Sunday, July 5, 2020

BETIK 'RED LADY QUEEN' - KENALI DIA

BETIK JENIS 'DWARF PAPAYA RED LADY' atau nama saintifiknya Carica papaya merupakan sejenis tanaman betik yang sangat popular dibeberapa negara. Di Malaysia varieti Betik Sekaki adalah varieti yang paling popular di tanam untuk pasaran domestik dan eskport dimana selain itu ada ditanam betik Subang, Betik Eksotika dan beberapa varieti lain. Seluas 3,267 hektar betik ditanam pada tahun 2018 dengan hasil pengeuarannya sebanyak 88,840 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia). Negeri utama yang menanam dan menghasilkan betik adalah Johor (46%) iaitu seluas 1,459 hektar diikuti dengan Pahang (522 ha) dan Perak (277 ha). Penulis blog yang telah menulis lebih daripada 25 artikel mengenai betik mendapati tanaman betik mampu memberikan pulangan yang lumayan jika dilaksanakan dengan komersil mengiuti amalan MyGAP. Di dunia dari segi sejarah tanaman betik berasal daripada dua jenis iaitu asasnya Betik Hawaian dan Betik Mexican.  Perbezaan fizikal antara kedua jenis ini dimana betik Hawaian biasanya mempunyai bentuk buah bentuk buah pear (pear shape) dengan purata berat sekitar 0.45 kg sebiji (1 pounds). Sementara itu betik Mexican asasnya berbentuk bulat (football shape) dengan ukurlilit sehingga 15 inci dan beratnya mencecah sehingga 4.5 kg sebiji (10 pounds). Dalam pada itu varieti betik 'Red Lady' dari kumpulan betik Mexican didakwa mampu mencapai berat sekitar 1.4 - 1.8 kg sebiji (atau 3 - 4 pounds) dan mampu menghasilkan sebanyak 120 biji buah sepokok. Apa pun betik Red Lady Dwarf ini mampu tumbuh setinggi 20 - 30 kakii dalam keadaan biasa walau pun dilaporkan isinya agak keras. Penanaman jenis ini di Malaysia masih kurang popular dan tidak dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Kalau ada pun berkemungkinan ia ditanam secara kecil-kecilan dan tidak dikomersilkan. Bagaimana pun betik ini ada di tanam di negara jiran Thailand, Indonesia, Filipina dan sebagainya di sekitar Asia Tenggara. Artikel tengahari hari raya ke 10 Syawal 1441 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia betik Red Lady Dwarf dari beberapa sumber dan pengalaman penulis sendiri bagi menambah ilmu anda semua untuk rujukkan.


Merujuk kepada artikel dari Technology-Indonesia.com ada cerita menarik mengenai penanaman betik khususnya betik red lady ini untuk dibuat rujukkan. Menurut dari artikel tersebut penghasilan dari penanaman betik (pepaya) sangat ditentukan oleh benih unggul yang ditanam, teknik amalan agronomi yang dilakukan dan keadaan persekitaran kebun dimana ianya ditanam. Terkini di Indonesia selain daripada Betik California (Betik Calina) telah ada potensi penanaman betik Red Lady yang menarik perhatian. Betik ini diberikan nama lokal sebagai 'Betik Merah Delima' dengan biji benih ada dikeluarkan oleh Syarikat Know You Seeds (Sila lihat foto disebelah). Didakwa bagaimana pun dimana varieti ini adalah hasil inovasi penyelidikan biakbaka tempatan yang dijalankan oleh Badan Penelitian dan Pengembangan Pertanian (Balitbangtan) dan hasilnya iai sudah berkembang di hampir seluruh wilayah di Indonesia. Dilaporkan dimana terkini nilai komersial pengeluaran Betik Merah Delima telah menarik minat beberapa pihak swasta dan petanii biasa didalam usaha untuk menanamnya secara luas. Salah satunya Syarikat PT. New View Glen Faloch (PT. NVGF )  iaitu sebuah syarikat perkebunan bertempat di Dusun Gunung Krikil Desa Tegalharjo, Kecamatan Glenmore Kabupaten Banyuwangi Jawa Timur. Dilaporkan dimana syarikat inii berjaya menanam Betik Merah Delima sejak tahun 2017 di kawasan seluas seluas 10 hektar. Didapati aktiviti menanam betik ini telah pun mula menampakkan kesan positif kepada syarikat dan membuka mata masyarakat petani tempatan. 


Dilaporkan dimana penghasilan Betik Red Lady (Merah Delima) ini memang amat tinggi sehingga dapat memberikan keuntungan dan pulangan kepada cash flow kepada syarikat dengan baik. Tanaman betik kini sapai tahap dimana pproses menuai dilakukan seminggu 2-4 kali dengan kapasiti pengeluaran sekitar 3 -  8 metrik tan setiap kali penuaian dari kawasan seluas 10 hektar. Walau pun pada peringkat awal Syarikat PT. NVGF belum boleh memasarkan buah betik ini secara rutin sebab ramai pengguna tempatan belum mengenalinya akan tetapi penerimaan betik ini semakin baik. Mereka menjalankan beberapa promosi dan pengenalan betik ini dengan cara kerjasama pihak kerajaan dari Pusat Penyelidikan iaitu Balitbangtan, Bagaimana pun kini telah ramai pemborong yang datang keladang sendiri untuk mendapatkan bekalan betik Merah Delima ini dan memang mendapat permintaan pasaran baik. Walau pun keluasan hanya sedikit akan tetapi luas pasaran betik ini selain dari sekitar Banyuwangi juga sudah mencapai kelokasi lain seperti di Bali, Bandung, Jakarta, Surabaya dan Jawa Tengah. Biasanya kaedah dilakukan dimana pemborong akan datang kekebun dan mereka membeli dengan memetik, mengemas (grading) dan mengangkut sendiri buahnya dengan harga ladang sekitar Rp. 2.000-3.000/kg (RM0.60 - RM0.90/kg)..Purata berat sebiji buah sekitar 2.0 - 3.0 kg sebiji bermakna nilai sebiji buah adalah RM1.20 (2 kg c RM0.60 (Paling kecil) sehingga RM2.70 sebiji (paling besar (3 kg x RM0.90).


