Thursday, June 11, 2020

MENANAM VARIETI BETIK BANGKOK

VARIETI BETIK BANGKOK atau juga dipanggil sebagai Papaya Thailand merupakan satu jenis betik yang agak kurang popular di tanam di Malaysia berbanding dengan negara asalnya Thailand. Di Malaysia Betik Sekaki adalah varieti yang paling popular di tanam untuk pasaran domestik dan eskport dimana selain itu ada ditanam betik Subang, Betik Eksotika dan beberapa varieti lain. Seluas 3,267 hektar betik ditanam pada tahun 2018 dengan hasil pengeuarannya sebanyak 88,840 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia). Negeri utama yang menanam dan menghasilkan betik adalah Johor (46%) iaitu seluas 1,459 hektar diikuti dengan Pahang (522 ha) dan Perak (277 ha). Bagaimana pun di negeri jiran Indonesia, selain varieti Betik Calina yang popular ditanam dilaporkan penanaman Betik Bangkok juga agak popular dibeberapa kawasan. Mereka memilih Betik Bangkok kerana ia dilapor memberikan pulangan cepat iaitu hanya setahun sahaja. Mereka mampu menuai dalam masa 10 hari sekali dimana ia didakwa jauh lebih cepat berikan pulangan daripada mereka menanam kayu jati (Tick wood). Mereka akan menanam betik ini dikawasan tanah kosong atau tanah kurang produktif dengan selalunya akan memberikan pulangan ekonomik yang lebih cepat. Antara sebab pemilihan betik Bangkok atau Betik Thailand ini adalah ia didakwa mampu memberikan buah berkualiti, harga jualan yang tinggi dan saiz ukuran buah yang besar. Betik ini juga dilaporkan mempunyai rasa baik dan ciri ketahanan buah yang baik. Isinya berwarna jingga kemerahan, teksturnya yang keras membuatnya lebih tahan lasak dalam proses pengangkutan serta mempunyai rasa yang manis membuatkan lebih disukai oleh pengguna. Harga jualannya pun cukup tinggi dimana ramai peminat buah ini mudah untuk membelinya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis teknologi dalam penanaman Betik Bangkok di negara jiran Indonesia dari hasil tinjauan yang dilakukan untuk dijadikan bahan bacaan.

Di negara Indonesia memang betik varieti California adalah pilihan utama ramai petani akan tetapi sejak akhir-akhir ini Betik Bangkok sudah mendapat tempat dikalangan mereka. Perkara ini adalah berpunca dari potensi hasilnya yang besar serta masih sangat tinggi. Ini bukan hanya untuk betik ini ditanam tujuan makan segar sahaja akan tetapi ditanam Betik Bangkok bagi digunakan untuk industri kosmetik. Dilaporkan selain di jual langsung kepada pengguna kini Betik Bangkok sudah pasti memiliki pasaran khusus didalam industri kecantikan. Betik Thailand ini sesuai untuk tumbuh baik di dataran rendah mahupun dataran tinggi yang paras ketinggiannya sekitar 700 - 1,000 meter dari paras laut. Betik memerlukan curahan hujan diantara 1,000 - 2,000 mm/tahun dengan suhu ddiperlukan sekitar 22 - 26⁰ sertatahap kelembaban 40%. Sebaiknya kawasan kebun mempunyai kadar tiupan angin yang sederhana dengan tujuan untuk membantu pendebungaan agar ia berjalan dengan baik. Tanaman ini perlukan jenis tanah yang subur, gembur dimana sebaiknya mengandungi banyak humus serta harus mampu menahan banyak air dengan saliran baik. Kalangan petani selalunya membuat batas tanaman untuk mempastikan pertumbuhan pokok betik dalam keadaan baik dan kurang risiko.

Penanaman Betik Bangkok perlukan sumber benih yang dijamin tulin, berhasil tinggi dan tahan penyakit. Biji benih ini boleh dibeli dikedai pertanian atau ia boleh dibuat sendiri jika ada pokok varieti sama disekitar. Satu pek benih dijual dengan jaminan kualiti daripada syarikat pengeluar dimana ia sesuai bagi mereka yang memang sukar untuk mendapatkan benih (Sila lihat foto pek benih disebelah). Apa pun penulis blog sarankan buat sendiri benih betik ini tanpa banyk keluarkan modal. Caranya dengan mendapatkan buah betik bangkok yang telah matang dari kebun asal atau dari pasar buah-buahan. Kemudian buah tersebut dibelah menjadi dua bahagian dan keluarkan isinya serta bijinya. Seterusnya biji betik ini dicuci sehingga bersih dan dipisahkan dari kulit luarnya. Setelah benar-benar bersih maka biji ini mesti dikeringkan biji dengan meletakkan ditempat yang teduh. Hanya biji yang dilihat segar dari buah segar dipilih dan gunakan buah yang terlalu matang ataupun buah dari pokok yang sudah tua harus dielakkan. Keperluan kadar penggunaan benih biasanya sebanyak 60 gram sehektar. Jumlah sebanyak ini mampu menghasilkan sebanyak 2,000 anakbenih untuk ditanam. Sebaiknya cara menyediakan anakbenih dengan merendam terlebih dahulu biji benih dalama larutan POC NASA 2cc/liter selama satu hingga dua jam lalu toskan. Kemudian ia ditabur dengan Natural GLIO dan disemai pada polybag ukuran 20 x 15 cm. Media sesuai yang digunakan untuk menyemai adalah tanah campuran dari tanah ditapis bersama baja organik dicampur TSP atau pun cocopeat.

