Monday, September 7, 2020

KESAN REMAJA MINUM KOPI

MINUM KOPI sejak dahulu merupakan satu aktiviti yang wuhud diseluruh dunia dimana minuman air kopi dilaporkan sebagai kedua diambil selepas minuman air kosong atau air mineral. Minuman kopi ini diambil kerana rasa keenakannya serta aromanya dimana kopi memang diketahui umum iaitu mengandungi bahan khhusus dikenali sebagai Kafien (caffeine). Serbuk kopi dihasilkan melalui proses daripada penanaman kopi terpilih (sama ada Koli Arabica, Kopi Robusta atau Kopi Liberica) dimana bijinya akan di goreng sehingga sesuai diseduh. Pokok kopi yang ditanam secara komersil ini akan menghasilkan buah kopi yang berwarna hijau sebelum ia menjadi kuning kemerahan apabila masak dan dikutip. Buah matang ini dipetik dan dikumpulkan sebelum diproses untuk mendapatkan bijinya dengan proses yang agak lama daripada mebersih, merendam, membuang kulit, menjemur biji sehingga kering. Biji kopi ini akan digoreng dengan bahan tambahan lain dan kemudian dikisar halus sebelum ianya dibungkus dan dipasarkan. Biji kopi mentah kini menjadi komoditi perdagangan antarabangsa dimana nilainya mengatasi nilai perdagangan pertolium. Kopi Arabica merupakan jenis kopi premium yang diminati penduduk dunia dengan penguasaan pasaran melebihi 70% diikuti dengan Kopi Robust sebanyak 28% dan bakinya Kopi Liberica dan lain-lain varieti sekitar 2% sahaja. Kini minum kopi telah diperdagangkan dengan rantaian restoren khusus menjual minuman kopi seperti jenama Starbuck, Hard Rock Cafe, Maxwell House dan banyak lagi. Terdapat berpuloh resepi minuman kopi diperkenalkan diseluruh dunia  bukan hanya 'Kopi-O' atau 'Kopi Beng' sahaja yang terkenal sebagai tradisional di Malaysia. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai kesan minum kopi yang mengandungi kafien khususnya terhadap remaja dan jantina untuk dijadikan bahan rujukan semua.


Keunikan minuman kopi kini telah dipelbagaikan seperti minuman kopi Espresso, Mocha, Black Coffee, Americano, Cappuccino, Macchiato, Latte dan banyak lagi yang sukar saya untuk menghafal atau menyebutnya. Kini selain orang dewasa telah ramai kalangan remaja yang pergi ke restoren kopi berjenama ini untuk meminum kopi. Mereka bangga dan suka minum kopi ini kerana 'dianggap bergaya' dan ada status tersendiri selain memang suka akan minuman kopi ini. Ada yang mendakwa mereka akan minum kopi dahulu untuk memberikan tenaga untuk aktif bersukan dan yang paling selalu didengar adalah minum kopi pada malam hari untuk berjaga ketika belajar dan mentelaah bulu. Penulis blog dahulu semasa menjadi pelajar universiti memang ada juga minum 'Kopi-O' agar dapat berjaga dimalam hari terutama diminggu persediaan peperiksaan semester. Kesan kafien memang sangat berkesan membantu untuk mengelakkan dari mengantuk ketika membaca buku atau ulangkaji pelajaran. Bagaimana pun di USA dibuat kajian dimana jika minum berlebihan air kopi memudharatkan remaja dan kesihatannya. Kajian oleh American Academy of Pediatrics menyatakan agar mengelakan memberikan kopi kepada kanak-kanak dan juga remaja. Ini kerana minum secawan kopi bagi orang dewasa paling maksima diambil sehari kerana ia mengandungi jumlah sebanyak 400 mg kafien sehari adalah dianggap sebagai kadar yang selamat

Apakah dia Kafiena (Caffeine)?. Daripada wikipedia di katakan Kafien  ialah sejenis sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan contohnya biji kopi, teh, biji koko, buah kola (Cola nitida), guarana dan maté. Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai bahan perangsang kepada sistem saraf pusat (Central Nervous System atau CNS), jantung dan sistem pernafasan. Kafeina juga bersifat diuretik (iaitu boleh dikumuh melalui air kencing). Ia bertindak sebagai bahan perangsang lemah pada sistem saraf pusat dengan mana selepas minum secawan kopi atau teh seseorang mungkin berasa lebih segar. Kafien ini sebenarnya boleh dibuat secara sintetik dimakmal dimana memang ada digunakan didalam makanan dan minuman. Kini dianggarkan sebanyak 80% penduduk dunia mengambil bahan kafien setiap hari termasuk sekitar 73% adalah gulongan orang muda termasuk remaja dan kanak-kanak. Walau pun ada minuman 'soft drink' yang mengandungi kafien dipasaran dan menjadi pilihan ramai golongan ramaja semenjak lama dahulu. Remaja  minum kopi kerana boleh naikan 'mood', tindakbalas lebih pantas, perhatian dan 'kesegaran' selepas minum kopi.


