KELAPA MAWA (Cocos nucifera) merupakan satu varieti kelapa hibrid (kacukan) yang mana kini ianya semakin dilupakan apabila sukar untuk kita mendapatkan buah dan benihnya. Kelapa MAWA yang didaftarkan dalam Senarai Varieti Tanaman Kebangsaan di Jabatan Pertanian Malaysia dengan nombor rujukkan CN3 ini ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada proses pendebungaan silang diantara varieti Kelapa Rendah Malaya (MRD/MYD) dan Kelapa Tinggi Afrika Barat (West African Tall - WAT). Ketinggian pokok kelapa MAWA ini boleh mencapai sehingga 15 meter bergantung kepada umur pokok dan pengurusan tanaman. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (Pokok Kelapa Rendah Malaya dan WAT). Penulis blog mendapati dimana potensi bilangan buah setandan ialah 14-16 biji bagi pokok yang matang. Bagaimana pun penulis blog memberi peringatan dimana buah Kelapa Mawa matang yang dipetik atau gugur tidak boleh dijadikan benih untuk tanaman baru. Ini kerana semua kelapa hibrid F1 akan menghasilkan buah yang mana ia adalah buah F2 yang tidak boleh dijadikan baka bagi kelapa hibrid tersebut. Penanaman kelapa MAWA dilaporkan rancak sebaik sahaja ia dilancarkan dimana benih CN3 ini ada di keluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan beberapa buah estet swasta, Bagaimana pun kini boleh dikatakan sudah tidak ada anakbenih kelapa MAWA F1 yang masih dikeluarkan apabila Jabatan Pertanian menghentikan benih kelapa tersebut sekitar tahun 1990'an (salah satu pusat yang menghasilkan kelapa MAWA adalah Stesyen Pertanian Kongkong, Masai, Johor) yang mana tapak plot tersebut telah dijadikan Lebuhraya Senai-Desaru. Penulis blog juga terlibat dengan pemeriksaan ladang benih pihak Estet NFLCS di Sg Siput, di Perak pada tahun 2015 yang kemudian mereka telah menghentikan pengeluaran benih MAWA digantikan dengan aktiviti pengeluaran kelapa Matag seterusnya. Artikel pada subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai kemungkinan menjadikan kelapa hibrid MAWA yang mula dilupakan sebagai salah satu pilihan kepada petani di Malaysia untuk ditanam secara komersil dimasa akan datang.
Penggunaan perkapita kelapa bagi rakyat Malaysia adalah sekitar 17 - 18 biji seorang setahun. Banyak makanan dan produk lain yang dihasilkan daripada pokok kelapa dari bahagian buahnya, batangnya, daunnya dan sebagainya. Malaysia kini tidak dapat untuk menampung keperluan buah kelapa negara dan perlu mengimport sebanyak antara 150 - 180 juta biji setahun daripada negara jiran Indonesia terutama untuk diproses disekitar 20 buah kilang kelapa di Malaysia. Kebergantungan import kelapa ini hanya boleh diatasi dengan program pengluasan tanaman kelapa di Malaysia dengan perancangan yang treatur. Penulis blog dapati asas bagi menambah pengeluaran kelapa di Malaysia adalah dengan menentukan keperluan anakbenih kelapa varieti berkualiti disediakan. Kebanyakan benih hibrid seperti kelapa Matag dan Kelapa MAWA sudah kurang dan tidak mencukupi untuk pengluasan kawasan tanaman kelapa. Pada peringkat awal penamanan kelapa perlu ada kaedah bekalan benih yang ditetusahkan oleh pihak berwajib sebelum ianya ditanam. Sebagai contoh penulis blog dapati telah ramai petani 'tertipu' dengan menanam benih kelapa Matag F2 yang tidak tulin dan akhirnya kecewa. Kini penulis blog juga dapati memang agak 'sukar' untuk mendapatkan kelapa MAWA F1 yang proses penyediaannya adalah sama dengan penyediaan kelapa Matag F1. Dalam membuat 'searching' pada google bagaimana pun ada beberapa buah nurseri yang ada iklan menjual benih kelapa MAWA. Penulis blog menasihatkan pembeli agar memeriksa akan ketulinan benih tersebut kerana kemungkinan bahawa kemungkinan besar benih tersebut adalah benih kelapa MAWA F2 yang diambil daripada pokok kelapa MAWA F1 yang berbuah (Sila lihat foto disebelah). Pembeli akan dikelirukan kerana anakbeniih tersebut adalah sebenarnya benih MAWA cuma ia adalah anakbenih MAWA F2 yang tidak disyorkan untuk dibeli dan ditanam.
