Wednesday, July 15, 2020

KHASIAT BARLI DAN KEHEBATANNYA (Part 1)

BARLI (Hordeum vulgare) adalah sejenis tumbuhan bijirin dari keluarga Poaceae yang penting dalam kategori bijirin sebagai makanan untuk manusia dan binatang ternakan. Kita di Malaysia tidak biasa dengan tanaman barli kerana kebanyakan barli ditanam dikawasan beriklim sederhana dan iklim 'temperate' yang mempunyai 4 musim. Barli bijirin yang dijual di Malaysia lazimnya dalam bentuk biji tersedia untuk dimakan iaitu bijirin berwarna coklat putih yang telah di bersihkan atau dalam bentuk serbuk. Barli ditanam dalam dua keadaan iaitu penanaman barli musim luruh dan penanaman barli musim bunga (Fall and spring barley). Walau pun masa dan musim penanaman berbeza tetapi kualiti barli yang dihasilkan adalah sama. Malaysia mengimpot bijirin barli yang mana kebanyakannya untuk di buat makanan seperti 'Bubur Barli' atau perasa minuman seperti air barli, campuran dalam 'Lee Chee Kang' atau dibuat jus/kordial minuman perasa barli dan juga makanan kesihatan. Barli di tanam secara komersil oleh beberapa negara yang beriklim 'temperate' seperti di Eropah walau pun dari segi sejarah tumbuhan ini 'native' dari kawasan Asia Barat dan Asia Tengah. Penanaman barli di Asia Tenggara hanya kecil-kecilan sahaja. Kajian menunjukkan pengeluaran barli di dunia adalah sekitar 150 -155 juta metrik tan setahun. Pengeluar terbanyak hasil barli didunia adalah negara Rusia dengan sebanyak 18 juta mt/tahun diikuti dengan Perancis (13 juta mt/tahun) dan Jerman (12.5 mt/tahun). Negara-negara lain yang banyak menghasilkan barli adalah seperti Ukraine (11.8 juta mt/tahun) , Kanada (9.5 juta mt/tahun), Australia (8.1 juta mt/tahun), Turki (7.3 juta mt/tahun) , UK (6.8 juta mt/tahun), USA (4.9 juta mt/tahun) dan Poland (4.0 juta mt/tahun). Rekod dari FAO menunjukkan barli telah ditanam dilebih 100 negara diseluruh dunia dengan banyak dari negara yang beriklim temperate dan sebahagian dikawasan tropika. Keluasan penanaman barli pada 2009 adalah 54.095 juta hektar dengan kadar hasil sebanyak 28,140 Hg/ha. Jumlah pengeluaran direkodkan oleh FAO pada 2009 adalah sebanyak 152.125 juta metrik tan. Keperluan biji benih barli pada tahun 2009 adalah sebanyak 8.225 juta kg untuk penanaman. Penulis blog gemar minum air barli panas. Artikel pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai khasiat dan menafaat barli untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Ada laporan bagi memanfaatkan 1001 khasiat barli yang dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Poaceae (dulu dipanggil sebegai famili Gramineae) dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.  Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin. Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir lima kali zat besi dalam bayam, tujuh kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli. Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia.

Makan barli didakwa mampu untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli sangat berkesan dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolesterol dari makanan ke perut dan usus. Apa pun dilaporkan kandungan bahan Beta-glucan yang juga terdapat di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolestrol buruk’) dan trigliserida. Barli juga mampu untuk meningkatkan paras glukosa dan lemak dalam darah Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati dalam barli. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam barli membantu meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2. Barli didakwa mampu mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung Barli mempunyai kandungan Tokotrienol dan tokoferol yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Selain berperanan merendahkan kadar kolesterol di dalam badan, air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu condisi di mana dinding saluran arteri disekat dengan gumpalan lemak yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut. Air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis (Sila lihat foto disebelah). Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan dan lipid-altering effects. Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan strok. Merawat luka ringan Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Caranya rebus biji barli sehingga lembut, lenyekkan, dan tampal ke bahagian yang luka. Barli juga mampu menghilangkan berat badan Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu untuk menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Ia tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan.  Tambahan lagi dikatakan air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisme lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.

Resipi air barli untuk menguruskan badan mudah membuatnya sendiri. Bahan-bahan diperlukan adalah setengah cawan barli dan tujuh gelas air, sebatang kayu manis ceylon Lemon Madu (kalau nak manis). Rebus barli dan dicampurkan dengan kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit. Pastikan biji sampai barli kembang dan ia kemudian tutupkan api. Sebelum minum sebaiknya dissyorkan untuk diperahkan lemon sikit dan masukkan madu. Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Jangan lupa panaskan sebelum minum. Bagi tujuan menyejukkan badan boleh diambil air rebusan bijirin barli juga berfungsi sebagai penyejuk badan. Rasulullah SAW pernah memberi sup barli kepada orang yang menghidap demam. Barli juga dapat membantu sistem penghadaman. Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus. Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dalam darah.
Semuga tulisan 2 part ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA BARLI... BANYAK KHASIATNYA...
MUDAH DIBELI... DIPREMIS MANA-MANA...
DIREBUS CAMPUR MADU...CARA GUNA...
BADAN SIHAT... DI AMALKAN SENTIASA...

By,
M Anim Hosnan,
Senior Agronomist,
Preciint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.