Bagaimana pun kini golongan remaja merupakan pasaran terbaik minuman kopi terutama jenis-jenis minuman kopi yang berjenama. Remaja kini terutama pelajar dan mereka yang baru bekerja sering mengunjungi restoren seperti Starbuck, Oldtown Coffee, MCDonald, KFC dan sebagainya untuk minum kopi disamping berbual dengan rakan taulan atau membawa laptop untuk membuat kerja rasmi. Terdapat bebrapa laporan kajian dimana ketagihan minum kopi dikalangan remaja meningkat dengan amat signifikan sama ada dinegara-negara manju mahu pun remaja dari neara sedang membangun. Ini kerana dengan cara minum kopi ini makan kesannya terhadap golongan remaja terutma siswa dan pelajar dilaporkan memberi kesan sampinhan khusus. Peminum yang mengambil caffiene ini dengan jumlah yang sederhana membantu meningkatkan 'mood seseorang' serta tindabalas cepat dan kewarasan. Kesan kopi ini juga membolehkan seseorang individu remaja mampu untuk memproses maklumat dengan lebih pantas (bahasa mudah mereka akan jadi cerdik sedikit), lebih cekap dan suasana riang.  Hasil kajjian mengenai minuman kopi terhadap orang dewasa dan remaja juga ada kesan negatifnya jika mencapai kepada tahap 'ketagihan', Ini kerana jika seseorang itu tidak mendapat bekalan kopi untuk waktu yang kritikal maka otaknya 'lemah berfikir' berbanading dengan orang kebanyakkan lain. 

Kesan negatif dari minum kopi yang mengandungi kafien agak banyak diperkatakan termasuk kesan Isomnia, Diuresis, Restlessness, Nervousness, Exitement, Flushed face,  Muscle twitching, Gastrointestinal disturbances dan agak gugup apabila hendak berucap tau bercakap. Didakwa kesan kafien ini bermula hanya beberapa minit sahaja selepas minum kopi. Kafien ini mempunyai jangkahayat kesan terhadap individu selama 5-6 jam sahaja bermakna ia juga mengambil masa lama untuk mengeluarkannya daripada makanna ia mengambil masa agak lama untuk di'nyah'kan dari dalam badan. Ada juga dilaporkan dimana kanak-kanak atau remaja akan terbantut pembesarannya jika meminum kopi disebabkan oleh kerana bahan kafien akan menyebabkan darah menjadi pekat. Apa pun perkara ini masih menjadi perdebatan dikalangan ramai pengguna kopi. Kafien juga didakwa memberi kesan negatif kepada sistem saraf otak kanak-kanak serta remaja dengan menjadikanya kurang cekap. Ia berkait dengan kajian pada tikus dimana diberikan 3 cawan kopi iaitu kadar kafien sama dengan badan tikus didapati menyebabkan berlaku gangguan tidur tikus dan melambatkan pertumbuhan otak tijus. KAfien didakwa memberikan kesan ketahian pada pusat otak yang boleh menjadikan ia ketagih kafien semasa dewasa. Bagaimana pun kopi masih menjadi pilihan utama minuman didunia sehingga kini.

Kafien (Caffeine) masih menadi gangguan waktu tidur tkepada peinumnya termasuk kalangan remaja. Dilaporkan dimana setiap 10 miligram bahan kafien yang diambil oleh individu termasuk remaja berusia 13 tahun boleh menyebabkan 12% (1 jam) gangguan tidak boleh tidur daripada waktu tidur standard selama 8.5 jam.  (Kadar waktu tidur .  atau sekitar gurangkan remaja tersebut takes a major toll on a teen’s sleep. Gangguan tidur ini menyebabkan kesan kepada pelajaran, kesihatan mental dan kesihatan fizikal seseorang remaja. Didakwa juga dimana kesan kafien menyebabkan dan memicu kepada kehilangan kekuatan tulang dengan signifikan mengikut masa. Kesan kafien terhadap organ jantung didakwa membawa kepada kesan masalah sakit jantung dan makanan suplement lain yang selalu digunakan. Dalam kes lain daripada kajian menunjukkan kesan mengambil kafien dikalangan remaja boleh menyebabkan seseorang itu lambat akilbaligh. Bagaimana pun kesan kafien akan lbih ketara selepas seseorang itu lebih dewasa umurnya dengan berbeza jantina. Kajian saintis mendapati dimana kesan kafien adalah lebih tinggi kepada remaja lelaki berbanding dengan remaja perempuan. Kadar degupan jantung pada lelaki yang mengambil kafien lebih cepat daripada remaja perempuan. Bagaimana kajian seperti ii masih diteruskan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
By,
M Anim,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang, 
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 Muharram 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.