Wednesday, June 3, 2020

FAKTA TENTANG - BUAH BIDARA

BUAH BIDARA (Ziziphus jujuba) adalah buah yang berkhasiat daripada keluarga Rhammnaceae dimana ia ada disebut dialam ayat al-quran. Buah bidara dipanggil sebagai Jujube (Inggeris), Nabaq atau Sidr (Arab) serta digelar Kurma Merah atau Kurma Cina adalah diantara tumbuhan yang banyak ditanam diseluruh dunia. Buah bidara ada disebut dalam Surah Al-Waqi'ah 56:27-31, Surah al-Najm 53:13-14 Surah a-Saba' 34:16. Surah a-Saba' tersebut memberi maksud ''Maka mereka berpaling ingkar, kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan dan kami gantikan dua kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kebun lain yang berisi pohon-pohon yang pahit buahnya, pohon yang jarang berbuah dan sedikit pohon-pohon bidara.". Pokok bidara ini adalah pokok kecil berdaun luruh berwarna hijau daunnya berkilat serta lebar, berbunga kecil dimana buahnya boleh dimakan. BUah bidara ada yang boleh dimakan mentah dan ada yang kena proses masak dahulu. *enduduk di Malaysia yang makan buah bidara muda dengan garam adalah untuk kurangkan kemasamannya. Bagimana pun kini telah banyak dijual buah biidara masih berwarna hijau yang telah matang dan manis isinya. Kini ramai petani yang meminati menanam buah bidara di Malaysia tetapi keluasannya masih belum direkodkan secara rasmi oleh Jabata Pertanian Malaysia. Apa yang perlu diketahui dimana kandungan VITAMIN C Buah Bidara adalah sebanyak 20 kali ganda berbanding dengab buahbuahan citrus yang lain. Ia juga mengandugi banyak bahan mineral seperti K, Mb, Ca, Fe dan lainnya. Artikel tengahari Sabtu ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai fakta buah bidara hasil pembacaan, tinjauan teknologi kelapangan dan perbualan dengan beberapa petani fakta buah bidara untuk rujukan anda semua.


Pokok Bidara merupakan jenis tumbuhan kecil atau pokok sederhana besar yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter. Pemerhatian saya mendapati pokoknya tumbuh menegak, agak rendang dan mempunyai dahan yang berjuntai. Terdapat ranting yang berduri dan agak berbulu pada spesis tertentu. Bahagian akar pula mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Bunganya keluar dari ketiak daun dalam jambak yang berwarna kekuningan dan berbau wangi. Lazimnya saiz bunga sekitar 2-3 mm lebar dengan antara 8-20 kuntum bung satu jambak. Daun bidara berwarna hijau berkilat dengan ukuran 3-10 cm panjang dan 2-5 cm lebar serta panjang tangkai dalam 9-15 cm. Bahagian atas daun didapati licin tetapi dibahagian bawah agak berbulu dan kasar. Penanaman pokok bidara mudah dilakukan menggunakan bijibenih tetapi ramai juga petani yang saya temui menggunakan bahan tanaman dari keratan batang, tut atau cantuman. Lazimnya biji yang matang yang diambil dari buah masak. Biji buah bidara bercambah selapas 4 minggu disemai. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah selepas 3 tahun ditanam sedangkan pokok yang ditanam dari tut atau keratan berbuah selepas 1-2 tahun. Jenis tanah subur dengan mempunyai saliran baik diperlukan untuk tanaman bidara. Pemerhatian mendapati pokok bidara tahan pada cuaca kemarau dan suhu agak tinggi yang mana keadaan ini mampu merangsang pokok mengeluarkan bunga dan buah. 


