Thursday, December 10, 2020

TERNAKAN BABI DI PERAK - TERTINGGI

NEGERI PERAK
yang merupakan sebagai negeri bijih timah dahulu kini telah disahkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai 'juara' didalam jumlah tertinggi populasi babi. Selain muncul sebagai negeri paling tinggi dalam penternakan itik di Malaysia, terkini Negeri Perak juga terus unggul sebagai negeri yang paling banyak ternakan babi di negara ini seperti yang dilaporkan oleh banyak media termasuk portal Bernama. Ini dilaporkan berdasarkan kepada Indikator Pertanian Terpilih 2020 diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Disember 2020 dimana negeri itu berjaya menternak 545,258 ekor babi secara komersial pada 2019 (Sila lihat foto diatas). Jumlah penduduk di Perak adalah seramai 2.23 juta orang atau 4 kali ganda jumlah babi. Daripada jumlah tersebut seramai 57.1% (1.386 juta) adalah Melayu Bumiputera, 29% (253,061 orang) kaum Cina dan 11% (253,061 orang) kaum India dan bakinya lain-lain bangsa (Sumber data: Perak, Wikipedia). Fakta ini memang agak menarik kerana jumlah babi adalah duakali ganda kaum Cina. untuk dikupas didalam artikel ini bagaimana industri ini terus berkembang dinegeri tersebut walau pun di Negeri Sembilan dahulu pernah seakan menjadi 'medan perang' akibat serangan virus nipah atau JE yang mana ia menyebabkan maut kepada beberapa pekerja di ladang babi tersebut. Fakta ini yang dilaporkan DOSM yang turut menyatakan Perak telah mengatasi Negeri Sarawak yang berada di tempat kedua dengan 427,037 ekor babi, ketiga adalah Pulau Pinang (320,165), keempat adalah Selangor (265,847), ke lima Negeri Johor (262,178), ke enam adalah Sabah (84,055) dan kedudukan ketujuh adalah negeri kecil Melaka (41,328). Laporan menyatakan dimana apa yang menarik apabila ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sifar langsung ternakan babi. Selain itu di Terengganu dan Perlis yang bebas mana ia haiwan berkenaan (Jangan keliru dengan kewujudan babi hutan) yang berada di Wilayah Perseketuan, Perlis dan Terengganu yang banyak juga jumlahnya. Dilaporkan dimana Kelantan muncul sebagai negeri paling sedikit populasi ternakan babi iaitu 84 ekor sahaja sepanjang tahun lalu diikuti Negeri Sembilan (629), Kedah (1,911) dan Pahang (3,893). Ia adalah fakta juga dimana rakyat Perak juga boleh berbangga sebagai negeri paling tinggi ternakan itik di Malaysia iaitu jumlah direkodkan sebanyak 7,463,087 ekor pada tahun 2019 dimana iaitu adalah jauh meninggalkan ternakan itek di Johor dengan jumlah sebanyak 1,096,806 ekor. Manakala tempat ketiga diraih oleh Pulau Pinang sebanyak 907,413 ekor disusuli dengan Kedah (570,605), Melaka (82,985), Sabah (46,227), Kelantan (40,650) dan Terengganu (23,832). Dilaporkan dimana negeri yang paling kurang ternakan itik pula ialah Selangor dengan hanya 2,687 ekor diikuti Perlis (2,766), Negeri Sembilan (15,152), Pahang (19,005) dan Terengganu (23,832). Laporan kajian DOSM itu turut melaporkan tiada ternakan itik secara komersial ujud sepanjang tahun lepas di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Artikel ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya akan mengupas laporan media menyatakan statistik ternakan termasuk babi, itek dan ayam sebagai bahan rujukkan semua.

