Sunday, July 26, 2020

PRODUK NANAS SALAI MD2 - ENAKNYA!

PRODUK NANAS SALAI MD2 memang sangat enak dan anda semua patut mendapatkannya!. Itulah yang penulis blog dapat katakan apabila membuat ujirasa produk yang berasaskan nanas MD2 yang premium ini. Buah Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang telah lama di tanam di Malaysia sebagai salah satu industri terutama untuk nanas kaleng (nanas dalam tin) sebelum dan selepas merdeka. Bagaimana pun kini selain daripada buah nanas untuk dikalengkan, halatuju penanam nanas tertumpu kepada penanaman nanas jenis makan segar. Diantara varieti nanas yang popular untuk makan segar sperti Nanas MD2, Nanas Josapine, Nanas N36, Nanas Yankee, Nanas Keningau Diamond, Nanas Madu Kaca dan beberapa lagi. Nanas MD2 diantara varieti nanas yang paling baik kualitinya untuk pasaran domestik dan eksport. Nanas MD2 kini ditanam secara komersil dan meluas oleh pekebun kecil, usahawan sederhana dan beberapa buah estet nanas. Ini kerana kualiti nanas premium MD2 yang manis, tidak lidas, tahan lama selepas dituai dan harga baik membolehkan varieti nanas MD2 menjadi tumpuan ramai. Nanas MD2 segar lazimnya mempunyai tahap kandungan gula atau kemanisan tinggi melebihi purata lebih 12 Brix keatas apabila masak. Pada penulis blog, nanas MD2 yang masak ranum ia boleh mencapai kemanisan 18 - 20 darjah Brixs adalah perkara biasa. Perkara ini yang membolehkan nanas yang masak ranum ini amat baik diproses untuk pelbagai produk berasaskan nanas seperti Nanas Salai MD2, Jus Nanas MD2, Inti Tart Nanas MD2, Karipap Nanas MD2, Minuman Pinacolama, Nanas MD2 Panggang, Minuman Kopi Nanas, Jem Nanas dan banyak lagi. Bagaimana pun penulis blog kali ini amat teruja apabila membuat ujirasa NANAS SALAI MD2 yang dihasilkan oleh Syarikat Lembah Matanaga yang beroperasi di Taman Pertanian Moden, Kluang yang amat sesuai dipromosikan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis megenai satu produk Nanas Salai MD2 yang pada saya boleh dipromosikan diperingkat domestik dan antarabangsa.

Nanas MD2 (AC9) merupakan sejenis varieti nanas hiberi yang telah dibawa masuk ke Malaysia semanjak beberapa tahun lepas dimana ia telah terus mengembang luas penanamannya.  Sejarah Nanas MD2 mula dikaji proses pembiakannya di Institut Penyelidikan Nenas di Hawai pada tahun 1960'an dengan kerjasama beberapa buah syarikat pengeluar utama nenas dunia seperti Del Monte, Maui Land and Pinepple Company  selama bebelas tahun. Bagaimana pun hanya pada tahun 1981 nenas MD2 telah berjaya dihasilkan dan kemudian dikomersilkan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang amat dikehendakki oleh pasaran antarabangsa. Nenas varieti MD2 atau dinamakan sebagai 'Millie Dilard' sempena nama isteri orang berkepentingan ini kekal ssehingga hari ini sebagai salah satu nenas premium untuk dikomersilkan. Dari segi pembiakbakaan nenas, nenas MD2 mempunyai ciri yang unik kerana ianya kompleks yang melibatkan 5 varieti induk nenas yang berbeza dimana ia dikacukkan termasuk daripada kumpulan nenas Smooth Cayene dan beberapa lagi. Dalam ertikata lain kehadiran varieti nenas MD2 telah menjadikan ia pilihan terbaik kepada penanam nenas kerana kini ia dijadikan nenas premium untuk pasaran domestik dan eksport dinegara kita. Potensi buah nenas segar MD kini lebih terserlah apabila protokol pengeskportan nenas segar ditadatangani dengan negara China pada bulan Mei 2017 dengan sasaran eksport bernilai sebanyak RM320 juta sehingga tahun 2020. Penanam nenas dinegara ini memang digalakkan mematuhi 8 semua protokol tersebut termasuk ladang yang menanam nenas perlu ada menerima sijil MyGAP untuk tujuan tersebut.

