Saturday, October 24, 2020

SISTEM PERTANIAN BERSEPADU TERBAIK

PERTANIAN
 ialah aktiviti pengeluaran makanan dan juga barangan melalui perladangan, penternakan dan perhutanan. Ia merupakan aktiviti terus berkembang yang membawa kepada kebangkitan tamadun dimana dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dimana ia seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian. Pada penulis blog, pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknikal dimana ia juga termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman jenis tanaman pada tanah sesuai dilakukan dan penternakan bagi haiwan ternakan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada zaman dulu kaedah pertanian dilakukan untuk kegunaan sendiri dan masyarakat setempat dimana kini ia dikomersilkan untuk membekalkan makanan keseluruh dunia. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (seeperti permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif seperti tahap pertanian perindustrian. Bidang Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak dan baja serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti. Bagamana pun terdapat amalan yang telah menjejaskan sistem ekologi dan kesihatan manusia. Salah satu yang sering diwar-warkan diseluruh dunia adalah kelestarian pertanian mampan dengan pelbagai pendekatan. Antara yang selalu disebut adalah seperti Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices), Amalan Pertanian Bersepadu (Intergrated Agriculture System), Pertanian Organic (Organic Agriculture) dan bebrbagai terminologi lagi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel ke 6,085 mengenai sistem pertanian bersepadu di Malaysia dan laporan daripada media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Pengamalan pertanian bersepadu di Malaysia merupakan kegiatan pertanian yang terpenting dan diusahakan secara meluas oleh petani atau penduduk kawasan kampung di Malaysia. Akan tetapi memang terdapat segelintir masyarakat yang mengusahakan pertanian bersepadu secara komersial. Kebiasaannya aktiviti bercucuk tanam dijalankan bersama peternakan ayam kampung, lembu atau kambing aerta akuakultur sedikit. Apa pun bagi pekebun getah mereka ada menanam durian seperti yang dilakukan di Kampung Sg Ulu Maran, Maran, Pahang dimana dalam tinjauan penulis blog (Sila lihat foto disebelah). Puan Salbiah menanam getah, durian, nangka, mangggis, pisang, duku, sayuran-sayuran (cili, terung, bayam, kangkung, cekur manis dan sebagainya) serta menternak kambing dikebun seluas 2 ekar. Dakwanya tanaman dan ternakan jenis ini dilakukan bagi tujuan untuk kegunaan diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja terutama di musim durian. Daripada 15 pokokk durian yang berumur lebih 20 tahun ini memang mampu dijual setiap musim dan menghasilkan pendapatan keluarga. Pertanian bersepadu lazimnya diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil serta menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun dari tinjauan penulis blog, kebanyakan petani kampung masih mengamalkan cara pertanian tradisional. Dalam pada itu melihat kepada sejarah awal transformasi pertanian di negara kita maka dapatlah difahami bahawa sektor pertanian ini bukanlah baru malahan merupakan sumber ekonomi utama masyarakat dahulu dan sekarang. Pertanian akan kekal menjadi nadi penggerak kepada negara dan usaha kerajaan untuk menjadikan sektor ini sebagai perniagaan yang amat menguntungkan perlu mendapat kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak.

Kesedaran pengguna masa kini dengan produk pertanian  organik memberi jaminan sumber makanan bebas kimia dan selamat menerusi ekosistem yang lestari sehingga ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat. Kini ada petani yang m
emfokuskan kepada pengeluaran hasilnya yang berkualiti dan tidak menggunakan sebarang input kimia, produk organik biasanya berharga dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding produk konvensional. Di Kg Parit Keroma, Muar, Johor seorang pemuda menanam cili padi dengan konsep pertanian organik melalui sistem fertigasi (Sila lihat foto disebelah). Beliau mendapati tidak ada banyak masaalah didalam mengamalkan pertanian ini dan berjaya mendapatkan pendapatan yang baik. Sebenarnya tahap pengeluaran di Malaysia menyumbang 30 peratus produk makanan organik dimana negara kita mengimport 70 peratus bekalan makanan organik disebabkan jumlah ladang yang ada mahupun petani yang mengusahakan pertanian organik itu masih kurang. Penulis blog merujuk kepada pegawai Jabatan Pertanian Putrajaya dimana dinyatakan ketika ini hanya 230 ladang yang menerima pensijilan organik dengan keluasan sekitar 2,021 hektar. Jumlah ini adalah terlalu kecil jika ingin dibandingkan dengan negara Thailand dimana peningkatan bilangan ladang mereka meningkat dengan signifikan pada setiap tahun untuk menampung permintaan produk organik dalam negara.

