Saturday, October 17, 2020

JENIS DAN SISTEM PERTANIAN DI MALAYSIA

PERTANIAN DIMALAYSIA
merupakan salah satu sektor penting dalam sumbangan kepada KDNK dan jaminan kecukupan makanan dalam negara. Sejak sebelum merdeka negara kita adalah sebagai negara pertanian sebelum ia kini berubah kepada sektor perindustrian, petrolium dan perkhidmatan yang lebih dominan. Perubahan masa, teknologi dan industru asas tani dalam sektor pertanian juga telah membawa banyak perubahan dalam senario pertanian dimana sektor ini terus memainkan peranan penting dalam negara. 
Sistem pertanian di Malaysia jauh berubah daripada sebelum merdeka, selepas merdeka dan masa kini. Bagaimana pun kali ini saya akan imbas kembali akan beberapa jenis dan ciri sistem pertanian di Malaysia untuk dibincangkan. Terdapat 4 jenis sistem pertanian di Malaysia yang dikenalpasti iaitu Sistem pertanian pindah (Nomadic Agriculture), Sistem Pertanian Sara Diri (Self sufficiency), Sistem Pertanian Kebun Kecil (Smallholder) dan juga terkini Sistem Perladangan Ekstensif dan Komersial (Commersial Agriculture). Bagaimana pun di Malaysia kesemua 4 jenis sistem pertanian ini masih wujud dibeberapa lokasi dan negeri. Dalam pada itu kini Sistem Pertanian Vertikal (Vertical Agriculture) lebih mampu menarik minat kalangan usahawan muda seperti pertanian dengan menggunakan Struktur Plindung Hujan (SPH), Pertanian Secara Fertigasi, Vege Factory dan beberapa terminologi lagi. Walau pun kos dalam pertanian vertikal ini agak mahal kos permulaannya akan tetapi ia didakwa mampu menjamin pendapatan yang baik. Dikawasan perbandaran dan kota pula ada jenis pertanian yang diperkenalkan iaitu Sistem Pertanian Bandar (Urban Agricuture) yang mana ia menumpukan kepada penanaman tanaman sayuran dan herba dikawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Tchnology" saya menulis mengenai beberapa jenis dan sistem pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.

Paling awal dilakukan oleh penduduk Malaysia yang tinggal dikawasan pendalaman adalah apa yang dinamakan jenis
 Sistem Pertanian Pindah. Sistem pertanian pindah ialah sistem pertanian tradisional yang ringkas dan berkonsepkan pindah tapak. Tapak pertanian sering dipindahkan mengikut tahap kesuburan tanah dengan membuka dimana meraka akan membakar hutan (Sila lihat fotoo disebelah). Ia biasanya diamalkan oleh masyarakat pribumi di Malaysia. Apa pun penulis blog yang membuat beberapa kali tinjauan sistem inidi Pahang, Sarawak, Sabah dan Perak mendapati dimana antar beberapa ciri-ciri Sistem Pertanian Pindah boleh dibahagikan kepada berikut. Pertama mengenai jenis tanaman yang diusahakan iaitu dari jenis tanaman jangka pendek seperti keledek, jagung, ubi kayu, padi huma dan juga ada jenis binatang atau haiwan ternakan. Dalam pada itu lasimnya taburan dan lokasi jenis ini adalah tertumpu di kawasan pedalaman yang jauh daripada bandar atau memerlukan perjalanan berhari-hari untuk ke kawasan lain yang maju. Dari segi skala operasi cara pertanian ini hanyalah melibatkan kawasan yang kecil iaitu antara 0.5 shingga 1 hektar sahaja. Mengenai orientasi pengeluaran pula biasanya- hasil keluaran adalah untuk kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja. Aspek pemilikan dan pengurusan tanah lazimnya tiada hak milik individu ke atas kawasan pertanian (dalam kawasan rizeb rayauan mereka). Kawasan pertanian dibuka mengikut arahan ketua puak atau tuai rumah dan diusahakan secara bergotong-royong. Semua anggota keluarga terlibat dan mempunyai tugas mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang saya perhatikan dimana kaedah pengeluaran dan juga tahap penggunaan teknologi adalah paling asas. Penggunaan kaedah dan peralatan tradisional seperti kapak, cangkul dan tenaga haiwan sering digunakan. Sistem pertanian ini juga bergantung sepenuhnya kepada persekitaran fizikal seperti air hujan (mula menanam musim hujan dijadualkan) dan baja organik hasil pembakaran sisa tumbuhan yang ditebang. Apa pun jenis pertanian ini semakin berkurangan mengikut kemajuan dan permodenan sekarang dimana bahan asas makanan lebih mudah didapati.

