Wednesday, January 27, 2021

GULA MELAKA - PELBAGAI CERITA

GULA MELAKA
atau COCONUT PALM SUGAR merupakan sejenis gula berwarna coklat yang dibuat daripada air manisan kelapa (Cocos nucifera) atau Nira Kelapa yang dimasak sehingga pekat dan kemudian membeku apabila sejuk. Gula Melaka merupakan produk yang sangat popular dikalangan Masyarakat Malaysia dan Asia Tenggara lain kerana ujud khasiatnya dan kegunaannya dalam menyediakan beberapa juadah makanan tradisional. Antara juadah daripada jenis kuehmueh yang menggunakan gula melaka seperti Kueh Buah Melaka (Orang Muar panggil 'Kelepon'), Kueh Bingka, Apam Gula Melaka, Kueh Badak Berendam, Lempeng Berinti Kelapa dan Gula Melaka, Cendol, Bubur Nasi merah, kueh koci dan banyak lagi. Masakan asam pedas, tumis pedas dan bubur kacang jika dibubuh gula melaka lebih lazat. Gula Melaka merupakan satu daripada produk daripada tanaman kelapa yang banyak tumbuh diseluruh dunia. Indonesia, India dan banyak kepulauan di Asia Pasifik dan Kawasan Tropika yang lain banyak menanam kelapa. Dikawasan Asia gula melaka juga digelar dengan pelbagai nama seperti Gula Aren, Gula Jawa, Gula Merah, Gula Semut (Indonesia), Nam taan pep (Thailand), Duong thot not (Vietnam), Pol Pani, Kitol Pol Puru (Sinhalese Sri Lanka), Pakaskas (Filipina), Karrrupati (Tamil), Num taan (Laos) dan Skot tnot (Kemboja). Indonesia dilapor sebagai pengeluar paling banyak gula melaka didunia. Rekod pengeluaran gula melaka tidak ada dicatit secara rasmi kerana ianya termasuk dalam rekod pengeluaran gula didunia sekitar 60 -65 juta metrik tan setahun iaitu ebanyakannya dari gula tebu (Saccharum officinarum). Gula Melaka didapati bermula dengan menanam kelapa sehingga sesuai dalam mengeluarkan bunga dan buah. Kelapa MAWA, Kelapa MATAG, Kelapa Tinggi Malaysia, Kelepa Renek MRD atau MYD dan beberapa vatieti lain adalah diantara varieti kelapa yang boleh diambil air nira. Tangga atau kaedah memanjat pokok kelapa kebahagian mayang bunga kelapa dan perlu dilenturkan setiap hari selama seminggu sehingga boleh membengkok kebawah. Apabila sesuai maka dibuang seludang mayang bunga dipotong tirus menggunakan pisau yang dipanggil 'Penyadap'. Masukkan hujung mayang dipotong dengan Bekas Tabung (Container) untuk mengutip air nira yang mengalir keluar dari mayang yang dipotong. Ada yang bubuh kapor untuk elakkan kemasaman. Kutip air nira setiap pagi dan petang dan dikumpulkan dari setiap pokok. Kajian mendapati kuantiti air nira yang dihasilkan bergantung kepada kaedah memotong, saiz pokok, varieti kelapa, musim (Panas atau redup) dan lain faktor lagi. 
Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu teknologi dan potensi gula melaka untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca blog. 

