Sunday, September 27, 2020

MARKISA - ADA DI USAHA?

TANAMAN MARKISA (Passiflora endulis) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Passiflora yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Latin. Jenis buah markisa ada 5 semuanya iaitu Markisa`Ungu, Markisa Markisa Kuning, Markisa Manis, Markisa Besar dan Markisa Pisang. Dua jenis sahaja yang popular di Malaysia iaitu Markisa Ungu dan Markisa Kuning. Markisa Ungu dikatakan mempunyai rasa yang lebih enak jika dibandingkan dengan jenis buah kuning. Isi dari buah yang ranum berwarna kuning, masam seperti limau oren. Buah markisa kaya dengan Vitamin C, Vitamin B1, B2, Beta Karotena, Besi, Fosforus, Kalsium dan serat. Isi buah markisa enak dibuat jus, jem atau aiskrim. Pokok Buah Markisa memanjat menggunakan sulur paut dimana ia memang memerlukan pancang dan para. Pokok Markisa tumbuh subur dalam pelbagai jenis tanah dengan saliran yang baik dengan nilai pH 6.0. Ia sesuai ditanam di atas batas. Gemburkan tanah. Gaulkan tanah dengan 1 kg tinja lembu atau tanah organik. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum menanam anak pokok markisa. Menyemai markisa boleh ditanam menggunakan biji benih atau menggunakan keratan batang. Jika ingin tanam dari keratan batang, gunakan batang yang separa berkayu dengan garispusat saiz pensel dengan dua mata tunas. Semai dalam tanah yang kaya dengan bahan organik, serta jumlah tanah liat dan pasir yang sama banyak. Jika semai menggunakan biji benih, semai dua biji benih di dalam polibeg saiz 10 cm X 15 cm. Benih akan tumbuh selepas 2 minggu disemai. Kerat anak pokok yang lemah. Gunakan tanah yang kaya dengan bahan organik. Anak pokok sedia untuk dialih apabila tinggi mencapai 15 hingga 23 cm. Cara menanam dengan menggali lubang sedalam 30 cm. Jarakkan antara pokok dengan garispusat 3 m. Boleh laraskan ruang mengikut pancang dan para. Jarak antara pokok mempengaruhi hasil tanaman. Dalam kajian yang dilakukan dengan tanaman di tanah beris. Tanaman menghasilkan buah paling banyak dean paling besar menggunakan jarak 1.2 m X 3.1 m. Apa pun didalam penanaman markisa secara secara komersial, para mendatar beberbentuk T digunakan. Dalam pancang mencacang pula, satu siri tiang 7.5 cm X 10 cm setinggi 2.5 m dipacak dengan jarak 3 m dalam barisan. Tiang ditanam sedalam 60 cm dan tiga dawai (galvanised wire) nombor 11 diregangkan sepanjang barisan. Satu dawai di bahagian atas tiang, satu dawai 50 cm di bawai dawai pertama dan 50 cm di bawah dawai ke dua. Dawai di lalukan melalui lubang di tengah tiang. Hujung dawai diregangkan supaya dapat menampung berat tanaman dan buah. Setiap para (dawai) adalah sepanjang 100 m dipasang dari arah yang mendapat cahaya suria sebanyak mungkin. Tanaman markisa amat jarang dilaporkan didalam media tempatan dan media eletronik kerana buah markisa amat tidak popular di Malaysia. Kalau anda google pun akan jumpa denga artikel-artikel tulisan saya dan sedkit dari bloggers lain. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan tekno;ogi menanam buah markisa dan beberapa laporan media mengenai tanaman in untuk rujukkan semua pembaca.

Tanaman Markis perlukan aktiviti melatih dan memangkas dimana batang pokok diikat pada dawai pancang supaya tanaman cepat memanjat tiang. Empat pokok ditanam berdekatan. Apabila pokok mencecah dawai, ia dilatih supaya tumbuh ke kiri manakan pokok yang satu lagi tumbuh ke kanan. Pangkas bahagian ranting yang tumbuh di atas tanah. Dalam penanaman komersial, baja CCM 65 digunakan jika tanah pendalaman, misalnya tanah liat. Baja CCM 45 digunakan jika tanah beris. 2 kg baja organik digunakan bagi setiap pokok dalam setahun jika pokok ditanam di tanah beris. Pembajaan bagi tanah liat bagi tahun pertama, 300g setiap pokok, 3 kali setahun. Bagi tahun kedua, 450g setiap pokok, 2 kali setahun dan bagi tahun ketiga dan seterusnya, 450g setiap pokok, 2 kali setahun. Bati pembajaan tanah Bris pula tahun pertama, 350g setiap pokok, 3 kali setahun, tahun kedua, 1000g setiap pokok, 3 kali setahun dan tahun ketiga dan seterusnya, 1000g setiap pokok, 3 kali setahun.  Kerja meumput dengan membuang rumpai dengan garispusat 0.5 m di sekeliling pangkal pokok. Proses pendebungaan bersilang antara pokok adalah penting supaya buah lekat. Ini biasanya dilakukan oleh serangga pendebunga (2.5 hingga 4.5% bunga lekat). Untuk tingkatkan hasil, debunga secarta manual (90% bunga lekat). Sebaiknya ada sistem pengairan kerana kemarau boleh pula menyebabkan daun dan bunga luruh. Gunakan sistem jenis titis. Makhluk perosak utama ialah lalat buah. Kulat serta virus juga sering menyerang pokok. Kebiasaannya kulat dan virus dibawa oleh bena. Pokok mula berbunga ketika sudah berumur 12 bulan. Bagaimanapun pokok hanya akan berbuah lebat sel;epas berumur 2 tahun. Pokok berbuah sepanjang tahun tetapi paling lebat pada bulan Januari dan September.

