Thursday, December 31, 2020

SEKURITI MAKANAN DI MALAYSIA

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN
Malaysia telah dibentuk dan diluluskan oleh kabinet pada 2003 seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM I), 1996-2000. Dasar ini adalah bertujuan memantapkan usaha memerangi masalah kekurangan pemakanan dan penyakit kronik yang berkaitan dengan pemakanan. Ia menggariskan hala tuju untuk pembangunan dan pelaksanaan bagi semua aktiviti pemakanan dan yang berkaitan dengannya di negara ini. Dalam Kenyataan Dasar dinyatakan dimana Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia berusaha memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan. Dasar ini bertujuan untuk memastikan agar segenap lapisan masyarakat mendapat bekalan makanan yang mencukupi, berzat selamat dan berkualiti. Ia menggalakkan dan menyokong strategi bagi amalan pemakanan yang sihat. Dasar ini juga akan menyepadukan dan menggemblengkan usaha pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan serta penampilan program makanan dan pemakanan yang berkesan dan mampan. Matlamat Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia bertujuan memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan untuk membolehkan mereka menyumbang secara berkesan ke arah pembangunan negara, selaras dengan Wawasan 2020. Dalam pada itu objektif dasar adalah untuk meningkatkan dan juga mengekalkan kesejahteraan semua penduduk melalui pemakanan. Ia juga akan memastikan bekalan makanan yang terjamin untuk semua lapisan masyarakat. Ketiga adalah untuk mengukuhkan hubungan antara sektor yang terlibat dalam pembangunan serta pelaksanaan semua aktiviti pemakanan dan yang berkaitan dengannya di negara ini. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat dariada MOH dan MAFI mengenai dasar pemakanan dan keselamatan makanan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Makanan bukan sahaja merupakan satu komoditi pertanian dan perdagangan tetapi yang lebih penting ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan awam. Dengan itu kemampuan untuk mengekalkan serta perkembangan di dalam sektor makanan bergantung kepada keberkesanan program keselamatan makanan yang bertujuan untuk melindungi pengguna daripada ancaman kesihatan dan penipuan, disamping mengalakkan perdagangan makanan. 
Memandangkan kemungkinan kesannya kepada ekonomi dan kesihatan awam terutamanya semasa krisis keselamatan makanan, kepentingan keselamatan makanan atau pengurusan risiko (risk management) tidak boleh dipandang ringan. Kemajuan dan perkembangan di dalam bidang sains dan teknologi telah melipatgandakan pengeluaran pertanian dan makanan. Walaupun ini mendatangkan manfaat, akan tetapi tanpa sebarang pengawalan ia boleh menimbulkan risiko yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Jika ada perubahan dalam citarasa dan kecenderungan pengguna serta peningkatan pendapatan telah memainkan peranan utama untuk mempelbagaikan pilihan dan kebolehdapatan (availability) makanan. Di samping itu keadaan globalisasi perdagangan makanan, peningkatan kebergantungan ekonomi dan pertukaran budaya juga telah beransur-ansur mempengaruhi penerapan pelbagai citarasa dan aspek kecenderungan pengguna. Ini telah mengakibatkan berlaku kemasukkan pelbagai jenis makanan secara meluas ke dalam pasaran, menjadikannya satu bebanan kepada kerajaan kerana sumber yang terhad bagi menjamin keselamatan makanan. Pelaksanaan perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa dan serantau akan terus meliberalisasikan perdagangan makanan dan ini mengakibatkan kemasukkan makanan ke dalam pasaran secara mendadak. Dengan termeterainya Perjanjian Sanitary and Phytosanitary Measures(SPS) dan Technical Barriers to Trade (TBT) di bawah Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) negara-negara anggota telah dibebankan dengan kewajipan baru berkaitan keselamatan makanan dalam perdagangan makanan di peringkat antarabangsa bagi melindungi hak-hak negara anggota.

Kesemua tekanan dan cabaran ini telah mendorong kepada keperluan untuk memformulasikan dasar keselamatan makanan kebangsaan yang dirumus bersepadu. 
Dinyatakan dalam dasar ini dimana mekanisma pelaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan. Ianya digerak, dipantau dan dinilai oleh Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan dan Pemakanan (NCCFN) melalui Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM). Dasar ini sedang dalam proses semakan semula supaya selari dengan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III, 2016-2025 serta keperluan semasa, halatuju dan dasar-dasar terkini berkaitan pemakanan yang telah digubal dari dalam dan luar negara. Menurut Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Jaminan Makanan Dunia, sekuriti makanan boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana semua orang mempunyai akses fizikal, sosial dan ekonomi kepada makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat. Selain itu, makanan tersebut mestilah memenuhi keperluan pemakanan seharian untuk membolehkan manusia menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat. Peningkatan penduduk di kebanyakan negara, terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia, menimbulkan ancaman buruk kepada sekuriti makanan. Dengan pertumbuhan penduduk yang semakin pesat, permintaan untuk makanan dijangka akan meningkat sebanyak 70 hingga 100% pada tahun 2050. Oleh itu, sekuriti makanan perlu diberikan perhatian yang lebih serius kerana ianya merupakan elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia di samping memenuhi keperluan asas berjuta-juta penduduk.

Walaupun Malaysia kini mempunyai bekalan daging ayam, daging babi, perikanan dan telur yang mencukupi, kita masih lagi bergantung kepada import dari negara luar dalam pelbagai komoditi makanan seperti beras, buah-buahan, susu tenusu dan daging lembu. Pada tahun 2015, jumlah bil import makanan sahaja hampir mencecah RM45.4 bilion manakala eksport negara hanya RM 27 bilion meninggalkan defisit sebanyak lebih RM18 bilion. Jika keadaan ini berterusan maka Malaysia tidak dapat membekalkan bekalan makanan yang berterusan kepada rakyat dan berkemungkinan besar akan menghadapi krisis makanan pada masa akan datang. Kajian terbaru menunjukkan bahawa masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah lebih terdedah kepada krisis makanan disebabkan oleh saiz keluarga yang lebih besar, bilangan kanak-kanak sekolah yang banyak serta golongan ibu yang tidak bekerja. 
Dalam usaha untuk memastikan sekuriti makanan terjamin sebaiknya Malaysia dengan kerjasama institusi kerajaan dan sektor swasta berganding bahu untuk meningkatkan pengeluaran makanan ruji dengan mereka memanfaatkan agro-bioteknologi, melabur di kawasan luar bandar, dan meminimumkan peminggiran petani kecil dan pemegang saham lain. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah menganjurkan pelbagai seminar, bengkel dan memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian, firma swasta, agensi dan pemegang saham bagi memastikan bekalan makanan yang berterusan. Beberapa universiti termasuk UPM sebagai salah sebuah institusi pertanian berkedudukan tinggi di Malaysia dipercayai boleh menyumbang kepada agenda keselamatan makanan dengan menyokong inisiatif kerajaan dalam aspek sekuriti makanan.  Peranan meningkatkan kecekapan dan produktiviti makanan termasuklah merapatkan jurang teknologi yang timbul antara universiti, ladang dan sektor industri. Pelbagai kajian telah dijalankan oleh saintis untuk menangani isu-isu semasa dalam sektor pertanian seperti sektor pengeluaran, pemprosesan, keselamatan makanan, pengurusan sumber yang mampan, bioteknologi dan teknologi lepas tuai. Malaysia perlu memberi penekanan yang lebih kepada 'penghasilan makanan sendiri dan pelarasan strategik’ untuk menangani isu-isu sekuriti makanan. Sekuriti makanan adalah tanggungjawab semua orang sama ada organisasi rumah, petani, swasta atau kerajaan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SEKURITI MAKANAN... AGENDA NEGARA...
PERLU DIRANCANG... DASAR DISEDIA..
MAKAN CUKUP... SELAMAT KUALITINYA...
SATU JAMINAN... BAGI RAKYAT MALAYSIA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 RabiulAwal 1442H).

