Monday, June 8, 2020

DISENGAT TEBUAN - APA NAK BUAT

TEBUAN (Vespa tropica Linn) adalah sejenis serangga dari keluarga Vespidae iaitu serangga yang mempunyai sengat dan mampu membunuh manusia terutama kanak-kanak. Tebuan atau Tabuan atau daam bhasa Inggeris dipanggil ''WASP'' ini mempunyai sebanyak 24 spesis mengikut lokaliti, negara dan iklim sesuatu negara. Antara spesis yang ada di Malaysia adalah Tabuah Tanah (Vespa tropica tropica) sementara di Filipina pula jenis Vespa philipinensis dan banyak jenis lagi. Sering di keluarkan dalam akhbar dan media eletronik mengenai kes serangan tebuan kepada manusia sehingga mampu mengakibatkan maut atau tahap kesakitan teruk sehingga masuk wad ICU di hospital. Venom atau racun yang di masukkan melalui sengatan tebuan tanah mampu menyebabkan bengkak-bengkak yang teruk dan boleh menghentikan jantung manusia jika dos sengatan banyak (Orang dewasa yang menerima lebih 15-20 sengatan boleh meninggal dunia jika tidak dirawat dengan segera). Tebuan adalah sejenis serangga yang mempunyai segmen Kepala, Badan (Thorax) dan Perut (Abdomen atau Gaster). Bahagian hujung ekor inilah yang ada sengat dimana mempunyai venom atau racun untuk melemahkan atau membunuh musuhnya sebagai senjata atau pun alat perlindungannya. Bahagian kepala tebuan hampir sama saiz dengan bahagian thorax berwarna coklat gelap atau coklat kemerahan. Mata tebuan adalah jenis kompoun dan tebuan juga mempunyai sepasang sesungut yang berbulu (13 segmen) berwarna coklat gelap atau kemerahan. Saiz tebuan betina (Queen) sekitar 30 mm , Tebuan Jantan (26 mm) dan Tebuan Pekerja (24-26 mm). Tanda paling ketara tebuan tanah adalah warna kuning terang pada abdomen kedua bahagian ekor dimana bahagian lain adalah berwarna hitam gelap. Sepasang kepak yang lebar membantu tebuan terbang dalam pelbagai arah dengan cepat. Terdapat tuga (3) pasang kaki yang membantu tebuan hinggap pada pautan. Tebuan merupakan serangga pemangsa atau pun 'predator' yang menangkap atau memakan serangga lain dan memberikannya kepada anak tebuan di peringkat larva dalam sarang. Peranan tebuan penting sebagai serangga kawalan biologi semulajadi yang musnahkan serangga perosak yang lain. Tebuan di Malaysia mempunyai sarang yang dibuat diatas pokok seperti kertas yang diperbuat daripada tumbuhan yang dilumatkan dengan mempunyai pintu dan banyak ada juga ruang-ruang didalamnya. Sarang ini berwarna kelabu cerah keputihan dan dikawal oleh tebuan pekerja. Bilangan koloni tebuan tidak banyak macam lebah iaitu sekitar 10-25 ekor sahaja. Tebuan akan menyerang manusia, binatang, haiwan atau apa sahaja yang cuba untuk menghampiri sarangnya dengan menyengat. Awas jangan sampai kita terlanggar sarang tebuan tanpa disedari. Malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai apa perlu dilakukan apabia kena sengatan tebuan dan ilmu asas mengenainya serta kaitan dalam sektor pertanian berdasarkan pembacaan, pengalaman serta rujukan kepada beberapa pakar.

Dalam akhbar tempatan Bernama ada melaporkan artikel bertajuk ''Doktor Ini Kongsi Tindakan Kecemasan Bagi Merawat Sengatan Tebuan" merupakan satu artikel menarik untukk dirujuk dan penulis blog aakan kongsikan bersama ulasan penulis blog sendiri. Penulis blog juga pernah mendapatkan rawatan kecemasan selepas serangan lebah liar di hutan Sedili, Kota Tinggi dan faham akan siksanya bertapa bisanya venom dari serangga Apidae ini. Mungkin kalangan pembaca blog anim agro technology pernah dengar bertapa bahayanya akan sengatan tebuan terutama jika ianya adlah daripada spesis Tebuah Tanah. Dilaporkan tebuan tanah ini  memang sangat bahaya kerana ia beracun dan sangat menyakitkan (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog merujuk kepada laporan dimana 2 orang pelajar di Mersing Johor dilaporkan telah meninggal dunia gara-gara disengat oleh tebuan. Penulis sangat bersimpati dengan kejadian ini seterusnya menyarankan agar kepada anda mahupun anak-anak agar haruslah sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali ‘jolok’ sarang tebuan!. Ini adalah perbuatan yang amat berisiko dan membahayakan diri anda. Dalam pada itu ada spesia seperti jenis Tebuan Kunyit iaitu diantara jenis tebuan yang sangat berbahaya. Seseorang yang terkena sengatannya perlu dia mendapatkan rawatan segera terutamanya melibatkan kanak-kanak. Tebuan jenis ini mudah dikenali pada warna kuning dan berbelang pada badannya. Tebuan jenis ini juga boleh membesar sehingga lebih 4 sentimeter (sm). Jika racun dilepaskan, walau setitik, ia mampu meninggalkan kesan seperti bengkak teruk selain melemahkan badan jika melibatkan orang dewasa. Perlu tahu dimana jika kanak-kanak disengat tebuan ini selalunya racun tersebut mampu menjejaskan daya ketahanan selain kesan bengkak yang pedih pada bahagian atau anggota badan yang disengat dan boleh membawa maut jik ajumlah sngatn banyak. Dilaporkan dimana sekiranya sengatan terkena pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka ianya memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat tidak mustahil ia boleh membawa maut.