Jarak penanaman disyorkan 3m x 4m atau lebih rapat bergantung kepada sistem penanaman. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 dari umur 1-3 tahun. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan apabila pokok bersedia untuk berbunga pada tahun ke 3 dan seterusnya. Sebaiknya sediakan sistem pengairan titis untuk mendapatkan buah yang berkualiti. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram buah mengandungi 80 gram air, 18 gram karbohiderat, 0.5 gram lemak, 30 mg Fosforus dan 60-70 IU Vitamin A serta 60-150 Vitamin C. Rujukan saya pada buku tulisan En Ong dalam bukunya “Buah dan Khasiatnya” ada menyatakan bahawa buah bidara yang direbus dan airnya diminum dapat merawat penyakit paru-paru dan juga mencuci darah serta membaiki sistem penghadaman dalam perut. Daunnya yang di rebus dapat digunakan sebagao losen serta air mandian bagi merawat mereka yang kena demam panas. Ada juga dakwaan yang air rebusan kulit dan daun bidara sesuai untuk merawat masaalah perut dan juga usus. 

Dalam pada itu buah bidara sebenarnya boleh dimakan segar akan tetapi kini dipasaran lebih mudah kita jumpa dan membeli Buah Bidara Kering (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu amalan dilakukan adalah dengan membungkus buah bidara segar dalam plastik yang berlubang dan disimpan didalam peti sejuk dimana cara ini sesua untuk mengekalkan akan kesegarannya. Buah bidara segar memang sangat tinggi kandungan bahan vitamin C dan juga garam mineral yang lain. Bagaimana pun dalam industri mereka akan mengeringkan buah bidara yang matang ini melalui beberapa proses pengerainag daripada dibawah sinaran matahari sehingga penggunaa oven eletrik atau kaedah lain. Kemudian buah bidara kering ini mesti disimpan didalam setro selamat, kering dalam bekas khas agar ia lebih tahan lama sebelum dijual. Apa yang penting buah bidara yang kering selalunya berwarna kermerahan dan disimpan untuk kekalkan kesegarannya, warna dan rasa. Ia banyak didagangkan dengan harga yang turun naik mengikut pembekalan dan permintaan. Harga juga berubah-ubah mengikut pasaran antarabangsa.

Buah bidara dilaporkan mempunyai beberapa kegunaan dan kebaikannya. Pertama buah ini didakwa boleh merawat kulit dan juga jerawat. Caranya dengan mengambil beberapa helai daun bidara dan ditumbuk halus sebelum ianya dimasukkan kedalam cawan atau mangkuk. Kemudian masukkan sedikit air sehingga campuran agak kental dan sapukan kepada bahagian kulit wajah sebagai 'masker'. Biarkan beberapa ketika sehingga semua bahan ini kering dan kemudian perlu dibilas muka dengan ari beris dan jangan gunakan sabun. Kehebatan lain adalah buah bidara mampu merawat sembelit. Ambil kulit batang bidara yang keringkan dan simpan selama 2 tahun (Pokok sebaiknya sudah lebih 3 tahun). Ambil kulit tersebut dan diremndam dalam air bersih selama 12 jam dan air randaman diminum setiap waktu pegi dan petang hari. Amalan ini di jika dilakukan selalu boleh mengurangkan masaalah sembelit yang akut sehinggaia sembuh sepenuhnya. Air ini juga didakwa mampu merawat masalah jantung berdebar, lemah darah atau pun masaaalah sakit didalam perut. Bagaimana pun dipasaran Malaysia jika anda google 'produk buah bidara' akan jumpa pelbagai jenis produk berasaskan pohon dan buah bidara yang mana ia boleh dibeli dengan mudah melalui on-line. Semuga anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH BIDARA... BANYAK GUNANYA...
MENTAH HIJAU... MATANG BERWARNA...
DIMAKAN SEGAR.. DIKERINGKAN ADA...
BACA ARTIKEL... DAPATLAH INFONYA...
BUAH BIDARA .... JARANG DI JUMPA....
KAWASAN KERING... TUMBUHNYA DIA...
MANDI JENAZAH... SELALU DIGUNA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI ZATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Wilayah Persekutuan,
Putrajaya,
Malaysia.
(18 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.