Wednesday, December 30, 2020

TANAM CILI PADI - HEBATNYA

CILI PADI (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Solanaceae yang memberikan rasa pedas kepada makanan. Tanaman cili padi merupakan tumbuhan yang hasilkan buah iaitu bahan keperluan bagi makanan yang memberikan rasa pedas. Tanaman cili ini mempunyai banyak musuh dan penyakit jika ditanam secara komersil dimana tidak banyak mempunyai teknologi yang sesuai mengatasinya. Pengalaman penulis yang banyak kali menanam cili padi mendapati diantara isu dan masaalah utama adalah serangan seperti Penyakit Kerinting Daun dan pokok diserang tidak berbuah dan akan cepat mati selepas itu. Banyak teknologi yang telah diaplikasi tetapi belum jumpa yang betul-betul 'baik punya' untuk mengatasi masaalah ini, Bekalan cili padi yang kurang dan serangan penyakit juga menyebabkan harga cili padi tidak pernah jatuh. Nama lain bagi Cili padi adalah seperti Cili api, Cili rawit (Lombok Rawit), Cabai burung, Lada Jarum atau Lada Tunggeng (kerana buah cilinya dalam keadaan terbalik) dan bermacam lagi nama tempatan lain. Pemerhatian yang saya buat mendapati cili padi ini merupakan sejenis tumbuhan sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Penanaman cili padi di Malaysia tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasannya oleh Laporan Jabatan Pertanian Malaysia kerana tidak ada kenyataan spesifik yang khusu untuk cili padi (keluasan dinyatakan bersama dengan cili merah atau cili besar). Penanaman cili padi dibuat untuk bekalan tempatan dan menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari. Adakah anda seorang yang ingin menanam cili padi? Jika jawapannya 'Ya' maka kali ini saya akan mengupas tentang Cara Menanam Cili Padi Yang Baik dan Betul untuk dijadikan panduan. Cili Padi atau Lombok Rawit adalah salah satu tanaman umumnya agak mudah di tanam kerana dapat ditanam di dataran tanah tinggi maupun di tanah rendah. Tanaman ini banyak tumbuh di negara kita dan negara lain di kawasan Asia Tenggara. Meskipun mempunyai ukuran yang cukup kecil (mini), saya fikir cili padi terkenal mempunyai tahap kepedasan yang cukup tinggi iaitu jika diukur tahap kepedasannya antara 50,000 100,000 SHU pada skala Scoville yang dikategorikan sebagai Sederhana Pedas. Apakah jenis cili padi yang anda hendak tanam?. Terdapat 4 (empat) jenis cili padi yang sesuai ditanam dikawasan kita iaitu Cili Padi Mini, Cili Padi Hijau, Cili padi Putih dan juga Cili Padi Siam (Sila baca artikel berikut untuk penjelasan - (Sila klik disini), Kesemua jenis cili ini mempunyai ciri tersendiri. Artikel petang ini saya berfikir dan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi atau kaedah penanaman cili padi dan juga laporan media mengenai penanam yang boleh dijadikan panduan anda.

Lazimnya jarak tanaman cili padi disesuaikan dengan keadaan tanah dan kesuburannya tetapi sesuai ditanam dengan jarak 50 x 100 cm, 60 x 70 cm atau pun 50 x 90 cm. Ia boleh juga ditanam didalam polibeg hitam yang disusun dikawasan lapang yang menerima banyak cahaya matahari. Cara menanam cili padi dalam polibeg juga sesuai dijalankan mengikut kehendak kerana ianya boleh dipindahkan (Lihat foto disebelah). Buat lubang tanaman sesuai dengan jarak tanaman tersebut , kemudian beri baja asas lain seperti baja organik (1 kg / lubang), Urea, TSP dan baja KCI. Campurkan ketiga baja sehingga rata dan masukan pada setiap lubang yang telah dibuat. Penyediaan benih dijalankan di tapak semaian cili padi. Sediakan tapak semaian dengan menyediakan btas berukuran 1-1.2 m lebar, 3-5 m panjang dan ketinggian batas adalah 15-20 cm. Sebaiknya ia ditutup dengan jaring kelambu. Keperluann bibi benih cili padi adalah sekitar 300 - 500 gram sehektar. Tabur benih cili diatas batas semaian yang diratakan permukannya dan buat penyiraman mengikut keperluan. 

Benih Cili Padi yang sudah berumur satu (1) bulan dalam semaian lazimnya sesuai untuk dialihkan keatas batas tanaman atau polibeg. Penanaman sebaiknya dibuat pada hari petang agar tanaman tidak layu. Secara mudahnya ciri benih cili padi yang sesuai diubah adalah seperti telah pun berumur satu bulan, Sihat atau tidak terserang hama dan penyakit dan kadar pertumbuhan tanaman seragam.  Cara penanaman benih cili padi adalah dengan menyiiram anakbenih yang akan ditanam. Pilih anakbenih yang akan ditanam dan buang plastik pada media anakbenih. Padatkan tanah disekeliling anakbenih yang telah dimasukan kelubang agar tidak rebah dan setalah itu lakukan pemeliharaan tanaman cili padi mengikut manual tanaman cili. 
Penyiraman dilakukan 2 kali sehari atau di sesuaikan dengan keadaan tanah. Kawalan rumpai dijalankan mengikut kaedah yang praktikal, murah dan cekap seperti mencabut dengan tangan (tanam sedikit dikeliling rumah). Pembajaan Cili Padi jarang dibincangkan dengan teliti kerana ada beberapa petani mendakwa elakkan menggunakan baja kimia yang boleh menyebabkan penyekit kerinting daun. Bagaimana pun secara teorinya, pembajaan cili padi mengikut syor piawaian iaitu baja UREA (200 kg/ha), TSP (200 kg/ha) dan baja KCI (150 kg.ha). Cili Padi mula berbuah 50 hari selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan tanaman. Kawalan musuh dan penyakit sentiasa dijalankan. Cili padi akan mula berbunga dan mengutip hasil apabila pokok cukup matang.

Akhbar Harian Metro dengan artikel bertajuk 'Tauke Benih Cili' menarik untuk dibaca bersama. Memang tidak 
ramai usahawan tani membabitkan diri dalam sektor menyemai benih cili padi kerana rumit dan berdepan risiko kegagalan menghasilkan pokok cili yang berkualiti. Seorang usahawan usahawan tani muda, Mohamad Idris berumur 30 tahun masih tetap berani menceburi sektor itu, malah sedia menghadapi risikonya dengan menyemai ribuan benih tanaman berkenaan khususnya untuk membantu usahawan tani Bumiputera yang baru berjinak-jinak dengan industri penanaman cili padi. Beliau yang berpengalaman menanam cili padi sejak 2012 menyatakan selepas mencapai kejayaan dalam projek pertama penanaman cili padi pada tahun itu maka dia mula menceburi sektor menyemai benih untuk usahawan tani lain. Dia memiliki rumah semai yang dilindungi sepenuhnya daripada serangan serangga perosak selain bumbung untuk menahan panas dan hujan yang amat penting bagi memastikan benih disemai tidak rosak. Dia juga ada  mendapatkan benih berkualiti tinggi daripada pembekal sebelum dirawat dengan bahan tertentu untuk membiarkannya bercambah selepas lima hari dan selepas itu dia pula akan  memindahkannya ke dalam bekas semaian di rumah semai. Lokasi semaian cili padinya di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. Dia berkata, setiap bekas semaian (tray) cilinya mempunyai 104 lubang semaian yang perlu dipastikan tidak diserang serangga perosak kerana serangan itu tidak mampu dikesan ketika anak pokok masih berada dalam lubang terbabit. Kemudian apabila anak pokok mencapai usia 20 hari maka ia sesuai dipindahkan ke dalam beg polibag di kebun yang dilengkapi sistem penyaluran paip dari tangki air utama. Apabila pokok sudah ditanam dalam beg poli, barulah saya boleh kesan sama ada benih itu benar-benar berkualiti atau sudah dicemari serangga perosak ketika berada dalam lubang semaian. Kini kebanyakan penanam cili padi tidak berminat menyemai benih walaupun untuk kegunaan sendiri kerana ia terlalu rumit dan terdedah kepada risiko serangan penyakit. Penulis blog memuji langkah beliau yang jadikan usaha menyemai cili lebih efektif mengikuti amalan MyGAP yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Berlainan pula dengan laporan Berita Harian Metro dengan artikel berjudul 'Jurutera jadi pengusaha cili padi' di Shah Alam untuk dijadikan rujukan. J
urutera itu adalah Harith Mohamed Zin berumur 38 tahun yang mengusahakan penanaman cili padi di laman rumahnya di Denai Alam, Shah Alam. Beliau menanam 200 pokok Cilibangi iaitu baka baka cili padi paling pedas mengakui tidak menyangka usahanya itu mampu memberikan pulangan agak lumayan. Seawal tiga bulan selepas penanaman dilaporkan beliau menikmati hasil tuaian pertama kira-kira 200 kilogram (kg) cili yang menjana pendapatan RM960. Sebelum ini dia mengusahakan penanaman 10 pokok Cilibangi secara manual. Program ini diperkenalkan dan menggunakan kaedah penanaman fertigasi nyata berbeza dan lebih mudah kerana ia kurang memerlukan penggunaan tenaga tetapi hanya perlu membuat pemantauan dan penyelenggaraan berkala mengikut panduan penanaman lengkap yang diberi. Pernah juga dia hampir putus asa kerana lima bakul cili belum matang terpaksa dibuang apabila banyak dahan pokok patah kerana kedudukan rumahnya yang terletak dalam laluan angin. Kaedah penjagaan lebih teliti bagi mengelakkan kejadian itu berulang termasuk memastikan pemasangan dawai sokongan pada cabang pokok serta meningkatkan prosedur pembajaan apabila mendapati daun kelihatan seperti kurang zat. Apa pun pengalamannya menarik kerana ia bukan saja membantu mengurangkan kos bagi perbelanjaan dapur malah mampu menjana pendapatan sampingan. Potensi menanam cili ini boleh menghasilka  antara 40kg hingga 200kg cili sekali tuaian berdasarkan pakej diambil iaitu antara 50 hingga 200 polibeg anak pokok Cilibangi. Terdapat pembeli yang sedia untuk  menawarkan harga belian semula RM6 bagi setiap kg cili dimana ini sekali gus membolehkan peserta yang terlibat menjana pendapatan minimum RM200 hingga lebih RM1,000 seawal tiga bulan selepas penanaman. Pakej syarikat CBB mengambil kira segala aspek berkaitan bermula daripada penanaman hingga pasaran bagi meminimumkan risiko kegagalan serta dapat memastikan peserta mampu menjana pendapatan. 

