Wednesday, July 8, 2020

MARKISA - KENALI JENISNYA

BUAH MARKISA atau PASSION FRUIT (Passiflora edulis) merupakan sejenis buah yang sesuai ditanam di Malaysia. Tanaman ini selalunya ditanam secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman kontan lain. Penulis beberapa kali ada membuat tinjauan teknologi ke lokasi tersebut bersama-sama dengan rakan-rakan dikawasan tanah tinggi dimana mendapati tanaman ini memberikan hasil agak lumayan kepada petani jika harga yang diterima baik. Dianggarkan seluas lebih daripada 100 - 150 hektar CHE tanaman markisa dijalankan di Malaysia setiap tahun. Tanaman ini ditanam menggunakan kayu sokong iaitu kayu para junjung yang menggunakan tiang daripada batang buloh yang banyak didapati dikawasan sekitar kawasan penanaman ini (Sila lihat foto diatas). Kawasan yang bersuhu agak sejuk dengan paras ketinggian sekitar 450 - 500 kaki daripada paras laut sesuai untuk tanaman ini. Ia akan menjadikan pokok markisa hidup subur berbanding dengan penanaman markisa ditanah rendah. Antara lokasi penanaman markisa seperti di Bentong, Tapah dan beberapa lokasi di Sabah. Markisa juga merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Passifloraceae yang ditanam di negara kita dan dipanggil juga BUAH SUSU. Tumbuhan ini menghasilkan buah yang mempunyai rasa manis dan masam sesuai dimakan segar atau sering diproses untuk dijadikan jus minuman dalam bentuk Kordial atau Sirap yang tersedia diminum. Tanaman ini pernah di popularkan sekitar tahun 1970'an dan 1990'an tetapi tidak banyak petani yang menanam secara komersial sebagai monokrop seperti di Kg Janda Baik ini. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah Passion Fruit (English), Granadilla ; Parcha; Parchita ; Parchita maracuya (Sepanyol), Ceibey (Cuba), Maracuja peroba (Portugis), Grenadile ; Couzou (Perancis), Lilikoi (Hawai), Parcha amerilla (Venezuella) dan Limangkon (Thailand). Tumbuhan ini telah dibawa masuk kenegara kita dipercayai oleh penjajah kolonial dahulu. Artikel subuh ini saya menulis ladi didalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti beberapa jenis buah markisa yang dikenali diseluruh dunia untuk dijadikan rujukkan anda semua pembaca blog ini.


Markisa merupakan tanaman menjalar atau memanjat dengan memerlukan para  atau sokongan. a mempunyai jenis daun yang alternate dengan berwarna hijau dengan batang membentul 'V' dan bersudut 45-90 darjah. Daun yang mempunyai bebera lekukan atau lobes ini berumuran sekitar 2.2 - 6.5 cm panjang dan 0.4 - 1.4 vm lebar dimana ia memang berbentuk oblobg. oblanceolate dan juga linear. Hujung daun berbentuk tirus atau membulat dan pada permukaan atas daun seakan hijau berkilat sedikit sementara dipermukaan bawah daun agak pucat. Panjang tangkai daun sekitar 3 - 5 cm panjang berwarna hijau kuat .  Batang (vein) markisa ini memanjant dengan menggunakan sulur paut atau tendril. Bunganya pula berukuran 7 cm diameter dengan mempunyai bentuk kelopak yang oblong berwarna hijau berukuran 4-6 mm. Terdapat filamen pada tengah bunganya dengan warna keunguan atau warna hijau pucat berumuran 2 cm panjang dan 5 stamen.  Bentuk ovarinya adalah  claviform dan berbunga sepanjang tahun di Malaysia bergantung kepada umur pokok dan cuaca. Buah muda selalunya berwarna hijau muda atau hijau pekat bergantung kepada varieti dan berbentuk bulat atau globos dengan warna buah bertikar kekuningan, ungu atau merah apabila buah matang. Berat buah matang diantara 35 - 50 gram sebiji bergantung kepada varieti dan pengurusan agronomi.  Buah Markis ada berbiji yang agak banyak dimana bijinya ini berbentu epiliptik, kecil, keras dengan warna bijinya coklat kehitaman.  Biji berukuran 2-3 mm panjang dan apabila sesuai boleh disemai untuk dijadikan benih tanaman. Buah markisa sesuai dimakan sebagai jus minuman, salad, sherbets dan sebagainya. Paling banyak adalah buah markisa ini dijadikan jus minuman dan kordial.