Sejenis produk dikenali sebagai '
'NISEY Kerek'' atau gula melaka dibentuk dalam buluh agak berbeza pembuatannya jika berbanding dengan kelaziman iaitu ia akan menggunakan daun mengkuang. Dilaporkan dimana buluh jenis dinding dipotong dalam ukuran kira-kira 2.5 sentimeter untuk dijadikan acuan membentuk 'kerek' atau kepingan gula melaka yang dicurahkan dalam keadaan masih panas dari kawah. Seorang pengusaha bernama Zainal Abidin Deraman berumur 65 tahun dengan inisiatif menggunakan kerek jenis buluh dinding itu bagi memudahkan kerjanya dan tidak perlu mencari daun mengkuang untuk membentuk menjadi kerek pakai buang. Dakwanya apabila dia berjaya  menggunakan buluh sebegini maka bau wanginya boleh dikekalkan selain memudahkan proses tidak perlu membentuk 'kerek' menggunakan daun mengkuang. Pada zaman sekarang ramai pengusaha menggunakan acuan kepingan daripada kayu, namun dia kini memilih buluh yang digunakan sejak lebih 10 tahun lalu. Perusahaannya adalah bertempat dikawasan rumahnya di Kampung Kelong, Tumpat, Kelantan.  Aktivitinya setiap hari dimana secara purata gula melaka yang mampu dihasilkan Zainal Abidin mencecah 500 kilogram (kg) iaitu lebih 5,000 keping yang dijual RM13 untuk sekilogram. Beliau dibantu isterinya serta anaknya akan memulakan proses penghasilan gula melaka sejak jam 7 pagi. Gula melaka dihasilkan menggunakan nira kelapa dan gula sahaja dan proses itu dimulakan dengan memasak dua bahan itu selama enam jam sehingga menjadi likat. Biasanya untuk satu kawah nisey kerek, dia akan menggunakan tujuh tong air nira kelapa dan 10kg gula yang dimasak secara berterusan dalam masa enam jam sebelum mula menjadi likat dan bertukar warna. Dakwanya apabila masak adunan itu akan diangkat dan dicurahkan ke dalam acuan buluh dinding yang disusun di atas meja dan proses itu perlu dilakukan dengan cepat kerana gula melaka mudah mengeras.

Penjaga gol Melaka Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra disapa Apek kini aktif menjalankan perniagaan gula Melaka sepanjang saingan Liga Malaysia yang tertangguh susulan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini. Menurutnya dimana dia mula menjalankan perniagaan berkenaan sejak beberapa hari lalu dimana dia mendapati sambutan amat menggalakkan daripada peminat di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei (Sila lihat foto disebelah). Dakwa beliau ketika selesai menjalani latihan di rumah menerusi jadual yang diatur jurulatih dia mula terfikir apa yang perlu dilakukan untuk mengisi masa terluang dalam masa sama menjana pendapatan. Akhirnya saya mendapat satu idea memasarkan gula Melaka kepada orang ramai menerusi dalam talian di seluruh negara. Dia terkejut apabila pesanan pertama membabitkan 400 kilogram kepada peminat dan penggemar gula Melaka dengan harga RM23 sekilogram sahaja termasuk penghantaran. Apek juga bekas kapten dan penjaga gol kebangsaan terus gigih menjalankan perniagaan gula melaka sebagai satu punca pendapatan. Berikutan dari sambutan yang menggalakkan itu, dia terus aktif mengambil pesanan dan penghantaran menerusi pos laju sekali gus memudahkan ianya sampai terus kepada pelanggan. Justeru itu kini sudah menjadi rutin buatnya menyediakan bungkusan untuk penghantaran yang membabitkan pesanan di luar Melaka. Selain menjalani latihan harian seperti yang biasa dikemukakan jurulatih untuk mengekalkan stamina walaupun sudah lama tidak turun ke padang sepanjang PKP. Dia terus berharap akan kembali menjalani latihan lebih agresif selepas tamat tempoh PKP nanti.

Berlainan pula kes mengenai gula melaka di Georgetown Pulau Pinang dimana pasan
gan suami isteri tidak menyangka 6,000 biji kuih keria gula Melaka yang dijual di gerai tepi Jalan Mahsuri, Bayan Baru laris dalam masa tempoh kurang empat jam sejak mula mereka beroperasi. Pengusahanya Nur Amalina dan suami Muhammad Arief tidak menduga kuih warisan yang disaluti dengan cairan keras gula Melaka itu mendapat sambutan menggalakkan pelanggan pelbagai usia dan kaum. Idea membuka perniagaan secara kecil-kecilan timbul selepas mereka menikmati kemanisan juadah tradisional tersebut di gerai milik rakan yang juga pengasas produk makanan itu di Seberang Jaya. Mereka terlintas membuka peniagaan kuih keria yang semakin menjadi sebutan dalam kalangan penggemar di kawasan Bayan Baru dan beberapa bandar lain. Pada hari pertama shaja sebanyak 1,000 biji laris dijual dalam tempoh tiga jam gerai dibuka pukul 11.30 pagi dan kemudiannya digandakan kepada 2,200 sehingga 3,000 biji pada hari kedua serta ketiga. Belum tiba pukul 5.30 petang, kuih habis dijual. Memang mereka tidak menang tangan apabila dalam kurang tempoh lima minit sahaja sebanyak 50 biji kuih keria sudah dibeli pelanggan yang beratur lebih awal. Beliau yang juga bekerja sebagai jururawat di pusat dialisis dakwa perniagaan francais itu juga bagi membantu menambah serta menjana pendapatan mereka ketika negara masih bertarung dengan pandemik Covid-19. Pasangan ini juga dibantu dua pekerja wanita yang masing-masing terjejas ekoran pandemik Covid-19. Seorang daripadanya peniaga pasar malam manakala seorang lagi bekas pekerja kilang yang ditawarkan pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diberi gaji secara bulanan. Kuih keria gula Melaka itu dipasarkan pada harga RM9.50 untuk 10 biji, RM15.20 (16 biji) dan RM19 (20 biji). Ini yang dikatakan bahawa oerniagaan akan memberi rezeki. 