P
akej CCB yang menggunakan sistem penanaman fertigasi dilengkapi semua keperluan baja, anak pokok dan peralatan penanaman Cili Bangi untuk satu musim penanaman iaitu enam bulan termasuk perkhidmatan pemasangan sistem fertigasi, latihan praktikal serta panduan penanaman yang lengkap (SOP). Ini juga benar-benar memudahkan peserta kerana hanya perlu fokus kepada penjagaan tanaman mengikut SOP disediakan. Dari segi pemasaran hasil tanaman, Serotech turut menawarkan program belian semula kepada peserta di sekitar Lembah Klang yang mana hasil tanaman itu akan dijual di ekspo atau diproses menjadi produk hiliran seperti sos, cili jeruk dan pes cili. Penggunaan Cilibangi hasil penyelidikan Dr Ahmed Mahir Mokhtar Bakri daripada UKM adalah kelebihan pakej itu kerana varieti cili berkenaan mempunyai tahap ketahanan terhadap penyakit yang tinggi selain berbunga dan berbuah secara serentak. Antara ciri utama Cilibangi iaitu berbunga dan berbuah serentak membolehkan tuaian dalam kuantiti yang banyak dilakukan secara serentak berbanding varieti Cili Kulai yang perlu dituai secara berperingkat, lazimnya, selang dua hingga tiga hari. Ciri tahan penyakit varieti ini juga mampu mengelak serangan virus yang menyebabkan cili bantut atau kecil serta bengkok. Lebih istimewa apabila peserta boleh memilih varieti mengikut rasa iaitu kurang pedas, sederhana pedas dan sangat pedas yang hanya kurang sedikit saja rasa pedas berbanding cili padi. Kini ada seramai 10 peserta sekitar Lembah Klang mendaftar mengikut pakej CBB setakat ini sejak ia diperkenalkan pada April lalu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM CILI... CILI PADI JENISNYA....
DIKAWASAN KEBUN... LUASNYA...
KELILING RUMAH... BOLEH JUGA...
CILIBANGI... CONTOH DAH ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 RabiulAkhir 1442H).

Tuesday, December 29, 2020

TANAM ROSEL - SATU TINJAUAN

PENANAMAN ROSELLE atau ROSEL (Hibiscus sabdariffa L.) ialah tanaman yang terkenal dengan khasiatnya dimana ia dijadikan pelbagai produk yang berkait juga dengan makanan untuk kesihatan. Pada asalnya sejarah penanaman rosel ini bermula di Terengganu walau pun sebelumnya tumbuhan ini ditanam sekadar untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan sahaja (ornamental plants). Inisiatif kerajaan Terengganu untuk membangunkan beberapa lokasi tanaman rosel bagi menggantikan tanaman tembakau telah di lakukan pada penghujung tahun 1980'an. Mereka berjaya menjadikan pokok rosel daripada sejenis pokok hiasan kepada tanaman komersil dengan program khusus daripada Jabatan Pertanian. Benih varieti UMKL 1 yang dihasilkan oleh Universiti Malaya telah mendominasi penanaman rosel ini sehingga puluhan tahun. Apa pun memang pokok rosel nampaknya lebih sesuai sebagai tanaman hiasan kerana pokok ini cantik dimana bunga dan buahnya juga seakan-akan bunga ros. Apa pun kehebatan rosel adalah khasiatnya yang tinggi dengan zat  vitamin C dan ini telah menjadikannya tanaman untuk produk kesihatan. Setelah itu beberapa laporan mendakwa dimana rosel pernah dianggap sebagai “pokok emas” kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan tertentu yang bermula daripada buah, daun hinggalah ke batang pokok berkenaan dan boleh dijadikan sajian atau tujuan perubatan tradisional.  Pada penulis blog yang memperkenalkan tanaman rosel di Mersing, Johor pada tahun 1997 mendapati tumbuhan ini amat bernilai berdasarkan kepada kegunaannya serta mampu menyaingi pokok kelapa atau buluh sebagai pokok serbaguna. Tumbuhan yang tumbuh semusim ini dipercayai mampu untuk tumbuh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Ia mudah dibiakkan dari biji benih dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik. Daunya berwarna hijau tua dengan pelepah daun yang kemerah-merahan bagaikan sebuah mahkota dari segi bentuknya menjadikan buah ini dilihat sangat unik (Sila lihat foto diatas). Pokok dari keluarga Malvaceae ini adalah sama dengan pokok bunga raya dan bendi yang banyak ditanam. Artikel pada petang ini daripada Tingkat 19 Hotel Double Tree, Johor Bahru yang menghadap Selat Johor dan Singapura saya menulis artikel dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai satu tinjauan penanaman rosel di Malaysia dan beberapa laporan media mengenai industri ini.

Sebenarnya r
oselle ialah antara buah atau kalixnya yang agak popular dan sering ia dijadikan sebagai air minuman kordial. Buah yang diproses ini didakwa juga amat kaya dan berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya dalam usaha untuk penjagaan kesihatan dan mampu menjadi pencegah dari sebarang jangkitan kuman yang menyerang tubuh manusia. Sejak diperkenalkan untuk ditanam dengan komersil di Terengganu, tanaman rosel kini diusahakan petani diseluruh negara dan menjadi tanaman industri penting selain meningkatkan sumber ekonomi mereka. Meninjau sejarah rosel dimana ada juga pendapat yang menyatakan pokok roselle berasal dari India namun ada juga yang menyatakan roselle ini berasal dari Afrika Barat. Tanaman Roselle diperkenalkan di Asia Tenggara melalui Malaysia sejak lebih dari tiga abad yang lalu dimana di Malaysia dilaporkan yang tanaman roselle ini juga dikenali sebagai asam paya, asam kumbang atau asam susur oleh penduduk tempatan. Di India Barat pula ia ada disebut sebagai 'Jamaican sorrel'. Dalam laporan lain dinyatakan dimana di Afrika, biji roselle dimakan kerana dipercayai mengandungi minyak-minyak tertentu. Manakala di Sudan pula  tumbuuhan roselle diproses untuk dijadikan minuman tradisional yang dinamakan 'Karkadeh' sebagai sejenis minuman kebangsaan orang Sudan. Kajian di Malaysia dilakukan oleh sekumpulan pensyarah daripada beberapa universiti termasuk oleh Dr Hasmah dair Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mendapati dimana roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi sesuai diambil oleh manusia. Ia merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang dilapor mengandungi bahan kandungan vitamin C, mineral dan juga serat. Roselle juga hasil kajiannya memang dilapor memang mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin juga rosele mengandungi hampir 486mg kalsium iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi unsur Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta AntioksidanRamai juga saintis percaya bahawa dimana dengan pengambilan produk roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan. Selain itu ia juga mampu untuk membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh. Lanjutan itu beberapa laporan menyatakan dimana khasiat roselle mampu untuk mengubati beberapa penyakit: Antara penyakit tersebut seperti mempu mencegah penyakit kardiovaskular, mencegah kanser, demam panas/selesema, resdung (alergi) dan lelah (asma). Produk roselle juga mampu atasi masaalah stress atau sukar tidur, melancarkan peredaran darah, dapat mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang, mencegah penyakit jantung dan mengubati pening kepala atau masaalah migraine.

Memandangkan kandungan khasiatnya yang sangat tinggi, kini roselle telah diterima baik oleh masyarakat umum di Malaysia. Potensi produk berteraskan Roselle telah membuka peluang yang besar kepada masyarakat setempat untuk mengusahakan tanaman roselle secara ladang dan menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan yang lumayan. Bagaimana pun t
idak seperti tanaman lain, tanaman roselle tidak memerlukan penjagaan yang sukar kerana ia hanya perlu disiram sekali atau dua kali sehari sahaja. Cara penjagaan yang mudah ini menyebabkan ramai masyarakat termasuk golongan muda giat didalam mengusahakan tanaman herba ini. Permintaan pasaran yang sangat tinggi membolehkan tanaman ini boleh menjana pendapatan yang besar kepada pengusahanya. Produk yang berasaskan roselle kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan kini ia telah dijadikan sebagai produk makanan seperti jus, kordial, jem, halwa, pes dan sebagainya. Kalau suatu masa dahulu kira-kira lewat tahun 1980-an masyarakat di Malaysia telah menggunakan roselle sebagai salah satu herba yang berkhasiat tetapi kini hasil kajian berteusan mampu menjadikan produk jus keperingkat antarabangsa. Penulis blog pernah ke Tokyo, Jepun dimana ada syarikat tempatan mempromosikan roduk rosel dinegara tersebut dalam Program Malaysia Fair. Warna roselle yang  sangat menarik dan pigmen merahnya kaya dengan bahan antosianin telah menjadikan ia sebagai produk yang lebih sesuai dalam bentuk jus, halwa, jeruk dan sebagainya untu dipasarkan.