Dilaporkan d
i bawah Rancangan Malaysia ke-12, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telahmenyasarkan peningkatan yang signifikan bagi ladang pensijilan myOrganik menampung permintaan terhadap produk itu demi memenuhi keperluan dalam negara. Antara isu utama pertanian organik di Malaysia adalah tahap produktiviti hasil tanaman organik yang masih rendah dan kurang lestari disebabkan sistem pengurusan ladang serta tanaman yang kurang cekap. Selain itu didakwa dimana kos pengeluaran ladang organik juga tinggi disebabkan oleh faktur kebergantungan terhadap tenaga buruh dan input pertanian organik yang mahal seperti baja bioorganik dan biopestisida dari pasaran tempatan selain diimport dari negara luar. Kes serangan perosak dan penyakit pada tanaman berpunca daripada faktor cuaca tidak menentu dan pengurusan perosak serta penyakit kurang cekap antara masalah utama yang mana ia menyumbang kepada pengeluaran hasil yang rendah. Oleh itu antara cabaran petani adalah bagaimana untuk mereka meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil tanaman organik serta jadi pertanian secara organik boleh 'survival' dimasa akan datang. Kini telah ada kajian dan pembangunan dalam bidang pertanian organik yang mendakwa dimana cara atau sistem perladangan organik bersepadu antara terbaik.  Bersepadu dalam erti lain dengan menyarankan penggunaan kaedah integrasi dengan pelbagai komponen sektor industri ini iaitu ternakan, tanaman pelbagai jenis dan agroekologi memastikan pengeluaran hasil yang optimum. Sebagai contoh tanaman serai dikebun pisang dilaporkan membantu untuk menghalau serangga perosak selain hasilnya boleh dituai. 

Pertanian Bersepadu yang betul dimana ia mampu 
meminimakan isu dan masalah perosak, penyakit, rumpai dan masaalah kebergantungan 'input' pertanian dari luar. Pengurusan sisa sifar juga membantu dan mengurangkan kos input ladang. Penulis blog yang banyak membuat tinjauan teknologi diseluruh negara mendapati jika ada aktiviti ternakan seperti kambing, ayam, lembu ianya akan dapat membantu kepada penghasilan baja organik untuk tanaman di samping menjadi pendapatan tambahan kepada petani. Ladang Tenusu Eco Yap di Keningau, Sabah merupakan salah satu ladang paling berjaya didalam melaksanakan konsep pertanian bersepadu dengan menggabungkan kesemua aspek bidang usaha daripada tanaman, ternakan, akuakultur dan industri asas tani (Sila lihat foto disebelah). Beliau menternak lembu tenusu, menanam rumput napier, nanas, padi organik, durian Musang King, menternak buaya, membina rumah walit, menjual baja kompos, menternak ikan air tawar dan ada juga memproses pelbagai produk berasaskan pertanian. Pembaca boleh membaca tulisan saya mengenai usaha beliau dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi artikel. Penggunaan baja organik dikawasan tanaman membolehkan ladang ini mendapat persijilan MyGAP dan MyOrganik mengikut lokaliti dan jenis bidanguasha. Kini ternakan lembu susu komersil ini jadikan penghasilan kompos atau baja untuk tanaman menerusi sisa najisnya. Penulsi blog dapati amalan sistem tanaman bersepadu dengan komersil mampu menjadi satu kerjaya yang baik.  Jabatan Pertanian mampu membuat penilaian dan seterusnya mengiktiraf hasil produk mencapai spesifikasi ditetapkan MyGAP dan MyOrganik selayaknya mengikut kesesuaian. Adalah menjadi bonus buat petani jika hasil pertanian mereka sudah dipersijilkan dan ia akan mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN BERSEPADU...ITU APA DIA...
PERTANIAN ORGANIK... ADA KAITNYA...
MAKANAN DIHASILKAN.. UNTUK KITA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAMLAH JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomoist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Rabiul Awal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.