Dalam portal berita Melakini.com dengan tajuk "LPP perluas tanaman markisa di Melaka" menarik untuk dibaca. Berita dari Durian Tunggal Melaka ini memang ada melaporkan dimana pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memperluaskan penanaman buah markisa di Melaka bagi memenuhi permintaan bukan sahaja didalam negeri, malah ke seluruh negara. Pengerusi LPP masa itu dan juga rakan penulis blog iaitu Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya kini dalam perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan sebidang tanah yang boleh diusahakan dan menanam buah markisa dalam skala yang besar. Dakwanya perancangan itu dilakukan kerana bekalan buah markisa dibawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka Tengah sedia ada tidak mencukupi dan perlu mendapatkan bekalan dari negeri lain (Sila lihat foto disebelah). Setakat ini pengeluaran di Melaka hanya tiga metrik tan sebulan dan jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung keperluan sekurang- kurangnya 10 metrik tan sebulanBerita baiknya tanah itu ada tetapi semuanya akan diumumkan kerajaan negeri ini dan hasil kerjasama itu nanti ia bukan sahaja akan membekalkan keperluan bagi Melaka sahaja tetapi untuk negara selain dengan teknologi yang dipertingkatkan kita boleh eksportLPP juga mensasarkan seramai 1, 200 usahawa muda akan dilahirkan menjelang 2023 bagi merancakkan lagi sektor pertanian dinegara ini. Kini untuk 10 tahun terakhir ini kita mempunyai kira-kira 5,000 usahawan tetapi perintis atau usahawan baharu perlu dilahirkan dan pelbagai inisiatif disediakan bagi golongan B40.

Artikel merujuk kepada perkara sama bertajuk 'Melaka bakal jadi pengeluar Markisa negara' oleh akhbar Harian Metro juga dirujuk. Foto disebelah menunjukkan dimana kakitaangan PPK Melaka Tengah Yaakop  dan Asna Nazifi dengan hasil tuaian buah markisa di ladang mereka. Melaka bakal dikenali sebagai pengeluar utama buah markisa di Malaysia satu hari nanti susulan usaha keras dijalankan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Melaka untuk menarik minat orang ramai mengusahakan tanaman berkenaan. Pengurusnya, Normayati Che Said berkata iaitu setakat ini seramai 160 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Melaka Tengah mengusahakan tanaman terbabit dengan 30 ahli benar-benar aktif mengusahakan tanaman seluas tiga hektar. Ia membabitkan kawasan Parujas, Lanjut Manis, Pengkalan Renggam, Bukit Kecil di Bukit Rambai, Paya Dalam dan Kandang Tengah. PPK Melaka Tengah kini sedia memberi kerjasama, khidmat nasihat serta penerangan berkaitan kelebihan tanaman markisa. ia memang boleh membawa pulangan lumayan. Ppihaknya boleh memasarkan markisa terbabit yang mendapat permintaan tinggi. Didakwa juga dimana permintaan pasaran amat tinggi sehingga LPP Melaka terpaksa mengambil hasil tanaman berkenaan dari Johor. Pengerusi LPP Datuk Mazlan Aliman yang membuat tinjauan di PPK ini nyataakan pihaknya dalam perbincangan dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan sebidang tanah bagi mengusahakan tanaman berkenaan pada skala besar.  Setakat ini pengeluaran di Melaka hanya tiga tan metrik sebulan dan jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung keperluan sekurang-kurangnya 10 tan metrik sebulanJika semua berjalan lancar, ia boleh dibekalkan bukan saja ke Melaka malah seluruh negara selain di eksport. Semuga artikel ini membuka semangat kepad petani di Malaysia untuk memperbanyakan tanaman buah markisa dimasa akan datang. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM MARKISA... DI MELAKA...
JENIS KUNING... UNGU PUN ADA...
MUDAH DITANAM..CEPAT BUAHNYA...
BACA ARTIKEL...TEKNOLOGI DI JANA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Room 11, Bendrock Hotel,
JalanChe Tak, 30300,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1441H).
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.