Dalam media tempatan dilaporkan bagaimana beberapa usahawan roselle berjaya menjadikan tanaman ini berjaya menjana pendapatan. Dilaporkan jika tanaman roselle bijak diurus maka pastinya ia akan membuahkan hasil yang lumayan. Berpegang prinsip berbudi pada tanah pasti ada hasilnya dilaporkan seorang bekas pegawai di sebuah syarikat industri burung walet ini bernekad membabitkan diri dalam perniagaan makanan dan minuman berasaskan buah roselle. Walaupun tiada pengalaman dalam bidang ini tetapi En Zamri Abu berumur 38 tahun telah pun memberanikan diri menceburi projek tanaman roselle dimana ini sekali gus mengeluarkan pelbagai produk berasaskan buah ini. Tanpa memerlukan pengurusan tanaman cerewet dan merumitkan dakwa beliau dimana pokok roselle yang juga dikenali sebagai ‘bunga merah’ selain asam paya, asam kumbang dan asam susur memang ia mudah hidup subur. Tanaman seluas 10 hektar telah bermula secara kecil-kecilan di Negeri sembilan kini memiliki kawasan bagi di beberapa tempat antaranya di Batu Kikir, Jempol; Seri Menanti, Kuala Pilah; Pekan, Pahang dan Pokok Sena, Kedah. Kesemua tanah itu disewa daripada pemilik tanah secara tahunan dimana bliau bercadang untuk menanam sehingga 20 hektar dimasa akan datang. Kini dia mampu mengeluarkan kira-kira 2 tan buah roselle seminggu. Ketika ini kilangnya berupaya mengeluarkan sekitar 15,000 botol minuman roselle pelbagai saiz sebulan dan pihaknya menyasarkan untuk dinaikkan kepada 20,000 botol dalam masa beberapa waktu lagi. Selain itu syarikat beliau akan mengeluarkan losen, serum, sabun dan pencuci wanita yang dibuat dengan kerjasama MARDI dan beberapa pihak lain.  Dakwanya lagi dimana roselle di negara kita antara terbaik di dunia dan ia mempunyai kelebihan tersendiri serta nilai pasaran yang baik. Syarikatnya turut membuka peluang kepada mana-mana individu atau syarikat yang ingin membina jenama sendiri berasaskan roselle. Dinyatakan dimana selain menjual produk roselle yang sudah diproses, beliau juga ada memberikan perkhidmatan menjual buah roselle mentah pada harga RM4.50 sekilogram dan roselle kering dengan harga RM60 sekilogram.  

Dalam laporan lain dengan b
erpegang kepada prinsip berbudi pada tanah pasti ada hasilnya menjadikan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memilih menanam roselle sebagai ‘medan tempur’ selepas menamatkan perkhidmatannya. Encik Alias Ali (46 tahun) telah memilih roselle diusahakan di Sungai Limau, Kampung Pasir Pandak di Sitiawan, Perak sejak bersara tentera. Roselle juga dikenali sebagai ‘bunga merah’ selain asam paya, asam kumbang dan asam susur itu hidup subur tanpa memerlukan pengurusan tanaman yang cerewet. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam pasukan tentera dia memilih menanam roselle atas dasar minat selain turut disokong keluarga dan saranan rakan yang menanam tanaman sama. Sehingga kini dia mempunyai 3,000 pokok roselle yang ditanam di atas tanas seluas 0.6 hektar dimana dia dakwa sepokok boleh mengeluarkan hasil mencecah lebih 2 kilogram untuk sekali dipetik. Roselle antara tanaman yang mudah diuruskan dan kurang risiko penyakit. Dakwanya ia boleh dipetik seawal usia tiga setengah bulan ke empat bulan selepas mengeluarkan putik bunga selepas dua setengah bulan ditanam. Tanaman roselle juga tidak memerlukan air yang banyak dan siraman air ketika musim kemarau sekali sehari sahaja. Tanaman yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan ini ditanam daripada jenis UMKL 1 menggunakan tanah gembur berpasir. Kini biarpun tanaman itu kaya dengan khasiat namun dia menyedari roselle masih kurang dikenali dan ada segelintir individu tidak mengetahui kegunaan dan cara memasak buah itu. Beliau buka internet dimana  dia mendapati iaitu di Malaysia ada dakwaan mampu hasilkan produk roselle terbaik di dunia dan ia mempunyai kelebihan tersendiri serta nilai pasaran yang baik. Beliau sudah merasai kelebihan buah itu apabila saya kerap dijangkiti selesema sebelum ini dan menjadikan air roselle sebagai minuman harian saya sudah tidak mengalami masalah itu. Hasil ini dijual dengan harga RM5 sekilogram manakala RM2.50 pada harga borong. Dia kini juga sudah membuat benih sendiri dengan mengeringkan biji roselle selama seminggu sebelum ditanam. Antara produk dihasilkan adalah kordial, jus, jeruk, acar, jem dan halwa.

Dalam tinjauan lain dilaporkan dimana FAMA 
mensasarkan nilai pengeluaran tanaman bunga roselle meningkat kepada 25 tan metrik setahun dari petani di Rompin, Pahang. Kinn i terdapat jumlah permintaan tinggi iaitu bukan sahaja pasaran di dalam negara malah di luar negara. Menurut FAMA walaupun terdapat banyak kawasan di negara ini yang melakukan tanaman pokok roselle namun di Daerah Rompin merupakan kawasan yang terbaik dan menghasilkan bunga roselle yang berkualiti yang mampu dieksport ke luar negara. Sebelum ini cuma sebanyak 21 tan metrik hasil tanaman roselle dihasil di mana 10 tan daripadanya adalah untuk eksport ke negara seperti Singapura, Hong Kong dan China dan Australia. Tanaman roselle dilapor mengeluarkan hasil yang baik di Rompin atas beberapa faktor seperti tanahnya yang sesuai, penggunaan jenis benih roselle yang betul dan petani tempatan yang mempunyai kemahiran betul menanam pokok tersebut. Ada beberapa petani yang mendapat maklumat untuk menanam roselle setelah melawat tanaman roselle komersil di Endau, Mersing, Johor iaitu tidak jauh dari Rompin. Jika dirancang baik maka Daerah Rompin boleh dijadikan sebagai contoh dan sebagai role model untuk petani lain di negara ini. Antara kawasan utama penanaman roselle adalah di Kampung Tebu Hitam dan Kampung Desa Murni di Rompin di atas kawasan seluas kira-kira 50 ekar yang diusahakan oleh 55 petani. Projek ini adalah usahasama diantara Jabatan Pertanian dengan Kerajaan negeri dimana kesemua peserta adalah  terdiri daripada peserta Projek Perumahan Tanah Termiskin (PPRT) yang kini menjadikan tanaman Roselle telah menjadi pendapatan utama mereka. Petni disini berjaya mencapai standard untuk menjadi buah yang boleh dieksport kerana bukan mudah untuk kita eksport di negara luar kerana banyak piawaian yang perlu diikuti. Pihak FAMA membeli hasil roselle daripada petani dengan harga ladang RM4.70 sekilogram bagi gred premium yang bertujuan untum dieksport dan harga ladang RM3.20 sekilogram bagi roselle kegunaan tempatan. Selain itu diantara produk dihasilkan bagi tanaman yang mengeluarkan hasil selepas tiga bulan itu ialah kordial, jem, teh dan kini boleh dibuat untuk kegunaan farmasi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN ROSELLE... SUDAH LAMA...
VARIET UMKL... TINGGI HASILNYA...
BERKHASIAT...MUDAH PASARANNYA...
BOLEH DITERUSKAN... OLEH SEMUA..

By,
M ANem,
Senior Agronomist, 
Room 1923, Double Tree Hotel,
Jalan Ngee Heng, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(14 JamadilAwal 1442H).

Monday, December 28, 2020

INDUSTRI KELAPA DIMALAYSIA - ANALISA

TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman yang semakin kurang jumlah keluasannya di kebanyakan negara Asia Tenggara yang disebabkan oleh banyak faktor. Beberapa negara utama pengeluar kelapa seperti Indonesia dan Filipina (negara berkepulauan) juga kini menghadapi kekurangan bekalan kelapa disebabkan tanaman ini telah digantikan dengan kelapa sawit (Elaeis guineensis). Dalam membuat analisa perubahan trend ini ada dilaporkan dimana kadar pengurangan keluasan tanaman kelapa di Filipina dan Indonesia semenjak tahun 2000 sehingga kini mengalami pengurangan sehingga melebihi 30% dimana ianya banyak bergantung kepada sikap petani dan kadar pulangan ekonomik daripada tanaman sawit yang didakwa lebih baik. Kawasan penanaman kelapa seperti di Pulau Mindanao Filipina dan di Sumatra, Indonesia kini telah banyak bertukar kepada tanaman kelapa sawit dengan ketara. Kes yang sama ini sudah lama berlaku dalam senario Malaysia dimana kawasan utama penanaman kelapa seperti di Bagan Datok, Kuala Selangor/Sabak Bernam dan Batu Pahat kini banyak yang telah bertukar tanaman kepada sawit. Keperluan penggunaan kelapa di Malaysia pula sekitar 750 juta biji setahun dimana kadar pengeluaran kelapa tempatan adalah sekitar 500 - 600 juta biji setahun. Dalam pada itu perlu kerajaan mengimport sekitar 150 - 200 juta biji setahun untuk keperluan kegunaan kilang memproses kelapa. Bagaimana pun dengan Jabatan Pertanian memperkenalkan kelapa hibrid MATAG dan beberapa kelapa lain, kini permintaan oleh petani untuk menanam kelapa telah meningkat akan tetapi mereka menghadapi masaalah bekalan benih kelapa hibrid tersebut. Penulis blog dapati permintaan benih Matag sahaja sekitar 200,000 pokok setahun sedangkan bekalan benih kelapa Matag F1 hanya sekitar 50,000 - 75,000 pokok sahaja setahun dan kini semakin berkurangan. Hanya beberapa pihak yang mampu mengeluarkan benih kelapa Matag F1 di Malaysia seperti Jabatan Pertanian, UP, NFCLS, PPNJ dan Ambang Perintis. Bagaimana pun penulis blog mendapati ada banyak benih kelapa Matag F2 yang TIDAK BOLEH DIGUNAKAN untuk ditanam serta jika ada dijual dipasaran akibat daripada kekurangan benih kelapa Matag F1 ini. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai analisa industri kelapa serta hasil lawatan ke Stesyen MARDI dan juga tinjauan ke estet kelapa Ambang Perintis di Rompin untuk dijadikan bahan bacaan.

