Thursday, December 3, 2020

KUIH KALAKATAR - ASAS KELAPA

KUIH KALAKATAR merupakan sejenis makanan mayarakat  orang Banjar di Perak yang mungkin ramai orang Malaysia kurang mengetahuinya. Bagaimana pun pada bulan Oktober 2020 Program Majalah 3 di TV3 telah membuat satu penjelasan bagaimana kuih tradisional ini dibuat dan disediakan. Ada juga dakwaan dimana kuih ini ada di tempat lain ia dipanggil Bingka Kelapa Muda kerana komponen utama kuih ini adalah isi kelapa muda. Memang kempen minum air kelapa muda telah lama di promosikan oleh Kementrian Pertanian semenjak awal tahun 1980'an oleh Menteri masa itu iaitu YB Sanusi Junid. Sehingga kini minuman air kelapa muda sudah menjadi satu minuman yang sangat popular di Malaysia. Minuman air kelapa muda kini bukan sahaja dihidangkan sebagai minuman biasa akan tetapi telah dijual menjadi minuman popular iaitu 'Coconut Shake' yang sangat enak. Bagi penulis blog rasanya ada dua kali dapat ujirasa kuih Kalakatar ini semasa penulis blog berkunjung dan bertugas di Perak dahulu cuma kurang ambil berat mengenai kehadiran kuih ini. Mungkin persoalan asas adalah pernahkah antara pembaca ini makan kuih Kalakatar?. Kepada mereka yang pernah memakannya tentu ada yang suka dan mungkin hanya segelintir yang tidak suka. Ini kerana kuih tradisi masyarakat Banjar ini pun bukan senang untuk kita mendapatkannya. Kalakatar atau bingka kelapa ini sangat popular hanya ada disediakan terutamanya bila tibanya bulan Ramadan. Kalakatar itu membawa maksud ‘ketika panas’  amat sesuai dengan namanya sebab kuih ini begitu enak jika dimakan ketika masih panas lagi. Mengikut cerita orang-orang lama kaum Banjar, nama Kalakatar sebenarnya membawa maksud ‘ketika panas’ iaitu kombinasi dua patah perkataan ‘kala’ bererti ketika dan ‘katar’ yakni panas. Jadi, tidak hairanlah, kuih tersebut yang juga dikenali dengan nama bingka atau bengkang, dikatakan sangat enak dimakan ketika panas sama ada dibakar dengan menggunakan sabut kelapa atau ketuhar. Artikel subuuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" menulis mengenai kuih kalakatar sekadar berkongsi info dengan pembaca semua.

Apa pun memang kuih kalakatar ini menggunakan t
epung gandum dan tepung beras sebagai bahan asas. Dalam pada itu bahan wajib ada adalah komponen air kelapa muda dan isi kelapa muda pula antara bahan utama dalam adunan kuih ini. Lebih enak didakwa iaitu jika isi kelapa masih lagi berlendir-lendir yang masih lembut dan manis akan terasa lemaknya. Teknik semasa membakar juga turut didalam mempengaruhi rasa kalakatar kerana cara membakarnya amat berbeza dengan menyediakan kuih biasa. Jika pembaca blog anim agro technology ini ingin ujirasa kuih kalakatar original maka kenalah kekalkan rasa tradisi dimana semasa anda membakar kuih kalakatar sebaiknya menggunakan sabut kelapa. Asas membuat kuih ini air kelapa muda, isi kelapa muda dan tepung beras i ni memang istimewa bagi masyarakat Banjar di Perk. Memang ramai kalangan generasi muda kurang mengatahui dan menyediakan kuih kalakatar ini. Antara bahan-bahan membuatnya termasuklah sebanyak 1.5 cawan tepung beras, 0.5 cawan tepung gandum, 1 cawan gula, 2 biji telur, 6 cawan air kelapa muda (kalau hendakkan tekstur kuih keras sedikit makan boleh masukkan sebanyak 5 cawan air sahaja). Bahan lain adalah sebanyak 2 cawan isi kelapa muda dan 0.5 sudu teh garam serta hirisan isi atau dagung kelapa muda.

