Monday, August 17, 2020

SEDIA BENIH NANAS MD2 DALAM POLIBEG

MEMBUAT BENIH NANAS MD2 dalam polibeg merupakan satu lagi teknologi yang boleh dilakukan jika ada kemahuan. Penulis blog mendapati kini terdapat beberapa usahawan dan mereka yang ada hobi mengeluarkan sulur benih nanas MD2 melakukannya sedemikian rupa kerana ia praktikal dan menghasilkan sulur yang berkualiti. Tanaman nanas (Ananas comosus) terutama dari jenis premium seperti varieti MD2 kini semakin menarik minat ramai. Mereka ini terisiti daripada penanam nanas sedia ada, estet nanas komersil, pekebun kecil, GLC mahu pun indiviidu dan petani hobi sudah mula berminat menanam nanas khususnya nanas varieti MD2. Nanas MD2 yang tekah dipopularkan oleh LPNM sekitar 10 tahun lalu mendapat permintaan baik dikalangan pengguna terutama untuk segmen 'Nanas Makan Segar'. Varieti premium ini menjadikan lebih ramai pengguna semakin berminat untuk memakan buah nanas dimana kajian telah menunjukkan penggunaan atau pengambian buah nanas telah meningkat daripada hanya 7 bijii seorang setahun kepada 14 biji seorang setahun di Malaysia. Kemanisan nanas MD2 diantara 16 - 20% Brix (ukuran bagi unit kemanisan buah) dengan tidak lidas dengan aroma yang harum membbuatkan semua golongan masyarakat suka makan nanas MD2 daripada yang muda sehingga yang tua tanoa mengira kaum. Bagaimana pun penanaman nanas MD2 yang semakin meluas ini bagi menggantikan varietii sedia ada seperti Moris, Sarawak, Josapine, N35 dan Gandul semakin rancak dilakukan. Isu utama dalam penanaman nanas MD2 ini adalah kesukaran untuk mendapatkan anak benih sulur MD2 yang tulis dan disahkan melalui skim SPBT Jabatan Pertanian. Ini kerana diluar sana ada beberapa syarikat wasta yang mengeluarkan anakbenih Nanas MD2 Kultur Tisu (Benih TC) yang tidak stabil akibat 'somaklonal variation' yang berlaku menyebabkan kualiti buah akan jadi tidak menentu dan merosakkan insustri nanan negara. Kos benih nanas MD2 yang agak mahal (Purata harga RM1.50 satu sulurbenih) berbanding dengan anakbenih  nanas varieti lain menjadikan ramai kecewa untuk menanamnya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa individu yang membuat anakbenih sulur MD2 untuk kegunaan sendiri aau pun menjualnya jika ada permintaan pengguna untuk bahan rujukaan semua.

Tanaman nanas MD2 secara konvensional dan komersil akan mengambil jangkamasa setahun setengah (14 -16 bulan) untuk berbuah. Ia agak lama sedikit daripada jenis nanas lama seperti nanas Moris dan Josapine sekitar 12 bulan atau lebih pendek lagi. Selepas nanas MD2 in menghasilkan buah makan ia akan dikutip hasilnya dan batang serta daunnya dipokok akan di musnahkan (cara konvensional) untuk nanas lain. Bagaimana pun bagi pokok nanas MD2 maka pokok tersebut akan dicantas, dibaja dan dijaga bagi tujuan mengeluarkan anak sulur benih. Daun-daun nanas yang dituai buahnya itu akan dibuang atau cincang dengan meninggalkan sekitar saty kaki untuk ia boleh menghasilkan sulur tanah yang boleh dibuat sulur anak benih. Sepokok nanas MD2 boleh mengeluarkan sekitar 3 -  5 sulur anak benih dan mungkin lebih sama ada untuk diguna sendiri atau pun dijual. Pendapatan dari pengeluaran dan penjualan benih nanas MD2 boleh memberikan pendapatan lumayan kepada mereka yang menepati piawaian syarat-syarat SPBT yang dikelolakan Jabatan Pertanian Malaysia.

Kos benih yang tinggi dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan benih nanas MD2 menyebabkan banyak perkara dilakukan. Di kalangan pihak swasta yang ada makmal penyediaan benih tanaman TC maka mereka pernah mengambil peluang untuk menghasilkan benih nanas MD2 TC. Malangnya sehingga kini pihak kerajaan khususnya di Kementerian Pertanian dan Industi Makanan Malaysia (MAFI) telah tidak membenarkan lagi akan penggunaan benih nanas MD2 TC untuk bantuan kerajaan mahupun dikalangan pekebun nanas. Isu 'somaclonal variation' pada nanas MD2 disebebkan nanas MD2 merupakan nanas Hibrid (yang induknya ada berbagai jenis) dan sangat tinggi potensinya i=untuk abak benih TC menjadi buah yang kurang berkualiti seperti bentuknya yang tirus (cone shape), rasa yang tidak manis, kenamanisn dalam buah yang tidah seragam, lidas serta melibatkan kos penananan amat tinggi untuk kos benih. Penggunaan benih tulis sebagai benih MD2 amat menentukan bahawa industri nanas negara akan terus berkembang dengan sihat dan maju.

Nanas MD2 memag boleh ditanam didalam polibeg untuk pengeluaran bbuah dan sulur benih. Saya memang ada menulis teknologi menanam nanas dalam polibeg dalam artikel sebelum iini untuk dibaca (Sila klik disini). Teknologi yang dipaparkan dalam artikel tersebut adalah berkait dengan artikel pada kali ini cumanya setelah pokok nanas MD2 di hormon kita tidak perlu menunggu sehingga buahnya keluar. Setelah pokok berumur 7-8 bulan makan ia sudah boleh dihormon dan kemudian daunnya akan dicantas bagi tujuan menggalakkan pengeluaran tunas sulur anakbenih (Sila lihat foto disebelah). Teruskan program pengajaanseperti pembajaan, pengairan dan kawalan musuh dan perosak selama beberapa bulan. Tunas Sulur (anakbenoh) akan keluar dengan berperingkat dan apabila telah mencapai saiz sesuai maka boleh diambil sulur nanas tersebut bagi tujuan penanaman. Benih ini perlu mencapai standard benih nanas oleh Standard SIRIM dengan ukuran tingggi dan ukuran perdu yang disyorkan untuk penanaman nanas. Satu polibeg bergantung kepada cara penjagaan mampu menghasilkan anakbenih nanas MD2 mampu hasilkan 3-5 pokok dan anda kira sendiri berapa banyak mampu dijasilka dimana kekurangan boleh membeli daripada pembekal komersil yang mempunyai sijil SPBT diluluskan. Kepada pembaca semua boleh mencuba menghasilkan anakbenih nanas MD2 sendiri dirumah atau dikebun dengan cara ini. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BENIH NANAS MD2... SUKAR DAPATNYA...
IA MAHAL... KOS MEMBELI TINGGUNNYA...
DALAM POLIBEG... ANDA BOLEH CUBA...
MEMBACA ARTIKEL...TEKNOLOGI ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
20 Zulhijjah 1441H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.