Penggunaan kelapa tempatan per kapita membabitkan kelapa segar dan muda saja sudah mencecah 36 biji seorang setahun dimana kelapa menghasilkan produk komoditi terpenting dalam negara selepas kelapa sawit. Namun ketika ini bekalan kelapa dalam negara masih tidak lagi mencukupi malah kerajaan perlu untuk mengimport 150 juta biji kelapa tua pada 2019 untuk memenuhi keperluan tempatan. Fenomena ini merujuk kepada situasi keluasan ladang bagi tanaman kelapa di Malaysia yang terus berkurangan. Dilaporkaan pada 2010 keluasan tanaman kelapa mencecah 105,659 hektar namun hanya tinggal 82,917 hektar sahaja yang direkodkan pada tahun 2019 (Sumber: Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia). Penulis blog juga mendapati dimana  pokok kelapa sedia ada dalam negara kebanyakannya adalah menggunakan baka Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall - CN1) yang mana ia sudah berusia dan tidak lagi produktif dalam menghasilkan buah. Kebanyakan kelapa tinggi ini juga adalah dibangunkan melalui jasa dari Program Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) Jabatan Pertanian dalam tahun 70'an dan program ini telah pun ditamatkan awal 1980'an. Sejak itu tiada program penanaman kelapa dilakukan di negara kita yang menyebabkan semakin kurang petani menanam kelapa. Projek ini menumpukan tanaman kelapa di kawasan pesisir pantai seperti di Bagan Datok, Kuala Selangor/Sabak Bernam dan Batu Pahat serta beberapa kawasan strategik lain. Kemudian pokok kelapa tua (senile tree) yang tinggi dan kurang produktif ini mula ditebang dan ditukar dengan tanaman kelapa sawit yang cepat berhasil, mudah amalan agronominya dan jaminan harga lebih baik. Tanaman kelapa tua ini kemudian mula dilihat tidak lagi dapat memberikan pulangan menguntungkan kepada petani tempatan sehingga menyebabkan mereka berubah arah produk tanaman lain seperti sawit dan sayuran. Kebanyakan kawasan tanaman kelapa sejak dahulu adalah didominasi oleh sektor pekebun kecil dan hanya ada beberapa buah estet kelapa yang masih kekal aktif di Semenanjung iaitu UP Estate di Bagan Datuk, Perak dan Sykt Ambang Perintis di Rompin, Pahang. Bagaimana pun estet ini juga telah menukar tanaman mereka kepada tanaman kelapa sawit juga akhirnya iaitu disebahagian tanah mereka. 

Dalam kes lain penulis blog juga membuat tinjauan ke ladang MARDI termasuk Stesyen di Hilir Perak untuk meninjau apakah aktiviti biakbaka dan pengurusan agronomi di sana. Stesyen MARDI ini adalah tidak berjauhan dengan Pusat Pertanian Teluk Baru, Bagan Datuk yang juga mempunyai kawasan kelapa agak luas juga menanam kelapa untuk pengeluaran benih kelapa pandan.  Biasanya lawatan penulis blog ke MARDI Sg Sumun ini akan disambut oleh Pengarah Pusat iaitu Tn Hj Ngalim yang membawa kekawasan ladang dan berbincang didalam bilik mesyuarat. Terdapat beberaa varieti kelapa didalam pusat MARDI tersebut untuk dilakukan kajian iaitu dari kumpulan Kelapa Tinggi, Kelapa Renek dan juga Kelapa Hibrid. MARDI dakwa akan memberi perspektif baru berkenaan penyelidikan terhadap tanaman itu yang dilihat mampu membantu melonjakkan semula jumlah pengeluaran dan kualiti kelapa tempatan kelapa. 
MARDI Hilir Perak juga berperanan sebagai Stesyen Utama Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi teknologi bagi tanaman kelapa terbabit secara langsung dalam kerja penyelidikan biak baka, agronomi, fisiologi, pengawalan musuh dan penyakit, teknologi lepas tuai tanaman kelapa, menjalankan aktiviti pemindahan serta pengkomersialan teknologi tanaman kelapa dan industri berkaitan. Beberapa inisiatif juga dilaksanakan pihaknya termasuk program peningkatan pengeluaran kelapa dan program pengeluaran benih kelapa varieti terpilih berhasil tinggi diperkenalkan. Dimaklumkan dimana dalam pelan pelaksanaan untuk tujuan pembangunan industri tanaman kelapa pihak MARDI disini tidak lupa membabitkan pengusaha dan peladang tempatan setiap kali menjalankan program latihan membabitkan tanaman itu. Antara inisiatif kami lakukan termasuk menghasil dan memperkenalkan baka hibrid seperti kelapa matag menerusi pendebungaan berbantu di antara kelapa tagnanan dan kelapa renek kuning (MYD ) atau kelapa renek merah (MRD). Bagaimana pun sehingga artikel ini ditulis MARDI belum lagi mampu membekalkan teknologi baru kelapa hibrid MATAG kerana kelapa ini dihasilkan oleh saintis daripada United Plantation. 

Pada analisa penulis blog dimana k
elapa matag F1 menjadi pilihan kebanyakan penanam kerana kualiti buahnya yang cepat berbuah dan besar selain mampu memberi hasil yang tinggi sehingga ia didakwa ia mencecah angka 20,000 biji per hektar setahun.  Jika dibandingkan dengan penghasilan kelapa Malayan Tall (CN1) yang penulis blog juga pernah bentangkan dalam satu Seminar Kebangsaan Kelapa di Ngeri Perak dimana ianya hanya menghasilkan sekitar 6,500 - 7,000 biji sehektar setahun sahaja. Penanaman kelapa hibrid matag ini dijangka dapat menjana pengeluaran buah kelapa mencukupi untuk permintaan domestik andainya ia dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan lebih ramai pengusaha tanaman kelapa tempatan. Ketika ini di Stesyen MARDI di Perak ini ada kawasan berkeluasan 400 ekar itu mempunyai enam baka kelapa tempatan antaranya kelapa tinggi Malaya (MT), kelapa renek kuning (MYD ), kelapa renek merah (MRD), kelapa renek hijau (MGD) dan kelapa renek perang (MBD). Pokok kelapa initelah berhasil dan mereka bercadang untuk kaji baka hibrid bagi program pengeluaran benih kelapa varieti terpilih berhasil tinggi. Antaranya ialah Varieti Marena dan Careca  didakwa diantara enam varieti kelapa baru yang menunjukkan hasil tinggi dan dijangka mula diperkenalkan kepada penanam komersial bagi meningkatkan semula produktiviti tanaman kelapa. Walau bagaimana pun ia sebenarnya hanya berada diperingkat kajian awal sahaja akan tetapi BELUM ADA benih tersebut dikeluarkan pasaran bagi dibeli dan ditanam petani. Kebergantungan petani dan swasta kepada pembekal kelapa hibrid sangat tinggi kerana kos pengeluaran benih adalah tinggi selain perlukan pokok induk kelapa renek tulin untuk dibuat kacukan. Apabila terdapat pekebun kelapa menanam kelapa renek maka pekebun boleh menjadi pengusaha benih dengan diajar berkenaan teknik membuat kacukan kelapa hibrid asalkan tahu teknologinya. Teknik ini bermula dengan kerja penyediaan bunga betina iaitu mengenal pasti seludang matang pada pokok baka MYD dan MRD. Biasanya ia boleh dilakukan setiap kitaran 22 hari iaitu tempoh biasa bagi pokok sedia berbunga dan kerja pemotongan seludang bermula termasuk membuang bunga jantan.

