Wednesday, November 25, 2020

PERIUK KERA - SEMAKIN TERANCAM

PERIOK KERA
(
Nepenthes spp) merupakan sejenis herba tumbuhan unik jenis karnivor (memakan serangga dan haiwan) yang lazimnya hidup liar di hutan dan belukar di Malaysia. Penulis blog mengenai periok kera semasa muda dahulu dikawasan kampong dimana kemudian mengetahui dimana periok kera rupanya banyak kegunaan seperti untuk dijadikan bungkus makanan dikenali Lemang Periok Kera (Sila lihat foto diatas)Pokok periok kera ini biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur dan tanah yang kekurangan unsur baja nitrogen (N). Ia merupakan pokok maging yang mana unik dengan apabila penuutupnya terbuka akan dapat memerangkap serangga dalam bukaannya yang berbentuk "periuk" untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya. Tumbuhan jenis Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic). Terdapat lebih daripada 170 spesis pokok periok kera yang berlainan dari segi marfologi pokok, bunga, warna, saiz dan juga coraknya. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana kebelakangan ini nama periuk kera menjadi bualan umum ekoran kebimbangan pencinta alam akan nasib tumbuhan liar itu seandainya periok kera ini dituai berlebihan oleh masyarakat. Periuk kera adalah tumbuhan yang mana ia mempunyai bentuk unik seakan periuk atau mangkuk ini.  Apa pun di Malaysia menjadi tempat tinggal kepada 46 spesies Nepenthes dimana 11 daripadanya berada di Semenanjung manakala 35 spesies lagi dapat ditemui di Sabah dan juga Sarawak. Artikel malam ini didalam blog "Anim Agro Technology" sambil menonton rancangan Majallah 3 dirumah sempat menulis mengenai ancaman kepupusan periok kera jika tidak dilakukan kawalan atau penanaman semula untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.

Dalam beberapa artikel dilaporkan dimana s
pesies periok kera Nepenthes rajah adalah spesies periuk kera terbesar di dunia dan hanya boleh ditemui di Gunung Kinabalu, Sabah (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan ia boleh membesar sehingga 41cm tinggi dan 20cm lebar serta boleh mengisi sehingga 3.5 liter air di dalam mangkuknya. Didakwa juga antara spesies lain yang terkenal di negara ini adalah seperti spesis Ampullaria, Lowii, Albomarginata, Gracilis, Macfarlanei dan Rafflesiana. Apa pun ia merupakan tanda aras kesuburan didalam hutan dimana di sebalik rupanya yang unik masih ramai yang mungkin masih tidak tahu periuk kera memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan dan pembesaran hutan. Penulis blog dapati untuk memahami lebih lanjut perihal periuk kera banyak penyelidikan dan temubual seperti oleh pasukan penyelidik dari Program Konservasi dan Penggunaan Sumber Agrobiodiversiti, Pusat Penyelidikan Biodiversiti dan Persekitaran, MARDI telah dijalankan. Ini keranan diantara kelebihan tumbuhan ini adalah dimana tahap kemampuannya hidup di kawasan kurang subur kerana sumber nutriennya tidak bergantung kepada tanah semata-mata. Tumbuhan ini boleh mencernakan daun-daun kering, serangga atau binatang yang terperangkap di dalamnya untuk hidup, bergantung kepada spesies dan saiz. Kerana itulah ia tidak memerlukan sumber nutrien sepenuhnya daripada tanah. Lazimnya ketika sesuatu kawasan belum subur sepenuhnya maka periuk kera hidup di kawasan itu dan dalam tempoh puluhan tahun membantu menjadikan tanah menjadi lebih subur menjadikan ia sesuai dihuni tumbuhan lain. Ini juga adalah antara sebab periuk kera mudah ditemui tumbuh di kawasan pinggir hutan kerana kawasan itu belum subur sepenuhnya, tambah beliau. Uniknya tumbuhan ini adalah dalam keadaan tertentu ia menjadi sumber kehidupan kepada haiwan di dalam habitat yang sama. Sebagai contoh, ketam gunung dari spesies ‘Geosesarma’ sangat bergantung kepada spesies Ampullaria yang hidup di kawasan gunung untuk mendapatkan sumber air. Sementara itu spesies Rafflesiana turut memainkan peranan sebagai tempat tinggal kepada kelawar spesies Kerivoula hardwickii kerana saiznya yang cukup besar untuk memuatkan haiwan itu.