Penulis blog mendapati laporan Jabatan Statistik ini menyatakan dimana 
Johor muncul sebagai negeri ternakan ayam paling besar di Malaysia apabila DOSM merekodkan 67,739,091 ekor pada tahun lalu berbanding saingan terdekatnya iaitu Negeri Perak yang mencatatkan sejumlah 39,897,038 ekor ayam. Tempay ketiga adalah Negeri Sarawak (33,903,152), Melakatelah sebanyak 28,861,968 ekor, Kedah (22,214,035 ekor), Selangor (21,006,350 ekor) dan Negeri Sembilan (20,391,278 ekor). Ternakan ayam daging mendominasi jumlah penghasilan daging ayam dan ini diikuti dengan ternakan ayam telur. Malaysia mempunyai bekalan daging ayam yang mencukupi sama seperti bekalan telur ayam. Ternakan ayam menyaksikan dimana aktiviti ternakan ayam adalah terendah di Perlis dengan sejumlah 697,572 ekor diikuti Terengganu (2,791,431), Sabah (5,806,236), Kelantan (6,014,923), Pulau Pinang (12,172,986) dan Pahang (12,769,836). Dalam pada itu disahkan oleh Jabatan Perangkaan dimana sebanyak tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan langsung tiada aktiviti ternakan ayam secara komersial yang dilakukan oleh penternak di kawasan berkenaan. Ternakan ayam kampung dan burung (khususnya burung puyuh - untuk daging dan telur) masih aktif di beberapa negeri seperti di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu akhbar tempatan ada juga melaporkan dimana h
arga daging babi tidak  mengalami kenaikan hanya kerana beberapa pusat penyembelihan di Perak serta Pahang ditutup selama tiga hari. Menurut kenyataan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak iaitu Dr Fuziah Muhayat dimana pusat penyembelihan yang ditutup sejak Selasa lepas sudah dibuka semula. Ini ditutup untuk selama seminggu dan ia hanya tiga hari sahaja kerana penternak akan menjalankan pemeriksaan khas bagi tujuan mengelakkan jangkitan penyakit. Dalam pada itu tempat penyembelihan babi memang sudah dibuka semula pada petang Jumaat kemudiannya. Perkara ini dilaporkan tidak akan wujud isu yang mengatakan (penutupan) tempat penyembelihan menyebabkan harga di pasaran bakal meningka. Dr Faiziah mengulas laporan The Star sebelumnya berhubung ura-ura kenaikan harga daging babi ekoran dari penutupan rumah penyembelihan di Perak dan Pahang sejak Rabu sebelum ini. Presiden Persekutuan Persatuan Pengedar Daging Babi tempatan dikenali sebagai Chan Nyen Loong dilaporkan  dimana pengguna di Lembah Klang mungkin perlu membayar harga lebih tinggi iaitu susulan gangguan bekalan daging babi akibat penutupan rumah penyembelihan di dua negeri itu sekurang-kurangnya seminggu. Kini Negeri Perak merupakan antara pengeluar babi utama di Malaysia yang mengeluarkan kira-kira 900 kilogram bekalan untuk memenuhi permintaan pasaran Lembah Klang setiap hari. Berdasarkan kepada analisa risiko serta aktiviti pemeriksaan di 78 ladang babi di Perak dalam tempoh tiga bulan telah mendapati dimana semua ternakan terbabit bebas daripada jangkitan penyakit kuku dan mulut. Beliau berkata, jabatannya pada Selasa lalu menerima aduan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang mengatakan ada babi yang dibawa dari negeri itu dikesan dijangkiti penyakit kuku dan mulut di Rumah Sembelih Kuantan. Dilaporkan dimana pada hari Rabu sebelumnya dimana terdapat sebanyak tujuh ladang babi di Pulau Pinang dilaporkan berdepan denda sehingga RM25,000 kerana menyembunyikan kes 690 ekor babi didapati dijangkiti penyakit kaki dan mulut (FMD). Semenjak itu pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang mengkuarantinkan ternakan terbabit dalam usaha mengawal.