Proses menghasilkan benih kelapa hibrid seperi Kelapa Matag, Kelapa Mawa dan beberapa lagi perlu dikawal prosesnya dan sebaiknya dilibatkan pihak Jabatan Pertanian dalam mengakreditasi pokok induk dan Persijilan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT). inii kerana SOP didalam kerja membuat cantuman kelapa ini perlu diteliti sejak dari peringkat melihat d
i bahagian pangkal seludang yang awalnya perlu diletakkan racun membunuh semut dan sebagainya. Apa pun kemudian bunga betina itu tadi akan disarungkan dengan beg plastik khas atau plastik polen sementara menunggu proses pendebungaan dijalankan menerusi penyediaan polen baka jantan iaitu Kelapa Tagnanan untuk menghasilkan Hibrid MATAG dan polen dari pokok Kelapa Wast Africal Tall untuk penghasilan hibrid MAWA. Proses menyediakan debunga atau polen penjantan perlu dicampur dengan serbuk khas atau talkum dan langkah menyemburkan debunga itu akan dilakukan secara berulang-ulang dari lima hingga ke tujuh hari sampailah stigma pokok bertukar warna hitam. Buah kelapa tua akan terbentuk selepas 12 bulan dan dituai atau ia guggur sendiri sebelum dikutip. Buah kelapa ini akan disemai ditapak semaian selama 4-6 bulan sebelum ia bertunas dan dibuat pemilihan (selection) bagi menentukan kelapa Matag F1 dan Mawa F1 yang tulin untuk ditanam. Benih kelapa hibrid yang tidak tulin akan dihapuskan (culling) kerana biasanya kurang 30-40% sahaja yang akan menjadi kelapa hibrid F1. Kini  berlaku ancaman serangga sekunder seperti kumbang merah palma (RPW) atau kumbang jalur merah (Rhynchophorus ferrigineus)  dimana ia bukan saja menumpang tetapi turut membiak dan makan titik pembesaran pokok kelapa.  Asalnya kumbang ini ditemui dari pokok kurma yng dibawa masuk dari luar negara untuk tanaman hiasan akan tetapi ia membawa perosak RPW ini dimana ia kemudian merebak menyerang pokok kelapa. Pihak Jabatan Pertanian bagaimana pun dilaporkan bekerja keras mengawal perosak ini dan sekarang didalam keadaan terkawal dengan banyak kempen dan kawalan dilaksanakan diseluruh negara.

Penulis blog sempat membuat tinjauan juga di Ladang 
Ambang Perintis di Sg Kerpal, Rompin, Pahang beberapa kali untuk lihat akan cabaran perlaksanaan tanaman kelapa diladang baru. Dilaporkan dimana ladang ini mensasarkan pengeluaran 6 juta biji kelapa setahun. Penulis blog meninjau bagaimana pokok kelapa yang sedang berbuah terdiri ini yang daripada kelapa jenis mawa yang sudah matang dan sedia dipasarkan (Sila lihat foto disebelah). Ladang yang luasnya 1,000 ekar (403 hektar) ditanam dengan kelapa seluas 600 ekar dan kelapa sawit seluas 400 ekar. Kali pertma saya ke ladang ini pada 2015 semasa memberikan khidmat nasehat dan bantuan anakbenih penanaman kelapa pandan. Beberapa kali jumpa dan berbincang dengan pemilik salah satu ladang kelapa terbesar di Malaysia dimana penanaman varieti kelapa pandan, kelapa mawa dan kelapa matag telah pun mengeluarkan hasil tahun mulai 2015. Pada tahun 2017 dilaporkan hanya 202 hektar kawasan tanaman kelapa ini telah mengeluarkan hasil dengan produktiviti tahunan semasa sebanyak tiga juta biji. Projek penanaman kelapa itu telah dimulakan pada 2009 di bawah konsep Sewa Pajak 25 tahun + 25 tahun dengan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan hasil pertama dituai selepas empat tahun. Apa pun produk ladang itu adalah untuk pasaran tempatan dan selain diminum, airnya juga diproses menjadi produk premium seperti kelapa muda proses dan jeli kelapa. Jenis kelapa yang paling mendapat permintaan ialah kelapa pandan yang digemari kerana wujud aromanya yang wangi jika ia diminum begitu sahaja, diikuti kelapa mawa dan kelapa matag. Harga jualan ladang ialah sekitar RM1.50 sehingga RM1.30 sebiji dan harga ini boleh meningkat kepada RM3.50 hingga RM5 sebiji di restoran atau di pasar raya di bandar utama negara dalam bentuk 'sedia diminum'. Pemilik ladang nyatakan dimana pokok kelapa di ladang itu merupakan jenis hibrid yang memudahkan kerja-kerja memungut hasil, namun syarikat itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan benih bagi kelapa Mawa dan Matag untuk tanaman baru. Dalam tinjauan lain penulis blog keladang ini pada Mac 2020 dimana kini pengeluaran benih kelapa matag F1 telah pun dimulakan dengan kegunaan sendiri sahaja (Sila lihat foto dibawah). Syarikat mendapat bimbingan daripada pakar dari Jabatan Pertanian (termasuk penulis blog sendiri) didalam usaha untuk menyediakan SOP untuk menghasilkan kelapa MATAG F1 yang berkualiti. Lokasi ladang kelapa ini adalah bersebelahan dengan ladang nanas yang luas Syarikat BAVV seluas 4,000 ekar yang mana penulis blog berpuluh kali dan sering membuat tinjauan teknikal keladang nanas MD2 tersebut. Industri kelapa negara perlu dibangunkan dengan lebih agresif untuk mempastikan bekalan kelapa tempatan ditingkatkan dan kurangkan kebergantungan kepada kelapa import. Isu kekurangan benih, amalan agronomi dan jaminan harga kelapa perli dilihat seiring dengan industri kelapa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolog kali ini. Wasallam!!.
INDUSTRI KELAPA.... APA STATUSNYA...
PENULIS BLOG... MEMBUAT ANALISA...
ADA POTENSI... KURANG BEKALANNYA...
PERLU DIPERLUAS... HIBRID BAKANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 JamadilAwal 1442H). 

Sunday, December 27, 2020

UBI KEMILI SEMAKIN PUPUS?

UBI KEMILI (Plectranthus rotundifolius Poiret Sprengel) merupakan sejenis tanaman jenis umbisi dari keluarga Lamiaceae yang mana penlis blog dapati ia semakin pupus. Ubi Kemili juga dikenali dengan 'Chinese Potato', Ubi Keling atau 'Kentamg Hitam' tetapi dikalangan kaum Jawa di Muar,Johor dikenali dengan nama "Kentang Jembut". Tanaman ini adalah seakan sama daunnya dengan pokok bunga 'Ati-ati' yang banyak ditanam sebagai tanaman hiasan dikawasan rumah atau pokok bunga coleus. Pokok ini dipercayai natif dan tumbuh secar liar dikawasan hutan dan kebun terutama dikawasan tanah yang baru dibuka khasnya kawasan tanah gambut. Memang tiada maklumat rasmi mengenai jumlah keluasan tanaman ubi kemili di catitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Risalah mengenai amalan agronomi dan maklumat teknikal tanaman ini memang belum ada di terbitkan oleh Janatan Pertanian atau hanya sedikit individu tertentu yang tahu mengenainya. Ini kerana tanaman ini merupakan tanaman kurang penting yang hanya terdapat di Johor, Perak, Selangor, Kelantan dan Sarawak terutama jika terdapat masyarakat Jawa. Saya membuat anggaran terdapat sekitar 15 - 20 hektar tanaman ini secara CHE dengan mengambilkira penanaman secara kecil-kecilan yang petani buat. Daripada pemantauan saya dibeberapa negeri, tidak ada petani yang menanam tanaman ubi kemilii secara monokrop dengan kawasan luas sebaliknya ditanam secara poket atau diatas batas sahaja. Tanaman ubi kemili adalah sejenis pokok menjalar diatas tanah serta mempunyai akar rambut. Daunnya berwarna hujau muda dan berkerinting serta permukaan daun yang agak berbulu. Batangnya berwarna hijau muda dan lembut. Buah ubi kemili berada di bahagian akar pokok yang terbentuk dari akar yang membengkak. Saiz buah berbeza-beza dari ukurlilit 3 - 6 cm dan mempunyai kulit yang lembut berwarna hitam. Isinya berwarna putih jernih dan apabila dimasak akan menjadi putih. Ubi kemili mengeluarkan bau yang harum dan enak apabila di masak atau direbus . Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman ubi kemili yang dirasakan semakin pupus berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pembacaan penulis blog yang bertugas semala lebih 37 tahu dari membuat rujukan dari beberapa sumber.

Tumbuhan dan tanaman ini dipercayai berasal dripada Afrika dimana ia sebenarnya lebih terkenal sebagai 'Chinese potato' yang dikomersilkan. Apa pun sebenarnya tumbuhan Ubi Kemili atau Kentang Hitam atau Kentang Jembut ini banyak spesis dan agak sukar untuk mengenalinya jika disiasat dari kumpulan Plectranthus sahaja. Ini kerana kurang maklumat marfologi tumbuhan ini yang terletaj dibawah pengkelasan genera atau genusnya. Ada yang terkelisu kerana dikelaskan sama dengan genara dari Coleus (Bunga Ati-Ati), Solenostemon dan Englerastrum. Sebagai tambahan bagaimana pun secara rasmi sebahagian tumbuhan ini diletakkan dibawah kumpulan Plectranthus dimana genus ini merupakan genus yang unik tersendiri dibawah genus Isodon. Disebabkan oleh isu-isu taksonomi maka banyak nama telah diberikan untuk tumbuhan ini dimana perkara ini masih diperbincangkan lagi dikalangan saintis. Ia dilakukan sedemikian keran dikaitkan dengan khasiat dari segi perubatan yang lebih menepati sistem pengelasan tumbuhan ini. Bagaimana lebih spesific lagi ada dakwaan tumbuhan ini menghampiri kepada nama biasa di China sebagai 'Hausa Potato'. Sekilas pandang dari segi marfologi daun dan umbisinya memang menyamai dengan tumbuhan ubi kemili yang ada ditanam di Malaysia. Mungkin kalau berlainanya pun disebabkan tumbuhan ubi kemili ini agar sukar untuk  dikaji kerana kekurangan kajian tentangnya dilaksanakan.