Apabila semua bahan ini diperolehi makan ia perlulah diproses membuat kuih kalakatar. 
Cara terbaik membuatnya dimulakan dengan mendapatkan kelapa muda yang elok dan dikeluarkan air serta isinya. Pertama sekali perlu dicampurkan dan cara menggaulkan bahan tepung, gula, telur, garam dan air kelapa di dalam satu bekas. Kemudian bahan adunan atau pun bahan campuran tadi yang sudah sebati digaul perlu di tapis dan ditadah didalam dalam bekas seperti mangkuk atau periuk. Ia perlu ditapis yang bertujuan untuk mempastikan tiada tepung yang berketul atau bergentel. Seterusnya dimasak adunan dalam periuk dengan menggunakan api sederhana sehingga naik wap dimana ia boleh dilakukan teliti dan juga sentiasa gaul. Cara membakar tradisional adalah dengan meletakkan api dibahagian bawah dan bahagian atas. Bagaimana pun dirumah sekarang jika ada 'oven' maka ia lebih mudah. Kemudian masukkan pula ke dalam dulang yang disapu dengan sedikit minyak dan boleh juga ditaburkan isi kelapa muda kemudian dibakar selama 1.5 jam dengan suhu kepanasan 200 celcius sehingga masak. Keluarkan kuih ini dan boleh dipotong dan dihidangkan.

Dalam akhbar Sinar Harian dengan artikel bertajuk ''Kuih Banjar satukan 220 waris'' di Taiping memang berkaitan dengan artikel ini. 
Keenakan kuih banjar dan aktiviti permainan asli tradisional kampung berjaya menyatukan 220 waris keluarga tiga beradik dari tiga negeri dalam satu program jalinan kasih kali ke-7 dipanggil 'tahagaan kulaan'. Koordinator program Abdul Hadi dakwa jawatankuasa penganjuran majlis alumni keluarga tiga beradik membabitkan ahli keluarga pelbagai generasi. Ia juga  melibatkan generasi tiga beradik tersebut seramai 500 orang, pihaknya bersyukur sambutan kehadiran 220 waris dari generasi keempat hingga keenam dengan acara masih memberangsangkan dan meriah. Bagi menganjurkan pertandingan khas membuat kuih tradisional Banjar antara 13 wakil keluarga utama bagi membolehkan waris keluarga dapat mengenali kuih tradisi masyarakat itu yang terkemuka seperti balungan hayam, wadai kiping dan kalakatar di samping mempelajari kaedah dan cara menghasilkan kuih tersebut. Amalan masyarakat tradisional Banjar yang berkait rapat dengan keturunan mereka seperti membuat gubahan bunga menggunakan bahan terbuang turut diperkenalkan dalam majlis itu. Program jalinan kasih yang dianjurkan secara tahunan membolehkan kesemua waris keluarga hadir saling mengenali dan mampu mengeratkan hubungan silaturahim sedia ada. Program jalinan kasih waris keluarga tiga beradik itu bertujuan untuk memastikan hubungan silaturahim terjalin akan terus berpanjangan dan tidak terputus dalam kalangan generasi muda. Tradisi penganjuran program di negeri berlainan pada setiap tahun akan diteruskan dan semua berharap lebih banyak aktiviti kebudayaan dan kekeluargaan berasaskan tradisi masyarakat Banjar dapat dianjurkan untuk memupuk hubungan erat sesama mereka. Pihaknya berharap majlis jalinan kasih sebegini dapat dianjurkan sendiri oleh generasi keluarga lebih muda demi kelangsungan hubungan keluarga teguh. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KUIH BANJAR... KALKATAR NAMANYA...
AIR KELAPA MUDA... BAHAN UTAMA...
KUIH DIBAKAR... UNIK KAEDAHNYA...
MEMANG ENAK... KENALAH UIJRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Safar 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.