilik atau wakil sah penduduk sah itu; atau seseorang yang diisytiharkan secara bertulis oleh Menteri sebagai pekebun kecil. Sementara itu sektor “Estet” pula adalah bermaksud mana-mana tanah yang jumlah luasnya tidak kurang daripada 40 hektar yang menyertai Skim; Menteri boleh mengisytiharkan secara bertulis seseorang atau pun sekumpulan orang sebagai tuan punya estet. Bagi tujuan untuk mendapatkan bantuan tanam semula getah maka pemohon mestilah warganegara Malaysia atau pekebun kecil (waris/pemegang amanah) iaitu pemilik tanah yang memiliki tanah dengan jumlah keluasannya kurang daripada 40 hektar. Dalam pada itu tanah yang dipohon bantuan tanam semula memiliki hakmilik tanah (geran) yang sah. Tanah yang tidak memiliki hakmilik yang sah mesti mendapat pengesahan pemilikan daripada Pejabat Tanah/Agensi Kerajaan berkenaan Syarat lulus keluasan tanah minimun 0.10 hektar dan luas maksimun kurang daripada 40hektar. Syarat lain adalah dimana pokok getah sudah tua ddan sudah tidak ekonomik lagii dimana hasil kurang daripada 500 kg/hek/tahun, atau pun telah habis kulit tapak torehan. Pokok tersebut juga telah pun diserang penyakit/ musuh/ bencana alam atau ujud lain-lain sebab yang perlu dinyatakan dan pada pendapat Pegawai Penilai adalah munasabah. Kadar bantuan tanam semula sehektar adalah sebanyak RM9,230.00 di Semenanjung, RM13,500.00 di Sarawak dan RM14,000.00 di Sabah. Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang tunai bagi kegunaan kerja-kerja untuk tujuan penyelenggaraan kebun, bekalan input pertanian seperti benih dan baja serta khidmat nasihat. 

Tinjauan penulis blog di sebuah kebun intergrasi nanas dan getah di Melaka dimana 
seorang pekebun di sini mampu meraih pendapatan tambahan purata RM3,000 sebulan selepas dua musim nanas MD2 ditanam di tanah seluas 0.4 hektar dengan integrasi getah. Bagi pekebun yang baru atau ingin menanam semula getah adalah digalakkan mereka menanam secara sistem pepagar dengan tanaman kontan ditanam di tengah atau di kelilingi pokok getah. Dinasihatkan bagi tanaman kekal lain seperti durian, nangka, salak, petai, jering dan gaharu dalam kebun getah juga sesuai ditanam bergantung kepada keluasan tanah serta susunan getah ditanam. Memang dilaporkan dimana tanaman integrasi membantu tingkat pendapatan penoreh getah. Aabila berlaku dimana pasaran getah dunia berdepan lambakan produk getah sintetik yang lebih murah dan senang didapati, ini sekali gus menjejaskan harga getah asli yang dihasilkan negara pengeluar utama termasuk Malaysia. Akibatnya dari susulan itu, pekebun getah di gesa beralih kepada tanaman komoditi berasaskan makanan seperti nanas dan jagung yang mempunyai potensi nilai eksport lebih besar pada masa hadapan. Pekebun kecil perlu kreatif mencipta nilai tanaman, bukan hanya bergantung kepada tanaman getah semata-mata sebagai usaha menambah pendapatan. Kerajaan tidak boleh kawal faktor luaran tetapi kita boleh kawal apa yang ada dalam kawalan kita. Jadi antara jalan terbaik adalah beralih kepada tanaman yang mempunyai potensi eksport seperti komoditi berasaskan makanan. Sebagai contoh, satu ekar (0.4 hektar) tanaman nanas ketika ini mampu menghasilkan pendapatan sehingga RM500 sehari ketika musim menuai. Ini dibandingkan dengan purata tanaman getah purata dapat RM700 - RM800 sebulan bagi 10 ekar tanah (4.04 hektar).

Kerajaan sejak dulu membantu pekebun menerusi insentif tanaman semula yang mana ia dilihat bertujuan untuk pekebun kecil mengusahakan tanaman baharu yang mana memerlukan modal yang agak besar. Menjadi peranan kerajaan untuk membantu pekebun menceburi bidang pertanian bernilai tinggi sama ada tanaman, ternakan, ternakair atau pemprosesan makanan. Ini kerana semasa artikel ditulis dimana h
arga penanda aras getah fizikal SMR20 telah mencapai paras tertinggi RM17.17 sekilogram (kg) berbanding hanya berlegar pada paras rendah sekitar RM5.50 sekilogram sebelumnya. Pada masa sama purata harga SMR20 untuk tahun semasa adalah RM5.76 sekilogram manakala susu getah adalah RM4.52 sekilogram. Prestasi harga getah mula mencatatkan kemerosotan pada suku ketiga 2019 apabila harga SMR 20 merosot sebanyak 10 peratus kepada RM5.59 sekilogram berbanding RM6.21 sekilogram pada suku kedua 2019. Kejatuhan harga getah sepanjang tempoh ini dipengaruhi permintaan getah yang perlahan berikutan ketegangan perdagangan yang berlarutan di antara Amerika Syarikat dan China yang memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia. Berdasarkan kepada data oleh perangkaan dikeluarkan Persatuan Negara-Negara Anggota Pengeluar Getah Asli (ANRPC), Malaysia kini adalah hanya pengeluar getah asli kelima terbesar di dunia dengan pengeluaran sebanyak 670,000 tan iaitu selepas Thailand, Indonesia, Vietnam dan China. Mungkin ada pembaca terkejut apabila negara China sudah mendahului Malaysia didalam pengeluaran getah asli dunia!.  Ada pengusaha kilang di negara ini juga perlu memanfaatkan kelebihan negara kita sebagai pengeluar getah asli bermutu tinggi dengan mana mampu menghasilkan lebih banyak produk berasaskan getah. Dilaporkan ketika ini Malaysia ada banyak membuat beberapa penyelidikan mengenai kegunaan getah tetapi kurang dalam menghasilkan produk berasaskan getah. Alangkah baik jika kerajaan campur tangan dan menggiatkan ekonomi yang berasaskan getah. Malaysia semestinya mampu untuk mrngurangkan kebergantungan dalam import produk getah dan hasilkan produk kita sendiri. Ini kerana selain dapat mencipta nilai tambah produk getah, ia juga mampu mengurangkan lambakan simpanan getah asli negara. Kita percaya dengan usaha seperti ini, harga komoditi ini akan kembali mengukuh. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PEKEBUN GETAH... SUDAH MERANA....
HARGA RENDAH... PASARAN DUNIA....
TANAMAN KONTAN... MEMBANTU JUGA...
PERLU RAJIN... PELBAGAI CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 145, Hotel Ants,
Kangar, Perlis,
Malaysia.
(2 Januari 2021).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.