Thursday, September 3, 2020

TANAMAN MUDAH KELILING RUMAH (Part 2)

TANAMAN DAPUR KELILING RUMAH merupakan satu aktiviti yang perlu dan sesuai dilakukan setiap keluarga sama ada mereka tinggal dikawasan perumahan dibandar mahu pun di kawasan kampong. Ini kerana terdapat jenis-jenis tanaman herba yang sering diperlukan tetapi tidak banyak kuantitinya dan sesuai ditanam sendiri dirumah. Antara jenis yang biasa dan sering digunakan untuk masakan dirumah adalah seperti daun pandan, daun kunyit, daun kari, serai, halia, daun ubi kayu, cekur, cili padi, ulam raja, daun bawang dan beberapa lagi. Ia selari dengan konsep 'Bumi Hijau' dahulu dan kini lebih popular dengan 'Pertanian Bandar' atau pun kebun komuniti. Pada penulis blog bukan sukar untuk menanam tanaman terpilih di rumah dan juga tidak juga mudah untuk menjaganya. Apa yang perlu adalah kawasan sesuai, masa lapang, ada ilmu asas penanaman, bahan rujukkan (buka internet sahaja) dan yang paling utama adalah MINAT dan sokongan ahli kelurga dan rakan serta jiran-jiran. Kajian oleh Jabatan Pertanian melalui Laporan Keberkesanan Program Bumi Hijau kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun 2000 (yang mana penulis blog menyediakannya waktu itu)  menyatakan aktiviti ini mampu menjimatkan perbelanjaan setiap isirumah yang terlina sebanyak 25 - 36% hasil aktiviti ini atau dinilaikan diantara RM36 - RM48 sebulan. Apa tidaknya setiap keluarga tidak perlu lagi membeli bahan asas untuk masakan keluarga terutama dari jenis sayuran daun, ulam-ulaman dan rempah ratus. Selain daripada ianya ditanam sendiri dengan kualiti segar, lazimnya hasil dari keliling rumah juga lebih selamat kerana kurang kesan sisa racun. Cuaca di Malaysia yang mendapat sinaran matahari sepanjang tahun dengan anda menggunakan media tanaman sesuai mampu menghasilkan keperluan dapur yang mencukupi malahan boleh dijual dengan jiran-jiran sebelah yang memerlukannya. Artikel petang Khamis ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu artikel ke 6,025 mengenai 12 jenis tanaman mudah disekeliling rumah untuk diamalkan semua semuga ianya memberi menafaat kepada semua pembaca.


(5) DAUN BAWANG
Daun bawang (Allium cepa) ini memang dikira pelengkap selera banyak makanan dimana keperluannya adalah penting. Jenis makanan perlu ditabur dengan daun bawang terutama kalau makan sup, mihun goreng, mi goreng, nasi goreng dan sebagainya. Biasanya kalau hendak membeli daun bawang ini memeng tidak boleh nak beli sikit-sikit dan kalau lama disimpan didalam peti ais akan rosak dan busuk dimana akhirnya ia sudah jadi lembik dan tak sedap dah makan. Kalau dibayangkan dimana setiap kali hendak masak dan dapat potong yang daun bawang segar dari pokok sendiri memang seronok. Menanam daun bawang pun mudah sahaja dan memerlukan kawasan kecil. Menanamnya mudah dengan memotong dulu bahagian atas bawang merah itu sedikit untuk cepatkan percambahan dan tanamkan bahagian akarnya di dalam pasu yang bertanah. Pastikan agar disiram sekali sehari dan pokok mendapat cahaya matari. Dalam masa 3 minggu sahaja maka ia akan mula membesar dan mengeluarkan daun.  Cara terbaru yang mana biasanya menggunakan papan telur untuk tumbuhkan daun bawang. Caranya dengan membasahkan papan telur dan letak tanah sedikit pada setiap ruangan dan letakkan bawang merah yang dah dipotong bahagian atasnya. Kemudian bawang tersebut akan membesar dan tinggi daunnya dan bolehlah memotong daun bawang yang nak digunakan.