Apabila bijibenih bebrcambah maka ia perlu disediakan untuk ditanam dikebun. Ambil anakbenih yang telah disemai  dipindahkan kepada polibeg yang mengandungi media seperti cocopeat ditanam pada kedalaman sekitar 1 cm dan tutup dengan tanah. Anakbenih ini perlu dijarakan 5 - 10 cm dan pastikan jangan lupa untuk menyiram benih tersebut setiap hari dan boleh disembur dengan baja semburan (baja foliar). Pemberian baja semburan ini boleh dilakukan setiap seminggu sekali dimana lazimnya benih akan mulai bercambah dalam masa 12 - 15 hari kemudian. Kemudian apabila benih betik ini mencapai 45 - 60 hari dengan tahap tingginya mencapai 15 - 20 cm maka ia sedia untuk dipindahkan kekebun (Sila lihat foto disebelah). Perlu perancangan betul untuk memindahkan benih betik Bangkok kekebun kerana ia sesuai dipindahkan pada awal musim hujan atau jika ada sistem pengairan tidak bermasaalah dengn jadual penanaman. Anahbenih betik yang sudah agak tua atau sudah berusia 45 - 60 hari dan tingginya mencapai 15 - 20 cm sudah siap dipindahkan ke kebun dengan lebih baik prestasi pertumbuhannya. Dalam masa sama sediakan kawasan penanaman dikebun dengan membajak tanah, membuat batas tanaman dan juga memasang plastik penutup batas. Batas sebaiknya berukuran 2.0 - 2.5 meter lebar, 20 - 30 cm tinggi dengan jarak diantara batas disyorkan sejauh 60 cm. Jarak penanaman betik Bangkok ini adalah 2.0 m x 2.5 m untuk memberikan kepadatan optima.  Kesuburan tanah perl dijaga dengan menentukan ia mempunyai kemasaman kerana jika pH kurang dari pH5 perlu dikapor dengan kadar 1 kg sepokok diberikan 1 - 2 minggu sebelum penanaman. 

Penjagaan tanaman dipastikan dengan membuat sulaman pada anakbenih yang mati. Sebaiknya penyulaman dilakukan ketika tanaman mulai berbunga untuk mendapatkan pokok betina diantara beberapa pokok jantan. Pastikan membuat kawalan rumpai secara manual atau semburan racun (diantara batas tanaman). Pastikan tanaman sentiasa mendapat air melalui penyiraman pada peringkat awal penanaman sehingga pokok betik ini berbuah. Pokok betik  memang memerlukan banyak air namun tidak tahan dengan air bertakung dan jika berlaku cepat-cepat buatkan parit aliran. Tanaman betik memang perlukan baja organik yang banyak serta baja NPK sebagai tambahan. Program pembajaan perlu dilakukan sekerap mungkin dimana jika mampu setiap minggu. Ramai juga petani memberikan baja foliar melalui semburan dengan kadar yang disyorkan dalam pakej teknologi tanaman betik. Kawalan serangan serangga perosak dan penyakit diperhatikan sejak menyediakan benih, menanam sehingga pokok betik berbuah. Antara masaalah serangan perosak seperti oleh Kutu Aphids (Aphid sp.) atau dipanggil sebagai Tungau sahaja di Indonesia dimana ia merupakan serangga perosak yang paling sering menyerang tanaman Betik bangkook. Kawalan dilakukan dengan menyembur racun serangga (mereka gunakan Natural BVR atau Pestona) secara bergilir-gilir. Cacing Nematod (Meloidgne spp) juga boleh merosakkan akar tanaman betik dan perlu dikawal dengan racun sesuai (Nemacur dan sebagainya). Sebaiknya petani cuba elakkan untuk menanam bentik dikawasan yang telah bertanam betik sebelumnya kerana potensi serangan cacing nematod amat tinggi. Pokok betik bangkok akan mula dituai buahnya selepas 9 - 12 bulan ditanam dimana ia boleh dipetik hasilnya setiap 10 hari sekali. bagaimana pun digalakan agar penuaian dibuat mengikut jadual pemasaran. Memetik buah dilakukan dengan memilih buah matang (Sila lihat fotoo disebelah) dimana kulit buah sudah mulai menguning. Petik dengan pisau tajam dan dibalur dengan kertas suratkhabar untuk elakkan kulit rosak. Masukkan kedalam bakul pemasaran untuk dijual kepada pemborong atau dihantar kepasar. Betik Bangkokk atau Pepaya Thailand merupakan satu lagi alternatif kepada petani untuk menanam betik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam !!!..
BETIKBANGKOK... VARIETI BAGAIMANA..
CEPAT BERBUAH... KUALITI BUAHNYA...
MUDAH DITANAM...IA SENANG DIJAGA...
POPULAR DINEGARA JIRAN...APA CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.