Apa pun tumbuhan unik ini semakin terancam dengan pelbagai ancaman dilakukan manusia. Ini kerana dilaporkan hasil kajian tersebut dimana 
tumbuhan ini sedang mengalami beberapa jenis ancaman yang menyebabkan ia semakin sukar didapati. Hasil laporan beberapa ekpidisi mendapati dimana keadaan hutan negara diakui pada hari ini tumbuhan periuk kera semakin sukar dapat dilihat berbanding beberapa tahun dahulu. Dalam satu ekspedisi bersama Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) dihutan di Semenanjung Malaysia juga mendapati spesies Ampullaria dan Gracilis tidak lagi boleh ditemui di suatu kawasan yang dahulunya subur dengan spesies ini sewaktu lawatan saya lima tahun dahulu. Ada yang dakwa pengambilan periok kera untuk dijadikan pembungkus lemang sebagai salah satu daripada punca daripada ancaman kepupusan tanaman ini (Sila lihat foto disebelah). Ini berkait dengan makanan lemang periuk kera semakin mendapat perhatian sebagai juadah hari raya sehingga semakin ramai peniaga mengambil peluang untuk turut menjual sajian hebat tersebut. Bagaimanapun dakwaan seorng pakar taksonomi tumbuhan dan biologi pemuliharaan tumbuhan dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Prof Emeritus Dr Abdul Latiff Mohamad nyatakan dan melihat trend itu sebagai sesuatu yang membimbangkan biarpun tumbuhan periuk kera tidak tergolong dalam tumbuhan terancam. Perkara ini disebabkan kegilaan peniaga lemang periuk kera menuai tumbuhan tersebut dalam jumlah banyak setiap kali tiba musim perayaan. Dakwanya kalau mengambil dengan kuantiti sedikit tidak mengapa tetapi jika mengambil banyak ianya adalah mengancam sama juga dengan isu pembalakan. Selain itu dilaporkan ada yang diambil itu (spesis) yang macam cawan iaitu jnis Ampullaria dimana habitatnya ia juga banyak tumbuh dihutan atau ditanah kerajaan, di hutan simpan, di tepi-tepi jalan pun ada. Antara kemungkinan lain kepupusan walaupun ianya masih banyak sekarang akan tetapi kalau di ambil dengan banyak setiap bulan Ramadan makan proses pemulihannya juga lambat. Didakwa dimana ada spesis periuk kera dengan nama saintifik Nepenthes ampullaria yang sering dicari pengusaha lemang periuk kera untuk menyediakan juadah tersebut. Seorang pencinta alam dikenali Latiff adalah diantara individu yang membangkitkan kebimbangan terhadap trend lemang periuk kera di dalam Facebooknya dan hantarannya banyak dikongsi oleh mereka yang berkongsi pandangan serupa. Dalam hantarannya itu dia telah meluahkan rasa terkejutnya dengan laporan akhbar tentang pengusaha lemang periuk kera yang semakin berleluasa. Dilaporkan bukan hanya periuk kera spesis Nepenthes ampullaria sahaja yang diambil akan tetapi juga spesis lain seperti Nepenthes mirabilis dan lain-lain.

Ada dinyatakan agar ada pihak tertentu seperti pihak 
Jabatan Perhutanan untuk mewartakan semua 13 spesis periuk kera yang ada di Semenanjung Malaysia dan meletakkannya dalam spesis yang dipelihara dan dipulihara. Kenyataan beliau dalam FB telah mengundang rasa tidak senang di kalangan pengusaha lemang periuk kera yang tampil memuat naik hantaran balas. Antaranya Adam Uzair membidas akan pandangan Abdul Latiff di Facebooknya dengan menyatakan pengusaha hanya menuai spesis Nepenthes ampullaria yang tidak terancam dan mudah didapati di seluruh hutan tropika. Tulisannya menyatakan dimana dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang Prof yang ternama di atas keprihatinan beliau dengan lemang periuk kera ini sehingga menimbulkan satu fenomena yang secara tidak langsung mempromosikan lemang periuk kera ini. Akan tetapi, adalah suatu yang perlu dielakkan bagi seorang yang berstatus Prof Emeritus mengeluarkan satu kenyataan yang tidak berfakta dan mungkin dipengaruhi oleh pendapat dan emosi semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan dikalangan netizen untuk memboikot lemang periuk kera dan menjejaskan ekonomi beratus keluarga selain dikecam teruk. Untuk pengetahuan fakta prof dan netizen yang dikasihi, spesis periuk kera yang telah dikenalpasti adalah sebanyak 172 spesis di seluruh dunia dan hanya spesis Nepenthes ampullaria sahaja yang digunakan untuk memasak lemang periuk kera. Mengapa? . Dakwanya pertama dimana spesis ini dikategorikan oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) sebagai least concern (LC) species. Spesis ini adalah diwartakan tidak terancam atau hampir terancam atau bergantung kepada konservasi oleh IUCN. Kedua dimana saiznya yang kecil dan kulitnya yang nipis. Ke 3 adalah ia mudah didapati dan pertumbuhannya yang meluas di seluruh hutan tropika dan mudah dijumpai di Borneo, Pulau Maluku, New Guinea, Semenanjung Malaysia, Singapore, Sumatra, dan Thailand. Ke 4 dimana spesis ini yang bukan karnivor (makan serangga) tetapi detritivor (menyerap nutrient/kompos dari tanah seperti pokok lain) menyebabkan ianya mudah membiak dan membesar.  Ke 5 ia telah ditanam secara komersil oleh pengusaha landskap kerana ianya mudah membiak dan membesar. Ke 6 dilaporkan orang-orang yang menuai periuk kera ini di hutan tidak akan mengambil saiz yang besar dan terlalu kecil bagi kelangsungan hidup periuk kera itu untuk tahun seterusnya kerana ia menjadi punca pendapatan bila menjelang hari raya setiap tahun. Seterunya dinyatakan dimana berdasarkan fakta di atas, kami sebagai PENJUAL LEMANG PERIUK KERA terutama daripada Pengusaha Lemang Periuk Kera Bosscoo bukanlah penyebab kepupusan flora dan fauna. Kami juga sayang hutan kami sebab ia juga sumber pendapatan kami. Dari posting fb tersebut ada betulnya juga fakta yang diberikan untuk renungan bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!...
PERIOK KERA....TERANCAM DIA...
DIKUTIP SARUNG... SEBELUM RAYA...
DIBUAT LEMANG... UNIK KUIHNYA....
BACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 RabiulAKhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.