Ada dakwaan dimana Plectranthus rotundifolius merupakan sejenis tumbuhan menghasilkan daun beraroma atau berbau (aromatic), perennial, semi-succulent plant pokoknya tumbuh menegak pada batang setinggi hanya 30 - 100 cm daripada perdunya. Tumbuhan ini apabila matang akan menghasilkan umbisi pada pangkal perdunya. sahaja. producing erect or decumbent stems that can be 30 - 100cm long from a tuberous rootstock.  Dari segi sebaran didunia sebenarnya tanaman ini luas ditanam sebagai tanaman makanan di Savana, Afrika bagaimana pun pada masa kini tanaman ini semakin popular di tanam di Asia termasik kawasan Asia Tenggara sebagai tanaman mengandungi banyak kanji. Laporan FAO Statistik menyatakan ia banyak ditanam di India, Sri Lanka, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Afrika Tropika. Ia sesuai ditanam dikawasan tanah pamah dan juga jenis tanah gembur serta tanah gambut amat sering ditanam dengan ubi kemili ini. Di Malaysia bagaimana pun dilaporkan tanaman ini tidak dijadikan sebagai tanaman penting malahan ada dakwaan tanaman ini semakin pupus. Ia hanya ditanam untuk kegunaan sendiri dan jika ada lebihan baru dijual kepada pembeli yang berminat. Dari segi sejarah, Bandar Air Hitam di Batu Pahat dahulu memang sangat mudah mendapatkan ubi ini dijual sebelum bandar ini dimodenkan macam sekarang. Pelancong dari utara akan singgah di Pekan Air Hitam ini sebelum Lebuh Raya PLUS mengubah segalanya.

Keperluan iklim asas tanaman dikawasan lembap dengan suhu antara 17 - 27 °C pada siang hari walau pun dilaporkan bertahan pada suhu 8 - 36 °C. Suhu sejuk dimalam hari membolehkan pembentukan umbisi dengan lebih cepat. Keperluan huja adalah diantara 1,200 - 2,600 mm dan hebatnya tumbuhan ini boleh bertahan dengan hujan lebat dimana masa inilah umbisi akan terbentuk dengan lebih besar, lembut dan cepat dituai. Apa pun jika berlaku hujan yang berlebihan maka ubi kentang akan jadi bercabang dan perkara ini menjadikan kualiti ubi susah untuk dikupas. Sangat penting kawasan penanaman mendapat banyak cahaya matahari untuk pertumbuhan dan penghasilan. Pastikan kebun mempunyai sistem saliran baik dan elakan daripada terendam. Tanah lom berpasir (di Malaysia banyak ditanam di tanah gambut) merupakan tanah sesuai diusahakan. Tanah yang kering dan kurang air serta bahan organik tetap tumbuhan ini boleh tumbuh akan tetapi hasilnya rendah dan ubinya kecil-kecil serta agak keras apabila dimakan. Biasanya perlukan masa diantara 6 -7 bulan untuk dituai selepas ditanam walau dinegara kita biasanya dituai selepas 12 bulan diatas tanah gambut. Bergantung kepada jenis tanah dan kaedah pengurusan lazimnya ia menghasilkan sebanyak 7 - 15 metrik tan sehektar. Sebaiknya bila umbisi matang dituai segera kerana ia mudah pecah dan agak sukar di simpan lama kecuali ia diletakkan dibawah teduhan dikawasan kering. Jangkahayat simpanan umbi ini selama 2 bulan sahaja sebagai masih segar lagi. Ia boleh dimasukkan kedalam beg plastik yang dibuat lubang pengudaraan mencukupi sebelum dijual. Kegunaan dengan merebusnya sebelum dimakan sebagai makanan ruji dibeberapa kawasan di Afrika dan pendalaman di Asia Tenggara. Ia boleh dimasak bersama daging cincang sebagai makanan mengenyangkan. Ada juga yang menjadikan daunnya sebagai sayuran. Khasiatnya didakwa dalam perubatan tradisional boleh merawat mata, baiki darah, disenteri dan sebagainya. Didalam perkebunan tanam ubi ini ditanam bersama jagung, bendi, keladi, kacang tanah, kacang bambara dan sebagainya. Kehadiran ubi kemili ini diantara tanaman yang semakin dilupakan dan akan pupus jika tidak di jaga dengan baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
UBI KEMILI... JUGA KETANG CINA..
SEMAKIN PUPUS... DI MALAYSIA...
SEDAP DIMAKAN... REBUS SAJA...
MEMBACA ARTIKEL... GEMBIRA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Syawal 1441H).

  





Saturday, December 26, 2020

MENGENALI DURIAN TERBAIK MALAYSIA (Part 2)

BUAH DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah yang sangat popular dikalangan peminat buah tersebut yang digelar sebagai 'King of the Fruit'. Tanaman pokok durian dijadikan sebagai sejenis bidangusaha yang semakin berkembang luas apabila terbuka luang pasaran ke beberapa negara besar dunia termasuk pasaran ke negara China yang mempunyai penduduk melebihi 1 billion orang. Kini negara Thailand merupakan sebuah negara pengeluar durian untuk pasaran eksport yang utama ke negara China semenjak beratus tahun dahulu. Thailand dilapor mempunyai tahap kemampuan manjadi pengeksport lebih daripada 90% keluar negara terutama di China. Thailand menumpukan kepada 3 variti unggul dari negara tersebut untuk pasaran eksportnya iaitu Munthong, Chanee dan Kanyou. Tanaman durian adalah antara tanaman buah bermusim yang luas diusahakan di Malaysia dimana pada tahun 2018 seluas 72,464 hektar  ditanam dengan anggaran pengeluaran sebanyak 251,950  metrik tan (Sumber: Laporan Kelasan Tanaman Buah-buahan, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Negeri utama penanaman pokok durian adalah pahang (18,293 hektar) dan ia diikuti dengan Johor dengan keluasan 15,630 hektar (Johor adalah pengeluar terbanyak hasil tuaian durian sebanyak 52,562 metik tan pada tahun sama) dan ketiga adalah di Sarawak (10,431 hektar). Pasaran durian dahulu banyak tertumpu kepada pasaran domestik sahaja dan eksport kebanyakannya hanya ke Singapura. Bagaimana pun apabila pasaran eksport ke China telah dibuka menyebaban harga pasaran durian premium telah meningkat naik dengan permintaan tinggi di luar negara khususnya China. Durian Musang King sebagai durian premium kini menjadi pilihan pekebun kecil dan estet swasta kerana jaminan harga pasaran yang lebih tinggi berdasarkan kepada kualiti buah. Artikel kali ini bagaimana pun saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" menegnai beberapa jenis atau varieti durian yang premium di Malaysia sekadar dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Saya ada menulis banyak artikel didalam blog menghampiri 500 artikel dimana ia adalah bahan rujukan yang agak popular dari blog ini. Foto disebelah menunjukkan penulis membuat tinjauan disebuah ladang durian cantuman dewasa Musang King di Kg Teratai, Sengkang, Bukit Gambir, Johor dimana pemiliknya telah menggunakan pelbagai aplikasi terbaru didalam menghasilkan buah durian yang bermutu (Sila lihat foto disebelah). Penulis juga kekebun durian komersil di Bukit Jana di Taiping, Perak membuat tinjauan beberapa pemilik dusun durian Daerah Taiping yang menjalankan aktivti menukar pokok lama kepada pokok baru Musang King dan beberapa varieti durian premium lain dengan program cantuman dewasa (Sila klik disini). Teknologi menukar pokok durian biasa kepada pokok durian premium kini merupakan salah satu strategi terbaik kepada pemilik durun durian di Malaysia. Di beberapa negeri seperti di Pahang, Johor, Perak dilaporkan beberapa pemilik ladang atau estet sawit telah menebang sebahagian ladang mereka untuk ditanam dengan durian secara meluas. Mereka telah pun meyediakan kelengkapan ladang untuk tanaman durian seperti sistem pengairan, benih terpilih, pagar eletrik, penanaman di busut dan sebagainya untuk mempastikan pertumbuhan terbaik dan jaminan pulangan menguntungkan daripada tanaman kelapa sawit.

Bagaimana pun ramai yang bertanya kepada penulis blog mengenai apakah varieti durian yang disyorkan atau durian baik untuk dikomersilkan. Sebaiknya kita menge
nali raja beberapa jenis atau varieti durian terbaik yang sesuai ditanam atau mungkin perlu dinikmati pada musim. Ini kerana apabila menyebuta sahaja "buah durian” yang pasti kita boleh menghidu aroma buah tempatan ini dari jauh. Orang berkata tidak kenal maka tidak cinta akan tetapi ada juga yang telah mengenalinya dimana masih tidak suka kerana dikatakan busuk oleh 'haters durian' tetapi pada penulis blog rasanya durian adalah buah yang kuat bergas tetapi memang enak dimakan. Durian menjadi salah sebuah daya tarikan di negara-negara Asia yang dapat menarik ramai pelancong dunia. Kegilaan tentang raja buah ini terbukti di Thailand baru-baru apabila sebiji durian varieti Kanyau telah berjaya dilelong dengan harga 1.5 juta Thai Baht (RM199,000) kerana saiz, bentuk, dan kematangannya yang sempurna. Thailand mampu menghasilkan banyak varieti durian yang premium dimana mereka adalah pengeksport utama durian berkualiti didunia. Di Malaysia pula musim durian lazimnya daripada seawal Jun sehingga September akan tetapi diluar musim ada pada Disember dan Januari. Inilah waktunya untuk semua peminat durian menikmati hasil yang terbaik dari dusun tempatan. Penulis blog terlibat didalam membuat pendaftaran semua varieti durian dan menyemak semula pendaftaran tersebut di Jabatan Pertanian Malaysia semasa berkhidmat dahulu. Dari segi rekod Malaysia berjaya mendaftarkan dengan sistematik varieti durian terbanyak mengatasi Thailand dan Indonesia. nda boleh membaca varieti durian didalam artikel penulisan saya dalam blog ni secara bersiri.