(6) DAUN SADERI 
Daun Saderi (Apium graviolens) merupakan sejenis sayuran jenis berdaun dari keluarga Umbelliferae yang ditanam di Malaysia dan selalu digunakan dalam masakan yang mana ia terdapat diseluroh dunia. Keperluan daun ini seakan menjadi Wajib dan memang kena ada bila masak sup. Kalau tiada daun ini maka memang boleh tidak enak sup tersebut. Ada juga yang suka ratah daun (makan mentah) daun saderi ini kerana didakwarasanya sangat rangup dan menyegarkan. Biasanya untuk menanam daun saderi di perlukan lebihan bahagian akar sayur saderi itu sendiri. Caranya dengan mengambil dalam 3 inci bahagian akar saderi dan ia di cucukkan dengan batang lidi dari bahagian luar supaya akar tak mencecah bawah bekas dan rendamkan di dalam bekas berisi air. Kemudian diletakkan bekas pada tempat yang kena cahaya matahari. Bila dilihat daun saderi dah mula bercambah maka boleh alihkan ke pasu berisi tanah dan siram dua kali sehari. Sila pastikan tanah sentiasa lembap untuk daun saderi tumbuh dengan segar.  


(7) DAUN PUDINA (Mint)
Daun Pudina (Mentha pipenta) merupakan satu lagi jenis tumbuhan kategori herba dari keluarga Lamiaceae yag sangat sinonim dengan kegunaannya sebagai penyedap makanan atau pun sebagai ulam. Tanaman ini merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak ditanam secara kecil-kecilan di kawasan kebun komersil dan juga disekeliling rumah. Kegunaan daun pudina ini berkait apabila ternampak gambar daun pudina akan terus terbayang air sejuk-sejuk lepas diletak lemon dan daun pudina. memang sungguh enak kalau dapat minum masa musim panas dimana ia selain ia diguna untuk diletak dalam air selalunya daun pudina ini memang banyak digunakan dalam masakan Arab atau India. Menanam daun pudina sendiri dirumah juga mudah dilakukan dengan membeli daun pudina segar dan kemudian keratan batangnya dibuang daundibahagian bawahnya. Batang keratan ini seterusnya di susuk terus didalam pasu yang berisi tanah campuran atau medium cocopeat atau polimer kristal dan selalu disiram sehingga tumbuh akar dan daunnya. Apabila sudah berdaun banyak maka bolehlah ia dipetik terus dan digunakan.

 
(8) DAUN KETUMBAR

Daun Ketumbar (Coriandrum sativum) merupakan sejenis tanaman dari keluarga Apiaceae yang dikategorikan sebagai tanaman rempahratus atau herbs. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Eropah Selatan, Benua Afrika Utara dan Kawasan Asia Barat. Rakyat Malaysia ada menggunakan ketumbar dalam bentuk biji ketumbar dan juga daun ketumbar dalam makanan mereka. Saya rasa ketumbar mesti ada setiap masa dalam simpanan di dapur kerana khasiatnya dan memberikan rasa makanan yang sangat lazat. Memang ada sesetengah orang memang sangat gemar dengan daun ketumbar tetapi ada juga yang tidak suka dengan baunya. Daun ketumbar ini penting dalam masakan India dan Timur Tengah dimana hampir semua menu utama mereka akan menggunakan bahan ini sama ada ia dijadikan sebagai perisa masakan ataupun sebagai hiasan. Memang sangat berbaloi untuk jadikan tanaman daun ketumbar dalam rumah sebabnya caranya tersangat mudah. Caranya dengan mendapatkan daun yang ada akar dalam 2-3 inci dan rendam dalam bekas berisi air. Bila sudah nampak besar lagi beberapa inci maka masukkan ke dalam pasu yang berisi tanah campuran. Timbuskan bahagian akar didalam tanah dan bahagian batang itu dan dipastikan tidak masuk dalam tanah jadi pokoknya boleh tumbuh dengan elok. Tuaian mengikut keperluan masakan. 
Artikel ini mempunyai 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kapada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!..
TANAM POKOK... DI RUMAH SAHAJA...
PILIH YANG SESUAI... BOLEH DIGUNA...
POKOK DISIRAM... SENTIASA DIJAGA...
HASIL SEGAR... SELAMAT DIMAKAN JUA..

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Muharram 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.