Apa yang penting mengenai bentuk buah nenas MD2 adalah bentuk fizikal buahnya yang SELINDER (cylindrical shape) bersaiz daripada sederhana besar kepada saiz besar. Dalam pemantauan penulis blog ke banyak kebun yang menanam nenas MD2 di Selangor, Johor, Perak, Kedah dan Pahang terdapat beberapa penanam nenas lebih berminat untuk menghasilkan buah nenas MD2 dengan berat lebih 3.0 kg sebiji untuk pasaran domestik. Pelanggan tempatan yang mempunyai keluarga ramai lebih suka membeli nenas yang besar ini dengan harga runcit termasuk berat jambul diantara RM2.50 sekilogram sehingga RM3.00 sekilogram atau lebih lagi. Ada juga penjual atau penjaja yang menjual nenas MD2 dengan harga runcit sehingga RM5.00 sekilogram. Nenas MD2 mempunyai saiz mata yang besar dan rata serta ianya sekata berukuran sekitar 5 - 16 cm. Walau pun dalam keterangan teknikal buah nenas MD2 lazimnya mempunyai berat diantara 1.5 kg - 2.5 kg sebiji tetapi dengan baja tambahan termasuk baja foliar ia mudah membear sehingga beratnya 3.5 kg sebiji. Penulis blog juga mendapati dimana nanas MD2 yang masak (Gred premium, sederhana atau sub-grade) amat sesuai diproses termasuk untuk dijadikan nanas salai. Walau pun namanya nanas salai akan tetapi proses membuatnya berlainan dengan membuat produk Pisang Salai. Penulis blog berjumpa dengan Pengurus Ladang Nanas Lembah Matanaga di Kluang untuk melawat ladang nanas MD2 dan membuat ujirasa beberapa produk nanas MD2 termasuk Nanas MD2 Salai.

Nanas MD2 Salai yang dihidangkan didalam piring pada mulanya saya lihat sebagai kerepek sahaja melihat kepada earna dan hirisan. Bagaimana pun agak terkejut kerana ia lembut dan enak dimakan apabila masuk mulut. Warna kuning asli daripada buah nanas MD2 yang masak memang menarik dan semulajasi (natural). Apabila dimasukkan mulut maka ia sebenarnya bukan bertekstur keras seperti kerepek sebaliknya lembut sahaja. Rakan saya En Rizal yang bersama tinjauan keladang ini bertanya kenapa kerepek nanas ini macam 'sudah lemau'. En Hasan bagaimana pun menjelaskan bahawa apa yang dihidangkan itu bukan kerekep nanas akan tetapi ia adalah Nanas MD2 Salai iaitu salah satu produk syarikatnya. Produk ini dibuat daripada buah nanas MD2 yang telah cukup masak (Biasanya sudah lebuh 135 hari selepas dihormon) dibersihkan, dibuang kulit dan empulur dan dihiris halus. Hirisan ini kemudian di jemur sehingga agak kering selama beberapa hari sehingga ia mencapai piawaian sesuai. Pernah menggunakan oven untuk mengeringkannya akan tetapi rasa asli masih terbaik jika dijemur dibawah sinaran matahari secara semulajadi. Pek pembungkusan dengan plastik pembungkus berwarna emas seberat 70 gram dengan ada zip membuka dan menutupnya agar kedap udara (Sila lihat foto disebelah). Apa yang didakwa oleh En Hasan produk ini boleh tahan lama melebihi 8 bulan hingga setahun jika disimpan ditempat sesuai. Walau pun tahap pengeluaran Nanas MD2 Salai ini masih rendah disebabkan kapasiti pusat pemprosesan sedang dibangunkan dan bekalan buah yang sedikit (Banyak untuk keluarkan sulur benih MD2)akan tetapi mereka merancang untuk menambah pengeluarannya.

Mengulas lanjut mengenai Nanas MD2 Salai ini rupa-rupanya lebih enak lagi kalau di cicah dengan Sos Cili atau Soa Nanas. Bila penulis ambil kepingan nanas salai ini dan dicicah kepada sos dan dimakan memang rasanya sangat Sedap dan Lazat. Masa ini dapat menikmati akan 4 keenakan makanan iaitu Manis, Pedas, Masam, Sedikit Masin (Dari Sos) dan yang tidak dirasakan cuma pahit sahaja. Penulis blog cuba bayangkan seakan memakan sotong kering bakar yang dimesin dengan sos sahaja. Penulis blog terus bertanya dan tangan tidak mahu berhenti mengambil kepingan nanas, mencicah dan terus memakannya. Rupanya dua bungkus sudah selesai di makan didalam beberpa minit sahaja bersama 4 rakan lain yang semuanya memberikan 'jempol' terhadap produk enak ini. Penulis blog percaya jika disediakan Standard Product Processing dan Piawaian Khas akan membolehkan produk ini pergi lebih jauh. Semasa di Filipina bulan Disember 2019 lepas penulis blog ada membuat tinjauan di Hypermarket DI Cagayan De Oro dimana ada melihat produk seakan nanas salai ini dijual dan membelinya. Bagaimana pun dari segi kualiti didapati produk dari Sykt Lembah Matanaga ini memang diakui jauh lebih premium kualitinya. Semuga lebih ramai usahawan lain yang akan berusaha menghasilkan produk ini untuk pasaran domestik dan eksport. LPNM juga diminta untuk mereka dapat menyediakan cara membuat produk ikut GMP, HACCP, MEsTI dan HALAL dimasa akan datang. Semuga semua pembaca mendapat info berguna membaca artikl dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NANAS MD2 SALAI... BUAT UJIRASA...
WARNA EMAS...SUNGGUH ENAKNYA...
SANGAT BERKHASIAT... MANISNYA DIA...
BOLEH DIPROMOSIKAN... SAYA SUKA!...

By,
M Anim,
Ladang Lembah Matanaga,
Taman Pertanian Moden,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(2 Zulhijjah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.