Penulis ingin membuat sedikit analisa bagaimana berlaku akan kegagalan penanaman kelapa MAWA ini secara penelitian dan persepsi. Ramai dulu dikalangan penanam yang pernah kecewa apabila buah kelapa hibrid MAWA ini dihasilkan kerana ia bersaiz kecil (ada juga yang menggelarkannya sebagai 'Kelapa Kepala Monyet' sahaja) dan agak sukar untuk dipasarkan. Pihak FAMA sendiri telah menggredkan kelapa hibrid MAWA sebagai 'Kelapa gred C' atau Off-Grade iaitu kelapa yang kecil dan sukar dijual runcit pada waktu itu. Pembeli tidak mahu membeli apabila melihat saiz kelapa yang kecil tersebut jika mereka mula untuk membandingkannya dengan Kelapa Malayan Tall (CN1) yang selama ini memonopoli pasaran runcit yang buahnya bersaiz besar. Penulis blog difahamkan kemudian kelapa itu pun pihak peraih dan FAMA sendiri tidak mahu mengambilnya di kebun bagitu juga pihak kilang pemprosesan kelapa. Pihak penyelidik dan kerajaan yang melancarkan kelapa MAWA bagaimana pun sudah diberitahu dimana kelapa MAWA memang sangat baik dari segi kualiti dan kuantiti santan yang dihasilkannya. Walau pun saiz buahnya kecil akan tetapi isi daging putih didalamnya adalah sangat tebal selain daripada kualiti santannya yang sangat baik (Sila lihat foto disebelah). Apa pun akhirnya petani sudah tidak mahu menanam kelapa MAWA dan ada dilaporkan dimana kalangan penanam kelapa MAWA yang terus sahaja menebang pokoknya yang sudah berhasil. Penulis blog ingin nyatakan dimana 'belum tentu barang baik akan diterima ramai' seperti kehebatan kelapa MAWA. Rupanya manusia ini hanya melihat rupa luaran pada kelapa MAWA yang kecil akan tetapi 'kurang percaya' kehebatan kuanlitinya.
Potensi untuk digalakkan semula penanaman kelapa MAWA boleh di lakukan jika dirancang dengan baik. Pertama sekali adalah perlunya pihak tertentu dalam mengeluarkan semula anakbenih kelapa MAWA F1 yang berkualiti. Pihak pekebun kecil dan estet swasta perlu dilibatkan didalam penanaman kelapa MAWA ini dengan sistematik daripada penanaman, penjagaan sehingga kepada pemasarannya. Melihat kepada perbandingan diantara Kelapa MAWA, Kelapa MATAG dan Kelapa Malayan Tall diatas menunjukkan dengan jelas dimana kelapa MAWA adalah setanding dengan penghasilan kelapa MATAG dan jauh lebih baik daripada kelapa Tinggi Malaya. Pada tahun ke 4 selepas ditanam pokok kelapa MAWA didapati mampu menghasilkan sebanyak 16,200 biji sehektar sementara kelapa MATAG hanya sebanyak 9,800 biji sahaja. Kelapa Malayan Tall hanya berbuah pada tahun ke 5 dengan hanya 1,150 biji sahaja. Pada tahun ke 10 didapati sebanyak 23,500 bijii kelapa dihasilkan oelh MAWA sementara sebanyak 27,600 oleh MATAG dan hanya sekitar 9,200 biji bagi Kelpa Malayan Tall. Melihat seterusnya pada tahun ke 20 dimana pengeluaran hasil kelapa MAWA adalah paling tinggi iaitu sebanyak 28,600 biji sehektar sementara sebanyak 28,000 biji sehektar bagi kelapa MATAG dan cuma 9,300 biji/ha bagi kelapa Malayan Tall. Jadual diatas menunjukkan potensi penanaman kelapa MAWA untuk diperkenalkan semula secara komersil di Malaysia. Bagi pihak pengilang kelapa juga perlu ada sedikit pengubahsuaian mesin bagi mengupas biji kelapa bagi memproses kelapa MAWA yang kecil akan tetapi memebrikan jumlah santan yang setara atau lebih baik. Perlu ada strategi betul oleh kerajaan melalui MAFI didalam menentukan halatuju pembangunan industri kelapa dimasa akan datang. Semuga artikel ini dibaca semua pihak dan memberikan info berguna dalam blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUAHNYA KECIL... HIBRID VARIETINYA...
CARI BENIH F1... BARU DITANAM JUA...
HASIL MENINGKAT... MAKMUR NEGARA..
By,
M Anem,
Senior Agroomist Expert,
Precint 11 F/3, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 JamadilAwal 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.