Menyorot mengenai amalan agronomi dilaporkan betik Red Lady yang ditanam dikawasan ini menghadapi beberapa permasalahan antara lain serangan penyakit Bakteria iaitu Erwinia yang menjejaskan kualiti buah. Kes serangan bakteria Erwinia segera dikawal dengan memusnahkan tanaman yang sakit ddiserang bagi mencegah penularan dengan pemeliharaan tanaman yang lebih intesif dan disembur dengan racun kimia (Bacteriside). Kualiti buah mulai dapat diperbaiki dengan pembajaan yang seimbang antara baja organik, baja foliar dan baja kimia sesuai dengan keperluan pokok. Syarikat PT. NVGF bercadang memperluaskan penanaman betik Merah Delima untuk menjadi salah satu komoditi unggul syarikat. Dilaporkan kini selain di Banyuwangi, Betik Merah Delima mempunyai peluang besar untuk ditanam di Bali. Potensi pasaran buah tropika ini adalah untuk memenuhi keperluan oleh ramainya pelancong asing ke pulau tersebut dari luar negara yang suka makan buah-buahan termasuk betik. Terdapat permintaan dari petani untuk menanam Betik Merah Delima di Denpasar dan bekalan sehingga kini masih jauh dari mencukupi.  Betik  Merah Delima sudah ditanam oleh Syarikat Liran Farm di Tabanan, Bali sejak awal 2018 danterkini sebanyak 1,000 pokok sedang menunggu untuk berbuah. Selain itu beberapa jenis betik lain seperti Betik Calina ditanam dikawasan berhampiran.Pemilik kebun dikenali dengan nama Gus Joni mendakwa dimana Betik Merah Delima diharapkan sangat menguntungkan dan senang dijual sebab mempunyai rasa yang manis dan harganya kompetitif. Permintaan buah betik di sini mendorong beliau untuk meluaskan lagi tanam betik  Merah Delima sebanyak 2,000 pokok lagi pada 2020 yang terletak di Singaraja, Bali.


Dalam pada itu dilaporkan dimana satu lagi Syarikat PT Trijaya Agro Mandiri (TAM) juga telah merasakan seronoknya berkebun dengan menanam betik Red Lady ini. Kebun yang terletak di Tegalwaru, Ciampea, Bogor pada 2017. Syarikat menanam Betik Merah Delima di Serang, Banten seluas 5 ha melalui konsep “Sustainable Agroecosystem” yang pertama kali dilaksanakan pada 2016 di Tegalwaru Ciampea Bogor. Kebun tersebut masa ini telah ditanam secara aktif dengan beberapa jenis tanaman bercampur-campur termasuk betik unggul, durian, pisang, dan komoditi lain. Ditanam juga tanaman singkat masa seperti cili, tomato, kobis, terong dan sebagainya. Kebun yang subur ini mempunyai cukup air dan diuruskan dengan baik sehingga dari penuaian betik sahaja dianggarkan sebanyak 5 metrik tan seminggu terutama dari betik Red Lady ini. Dakwa mereka Betik Merah Delima ini kualitinya sangat baik iaitu mempunyai warna isi daging buah merah kuat dengan tahap rasa kemanisan cukup tinggi. Daya tahan simpan buah jenis ini adalah sangat baik dimana ini merupakan antara faktor sangat penting untuk pembeli. Beberapa pemborong tempatan menyatakan amat berminat membeli buah Betik Red Lady ini untuk pasaran domestik di supermarket telah membuat tempahan awal. Syarikat ini kini mendapati semua kegiatan petik buah betik, proses grading, packaging dan pengangkutan dilakukan oleh pemborong. Penuaian dilakukan secara rutin dua kali seminggu atau setiap 3 hari. Mereka membeli pada harga ladang RM0.90 sekilogram bagi Gred A dan B. Kini pengeluaran dari kebun sekitar 20 - 24 metrik tan sebulan dengan pendapatan bersih yang diperolehi sekitar Rp 60 - 72 juta sebulan (RM17,835 - RM21,400 sebulan). Laporan oleh artikel ini menunjukkan penanaman Betik Red Lady atau nama tempatan sebagai Betik Merah Delima memberikan pulangan baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!,,,

MENANAM BETIK... RED LADY ASALNYA...
DI INDONESIA...IA BETIK MERAH DELIMA...
MUDAH DITANAM...PASTIKAN BENIHNYA...
HASIL LUMAYAN... DITERIMA PENGGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.