Dalam pada itu menurut doktor Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kanak-kanak dikenali dengan Dr. Chin Wai Seong, sengatan tebuan sesuatu yang tidak boleh diabaikan, sama ada mangsa itu orang dewasa mahupun kanak-kanak. Lakukanlah tindakan kecemasan pertama yang boleh menghalang racun untuk merebak. Antara langkah yang perlu anda lakukan adalah pertama dengan anda meletakkan ais atau air sejuk pada bahagian terkena sengatan untuk membekukan tempat sengatan sekaligus menghalang racun untuk merebak dalam tempoh tertentu. Langkah seterusnya adalah membawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran dalam masa 2 jam untuk mengelak racun merebak ke anggota badan dan bercampur dalam darah. Bagaimana pun bagi kes yang lebih serius maka langkah rawatan kecemasan pertama di klinik atau hospital adalah pemeriksaan reaksi dan kesan serius pada alergi. Antara simptom yang diperiksa adalah keadaan mata yang bengkak, demam panas, gatal-gatal dan badan menjadi lemah. Kemungkinan kes kematian akibat disengat tebuan adalah isu yang perlu dipandang serius. Secara teorinya apa yang berlaku adalah kesan kelemahan daya ketahanan dan kesan alergi pada mangsa itu sendiri akan mengorbankan nyawanya. Sebagai langkah keselamatan akan potensi serangan tebuan sebaiknya dipantau kehadiran sarang tebuan dan ambil langkah-langkah memusnahkannya.

Akhbar Berita Harian dengan artikel bertajuk ''Nyawa seperti mahu tercabut" yang dipetik dari Alor Gajah, Melaka sesuai dijadikan rujukkan. BH melaporkan dengan tujuh sengatan tebuan tanah yang menusuk di kepala, belakang tubuh dan tengkuk bagaikan merentap nyawa kepada seorang nelayan iaitu Mohd Khairul Azhar yang berummur 25 tahun. Bagaimana pun  mujur dia berjaya melarikan diri walaupun terpaksa menahan kesakitan. Dia juga hampir pitam, namun masih sempat menunggang motosikal sejauh tiga kilometer (km) untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Melaka di sini. Dalam kejadian jam 12 tengah hari tersebut dimana nelayan itu yang lebih mesra dengan panggilan ‘Chot’ di pangkalan nelayan Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah dimana pada mulanya berjalan menuju perahu gentian kaca yang diletakkan di bawah pokok ketapang. Dakwanya dia pada mulanya hendak mengambil tali dalam perahu dan tiba-tiba dia merasa sangat sakit di kepala dan kemudian belakang badan dan tengkuk. Dia tidak tahu ada sarang tebuan tanah pada dahan pokok itu dan selepas semakin banyak tebuan itu menyerang dan menyengat (Sila lihat sarang tebuan tersebut di sebelah). Dia kemudian terus melarikan diri sambil menahan kesakitan. Mohd Khairul mendakwa walaupun terasa seperti nyawa-nyawa ikan dia bersyukur kerana berjaya melepaskan diri daripada kawasan pokok ketapang berkenaan. Walau pun ulanya dia dia gagal mencari jalan keluar tetapi sia cekal kerana ber kemungkinan kecederaannya bertambah parah. Dia berlari menuju ke arah sekumpulan pekerja yang sedang membina gerai makan kira-kira 70 meter dari pokok ketapang berkenaan dimana dia kemudian diberi minum dan disapukan minyak angin oleh ketua pekerja yang hanya dikenali sebagai ‘Man Dayak. Dakwanya memang tidak pernah dia merasakan sangat kesakitan seperti yang saya alami ketika itu. Bisanya terasa mencucuk hingga ke tulang. Bagaimanapun selepas kira-kira sejam bersandar di gerai berkenaan dia kemudian berusaha menguatkan semangat untuk menunggung motosikal ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan. Tebuan tanah adalah sejenis serangga daripada keluarga ‘Vespidae’ iaitu serangga yang mempunyai sengat dan ia memang mampu membunuh manusia kerana racun melalui sengatan boleh menyebabkan bengkak serta menghentikan degupan jantung. Kepada anda yang terdedah kepada serangan tebuan tanah perlu tahu bagaimana langkah awal untuk mendapatan rawatan dan langkah yang perlu di ambil. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SERANGGA TEBUAN... IA MERBAHAYA...
BERSIFAT PEMANGSA... TAK KIRA MASA...
BILA MENYERANG... BUKAN SEEKOR SAJA...
SAKIT BISA... DAPATKAN RAWATAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist Expert,
Precint 11,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Syawal 1441H).
Selamat Hri Raya Aidilfitri...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.