Jenis kedua adalah S
istem Pertanian Sara Diri Intensif yang lebih praktikal daripada jenis diatas. Sistem pertanian ini dijalankan secara giat dengan mengkhususkan hanya kepada satu jenis tanaman utama sahaja seperti tanamanm Padi (Oryza sativa) sawah di samping beberapa jenis tanaman luar musim seperti keledek (Impomea batatas), jagung (Zea mays) dan sayur-sayuran. Hasil tanaman hanya untuk keperluan keluarga sahaja dan akan dijual sekiranya ada lebihan. Apa pun berikut adalah beberapa ciri-ciri Sistem Pertanian Sara Diri Intensif dimana dari segi jenis tanaman biasanya terdapat dua sistem penanaman iaitu monokultur (tanaman sejenis) dan multikultur (tanaman pelbagai jenis). Mengenai taburan dan lokasi ia akan tertumpu dikawasan seperti lembah sungai yang subur dan mempunyai bekalan air yang mencukupi seperti Dataran Kedah (MADA), Delta Kelantan (KADA) dan beberapa kawasan jelapang padi dibawah IADA seperti IADA Kerian, IADA Barat Laut Selangor, IADA KETARA, IADA Kota Belud, IADA Pekan, IADA Rompin, IADA Batang Lupar, Skim Luar Pengairan JPS dan beberapa lagi. Lazimnya skala operasi atau keluasan tanah pertanian antara 1 hingga 1.5 hektar sahaja dan diusahakan secara individu. Orientasi pengeluaran dimana hasil tanaman hanya untuk keperluan keluarga sahaja dan akan dijual sekiranya ada lebihan. Namun kini di Malaysia semua hasil pertanian dijual untuk mendapatkan subsidi harga padi. Dari sei ciri buruh dan modal dimana sistem pertanian ini masih lagi berintensifkan buruh walaupun sudah ada penggunaan jentera. Petani masih dibelenggu kemiskinan menyebabkan penggunaan modal juga kecil. Bantuan kerajaan diperlukan melalui pemberian baja, racun serangga dan khidmat nasihat. Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi sebanrnya masih ada yang menggunakan kaedah tradisional dan moden seperti penggunaan jentera, baja kimia dan racun serangga. Kemudahan asas seperti sistem pengairan juga disediakan.

Bagi 
Sistem Pertanian Kebun Kecil dimana lazimnya sistem pertanian ini melibatkan penanaman tanaman bukan bijirin dan bersifat separuh komersial iaitu campuran diantara tanaman untuk jualan dan untuk kegunaan sendiri. Apa pun dalam tinjuan penulis blog di seluruh negara mendapati diantara siri-ciri sistem ini adalah jenis tanaman yang diusahakan. Biasanya jenis tanaman jualan termasuk seperti tanaman getah (Hevea braziliensis), Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) serta buah-buahan terpilih mebgikut kesesuaian. Taburan dan lokasi sistem ini meliputi kawasan kaki bukit dan kampung tradisional. Dari segi skala operasi ia mempunyai keluasan kebun kurang daripada 40 hektar (100 ekar) dan berubah-ubah mengikut jenis perkebunan yang diusahakan. Cara orientasi pengeluaran adalah bermatlamat pengeluaran adalah untuk jualan dan kegunaan sendiri. Dari segi tahap pemilikan dan pengurusan tanah pertanian jenis ini lazimnya ia dimiliki secara individu dan diusahakan oleh ahli keluarga. Pengurusan kebun bergantung kepada jenis kebun, iaitu kebun yang diuruskan secara individu diuruskan secara tradisional manakala kebun jenis berkelompok diuruskan secara mini estet. Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi pula dimana tahap penggunaan teknologi dalam sistem torehan, penggunaan baja kimia dan racun serangga di kawasan yang diuruskan secara mini estet. Kawasan kebun kecil individu masih menggunakan kaedah tradisional kerana masih wujud isu kekangan modal.

Seterusnya adalah S
istem Perladangan Ekstensif dimana sistem ini adalah  berkonsepkan komersial sepenuhnya. Hasil tanaman adalah untuk jualan dan mementingkan keuntungan dan pulangan kepada pelaburan. Apa pun penulis blog mendapati dimana antara ciri-ciri sistem ini adalah mengenai pilihan jenis tanaman seperti tanaman getah, kelapa sawit atau nanas. Tanaman komersil nanas MD2 (Ananas comosus) merupakan diantara contoh yang dimasukkan dalam kategori ini seperi ladang KPF di Tanah Abang, Mersing Johor inii seluas l3bih 300 ekar (Sila lihat foto disebelah). Ladang KPF di Ulu Tiram, Johor Bahru pula mempunyai 700 ekar ladang nanas MD2 dengan jenama MELITA untuk pasaran domestik dan eksport. Mengenai taburan dan lokasi sistem ini lazimnya akan tertumpu di kawasan hutan yang diteroka dan kawasan pembangunan oleh pihak swasta dan juga di wilayah khusus seperti KESEDAR, KETENGAH dan DARA. Dari skala operasi  pula ia akan melibatkan keluasan melebihi 40 hektar. Mengenai orientasi pengeluaran dimana hasil pertanian untuk jualan sepenuhnya sama ada di dalam atau luar negara. Dari segi modal, pemilikan dan pengurusan sistem ini biasanya menggunakan modal yang besar kerana melibatkan kos pengurusan yang tinggi. Biasanya ia melibatkan pelaburan syarikat swasta seperti GUTHRIE, SIME DARBY dan DUNLOP serta agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA dan Tabung Haji. Kaedah pengeluaran, penggunaan teknologi, tenaga buruh serta penggunaan teknologi moden dalam semua peringkat bagi meningkatkan pengeluaran dan mampu memantapkan pengurusan. Namun biasanya pergantungan kepada tenaga buruh masih tinggi sehingga ada terpaksa menggunakan tenaga kerja kontrak terutama bagi peringkat bawahan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ... BANYAK  SISTEMNYA...
ADA EMPAT SISTEM.. DI MALAYSIA...
SEMUA DILAKUKAN... LAIN CARA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Safar 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.