5. DURIAN VARIETI BLACK THORN (D200)
Durian varieti Duri Hitam atau 'Black Thorn' merupakan sejenis durian yang semakin popular dikalangan peminat durian di Malaysia
. Apa pun didakwa dimana ia dikatakan jauh lebih enak daripada Musang King yang mana mereka telah 'overrated' sebagai durian premium dari Sungai Bakap, Pulau Pinang. Penulis blog ada dapati dimana durian ini semakin menjadi buruan “hantu durian” terutama dari Singapura. Bergantung kepada usia pokok tersebut dimana dilaporkan durian ini isinya yang lebih bulat berbanding durian lain juga mempunyai variasi warna berbeza, daripada jingga pastel seakan-akan merah jambu, hingga jingga terang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun diteliti lagi walaupun isi tidak setebal Musang King akan tetapi ada keunikan rasa lemak manis Black Thorn yang agak menyelerakan. Didakwa oleh beberapa penjual durian black thorn di Pulau Pinang dimana ada kalangan peminat durian ini yang pasti termimpi-mimpi membelinya apabila telah tiba musimnya. Harga durian Black Thorn yang berkualiti bermula sekitar RM60 per kg dan boleh mencecah RM105 per kg bergantung kepada kualiti dan musim. Penulis blog yang membuat ujirasa beberapa kali di Pusat Pertanian Relau, Pulau Pinang mendapati ia memberikan rasa sangat berkrim, berlemak manis dengan aftertaste pahit dimana aromanya agak kurang tajam. Dikalangan orang umum dia juga digelar sebagai Durian Ochee, Duri Hitam atau Hei Tze dimana bentuk durian ini berbeza mengikut musim dan kawasan tanaman. Apa pun ia berbentuk bulat, bertapak rata dengan bertangkai kecil (kira-kira sebesar ibu jari) dan bahagian bawahnya mempunyai lingkaran hitam dengan titik kecil tanpa duri. Peminat durian ini boleg ke lokasi yang boleh didapati seperti di Durian King TTDI, SS2 Durian House, Black Thorn Durian 668 Kulim, Dusun Durian Bao Sheng Pulau Pinang.

 
6. DURIAN GOLDEN PHOENIX (D198)
Dikalangan masyarakat Cina durian Golden Phoenix memang popular tetapi tidak dikalangan masyarakat Melayu dan India di Malaysia. Dilaporkan memang jenis durian ini adalah sudah menjadi 
kegemaran ramai rakyat Singapura yang mana mereka memberi nama 'Golden Phoenix' kerana durinya yang nipis dan tajam (Sila lihat foto disebelah). Durian ini mempunyai isi yang berwarna kuning pucat keputihan, menyerupai ciri-ciri burung lagenda Phoenix. Durian ini yang dilaporkan berasal dari Johor merupakan sejenis durian klon berbentuk bulat dan kecil ini tumbuh dari pokok lama.  Ia juga dikenali dengan nama Durian Kim Hong atau Durian Jin Feng iaitu sebagai raja buah yang sesuai untuk mereka yang sukakan rasa durian yang lebih pahit dari manis. Isinya tidak sepadat Durian Musang King dimana ia berbiji kecil, dengan aroma yang tajam. Golden Phoenix banyak ditanam di Johor dan Pahang, dan agak sukar ditemui di negeri-negeri lain. Memberikan rasa yang lebih pahit dari manis, sedikit berair dan berserat dengan mempunyai aroma yang tajam. Dibahagian bawah buah ini mempunyai lima garisan seperti Musang King akan tetapi kulitnya lebih nipis dan mudah dikupas. Di Durian Agro Hub Tangkak, anda boleh mencuba Golden Phoenix dengan rasa paling asli yang berbuah dari ibu pokoknya yang masih hidup sehingga hari ini.  Antara lokasi mudah didapati seperti di Sinnaco Durian Specialist, Durian Agro Hub Tangkak, di sekitar Batu Pahat, Jjohor. 
 

7. DURIAN KAMPONG (888)
Durian Kamppong merupakan jenis durian yang tidak dikenali akan baka dan tidak didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dimana ada durian kampong yang tidak berkualiti dan ada juga yang berkualiti. Tidak ada kod daftar 888 dalam sistem pendaftaran varieti duria di Malaysia tetapi penulis blog faham dimana angka '8' bermaksud baik' atau ada 'ong'. Bagaimana pun durian ini ada yang p
ernah dijual dengan harga 3 biji durian untuk RM10 yang dilonggokkan dalam bakul-bakul besar dan selalu dijadikan tempoyk apabila berlaku 'lambakkan durian'. Ada juga kemungkinan dimana kualiti durian kampung yang tidak menentu ini semakin kurang diminati berbanding dengan urian klon yang baik. Bagaimana pun dari segi pemilik dusun mereka tetap menjaga pokok durian kampong kerana sudang berbuah semanjak lama dan tidak mengecewakan berbanding dengan pokok durian premium yang cepat mati. Ada buah durian kampopng yang terhasil dari pokok tunggal yang mana telah berusia ratusan tahun seperti yang penulis blog jumpa di Pulau Aur, Mersing, Johor dimana apaila berbuah beribu-ribu biji jumlahnya. Mereka menjadikan buah durian kampung distas puncak bukit pulau ini menjadi 'Lempuk' sahaja. Ada durian kampung yang digelar 'Durian Singlet' kerana kurang isi sebaliknya banyak biji yang besar. Walaupun ada kalanya durian kampung terpilih ini mempunyai isinya agak padat akan tetapi rasa durian kampung yang asli tidak konsisten sama sekali iaitu ada yang pahit, ada yang manis dan untuk senang cerita pembeli hanya ikut nasib sahaja. Ada durian kmpung yang memberikan rasa manis (seperti vanilla), pahit atau tawar dimana ia tidak konsisten dan berbeza diantarabuah dalam pokok yang sama. Penulis blog mempunyai beberapa pokok durian ini dikampopng dimana ada kalanya harga durian kampung Gred A mempunyai berat lebih dari 1.5 kg sebiji mampu mencecah sehingga RM5 - RM15 per kg sementara bagi Gred B kurang 1 kg (RM 10 per kg) dan Gred C biasanya akan diproses untuk membuat tempoyak (3 biji RM10). Durian kampong boleh didapati dimana-smana sahaja di Malaysia terutama dikawasan kampong tradisional. Apa pun diantara lokasi mudah mendapatkan durian ini seperti di kedai durian sekitar di Batu Kurau, Perak dan di sekitar Melaka.


(8) DURIAN MERAH
Durian Merah atau yang juga dipanggil sebegai Durian Sukang memang banyak di dapati di Borneo seperti di Kalimantan, Sarawak dan Sabah. Durian ini berlainan spesis dengan durian biasa dengan nama saintifik adalah Durio graveolens yang bermaksud “durian busuk” dimana ia selalunya memberikan aroma Durian Sukang dikatakan agak kuat dan tidak sesuai untuk mereka yang mementingkan bau daripada rasa. Penulis blog yang ke Tawau, 
Sabah beberapa kali membuat ujirasadurian ini (Sila lihat foto disebelah). Ada ramai yang menyangka saiznya sama dengan durian biasa kerana dibayangi duri yang panjang bercacak seperti landak akan tetapi sebenarnya ia sangat kecil, malah ada yang hanya sebesar tapak tangan sahaja. Anda boleh baca artikel saya (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Apa pun apabila durian ini dikupas ia hanya boleh menikmati dua atau tiga ulas isi di dalamnya dimana durian Sukang biasa dijual dalam 4 - 6 biji seikat dengan harga murah. Penulis blog dapati rasanya sedikit manis dan pahit dan agak masam seepas dimakan yang unik dengan ada kalanya memberikan aroma seperti kacang. Apa pun durian ini agak mudah didapati seperti disekiltar Pasar Terbuka Pekan Ranau, Tuaran, Sabah dan Limbang, Sarawak pada musimnya. Apa pun lazimnya durian hutan eksotik ini berbuah dari Oktober hingga November. Kulit durian Sukang yang telah masak berwarna hijau kekuningan hingga ke kuning jingga, dan isinya berwarna jingga pekat hingga merah terang.
Semuga artikel ini memberikan info mengenai beberapa durian popular di Malaysia kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
MUSIM DURIAN.... SUDAH TIBA...
MARI MEMBELI... DAN UJIRASA...
APAKAH VARIETI... PILIHAN KITA....
ADA RUPA... PASTI ADA HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAkhir 1442H).