Aktiviti p
enternakan babi ialah proses pembiakan babi domestik sebagai ternakan dan ia merupakan csejenis aktiviti dalam penternakan. Babi diternak terutamanya untuk makanan dimana ia memang terkenal dengan pelbagai kaedah dan cara dalam penternakan daripada sebagai satu unit komersial yang intensif, perusahaan pelbagai komersial, atau ladang yang luas. Penternakan babi ladang disimpan dalam jumlah kecil dan rapat dengan kediaman pemiliknya atau di kampung atau bandar yang sama dibeberapa negara tetapi di Malaysia perlukan lesen khas menternak babi yang khusus.  Semua bentuk ladang babi ini ada digunakan hari ini dikawal walaupun ladang intensif ialah yang paling popular kerana potensi mereka untuk meningkatkan banyak babi dengan cara yang sangat cekap. Di negara-negara maju biasanya rumah ladang komersial dengan populasi sehingga beribu-ribu ekor babi di bangunan terkawal dengan iklim dengan sedikit pendedahan kepada cahaya matahari atau di luar rumah. Babi ialah bentuk ternakan yang popular dibanyak negara luar iaitu dengan lebih daripada satu bilion babi disembelih setiap tahun di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut sebanyak 100 juta ekor adalah di negara Amerika Syarikat. Kebanyakan babi digunakan untuk makanan manusia tetapi juga produl lain dengan membekalkan kulit, lemak dan bahan lain untuk ia digunakan sebagai pakaian, bahan untuk makanan diproses, kosmetik  dan kegunaan perubatan. 

Lazimnya a
ktiviti-aktiviti di ladang babi bergantung kepada cara penternakan petani, dan terdiri daripada intervensi yang sangat sedikit kepada sistem intensif di mana babi terkandung di dalam bangunan untuk majoriti masa kehidupan mereka. Setiap ladang babi akan cenderung menyesuaikan diri dengan keadaan tempatan dan bekalan makanan dan sesuai dengan amalan mereka kepada keadaan khusus mereka. Biasanya diantara beberapa faktor yang boleh mempengaruhi jenis ladang babi di mana-mana lokasi penternak untuk dilesenkan  iaitu bekalan makanan yang tersedia sesuai untuk babi. Faktur lain adalah tahap keupayaan untuk mengatasi masaalah kumbahan najis babi termasuk untuk dijadikan baja atau keluaran lain dari operasi babi. Bagaimana oun di Malaysia isu penternakan babi inii sangat sensitif kerana majoriti daripada penduduknya beragama Islam yang melarang menyentuh babi. Masaalah penyakit atau keadaan setempat lazimnya akan turut juga mempengaruhi pertumbuhan babi atau fecunditi dimana ada isu keperluan tempatan, termasuk undang-undang zon dan enakmen kerajaan negeri.  

Dalam pada itu di Melaka k
erajaan negeri akan memperkenalkan dan menggunakan sistem penternakan babi secara tertutup bagi tujuan untuk menggantikan sistem perternakan babi cara lama atau konvesional. Sistem penternakan secara tertutup  juga adalah merupakan kaedah terbaik yang dijamin membawa persekitaran bersih terhadap sesebuah kawasan dan juga lingkungan kawasan penternakan babi. Kini sistem penternakan babi tertutup diyakini dapat mengurangkan keresahan masyarakat setempat terhadap (kebersihan) sesebuah kawasan. Sistem ini telah lama digunakan oleh penternak ayam, itik dan ternakan lain sebelum ini, justeru kaedah ini akan digunakan di Melaka untuk penternak-penternak babi menternak haiwan ternakan mereka. Diakwa sistem penternakan babi secara tertutup akan dibincangkan lebih mendalam bersama penternak-penternak babi di Melaka dalam kadar segera. Perbincangan lanjut disebabkan sistem pernternakan babi secara tertutup membabitkan nilai kos (modal menyediaan kandang babi cara moden) di mana kerajaan negeri akan mengkaji nilai-nilai tersebut sebelum diguna pakai. Namun, sistem penternakan babi tertutup ini sedikit demi sedikit akan diguna pakai di negeri ini kerana pembaharuan (penternakan babi), sistem ternakan babi cara lama (open house pig system) perlu dinaik taraf dan digantikan dengan sistem ternakan babi secara tertutup. Kini dijelaskan dimana prestasi pengeluaran haiwan-haiwan ternakan Melaka terus meningkat dari RM1.473 juta pada tahun 2016 ke RM1.477 juta pada tahun 2017. Diatas kapasiti ini lebih-lebih lagi pengeluaran telur ayam, ia membolehkan lebihan pengeluaran di eksport ke luar negara khususnya ke Singapura. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology!....
MENTERNAK HAIWAN... PELBAGAI CARA...
NEGERI PERAK.... BABI DIA JUARANYA....
PENGURUSAN BAIK... KAWAL KOTOANNYA...
ORANG PERAK... BAGAIMANAKAH ANDA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1442H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.