Berikut adalah jenis buah Markisa: 


1. MARKISA UNGU (Purple Passion Fruit)
Jenis Markisa Ungu ini adalah jenis yang paling banyak ditanam dan dijadikan produk berasaskan markisa. Bentuk buah globose kecil dan ovoid dengan ukuran garispusat 4 - 9 cm dan panjangnya 4 - 7 cm. Warna buah hijau semasa muda dan akan bertukar kepada warna ungu kulitnya apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Buah yang dipercayai berasal daripada Selatan Brazil, Paraguay dan Argentina Utara kini ada ditanam diseluruh dunia untuk pasaran segar dan diproses terutama untuk jus. Kandungan jus diantara 35-45% ini sangat disukai ramai pengguna. Jenis Markisa Ungu ini ada banyak ditanam di Perak dan Pahang serta Sabah hasil daripada tinjauan penulis blog,



2. MARKISA KUNING (Yellow Passion Fruit)
Buah Markisa Kuning ini lebih menonjol daripada buah markisa ungu dari segi perbandingan pada petani dan pengguna. Buahnya berbentuk bulat atau oblong dengan kulitnya berwarna hijau dan bertukar kepada warna kuning terang apabila masak. Ia mempunyai permukaan kulit luar yang licin berkilat. markisa kuning berukuran lebih besar daripada markisa ungu iaitu panjangnya 6 - 12 cm dengan garispusat sekitar 4 - 7 cm. Jenis ini mempunyai perikap yang lebih tebal dan kuat dimana membolehkan ia tahan lebih lama jangkkahayatnya. Rasanya kurang enak sedikit berbanding dengan markisa ungu dan lebih bersifat asidik atau masam. Hasilnya tinggi dan sesuai diproses untuk dijadikan jus minuman atau kordial minuman. Jenis ini ada banyak ditanam di Malaysia seperti yang penulis jumpa di Pahang, Perak dan Johor.



3. MARKISA MANIS (Sweet Passion Fruit)
Jenis buah Markisa Manis atau dikenali diseluruh dunia sebagai Granadilla ini banyak dijumpai dan ditanam di negara Amerika Selatan seperti di Mexico, Bolivia dan Venezuela. Bentuk buahnya adalah bulat atau spherical sehingga kepada bentuk Oval dengan ukurannya sekitar 5 - 9 cm panjang dan garispusat sekitar 4 - 7 cm. Warna buah muda adalah hijau dan akan bertukar kepada warna coklat pudar atau warna oren atau jingga 9violet) dengan ada berbintik pada kulitnya. Isinya selalu berwarna kekelabuan dengan rasa yang manis dan menmpunyai aroma yang kuat. Sesuai dimakan segar sebagai salad dan lebih banyak diproses menjadi jus minuman atau kordial minuman.


4. MARKISA BESAR (Giant Passion Fruit)
Buah Markisa ini berasal daripada kawasan West Indies. Buah muda berwaarna hijau dan akan menjadi sedikit kekuningan atau pinkish apabila ianya masak. Bentuk buah berbentuk lonjong atau oblong dengan ukuran sekitar 18 cm garispusat dan panjangnya sekitar 20 - 30 cm. Ia adalah jenis markisa besr yang mana isinya berwarna keputihan dengan mempunyai rasa manis dan sedikit berasid. Ada yang mengambilnya sebagai dimakan segar atau diproses menjadi jus minuman atau sebagai salad. Kita di Malaysia jarang dapat melihat markisa besar ini ditanam. Kepada sesiapa yang ada benihnya boleh kita share.


5. MARKISA PISANG (Banana Passion Fruit)
Buah Markisa Pisang ini paling unik kerana bentuk buahnya seakan buah pisang (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog belum pernah menjumpai jenis markisa ini di Malaysia setakat ini. Bentuk buanya lonjonh atau oblong dengan ukuran panjang 6 -20 cm dan garispusat sekitar 3-5 cm. Ia berwarna hijau kulitnya semasa muda dan akan bertukar kepada warna kuning atau hijau kuning apabila masak. Kulitnyanya agak nipis dan mempunyai isi berwarna kuning pucat atau pink solomon atau oren gelap yang manis. isinya banyak sehingga mencecah 60% daripada bahagian buah dengan mempunyai aroma kuat dan kadar asid yang rendah. Sesuai dimakan segar atau diproses menjadi pelbagai makanan terutama jus minuman.
Demikianlah 5 jenis buah markisa yang mudah untuk diingati dan difahami. Sebenarnya banyak lagi buah markisa jika di baca mengikut varietinya diseluruh dunia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

BUAH MARKISA... BUAH SUSU SAMA....
DILAPORKAN PULA...ADA 5 JENISNYA...
DIMALAYSIA...UNGU DAN KUNING ADA...
DIJADIKAN MINUMAN...ENAKNYA DIA...

By,
M Anim Hosnan,
Senior Agronomist,
Room 11, Bedrock Hotel,
Jalan Che Tak, 30300,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.