Friday, July 24, 2020

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA (Part 1)

CIRI-CIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA banyak bergantung kepada banyak faktur untuk difahami dan diamalkan. Kita sering melihat seseorang itu telah menjadi usahawan yang berjaya dan terkenal akan tetapi tidak ramai diantara kita yang mampu melakukannya. Ini kerana bagi menjadi usahawan berjaya perlu mengetahui akan beberapa prinsip-prinsip asas melalui didikan keluarga atau pun mempelajarinya secara formal. Usahawan (Entrepreneur) apa yang ditulis secara ilmiah adalah bermaksud memikul tugas atau mencuba. Istilah perkataan 'Usahawan' adalah ini sebenarnya adalah berasal dari Bahasa Inggeris iaitu 'Enterpreneur' atau 'Entreprendre' dalam bahasa Perancis. Usahawan ialah seorang individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula adalah orang yang berniaga. Secara amnya, usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakaan sesuatu perniagaan yang bermotifkan keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategi untuk terus berjaya. Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang boleh diceburinya. McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement) dalam buku Panos G. Piperopoulos (2012). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi Schumpeter (1934), dimana mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan kepada organisasinya sendiri. Oleh itu, usahawan merupakan individu yang mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza dengan orang biasa. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan iaitu beberapa ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya untuk bahan rujukkan anda semua.


Terdapat banyak ciri-ciri usahawan yang menetukan kejayaannya tetapi ada 10 yang akan dibincangkan didalam artikel kali ini. Pertama adalah PROAKTIF yang merupakan satu sikap yang positif dengan merangka dan mengawal sesuatu tindakan yang dilakukan lebih awal daripada jangkaan. Orang yang mempunyai proaktif yang tinggi akan mampu mencari peluang dan kesempatan, seterusnya mempunyai daya usaha mengambil tindakan yang tepat untuk memanfaatkan kesempatan tersebut (Siti Faizah Ismail, 2009). Lebih jauh dijelaskan bahwa proaktif adalah lawan dari reaktif. Proaktif merupakan keyakinan diri bahawa sumber segala perilaku adalah terletak pada diri manusia itu sendiri. Seseorang yang proaktif selalu memiliki tujuan, gerak maju, dan berorientasi ke masa depan. Seseorang yang proaktif tidak akan menunggu peluang datang, mereka akan mencari peluang yang dapat membantu mereka untuk melaksanakan sesuatu kerja. Mereka bertindak secara inisiatif terhadap peluang pasaran dengan membentuk sesuatu persekitaran baru. Dengan ini, firma yang dimiliki oleh usahawan yang proaktif itu akan menjadi pemimpin dalam pasaran, dan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan baru. Usahawan yang proaktif akan berusaha mencari maklum balas daripada pelanggannya, dan bukan sekadar menunggu pelanggannya dating membuat aduan. Apabila mendapat aduan, mereka akan bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan hati yang tenang, berusaha membaiki kelemahan yang ada, seterusnya mencapai kejayaan dalam perniagaan. Salah satu contoh usahawan yang bersifat proaktif ialah Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew, adalah seorang hartawan dari Pulau Pinang dan pengedar tunggal pertama motosikal Honda di Malaysia. Berdasarkan sejarah, beliau merupakan seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi serta formal, ini tidak menjadi halangan kepada beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dengan keyakinan yang tinggi, beliau mengenalpasti satu produk yang jelas amat diperlukan oleh rakyat Malaysia, iaitu motorsikal bersaiz kecil dan ringan. Idea ini muncul apabila beliau melihat sebuah motorsikal yang bersaiz kecil dan ringan di jalan raya Bandar Osaka, Jepun. Akhirnyanya, beliau berjaya memastikan motorsikal Honda terus diminati di Malaysia.