Terdapat satu berita viral dilaporkan dalam media dimana terdapat serpihan kayu yang terdapat dalam gula melaka. Ia merupakan satu ancaman kesihatan kepada pengguna jika tidak diperiksa dahulu akan bahan produk gula melaka digunakan. Video dan foto dipaparkan menunjukkan apabila sketul 
gula Melaka mengandungi sekurang-kurangnya satu penapis teh habuk kayu (Sila lihat foto disebelah). Kejadian tersebut yang berlaku di Cheng, Negeri Melaka ini mengejutkan ramai pengguna. Perkara ini telah dikesan wanita dan ibunya ketika memproses gula terbabit untuk membuat kuih. Beliau adalah Pn Norazni Othman berumur 40 tahun yang juga jurutera di syarikat swasta di Melaka seakan tidak percaya selepas mengalami sendiri pengalaman itu. Dakwanya dia membeli dua paket gula Melaka di Pasar Besar Bachang, Melaka dengan satu paket berisi lima ketul gula Melaka untuk digunakannya. Pernah ada dimana ibunya memberitahu ada habuk kayu dalam gula melaka tetapi dia tidak percaya sehinggalah bila dia sendiri hendak memproses tiga ketul gula Melaka untuk membuat kuih. Apabila gula tersebut dicairkan dan ditapis amat terkejut di dapati ada ketulan dalam keadaan bergulung-gulung. Selepas dikeringkan amat hairan apakah benda itu dan setelah diteliti merupakan habuk kayu. Beliau kemudian telah memuat naik status dan gambar habuk kayu berkenaan di Facebook (FB) miliknya untuk mengetahui sama ada rakan FBnya pernah melalui pengalaman yang sama. Respon diterima adalah dimana ada yang mendakwa habuk kayu memang ada digunakan dalam memproses gula Melaka, namun dia tetap berasa hairan kerana gula Melaka lain tidak mempunyai habuk kayu. Kemudian dia harap pengguna lebih berhati-hati dan jika sudah membeli gula Melaka perlulah mencairkannya dan menapis dulu kerana dibimbangi mungkin boleh termakan benda itu (habuk kayu). Dilihat lanjut ada habuk kayu yang agak besar dan tajam. Dua hari kemudian dia ke pasar berkenaan untuk memaklumkan kepada peniaga di situ mengenai kejadian yang menimpanya dan seterusnya memberitahu pada peniaga. Kemudian peniaga tersebut respon dimana dia tidak menafikannya, malah mengakui ramai pengguna yang mengadu berkaitan perkara sama. Beliau memang tidak menyalahkan peniaga kerana mereka mendapat stok gula Melaka daripada pembekal dan tidak tahu-menahu kandungan setiap ketul gula terbabit. Dalam hal sama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung perkara itu. Bagaimanapun, isu gula Melaka bercampur dengan habuk kayu ini akan disiasat oleh Jabatan Kesihatan negeri. Semug a semua pembaca artikel ini akan lebih berhati-hati dengan isu viral ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
GULA MELAKA... ASALNYA NIRA...
DIMASAK LAMA...MEMBEKU DIA...
BANYAK MAKANAN... ENAKNYA...
AWAS... HABUK KAYU DALAMNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 JamadilAkhir 1442H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.