Monday, June 22, 2020

KELAPA - PEROSAK DAN PENYAKIT (Part 3)

TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan yang sesuai ditanam di kawasan bersuhu panas dan lembap. Buahnya tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun dimana kelapa adalah kaya dengan lemak berguna dan pelbagai unsur penting kepada manusia seperti antioksidan dan juga antibodi penting. Di Malaysia tanaman kelapa adalah tanaman yang ke 4 terpenting diusahakan selepas Kelapa Sawit, Getah dan Padi dengan jumlah keluasan sebanyak 81,585 hektar pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Daripada jumlah tersebut seluas 76,612 hektar diusahakan oleh pekebun kecil dan 4,973 oleh estet swasta. Pada tahun tersebut sebanyak 538,685 metrik tn kelapa dihasilkan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM603.32 juta. Kekurangan buah kelapa di Malaysia ditampong dengan pengimportan bijii kelapa tua daripada Indonesia sekitar RM150 - 200 juta biji setahun. Kelapa hanya ditanam secara komersil dibeberapa kawasan tumpuan seperti di Johor, Selangor dan Perak. Ladang-ladang dan juga kebun utama terdapat di kawasan Bagan Datok dan Hutan Melintang, Perak. Industri kelapa masih memainkan peranan penting dalam perdagangan negara. Sebahagian besar daripada varieti yang ditanam adalah daripada jenis tradisional seperti varietii Malayan Tall (CN1) iaitu kadar sebanyak 92% walau pun kini bakinya adalah daripada jenis hibrid komersil seperti MATAG (5%), Pandan (2%) dan MAWA (1%). Kerajaan amat menggalakkan penanaman kelapa bagi memenuhi akan keperluan dan permintaan yang semakin meningkat dalam penggunaan masakan, kuih muih, minuman, aktiviti pelancongan dan lain-lain. Pada tahun 2018, Malaysia telah mengeksport kelapa dan produk kelapa bernilai lebih daripada RM75 juta manakala import kelapa dan produk kelapa bernilai RM60 juta. Sebahagian besar daripada eksport terdiri daripada minyak kelapa dan produk-produk kelapa seperti karbon teraktif, kelapa parut kering dan santan/serbuk santan manakala import utama terdiri daripada minyak kelapa, karbon teraktif, kopra dan kelapa segar. Kepentingan kelapa juga semakin menyerlah dengan penemuan dan penghasilan produk-produk baru seperti Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai perosak serangga dan penyakit tanaman kelapa di Malaysia yang boleh dijadikan bahan rujukkan anda semua.


(9) Kumbang Apogonia (Apogonia cribricollis)
Simptom serangan: Kumbang Aogonia dewasa menyerang daun muda dimana pada waktu malam lebih aktif.  Kawalan: Sembur racun serangga pada daun seperti cypermethrin atau trichlorfon. Boleh juga menggunakan gamma - HCH untuk memusnahkan larva dan dewasa yang selalu berada di dalam tanah.


(10) Lacebug (Stephanitis typicus)
Simptom serangan : Lacebug dewasa bertelur di dalam tisu daun. Serangga dewasa dan nim kemuidan keluar dan ia akan memakan daun. 
Cara kawalan: Musuh semulajadi dapat membantu mengurangkan serangan. Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia untuk mengawal lacebug.


(11) Ulat Gulung Daun Kelapa (Ada 2 jenis)

(a) Ulat Gulung Daun Hidari irava

Simptom serangan: Larva yang berwarna hijau kekuningan dengan kepala berwarna coklat menyerang daun kelapa. Larva hidup di bawah lipatan daun kelapa dan ianya akan memakan daun daripada atas ke bawah dengan tanda daun menjadi tinggal lidi sahaja (Seakan serangan artona). 
Kaedah kawalan:  Dalam keadaan biasa perosak ini dikawal oleh musuh semula jadi yang menyerang larvanya Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia untuk serangga ini.

(b) Ulat Gulung Daun Darna diducta 

Simptom serangan: Serangga dewasa akan bertelur pada permukaan daun dan kemudian ia menetas selepas 4 hari. Larva memakan keseluruhan daun sehingga meninggalkan urat daun menyebabkan hasil berkurangan.
Kaedah Kawalan: Dalam keadaan biasa perosak ini dikawal oleh musuh semula jadi yang menyerang larvanya. Bagaimana pun sSekiranya serangan serius sembur dengan racun serangga seperti racun jenis Trichlorfon.



(12) Nettle caterpillar (Darna trima) 
Simptom serangan : Larva akan mengikis permukaan daun hingga menjadi lubang. Larva biasanya memakan daun sehingga meninggalkan urat daun sahaja.
Cara Kawalan: Dalam keadaan biasa perosak ini dikawal oleh musuh semula jadi. Sekiranya serangan serius sembur dengan racun serangga seperti Cypermthrin.



(13) Ulat Beluncas (Setora nitens)
Simptom Serangan : Larva akan memakan daun daripada tepi atau pun tengah sehingga kemudian tembus dan meninggalkan bentuk bergerigi pada daun. Serangga dewasa biasanya memang tidak merosakkan pokok kelapa.
Kawalan : Kawalan dengan secara suntikan batang menggunakan racun jenis monocrotophos atau methamidophos pada 5-10 ml/pokok.


Artikel ini ada 4 siri iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PEROSAK KELAPA... ADANYA SERANGGA...
13 JENIS SERANGGA... DICERITA SEMUA...
SERANGAN PENYAKIT...KAWAL SEGERA...
BAHAN RUJUKKAN... SANGAT BERGUNA...

By,
M Anem,

Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.