Ciri kedua pula adalah TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA. Ini kerana jika berputus asa boleh digambarkan sebagai suatu keadaan di mana seseorang usahawan itu merasakan satu perasaan seperti tiada lagi harapan lagi untuk berjaya dan berhenti melakukan sesuatu hal (Saat Sulaiman, 2008). Hal ini demikian, sering berlaku kepada individu yang baru menceburi bidang perniagaan. Keadaan ini berlaku kepada mereka yang baru sahaja membuka perniagaan mereka, dan secara amnya, keadaan ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Menurut penglaman oleh En Wong dari Tawau, Sabah yang mencuba untuk menghasilkan buah Durian Belanda (Annona muricata) yang besar memang beliau tidak pernah berputus asa. Walau pun asalnya dia hampir berputus asa kerana banyak teknik dilakukan yang dibuat sejak pertama dan merasakan tiadanya jalan penyelesaian tetapi yang kedua dan seterusnya diharap berjaya. Diwaktu sama adalah kerana terlalu banyak kata-kata negatif yang bermain di minda, manakala yang terakhir adalah kerana letih dan penat untuk berusaha. Dalam konteks perniagaan, masalah yang sering timbul di awal perniagaan adalah modal, pelanggan dan persaingan yang sedia ada. Dalam menghadapi kesulitan ataupun masalah, janganlah seseorang usahawan tersebut cepat berputus asa atau patah semangat, sebaliknya hendaklah dia bersiapkan diri untuk membuka mata, telinga serta pemikirannya. Hal ini kerana dengan membuka mata, usahawan tersebut akan dapat melihat peluang lain yang mungkin akan timbul. Seterusnya dengan memasang telinga serta membuka pemikirannya akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul, misalnya dengan membuka telinga, kita akan mendengar nasihat nasihat berguna daripada golongan tertentu seperti keluarga, kawan-kawan, dan insan-insan tersayang, manakala dengan membuka pemikiran pula, usahawan perlulah bijak untuk menyelamatkan perniagaan dengan berfikir di luar kotak, kreatif dan berinovatif. Perkara ini, hendaklah diterapkan di dalam jiwa dan hati usahawan agar mereka mempunyai sikap yang tidak mudah berputus asa demi menyelamatkan perniagaan mereka.

Ciri ke tiga adalah BIJAK DALAM MENYELESAIKAN MASAALAH dimana biasanya setiap individu baik remaja atau orang tua, semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Masalah boleh digambarkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya, masalah dalam keluarga, masaah peribadi, dan masalah di dalam perniagaan. Menurut Jauharah (1995), masalah boleh ditakrifkan sebagai perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang suatu benda, perkara hal atau keadaan. Sebagai contoh, seseorang yang membuka perniagaan di Johor Bahru perlu menghadiri satu pertemuaan yang akan menguntungkan syarikat miliknya perlu berada di Alor Star dalam masa 2 jam, dalam hal ini masalah untuk ke Alor Star adalah jarak yang melebihi 600 kilometer. Di dalam konteks perniagaan, masalah yang selalu wujud adalah pembekal, pelanggan, keuntungan, kerugiann dan muflis. Hal ini kerana, perniagaan merupakan satu sektor pekerjaan yang memakan jumlah duit yang sangat besar dan berisiko untuk gagal adalah besar jika tidak bijak mengambil peluang. Sebagai contoh Dato' Rosyam Noor yang merupakan ikon pertanian di TKPM Lanchang, Temerloh Pahang menghadapi masaalah cashflow kerana tanaman Nangka (Artocarpus heterophyllus) yang ditanam dikebun seluas 150 ekar belum berbuah. Penulis blog yang bertugas sebagai Pengarah Pertanian Pahang berbincang dengan beliau agar menanam Durian Belanda untuk diambil daunnya dijadikan teh herba sehingga berjaya menghasilkan 'Teh Durian Belanda ARDA'. Kini pokok durian belanda telah berbuah dan daunnya pula berterusan dijadikan teh herba (Sila lihat foto disebelah). Kesimpulannya pada setiap kali ada masalah yang timbul semasa aktiviti perniagaan dijalankan sebaiknya hendaklah sentiasa tenang dan terus memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah dengan bijak dan bukan dengan berputus asa kerana setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya. Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca keseluruhannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JADI USAHAWAN... HINGGA BERJAYA...
BANYAK CIRINYA...PERLU DILAKSANA...
SELESAI MASAALAH..TERUSKAN USAHA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Dzzulhijjan 1331H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.